Anda di halaman 1dari 26

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAJUK MODUL/ MODULE
KSK 3014 NETWORK CABLING INSTALLATION
TITLE

TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
1. CARRY OUT NETWORK CABLE INSTALLATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. Network Cable Installation Criteria
2. Pre Network Cable installation tasks
NO. DAN PENYATAAN 3. Network Cable Laying and pulling
AKTIVITI KERJA / WORK 4. Network Cable Termination
ACTIVITIES NO. AND 5. Network Cable Connection
STATEMENT 6. Network Cable Connectivity Test
7. Network Cable Management
8. User Acceptance Test
Muka / Page : 1
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
Drpd/of : 27

PENGENALAN

Kabel Rangkaian merupakan perantara di mana maklumat bergerak dari satu peranti
rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Pemilihan jenis-jenis kabel adalah
berkait rapat dengan saiz rangkaian, protokol dan topologi. Dalam konteks ini kabel
yang akan digunakan ialah Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded
Twisted Pair - UTP) dengan Penyambung RJ 45 (RJ 45 Connector ). Proses ini perlu
dilakukan dengan amat teliti dan cermat.
MUKA / PAGE : 2
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Kriteria pemasangan kabel rangkaian

Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa dan selepas


pemasangan kabel rangkaian di kawasan tertentu. Kriteria ini penting supaya
pemasangan kabel berjalan dengan lancer. Antara kriteria yang diambil kira adalah:

 Pertimbangan persekitaran sekeliling


o Kabel kuasa elektrik - Perlu memastikan bahawa kabel rangkaian tidak
memasang berdekatan dengan kabel elektrik kerana ia mungkin
menyebabkan gangguan yang tidak perlu (bunyi) yang dihasilkan oleh
medan elektrik.
o Kawasan basah – Elakkan memasang kabel dikawasan basah kerana
berdepan risiko kejutan elektrik atau merosakkan kabel jika kabel
rangkaian menggunakan copper Cable.
 Penempatan kabel sama ada di bawah lantai atau digantungkan ke siling.
 Span
o Jarak yang perlu dilindungi oleh kabel.
 Keperluan setempat
o Bergantung kepada pengurus projek untuk menambah keperluan
tambahan seperti trunking tambahan atau saluran kabel atau kabel
yang diperlukan untuk kemasan.
 kabel sedia ada
o Perlu mempertimbangkan pelan susun atur kabel sedia ada, sama ada
untuk menggunakan semula atau mengubah susun atur.

Tugasan Pra Pemasangan Kabel Rangkaian

Untuk memasang rangkaian yang lengkap, perlu diketahui dahulu tugasan-tugasan


pra pemasangan terlebih dahulu sebelum rangkaian boleh digunakan. Antara
tugasan pra pemasangan kabel rangkaian ialah :

 Melabel Kabel
 Pemasangan trunking /conduit
 Memasang faceplate
MUKA / PAGE : 3
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Melabel Kabel

Apabila pelayan rosak pada pukul dua pagi, manakala proses data masih
perlu dijalankan, juruteknik perlu masuk ke bilik pelayan untuk membaiki
pelayan(server). Jika pengurusan kabel tidak diuruskan dengan baik, ia akan
mengambil masa yang lama untuk mengetahui kerosakan atau masalah yang
ada pada pelayan. Jika pengurusan kabel pada pelayan diatur dengan kemas,
melabelkan tempat dan mempunyai kabel warna tersendiri, tentunya akan
memudahkan juruteknik memperbaiki kerosakan. Pengguna boleh akses semula
tanpa menunggu waktu yang lama. Pada permulaan dalam menguruskan kabel,
ia memerlukan lebih banyak usaha untuk dapat menguruskan kabel secara
profesional supaya reka bentuk kabel dapat lebih profesional.

Salah satu perkara yang paling penting yang kadang-kadang kita terlupa
dalam pengurusan kabel untuk server menamakan setiap kabel pada pelayan.
Menamakan kabel bertujuan untuk memberitahu secara spesifik tujuan dari kabel
tersebut. Dengan penamaan tersebut, pengguna tidak akan keliru untuk
mengetahui asal dan tujuan dari kabel tersebut. Pelabelan yang baik boleh
dilakukan pada hujung kabel supaya tidak saling bertukar.

