Anda di halaman 1dari 2

Laporan Lawatan Muzium Telekom Saya bernama ILAMMAAREN RAMADASS kad pengenalan bernombor 900925146209 dari unit PML(Bt)

ambilan Januari 2010 telah menyertai program outreach yang berupakan lawatan akedemik unit ilmu pendidikan dengan kerjasama pihak muzium telekom. Lawatan ini mengambil masa selama 2 hari 1 malam. Lawatan ini telah disertai oleh 5 unit pemulihan dan seramai 101 orang termasuk pensyarah pengiring. Tujuan lawatan ini adalah bagi melengkapkan keperluan proforma yang memerlukan pelajar untuk mengetahui bagaimana melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pelbagai situasi dan menggunakan pelbagai teknik anataranya berkaitan dengan teknologi maklumat dan telekomunikasi.
1. Laporan 15 Februari 2012

Pada hari pertama iaitu pada hari 15 Februari kami telah berkumpul di garaj Institut pada pukul 2.00. Selapas pihak pengurus menyediakan semua keperluan dan bekalan perjalanan kami bermula pada pukul 2.30 tengah hari dan samapai di lokasi tepat jam 5.00 petang. Setibanya kami disana kami diberi taklimat mengenai perjalanan program, pergurusan, keselamatan dan kebersihan. Sesi taklimat mengambil masa selama 1 jam termasuk taklimat yang bersemangat tentang sejarah Telekom, sejarah awal bidang telekomunikasi serta perkembangannya. Antara maklumat yang kami perolehi adalah tentang stesen penerima bukit Kenny yang mula beroperasi pada 1931. Ia membolehkan pengendalian wayarless secara dua hala(duplex) digunakan. Ia juga membantu dalam perkhidmatan telegraf yang dipasang untuk kegunaan tentera udara diraja dan penerbangan awam. Kami juga dapata mengetahui bahawa perkhidmatan radio PDRM bermula pada 1928. Ketika itu perkhidmatan ini digunakan untuk menghubungkan Pulau Ketam dan Pelabuhan Kelang. Ia menjadi asas perkhidmatan radio telefon di semua balai polis seluruh negara. Serta tidak ketinggalan informasi tentang morse code yang merupakan cara asas telekomunikasi. Maka pada pukul 6.30 petang kami telah diberi masa selama 1jam 15 mint untuk berehat dan menguruskan diri. Kemudianya pada pukul 7.45 kami telah dibekalkan dengan makanan. Pada pukul 8.15 walaupun hujan berenyai renyai tetapi

kami masih terikat dengan aktiviti yang telah dirancang iaitu abseiling dan flying fox. Kami telah dipecahkan kepada 5 kumpulan dan aktiviti tersebut dilaksanakan secara bergilir gilir. Ini merupakan pengalaman yang amat baik bagi guru pelatih oleh sebab aktiviti ini membantu dalam membangunkan nilai keberanian bagi menempuhi cabaran. Selain itu aktiviti ini juga mencabar keupayaan seseorang individu untuk mempelajari sesuatu yang baharu dengan cepat.

2. Laporan 16 Februari 2012 Pada keesokan harinya kami telah memulakan hari dengan aktivit senaman pagi. Seterusnya kami telah meluangkan masa selama 4 jam bagi mengenali tentang telekomunikasi masa kini terutamanya program UNIFI yang telah dilancarkan baru baru ini. Teknologi ini mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding pakej yang telah disediakan oleh pihak TM sebelum ini. Ia mempunyai keupayaan 20mega byte per saat . Sudah pastinya adalah rugi jika warisan pendidik masa kini jika gagal menangani teknologi ini. Kemudian kami telah pergi melawat ke hutan simpanan dan menara kuala Lumpur yang tidak jauh dari muzium telekom. Menerusi lawatan ini saya memang mendapat pelbagai informasi informasi yang menarik yang berkaitan telekomunikasi yang merupakan suatu instrumen yang amat penting bagi pemajuan Negara kearah global.

Anda mungkin juga menyukai