Anda di halaman 1dari 1

Muhammad Effendi As- Siddiq bin Baharudin

TESL 1, PISMP Ambilan Januari 2012 Sem. 8,


IPG Kampus Raja Melewar,
Jalan Sikamat, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
18 Ogos 2015
________________________________________________________________________
Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Raja Melewar,
Jalan Sikamat, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Puan,
Permohonan Pengecualian Kuliah Atas Urusan Peribadi
Merujuk perkara di atas, saya, yang bernama tertera memohon pengecualian kuliah pada
tarikh 6 Ogos 2015, dari jam 7.45 pagi sehingga 4.30 petang.
2. Ini adalah kerana saya menerima berita kematian datuk kandung saya pada jam 1.00
pagi bertarikh 6 Ogos 2015 di Hospital Besar Melaka. Saya lampirkan surat pegawai
perubatan sebagai bukti ketidakhadiran saya.
3. Pada tarikh yang dinyatakan saya berada di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah,
Melaka untuk urusan pengebumian jenazah. Saya memohon maaf kerana lewat
memaklumkan perkara ini kepada pihak HEP. Saya akan mengikuti prosedur yang betul
pada masa akan datang.
Saya berharap agar permohonan saya diluluskan untuk mengelakkan kehadiran saya
dikira ponteng. Kerjasama dari pihak puan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
.............................................
(Muhammad Effendi As- Siddiq bin Baharudin)
TESL 1 PISMP Sem. 8 Ambilan Januari 2012

Anda mungkin juga menyukai