Terdapat dua kaedah penamaan yang boleh digunakan untuk menamakan


kabel di pelayan. Anda boleh menulis penamaan kabel secara langsung pada
kabel, tanpa melalui mana-mana media. Kedua, anda boleh menulis penamaan
kabel menggunakan kertas dan bungkusnya dalam pita dan pasangkannya di
kabel. Cara pertama mungkin lebih mudah dilakukan jika dibandingkan dengan
cara kedua, tetapi cara kedua kelihatan lebih menarik dan bagus. Anda boleh
menetapkannya mengikut keperluan dan kerumitan topologi server anda.

Satu lagi penyelesaian alternatif ialah menggunakan tag label yang telah
disediakan oleh beberapa syarikat terkemuka seperti Brother, AMP dan
Cchneider Electric. Ia lebih mudah, tetapi akan membebankan kerana membeli
tag label yang banyak.

Antara kelebihan melabelkan kabel ialah :

o Dapat mengetahui setiap kabel yang dipasang


o Memudahkan untuk pemasangan kabel yang banyak seperti di kolej atau
tempat kerja
MUKA / PAGE : 4
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Pemasangan Trunking/ Conduit

Pemasangan trunking/conduit adalah penting untuk menempatkan kabel


kedalamnya. Ia sebagai pelindung kabel daripada rosak seperti digigit tikus.
Selain itu adalah kemasan dalam pendawaian rangkaian. Terdapat tiga bahan
sebagai pelindung kabel iaitu :

 Trunking
 Conduit
 Cable tray

Trunking

Trunking ialah salah satu sistem penetapan untuk melindungi kabel, biasanya

dalam bentuk muka keratan rentas bersegi empat, dimana satu bahagiannya
boleh di keluarkan dan dipasang secara menegak atau mendatar di
permukaan dinding atau besi rangka bangunan.( Dalam peraturan IEE).

Trunking biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel yang


banyak, tidak kira samada kabel itu sama saiznya ataupun berlainan
saiznya.Ia juga digunakan apabila bilangan kabel tadi adalah terlalu besar
untuk dimasukkan kedalam conduit. Trunking biasanya digunakan untuk
menempatkan bilangan kabel yang banyak, tidak kira samada kabel itu sama
saiznya ataupun berlainan saiznya.Ia juga digunakan apabila bilangan kabel
tadi adalah terlalu besar untuk dimasukkan kedalam conduit.    

Terdapat 2 jenis trunking yang biasa digunakan iaitu :-

o Steel/Metal Trunking.
 Ia diperbuat dari kepingan logam (steel). Ianya juga boleh didapati
dalam berbagai ukuran( seperti keterangan di atas), mempunyai
penutup yang boleh dibuka dan ditutup. Penutup trunktuing biasanya
dipasang dengan skru pada jarak yang tertentu sepanjang trunking.
o PVC Trunking ( Plastik Trunking ).
  Ia diperbuat dari bahan PVC dan mempunyai bentuk yang sama
dengan steel trunking. Penutupnya mempunyai klip supaya melekat
pada permukaan trunking apabila ditekan semasa memasangnya.
MUKA / PAGE : 5
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Kegunaannya sesuai pada tempat yang mudah dihingapi karat. Pvc


trunking yang kecil di gunakan untuk pemasangan litar lampu dan
kuasa kecil.

Trunking boleh dibengkokkan pada sudut 90 dan 135 darjah.cara


membengkokan trunking 90 darjah adalah :

1. potong trunking mengikut ukuran panjang yang dikehendaki dengan


menggunakan gergaji/gunting (Snip).

2. Ukur dan tanda trunking dengan menggunakan pengarit.

3. Potong bahagian yang telah diukur menggunakan gunting atau gergaji.

4. Bengkok trunking hingga menjadi sudut 90 darjah

Conduit

Satu pendawaian yang mana pembuluh polivinil klorida (PVC atau PVK) dijadikan
sebagai saluran kabel. Ia boleh dipasang dipermukaan atau tesembunyi. Melibatkan
perbelanjaan yang lebih serta mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
Bentuknya hamper sama dengan conduit galvani atau logam tetapi berbeza dari
jenis bahan buatannya di mana ia diperbuat daripada pvk, lebih ringan dan tiada
bebenang skru di ke dua-dua hujungnya.

