Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan produk

Bidang ergonomik merupakan satu kajian tentang hubungan antara faktor anatomi, psikologi, dan fisiologi manusia dengan persekitaran kerjanya yang melibatkan penggunaan peralatan. Ianya harus mengutamakan ciri-ciri keselamatan, keselesaan, kecekapan pengendalian alatan serta tidak memudaratkan kesihatan manusia. Menurut kamus oxford, ergonomik bermaksud suatu kajian saintifik tentang hubungan antara pekerja (manusia) dengan persekitaran mereka. Ergonomik bertujuan untuk memastikan supaya sesuatu kerja atau peralatan yang digunakan berkesesuaian dengan keadaan tubuh manusia. Dengan ini ia dapat memaksimakan keselesaan pelajar, keselamatan, produktiviti dan kecekapannya. Terdapat dua perkara yang sering dikaitkan dengan rekabentuk adalah masalah maskularskelatel iaitu sakit belakang dan ketegangan otot (muscular stress). Kedua-dua perkara ini muncul terutamanya daripada kepincangan yang berlaku di dalam rekabentuk, dan akan berterusan sehingga ke tahap ketegangan dan kelesuan yang akan mengurangkan kecekapan, kehilangan keupayaan dan mengganggu kesihatan. Setiap rekabentuk perabot perlu ada ciri-ciri ergonomik yang dapat mengurangkan ketegangan otot badan manusia dan dapat menyokong postur badan dengan baik. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang kepentingan penekanan faktor-faktor ergonomik dalam rekabentuk kerusi dan meja bagi bilik lukisan kejuruteraan untuk jangkamasa yang lama. Pihak universiti perlu menyediakan perabot yang bersifat ergonomik kerana perkakasan dan perabot yang tidak ergonomik memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan pensyarah dan pelajar tidak merasa selesa dengan perabot yang mereka gunakan terutamanya kerusi dan meja, penumpuan dan konsentrasi mereka akan terganggu dan tidak dapat bertahan lebih lama. Kajian ini juga diharapkan akan dapat menjelaskan perkaitan isu-isu yang dikaji agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi kepentingan perkembangan pendidikan negara yang merupakan salah satu aset penting bagi negara.

Perancangan aktiviti

Spesifikasi Terperinci

satu definisi lengkap yang meliputi setiap aspek antara pengguna. Ia mentakrifkan dimana pengguna bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan menggariskan pendekatan yang digunakan untuk mencapai penyelesaian. Ia adalah pelan induk untuk setiap permulaan inovasi.Jadi dihubungkaitkan dengan idea konsep memudahkan untuk mengunakan produk ini di mana sahaja kita berada dan boleh di susun setelah menggunakan kerusi ini. Rekabentuk Awal

Fasa reka bentuk awal juga boleh dikenali sebagai reka bentuk konsep atau reka bentuk seni bina. Semasa fasa ini, konsep reka bentuk peringkat tinggi telah dilakukan, yang mana kita akan memfokuskan dahulu produk ini bole di lipat.Objektif fasa reka bentuk (awal dan terperinci) adalah untuk mewujudkan reka bentuk yang betul dan lengkap mengikut ciri-ciri yang diperlukan. Rekabentuk Akhir

Ciri-ciri penting kualitatif dan kuantitatif yang menyediakan kriteria (seperti keperluan prestasi, dimensi, berat, ketahanan, kekuatan produk) digunakan dalam mereka bentuk komponen, peranti, produk, atau sistem.

Anggaran harga

Kepentingan akan beralih kepada anggaran kos,yang diperlukan untuk menentukan apa yang kami maksudkan dengan kos anggaran yang "baik". Anggaran kos yang baik bergantung kepada fasa projek yang dikira. Jelas sekali ia sepatutnya dekat dengan produk sebenar.Berikut adalah perkara penting yang harus dipertimbangkan: kos relatif alternatif projek sepatutnya betul, tahap prototaip harus realistik.

Kajian semula rekabentuk

Satu kajian semula reka bentuk merupakan satu pencapaian dalam proses pembangunan produk yang mana rekabentuk dinilai terhadap keperluan untuk mengesahkan hasil aktiviti sebelumnya dan mengenal pasti isu sebelum membuat produk, dan jika perlu menjadi semula keutamaan .Kajian semula rekabentuk yang muktamad, jika berjaya, oleh itu mencetuskan pelancaran produk yang hampir sama dengan produk sebenar.Pengendalian ulasan reka bentuk adalah wajib sebagai sebahagian kawalan rekabentuk.Sekiranya rekabentuk prototype tidak dapat menunjukkan perjalanan sebenar yang ingin disampaikan konsep idea sebenar maka kajian semua akan dilakukan berulang kali sehinggalah mendapat rekabentuk yang paling bersesuaian dengan konsep idea.

Pemasangan prototaip

Prototaip adalah sampel awal atau model yang dibina untuk menguji konsep atau proses atau untuk bertindak sebagai sesuatu yang ditiru atau dipelajari. Ia adalah satu istilah yang digunakan dalam pelbagai konteks, termasuk semantik, reka bentuk,elektronik, dan pengaturcaraan perisian.Prototaip direka untuk menguji dan percubaan rekabentuk baru untuk meningkatkan ketepatan oleh penganalisis sistem dan pengguna.Prototaip berfungsi untuk menyediakan spesifikasi untuk sistem sebenar.

