Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Latihan industri (LI) merupakan komponen program pengajian yang memberi pelajar peluang

pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana kerja yang bakal mereka

ceburi. Selain daripada itu program LI adalah untuk memperkasakan kompetensi dan

kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehan pasaran

pelajar.

Secara dasarnya, program LI ini merupakan satu program yang menempatkan pelajar untuk

menjalankan latihan praktikal, amali atau klinikal dalam satu-satu organisasi luar UPM yang

dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum pelajar dianugerahkan ijazah.

1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Matlamat LI adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar sambil

mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan serta mempertingkatkan pengetahuan

dan kemahiran dalam bidang profesion masingmasing. Latihan Industri juga bertujuan melahirkan

pelajar yang mempunyai kompetensi yang diperlukan oleh majikan di samping memberikan

pengalaman keusahawanan.
1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif utama program LI adalah untuk :

a. memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

akademik dalam alam pekerjaan sebenar.

b. memberi peluang kepada pelajar belajar dari pengamal dalam bidang masing-masing.

c. mempertingkatkan kemahiran generik dan profesional seperti kemahiran interpersonal,

bekerja secara berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran

keusahawanan.

d. menghayati nilai etika profesion masing-masing.

e. mempertingkatkan peluang pekerjaan.

f. memberikan pengalaman pembelajaran dalam dunia industri dan g. merapatkan jalinan

hubungan universiti dengan industri.

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan pergaulan sama

ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik

sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar

sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat

menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan.


1.4 LATAR BELAKANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS

1.4.1 Lokasi Daerah

Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 10 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan.

Jajahan-jajahan lain ialah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah

Merah, Jeli dan Gua Musang. Ia bersempadan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan

Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan

di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan

negeri Kelantan ialah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Peta Daerah Pasir Mas


1.4.2 Sejarah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

PPD Pasir Mas telah ditubuhkan serentak dengan pejabat Pendidikan Daerah yang lain pada 1982.

Pada awalnya pejabat ini hanya menumpang di bangunan SK Lemal Pasir Mas dengan

kakitangannya seramai tujuh orang pegawai dan empat orang kakitangan sokongan. Ia terletak

lebih kurang 0.5 km dari bandar Pasir Mas.

Pada 1985, PPD Pasir Mas berpindah ke pejabat baru yang terletak 4 km dari pejabat lama. Ia

terletak di Jalan Hospital Pasir Mas iaitu bangunan sendiri yang menelan belanja pembinaan

sebanyak RM 150.000.00. Kini sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina sebagai tambahan

bangunan sedia ada bagi menampung keperluan yang kian bertambah.

Pada 29 April 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan satu peruntukan

berjumlah RM 1.3 juta bagi membina dan menyiapkan bangunan tersebut dengan dilengkapi

beberapa buah bilik pegawai , bilik mesyuarat, musalla, makmal simulasi, dan ruang tempat

meletak kereta di tingkat bawah. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya dan telah mula diduduki

pada 16 Oktober 2000.


Sepanjang Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas ini beroperasi,seramai 9 orang pegawai telah

menguruskan PPD Pasir Mas. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas kini mempunyai seramai 52

kakitangan yang terdiri dari pegawai dan pembantu tadbir yang bertempat di unit KAFA, Unit

Data dan Pejabat. Setiap unit mempunyai pegawai-pegawai yang terbahagi kepada pelbagai sektor

masing-masing.Sehingga sekarang PPD ini masih lagi meneruskan operasinya dalam mencapai

misi dan membantu para guru dalam menguruskan sektor sekolah bahagian jajahan bagi

membentuk sekolah yang melahirkan para pendidik yang sistematik dan berpotensi dalam

menjalankan tugas sebagai pendidik generasi negara.


1.4.3 Visi,Misi dan Motto Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

Visi, misi dan motto Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas adalah untuk :

a. Visi

Mengekalkan sistem pendidikan berkualiti untuk membangunkan potensi individu untuk

mencapai aspirasi negara.

b. Misi

Menjamin pendidikan yang berkualiti dan mendidik orang untuk mencapai sejahtera

bangsa

1.4.4 Objektif Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

Objektif Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas adalah untuk:-

 Membina sistem pengurusan dan jentera kerjasama dengan cekap, berkesan,

canggih dan dinamik berdasarkan inovasi berterusan.

 Membina sistem pengurusan dan jentera kerjasama dengan cekap, berkesan,

canggih dan dinamik berdasarkan inovasi berterusan.

 Membina sistem pengurusan dan jentera kerjasama dengan cekap, berkesan,

canggih dan dinamik berdasarkan inovasi berterusan.

 Menghasilkan modal insan kelas pertama dan sumber manusia yang menyumbang kepada

pembangunan negara.
1.4.5 Logo

Buku dan pen:-

 Kedua-dua peralatan ini adalah instrumen utama dalam melaksanakan pendidikan


Negara.

Empat lorong dengan anak panah::-

 Barisan ini menggambarkan keutuhan empat anggota yang menjadi teras utama Melayu,

Cina, India dan kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan PPD

mempunyai perjanjian menegakkan pendidikan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Bulan dan Fraksi 14 Bintang:-

 Simbol ini menggambarkan 14 negeri di Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi
1.4.6 Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

Carta Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

Berikut merupakan carta organisasi bagi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas. Seperti PPD yang

lain, PPD Pasir Mas juga menggunakan sistem organisasi yang sama. Ia dimulai dengan pengarah,

timbalan pengarah, dan turun kepada beberapa bahagian pengurusan iaitu pengurusan akademik,
pengurusan sekolah, dan pengurusan pembangunan kemanusiaan dan lain-lain. Di bawah

pengurusan-pengurusan ini pula terbahagi kepada beberapa unit-unit tertentu. Antaranya ialah:

1. Pengurusan Akademik

 Sub Unit Bahasa & Sains Kemanusiaan

 Unit Pendidikan Islam

 Unit Penilaian & Peperiksaan

 Sub Unit Sains & Teknikal

 Unit Linus

2. School Improvement Specialist Coach

 SSC+Matematik

 SSC+ Bahasa Melayu

 SSC+ Bahasa Inggeris

3. Pengurusan Sekolah

 Unit Pengurusan Sekolah

 Unit Pengurusan Rendah

 Unit Pengurusan & Pendaftaran

4. School Imrovement Partners

 SIP Partner
5. Unit Pengurusan ICT

 Unit ICT

6. Psikologi dan Kaunseling

 Kaunselor Organisasi

7. Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

 Unit Hal Ehwal Murid

 Unit Kokurikulum

 Unit Sukan

8. Perkhidmatan dan Kewangan

 Unit Pentadbiran & Perkhidmatan

 Unit Kewangan & Akaun

 Sub Unit Bayaran Gaji

Anda mungkin juga menyukai