Mengapa menggunakan bahan Conduit? Antara alasannya menggunakan Conduit :

 Ringan, serta mudah dan cepat pemasangannya.


 Menggunakan conduit lebih murah jika dibandingkan dari bahan logam
seperti besi galvanis.
 Tidak berkarat.
 Mudah dipotong dan dapat dibengkokkan sampai sudut tertentu
 Merupakan isolator yang baik sehingga tahan api dan tidak mudah terbakar.
 Permukaan bagian dalam coduit yang halus sehingga tidak merusak kabel
jika ditarik melalui conduit.

Antara kelebihan menggunakan conduit melindungi kabel dari bahaya impact seperti
terkena benda jatuh, tergencet, dan gesekan serta gigitan tikus yang dapat
meyebabkan kerosakan pada kabel. Manakala kekurangan menggunakan conduit
MUKA / PAGE : 6
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

adalah memerlukan kos yang banyak untuk membeli conduit yang banyak dan
memerlukan masa yang panjang untuk memasang conduit.

Terdapat beberapa aksesori sebagai penyambungan untuk menggunakan


pengganding dan juga aksesori yang diperbuat daripada bahan-bahan pvk seperti
pada rajah dibawah:

Nama Rajah
Aksesori

Elbow

T- Junction

4 Way
Junction

Soket

Clipper

Jadual 1 :Aksesori tambahan

Menempatkan dan memasang faceplate

Satu lagi keputusan yang perlu dibuat ialah bagaimana plat dinding(Wall Plates)
melekatkan ke dinding. Terdapat tiga bahan(material) dengan aplikasi yang
tersendiri yang boleh digunakan untuk melekatkan plat dinding ke dinding. Antara
bahannya ialah :

 Outlet box
 Cut-in Plates
MUKA / PAGE : 7
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

 Surface-mount outlet box

Outlet Box

Outlet box sering digunakan untuk dipasangkan ke stud dinding(stud wall). Stud Wall
dapat dilihat di rumah atau tempat kerja Rajah 3 menunjukkan contoh stud wall.

Rajah 3 : Stud wall

Outlet box mempunyai lubang skru di dalamnya yang membolehkan kotak(box)


tersebut dipasang. Di samping itu, outlet box kebiasaanya diberikan alat samada
paku atau skru yang membolehkan dipasang pada stud. Outlet box sering digunakan
terutamanya untuk electrical outlet (elektrik) tetapi ia juga boleh digunakan untuk
pendawaian telekomunikasi (rangkaian) kerana plat dinding mempunyai
pemasangan dan penggunaan yang sama. Rajah 4 menunjukkan pemasangan
outlet box pada stud wall.
MUKA / PAGE : 8
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Rajah 4 : pemasangan outlet box di stud wall

Kotak(box) yang jenis plastic lebih murah daripada logam dan biasanya
dijumpai dalam pemasangan komersil lampu atau kediaman. Manakala kotak jenis
logam ditemui dalam aplikasi komersial dan biasanya menggunakan conduit untuk
membawa kabel elektrik(electrical) atau data(data cabling).pilihan jenis kotak(metal
or plastic) bergantung pada jenis pemasangan yang dibuat.

Plastic box bersifat sederhana dan mudah dalam pemasangan


tembaga(copper) kategori ketiga. Walau bagaimanapun, jika anda mahu memasang
Kategori 5e atau lebih tinggi, anda perlu berhati-hati dengan wayar tersebut supaya
tidak terlipat atau membuat sebarang selekoh tajam didalamnya. Hal ini terutamanya
kabel UTP kategori 6A UTP. Pastikan anda menggunakan box yang direka untuk
kabel yang akan anda gunakan. Pemasangan outlet box ini perlu dibuat sebelum
melakukan pemasangan drywall. Drywall ialah dinding kering yang lebih dikenal
sebagai plasterboard.

