Anda di halaman 1dari 1

Norhayati Binti Abd Khadir

No 38, Jln sp 4/13,


Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom,
Selangor.
____________________________________________________________________________________

Kepada,

Guru Kelas 3 Jati


SMK Alam Megah,
Jalan Sg. Batu 27/72,
Seksyen 27, Shah Alam
Selangor . 17 Julai 2017

Puan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara diatas, saya Norhayati Binti Abd Khadir iaitu penjaga Mohamad Arif Ashraf Bin
Mohamad Zamri ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah
pada 14 Julai 2017 dan 17 Julai 2017.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan kami sekeluarga membuat
rumah terbuka pada tarikh 15/7-16/7 di kampung halaman yang terletak di Taiping, Perak .

3. Saya telah membawa anak jagaan dengan lebih awal iaitu pada 14/7 kerana ingin membuat persiapan
secukupnya ekoran daripada jumlah orang yang hadir agak ramai pada tarikh tersebut..

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.
Sekian terima kasih.

Yang Benar,

(NORHAYATI BINTI ABD KHADIR)

Anda mungkin juga menyukai