Pemasangan

Komponen atau butiran akhir yang terdiri daripada beberapa bahagian atau sub pemasangan meletakkan bersama untuk melaksanakan fungsi yang tertentu..

Kajian semula rekabentuk Kritikal

Menerangkan fasa utama proses kejuruteraan sistem.Ianya merupakan kajian yang paling akhir..Satu kajian semula reka bentuk menyediakan satu penilaian yang mendalam oleh ahli kumpulan bahawa reka bentuk (atau konsep) adalah realistik dan dapat dicapai dari penilaian program dan teknikal. Untuk kajian ini,ahli kumpulan hendaklah memenuhi objektif awal rekabentuk ini. Hal ini untuk memastikan bahawa produk yg di reka mencapai apa yang di harapkan.

Tentuan rekabentuk produk

a) Prestasi dapat menahan beban melebihi 80kg. Kerusi itu juga mestilah Kerusi tersebut mestilah

dapat menahan hentakan dan juga mampu untuk menampung beban yang telah di tetapkan. Kerusi tersebut juga

mestilah boleh di sesuaikan dengan bentuk belakang bagi mengelakkan penguna dari terjatuh ke belakang dan mengurangkan kesakitan apabila menggunakannya.

b) Persekitaran

Dalam hal ini,kerusi ini memfokuskan penggunaannya hanya di dalam kelas sahaja. Ia juga boleh digunakan dalam perbagai keadaan atau situasi seperti di dalam rumah dan di luar rumah.

c) Hayat semasa perkhidmatan Kerusi ini akan di gunakan setiap hari terutama di dalam kelas, jadi janaka hayatnya dapat bertahan antara lebih kurang 5 tahun (bergantung juga kepada cara pengguna dan juga tidak termasuk kerosakan kecil yang dihadapi).

d) Penyelenggaraan Penyelenggaraan bagi produk ini mestilah boleh diselenggarakan menggunakan alatan sepunya

Alat ganti boleh didapati dimana mana kedai yang berhampiran dengan anda.

Faktor Faktor Yang Perlu Di Pertimbangkan Dalam Merekabentuk Kerusi Yang Ergonomik Data daripada ukuran badan manusia Fungsi kerusi (meja atau ruang istirehat) Jumlah dan jenis orang yang menggunakannya Masa yang digunakan Persekitaran penggunaan (kebolehan untuk mencapai alat alat lain dan sebagainya)

Tujuan Dan Matlamat Utama Ergonomik Mengurangkan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan penyakit Member keselesaan semasa melakukan kerja Mewujudkan persekitaran yang baik Salah satu dari peraturan antarabangsa

Pemilihan rekabentuk konsep Bagi memilih rekabentuk yang sesuai, beberapa perkara harus dipertimbangkan iaitu cirri cirri konsep yang dipilih, penerangan rekabentuk dengan terperinci, kebaikan dan keburukan sesuatu rekabentuk itu. Antara ciri ciri penting yang perlu ada pada sesebuah kerusi adalah: a) Kedudukan penyandar Bagi rekabentuk jenis ini,keistimewaannya adalah kerusi ini mempunyai penyandar yang diperbuat daripada span yang lembut. Ia juga berada pada kedudukan yang selesa di mana para pengguna boleh menikmati keselesaan semasa menggunakannya. b) Posisi dan cara duduk yang betul Posisi dan cara duduk yang betul juga merupakan faktor yang paling penting dalam merekabentuk kerusi. Ianya mengambil kira kedudukan postur yang betul. Selain itu, ianya juga mempertimbangkan kedudukann tulang belakang, lutut, tumit, pinggul dan aras penglihatan. (lihat gambar rajah di bawah)

Cara duduk dalam posisi yang betul

Limitasi dan kekurangan produk Kerusi ini adalah salah satu produk kerusi serba guna di mana penyandarnya itu boleh di jadikan sebagai papan untuk menulis dan setelah dikaji didapati kerusi yang dihasilkan ini mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan. Oleh yang demikian,berikut adalah kesimpulan yang dapat dibuat hasil dari kaji selidik yang telah di lakukan. a) Kekurangan dari segi rupa bentuk : i. ii. Rupa bentuk yang kurang nilai estetik Kekurangan daya dan nilai tarikan terhadap meja.

b) Kekurangan dari segi ergonomic : i. Ketika sedang menulis Bagi pengguna yang bertangan kidal keadaan atau kedudukan semasa menulis adalah sukar kerana terpaksa membengkokkan badan semasa menulis. Ini kerana kedudukan meja tulis hanya sesuai untuk pengguna yang menulis disebelah kanan.

c) Dari segi penggunaan : i. Kesukaran untuk menulis bagi yang bertangan kidal kerana kedudukan meja yang tidak strategic.

Contoh Produk Sedia Ada

Gambar rajah produk sedia ada

Anda mungkin juga menyukai