Rajah 5 : Pemasangan Drywall

Rajah 5 menunjukkan contoh pemasangan drywall manakala Rajah 6 adalah contoh


drywall.
MUKA / PAGE : 9
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Rajah 6 : Drywall siap dipasang

Outlet box berada dalam drywall, dan drywall tersebut akan ditebuk atau
dilubangkan untuk pemasangan kabel. Rajah 7 menunjukkan drywall yang
dilubangkan.

Rajah 7 : drywall yang dilubangkan.

Rajah 8 adalah outlet box yang dipasang dalam drywall sekaligus meminimumkan
kerosakan pada kabel kerana dilindungi kondiut dan drywall.

Rajah 8 : kaedah pemasangan outlet box.

Cut-In Plate

Outlet box berfungsi dengan bagus dan menyokong pada stud wall semasa
pembinaan bangunan dilakukan. Tetapi jika ingin menambah box, adakah Outlet box
boleh digunakan setelah selesai memasang drywall? Dalam kes ini, anda harus
MUKA / PAGE : 10
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

menggunakan cut in plate. Cut-in Plate dinamakan demikian kerana anda perlu
memotong lubang di drywall dan letakkan di dalamnya dan cut in plate tersebut
menyokong wall plate. Cut-in plate terbahagi kepada dua jenis iaitu kotak ubah suai
(remodel boxes) dan cover-plate mounting brackets.

Remodel boxes

 Diperbuat daripada plastic atau logam.


 Ia dipasang ke lubang drywall menggunakan skru.
 Perbezaan antara remodel boxes dan outlet box biasa ialah remodel
boxes adalah lebih kecil dan hanya boleh dipasang pada dinding
sahaja. Rajah 9 menunjukkan remodel boxes
 Cara pemasangan remodel boxes :
o Tentukan lokasi yang ingin dibuat perkabelan baru di dinding.
o Gunakan kotak kecil dan garis mengikut kotak tersebut dengan
pensil.
o Lubangkan drywall mengikut garis kotak yang sudah ditanda.
o Masukkan remodel box kedalam lubang tersebut. Jika tidak
buat, potong sedikit lubang tersebut sehingga remodel box
dapat masuk dengan sempurna
o Gunakan skru untuk membuatkan remodel box lebih kukuh di
drywall.

Rajah 9 remodel box

Cover-Plate Mounting Brackets


MUKA / PAGE : 11
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

 Brackets ini membolehkan anda memasang wall plate terus ke papan


dinding tanpa menggunakan outlet box.
 Brackets ini biasanya dibuat dari keluli atau aluminium dan
mengandungi tab fleksibel yang boleh menolak kedalam lubang yang
sudah dipotong di drywall.
 Tab ini melipat dalam lubang dan menahan bracket dari jatuh.
 Beberapa brackets boleh memasang skru melalui bahagian depan.
 Apabila brackets dipasang, kabel data boleh ditarik melalui dinding
dan menamatkan dengan memasang jacks pada wall plate dan wall
plate tersebut boleh dipasang pada bracket. Rajah 10 adalah contoh
cover plate mounting brackets.

Rajah 10 : Cover plate Mounting brackets

Surface-Mount Outlet Box

Jenis terakhir pelekap plat dinding ialah surface-mount outlet box, yang digunakan
dimana sukar untuk memasukkan kabel kedalam dinding (konkrit,mortar, batu
bata).Kabel dipasang di luar dinding dengan menggunakan conduit ke outlet box
yang dipaang pada permukaan dinding. Rajah 11 adalah contoh jenis Surface-mount
outlet box. Kelebihan Surface-mount outlet box ini boleh ditempatkan dimana
sahaja.Tetapi kelemahannya adalah penampilan mereka. Walaupun Pemasangan
Surface-mount dilakukan dengan mutu kerja yang baik, tetapi ia Nampak tidak
teratur. Kadangkala ia menjadi satu pilihan yang terakhir untuk dinding konkrit.
MUKA / PAGE : 12
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Rajah 11 Surface-mount Outlet Box

Memasang dan Menarik Kabel

Apabila anda memasang kabel kedalam conduit terutama jikal kabel tersebut perlu
bergerak melalui ruang yang agak sempit, anda memerlukan alat untuk menarik
kabel.Berikut adalah alat sesuai untuk membantu anda menarik kabel:

 Gopher Pole
o Teleskop pole yang memampatkan kepada panjang minima kurang
dari 5’ dan maksimum 22’. Alat ini boleh membantu bila anda menarik
atau menolak kabel ditempat yang sukar untuk dijangkau.
 Cable pulleys
o Membantu seseorang melakukan kerja dua orang apabila ketika
menarik kabel. Sesuai empat cable pulley untuk menarik banyak kabel.
 Fish Tape
o Sesuai untuk menarik kabel dalam ruang yang sempit. Gelungan keluli
di penhujung tali mempunyai cangkuk/peluru. Kabel yang
disambungkan dengan fish tape akan menarik dan menolak melalui
kondiut. Rajah 12 adalah fish tape.

Rajah 12 Fish Tape


 Cable-Pulling Lubricant
o Pelincir yang digunakan untuk mengurang geseran terhadap kabel
apabila kabel ditarik melalui kondiut.
MUKA / PAGE : 13
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Rajah : Cable-Pulling Lubricant

Pemasangan Kabel

Pemasangan Kabel data adalah berbeza dengan fiber optic adalah :

a. Dalam 1 konduit boleh diisi dengan 4-5 kabel utp dan diselaraskan dengan
jumlah kabel yang akan ditarik

b. Setiap pemisahan conduit harus menggunakan T join/4 way join/elbow.

c. Hujung kabel yang telah ditarik perlu dilebihkan 2-3 meter untuk pemasangan
modular

Rajah : pemasangan kabel


MUKA / PAGE : 14
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Melakukan penamatan kabel

Modular Jack adalah ialah satu soket yang digunakan untuk menyambungkan kabel
rangkaian pada dinding (Wall Face Plate Scheme). Daripada modular jack ini, kabel
akan disambungkan mengikut warna yang telah ditetapkan. Sambungkan
penghujung kabel kepada hub/switch. Fungsi modular jack adalah sebagai
connector female yang dihubungkan dari patch panel ke modular jack dan dari
modular jack dihubungkan lagi dengan patch cord untuk disambungkan ke
computer, telephone, printer atau wireless.

Untuk melakukan penamatan kabel pada modular jack, beberapa peralatan perlu
disediakan iaitu :

 Pemotong wayar(cutter)
o Cutter ini digunakan untuk memotong kabel utp
 Stripper
o Digunakan untuk membuang penebat pada kabel
 Punchdown tool
o Digunakan untuk memasukkan cable utp kedalam modular jack
dimana kabel-kabel yang dimasukkan perlu ditekan ke dalam.

Cara melakukan penamatan kabel

1. buangkan penebat pada kabel utp sekitar 1 hingga 5 inci dari hujung dengan
menggunakan stripper.

2. Pisahkan setiap warna kabel antara satu sama lain, kemudian menguraikan
kabel dengan pasangan masing-masing.Kemudian luruskan kabel tersebut.

3. Buka penutup pelindung jack dan susun mengikut keterangan yang diberi
samada ingin memilih “A” atau “B”.

4. Tempatkan semua lapan jenis warna kabel ke pusat jack dan sesuai kan
dengan jenis yang dipilih. Jika memeilih jenis A, maka tempatkan kabel mengikut
warnanya, demikian juga dengan jenis B
MUKA / PAGE : 15
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

5. Gunakan alat “Punchdown cable” untuk memasukkan warna sesuai dengan


jenisnya. Kemudian tekan pada slot warnanya sehingga terpotong lebihan kabel dan
bunyi “krek”.

6. Periksa setiap slot penamatan sepanjang tepi luar jack, setiap kabel harus
masuk dibahagian bawah slotnya, dan konduktor tembaga kabel akan terlihat.

7. Masukkan penutup jack sehinga tiada penampakan kabel.

8. Masukkan jack ke dalam faceplate dari belakang dan pastikan klip pada jack
menghadap keatas sehingga betul-betul masuk ke cover depan.

Cara membuat Penyambungan Kabel (LAN kabel)

1. buang penebat pada kedua-dua ujung kabel dengan menggunakan cutter.

2. Dengan posisi penyambungan RJ45 menghadap kebawah, masukkan


mengikut susunan kabel samada memilih untuk membuat kabel silang atau kabel
lurus.

3. Setelah memasang kabel ke dalam konektor, Crimping dengan menggunakan


peralatan crimping agar kabel terpasang dan bersambung dengan RJ45.

4. Setelah selesai, buat pengujian kabel tersebut dengan menggunakan cable


tester untuk mengetahui samada kabel tersebut boleh digunakan atau tidak.

Menguji Kabel

Banyak penguji kabel boleh didapati pasaran. Sebahagian daripada pasaran


menjual kurang daripada rm100. Untuk bab ini akan dibincangkan menegenai
pengujian kabel. Peralatan yang perlu disediakan adalah penguji kabel. Penguji
kabel adalah alat yang boleh membantu anda mengenal pasti masalah kabel
samada boleh digunakan lagi atau tidak. Terdapat empat alat untuk menguji kabel
iaitu :

 Cable-toning tool
 Twisted-pair continuity tester
 Coaxial tester
 Optical Fiber Tester
MUKA / PAGE : 16
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Cable-toning Tool

Cable toner adalah peranti untuk menentukan sama ada pemasangan


kabel asas telah dilakukan betul.Toner adalah penguji berterusan untuk
memastikan electric bersambung dari hujung ke penghujung yang lain.
Sesetengah alat menyediakan maklum balas visual (dengan meter),
manakala yang lain menggunakan maklum balas audio. Pengujian ini
mungkin memerlukan pasangan yang jauh dihujung kabel. Rajah dibawah
menunjukkan tone generator.

Rajah : tone generator

Twisted-pair Continuity tester

Banyak kebiasaan masalah adalah mendapatkan kabel itu berfungsi


adalah mudah. Penguji kabel (Cable tester) berharga rm100 adalah bagus
tetapi untuk pemasangan yang kesederhanaan(simple) adalah terlalu
berlebihan. Jika pemasangan kabel tidak dilakukan dengan betul semasa
pemasangan, kabel tersebut boleh terkupas penebat atau rosak. Penguji
kesederhanaan boleh membantu anda dalam menyelesaikan banyak
masalah kabel data dan suara. Rajah 11 menunjukkan cable tester untuk
menguji kabel UTP/STP. Cara menggunakannya adalah satu remote
disambungkan ke pennghujung kabel RJ45, dan satu lagi remote
disambungkan ke penghujung satu lagi RJ45. Cable Tester ini akan memberi
isyarat nyalaan dari bilangan 1 sehingga 8. Kabel yang bagus apabila diuji
cable tester, semua bilangan menyala mengikut turutan (kabel lurus).
MUKA / PAGE : 17
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Rajah 11 : Cable tester

Coaxial tester

Walaupun kabel coaxial agak kurang rumit untuk memasang dan


menamatkan, masalah masih boleh berlaku semasa pemasangan. Penguji
yang ditunjukkan dalam rajah 12 ialah IDEAL DataComm Mini Coax tester.
Penguji yang padat ini direka untuk mengji lintasan kabel coaxial yang
ditamatkan dengan penyambungan BNC-style. Ia boleh menguji dalam
operasi dua mode iaitu standard dan Hi-Z untuk jangka yang panjang.

Rajah 12 : Ideal DataComm Mini Coax Tester

Main Distribution Frame(MDF)

The main distribution frame dikenali juga sebagai penyambung silang utama atau
Equipment room, adalah titik pendawaian utama untuk bangunan. MDF adalah titik
sambungan antaran LAN/WAN dan kemudahan penyedia perkhidmatan (Provider
Facility). MDF biasanya terletak di tingkat bawah atau ruang bawah tanah. Lokasi
perkakasan rangkaian yang penting adalah pelayan dan hosts utama.
MUKA / PAGE : 18
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Menguji kabel penyambungan rangkaian

Kabel yang sudah siap, perlu diuji penyambungannya. Tersebut ada tiga cara
menguji yang diperlukan untuk mengetahui penyambungan rangkaian berlaku iaitu :

 Remote test
 Ping test
 Network Speed Test

Remote Test

Remote test adalah untuk cuba mengakses mana-mana laman URL contoh
google atau menggunakan arahan telnet pada command prompt (CMD). Jika
dipaparkan “page cannot displayed” atau “ no connection” bermakna ada
masalah pada penyambungan rangkaian.

Rajah 13 : Remote test


MUKA / PAGE : 19
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Rajah 14 : Remote test

Ping Test

Ping (utiliti rangkaian), salah satu tools rangkaian komputer yang


digunakan untuk menguji samada host tertentu ada penyambungan atau tidak
dengan menggunakan IP.

Rajah 14 : Ping test

Network Speed Test

Speed test adalah menguji kelajuan rangkaian dengan menggunakan


perisian third party. LAN Speed Test adalah salah satu perisian yang sesuai
digunakan untuk menguji kelajuan.
MUKA / PAGE : 20
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Rajah 15 : LAN Speed Test

Pengurusan Kabel Rangkaian

Melabel Kabel

Dengan berates-ratus kabel yang perlu ditarik dalam pemasangan


kabel yang besar, ia membuatkan kita banyak kali berfikir untuk melabel
kedua-dua hujung setiap kabel semasa ia ditarik. Dengan cara itu, apabila
ingin menamatkan setiap kabel, anda akan mengetahui kabel tersebut dari
mana dan boleh mendokumenkan maklumat tersebut pada peta pengkabelan
anda.

Oleh itu, anda memerlukan beberapa bahan pelabelan. Yang paling


biasa digunakan adalah jenis pelekat yang dijual oleh Syarikat Panduit dan
syarikat lain( semak dengan pembekal kabel anda untuk mengetahui apa
yang mereka cadangkan). Anda harus memiilih standard penomboran,
melekatkan dan merekodkan semua kabel yang bernombor dan kegunaanya
adalah dalam dokumentasi. Sistem yang baik adalah meletakkan kabel
pertama sebagai 1, dengan setiap kabel seterusnya nombor menaik dan lebih
MUKA / PAGE : 21
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

tinggi dari sebelumnya. Anda juga boleh menggunakan gabungan huruf dan
nombor. Untuk melabelkan kabel, lekatkan nombor pada setiap kabel yang
anda tarik dan lekatkan lagi dengan nombor yang sama pada kotak yang
sama yang mengandungi kabel. Apabila anda selesai menarik kabel, nada
boleh memotong kabel dan melekatkan nombor daripada kotak ke hujung
kabel.Maka kedua-dua hujung kabel bernombor. Jangan lupa untuk merekod
pada notepad anda dan analisis rangkaian setiap kabel dan dimana ia
berlaku/pergi.

Standard ANSI/TIA/EIA-606-A mentakrifkan system pelabelan untuk


melabel setiap hujung kabel dan port stesen kerja (workstation) dengan
destinasi yang tepat dalam pendawaian closet menggunakan tiga set huruf
dan nombor yang dipisahkan oleh sengkang ( - ). Label tersebut adalah
dalam format berikut :

BBBB-RR-PORT

BBBB adalah kod bangunan empat angka(biasanya bernombor)

RR adalah nombor bilik telekomunikasi

PORT adalah nombor sambungan yang menghubungkan kabel antara


patch panel dan nombor port

Contohnya, 0001-01-W222 bermaksud bangunan 1, closet 1, wall-


mounted patch panel 2 (W2) dan port 22

Jadual 13.2 memperincikan butir-butir pelabelan yang paling biasa


digunakan :

Pengikat (Fastening)

Apabila anda fikir tentag pembekal kabel, anda mungkin


membayangkan kotak(boxes) kabel,plat dinding, penyambung modular, dan
MUKA / PAGE : 22
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

patch panel. Benar, semuanya adalah sebahagian yang diperlukan dalam


pemasangan kabel, tetapi anda sepatutnya mempunyai alat perkakasan lain
yang akan menjadikan hidup anda menjadi mudah sebagai juruteknik.

Sesetengah barang perkakasan yang digunakan boleh dibeli secara


umum. Sebuah kabel yang lengkap juruteknik membawa beberapa barangan
lain yang penting untuk pemasangan kabel termasuk :

 Electrician tape – pelbagai warna


 Duct Tape (pita saluran)
 Plastic cable ties (tie wraps) untuk penyambungan kekal
 Hook and loop cable ties untuk sementara bagi mengasingkan dan
mengikat kabel
 Label pelekat
 Permanent markers

Satu perkara yang paling banyak digunakan untuk pemasangan ialah


tie-wrap. Tie-wrap adalah membantu menjadikan pemasangan kabel yang
lebih kemas dan lebih teratur. Bagaimanapun kebanyakan tie-wraps adalah
kekal; kamu perlu memotong untuk melepaskan kembali kabel. Hook-and-
loop )Velcro-type) yang ditunjukkan pada rajah dibawah, memberkan anda
keupayaan untuk mengikat(wrap) kabel bersama dengan cepat(atau
lampirkannya dengan kabel yang lain) dan kemudian membuangnya dengan
mudah.

User Acceptance Test (UAT)


MUKA / PAGE : 23
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

User Acceptance Test dikenali sebagai ujian penerimaan pengguna. Ia adalah fasa
terakhir yang melibatkan pemasangan kabel. Semasa UAT, pengguna sebenarnya
menguji sambungan/pemasangan untuk memastikan ia dapat mengendalikan tugas
yang diperlukan dalam scenario dunia sebenar mengikut spesifikasi. UAT adalah
salah satu prosedur projek akhir dan kritikal yang mesti dilakukan sebelum system
tersebut diserahkan kepada pelanggan sebenar.

Keperluan UAT

 Permulaan UAT adalah tarikh bermula(Arrival Time) dan berakhir


pengujian(Departure time)
 Merekod lokasi (sesetengah penguji boleh memili untuk melakukan beberapa
ujian dari lokasi dipersetujui terlebih dahulu dengan pengurus projek.
 Meletakkan alamat pada borang UAT.
 Meletakkan nombor telefon/ nama pada borang UAT.
 Peserta akan diberi panduan dan arahan sebelum permulaan UAT
 Persekitaran ujian ditetapkan sepenuhnya termasuk semua fungsi dan alat
yang mencukupi untuk UAT.
 Skrip atau tugasan dan scenario akan disediakan sebelum permulaan UAT.
 Diberi pilihan sama ada Berjaya (pass) / gagal (fail). Jika gagal nyatakan
masalah tersebut.
 Peserta UAT akan menjalankan ujian dan hasil rekod dalam log ujian atau
format lain yang dinyatakan.
 Isu-isu yang direkodkan dalam log scenario UAT akan dikesan oleh Pengurus
projek.
MUKA / PAGE : 24
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

BORANG UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT)


Butiran Diri
Nama Nombor Telefon

Lokasi Pengujian Alamat Pengujian

Tarikh Tiba Tarikh Siap

Bahagian A – Pengujian Pemasangan Kabel Rangkaian


Pra-Pemasangan Rangkaian
 Mempunyai label kabel dilokasi
 Pemasangan kondiut/ trunking dengan betul (tiada lubang yang senang dimasuki
serangga)
 Mengikut ukuran yang ditetapkan
 Faceplate ditempatkan dengan betul
Senarai Semak PASS/FAIL Masalah
Mempunyai label setiap kabel dilokasi
Pemasangan kondiut/trunking dengan betul dan
kemas
Mengikut ukuran panjang dengan betul
MUKA / PAGE : 25
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

Menempatkan faceplate ditempat yang sesuai


Tandatangan penguji(selesai bahagian A) Name :

Signature :

Tarikh
Bahagian B – Pengujian Penyambungan Rangkaian
Senarai Semak
 Ping antara satu sama lain
 Boleh menguji kelajuan rangkaian
 Senarai semak inventori dan beroperasi dengan baik
Senarai Semak / Sudah pasang/ Disediakan Menguji Masalah
inventori Lulus/Gagal
Berjaya ping
antara satu sama
lain
Menguji kelajuan
rangkaian
Komputer
Projektor
Monitor
Speaker
Tandatangan penguji(selesai bahagian B) Name :

Signature :

Tarikh

Contoh Borang Kajian Penerimaan Pengguna :

Borang Kajian Penerimaan Pengguna Date :


Lokasi Tarikh kajian :

Disediakan oleh
Senarai Semak Diterima Oleh Tarikh
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Disediakan Oleh
MUKA / PAGE : 26
NO. KOD / CODE NUM. KSK3014/K01/P(1/2)
DRPD / OF : 26

__________________________________________

( )

Anda mungkin juga menyukai