Anda di halaman 1dari 7

BORANG 1

KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU


JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KERTAS KERJA
KURSUS GUNTING RAMBUT LELAKI SIRI I-V
MAAHAD TAHFIZ AL- BUSYRA, PENGADANG BARU, TERENGGANU
________________________________________
1 KURSUS PENDEK
2 PROGRAM KHAS /
3 KURSUS PENDEK BERMODULAR
4 PENAJAAN
5 PROGRAM LATIHAN KHAS AKAUN AMANAH
6 PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT

ANJURAN
JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
TARIKH
Tarikh Kursus
15 Jan 2022 (Sabtu) Gunting rambut layer 90o cut
22 Jan 2022 (Sabtu) Gunting rambut layer 90o cut
5 Feb 2022 (Sabtu) Gunting rambut scissors over comb
12 Feb 2022 (Sabtu) Gunting rambut scissors over comb
19 Feb 2022 (Sabtu) Gunting rambut menggunakan clipper

DISEDIAKAN OLEH:
NURULHUDA BINTI MOHD JAAFFAR
KERTAS KERJA KURSUS GUNTING RAMBUT LELAKI SIRI I-V

1. PENGENALAN

Program ini adalah program kerjasama antara pihak Jabatan Pengajian Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Maahad
Tahfiz Al-Busyra bagi menjayakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PISH).

Program yang akan dilaksanakan adalah Kursus gunting rambut lelaki. Konsep
program ini adalah menggunakan PSH bermodul kredit mengikut bidang kursus
kemahiran yang diperlukan oleh pelajar Maahad Tahfiz Al-Busyra, Pengadang Baru.
Usaha ini bertujuan untuk menjadikan Maahad Tahfiz Al-Busyra sebagai sebuah
Maahad Tahfiz bersepadu, bukan hanya sekadar berilmu pengetahuan,
berkerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, bahkan melahirkan pelajar
yang berkemahiran pelbagai bidang kemahiran teknik fesyen rambut dimasa kini.
Seramai 14 orang pelajar yang akan mengikuti kursus gunting rambut bilangan satu
(1) ini. Memandangkan negara kita masih lagi berdepan dengan pendamik covid 19,
kursus ini akan dijalankan secara hybrid iaitu pelaksanaan kursus secara atas talian
dan juga secara bersemuka dengan Standard Operation Sistem (SOP) yang ketat.

2. TUJUAN

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan latihan.


Program seperti ini juga dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Maahad
Tahfiz Al-Busyra untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah dalam
bidang kemahiran gunting rambut. Selain itu juga program ini adalah untuk
menjalinkan hubungan kerjasama diantara Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan
Maahad Tahfiz Al-Busyra.bagi menjayakan kursus gunting rambut kepada pelajar
yang terlibat.

3. OBJEKTIF

Program ini dijangka dapat mencapai matlamat berikut:

i. Memberi nilai tambah kepada pelajar dengan ilmu kemahiran yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
ii. Memberi pendedahan keusahawanan tentang peluang untuk menjana
pendapatan sebagai usahawan hasil daripada ilmu yang diperlehi daripada
kursus kemahiran.
iii. Membina jalinan kolaborasi antara agensi yang terlibat, Kolej Komumiti Kuala
Terengganu dan Maahad Tahfiz Al-Busyra.
iv. Memberi pendedahan mengenai latihan kemahiran dan kerjaya kepada
pelajar Madrasah / Pusat Tahfiz yang terlibat serta meningkatkan
kebolehpasaran pelajar selepas tamat pengajian.
v. Memperoleh kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam
multiskill.

4. TARIKH & MASA / TEMPAT KURSUS

Tempoh perlaksanaan bagi setiap program / kursus yang akan dijalankan adalah 5
hari. Kursus ini akan dijalankan dan di laksanakan di Tahfiz Al-Busyra berhampiran
Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu. Peserta akan belajar mengikut modul
yang di sediakan oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman luas dalam
bidang ini. Pelaksanaan kursus akan dijalankan di Tahfiz Al-Busyra.

5. SASARAN PESERTA

Bilangan peserta yang terlibat adalah seramai 14 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-
Busyra.

6. JAWATANKUASA

Penyelaras : Nurulhuda binti Mohd Jaaffar


Urusetia : Nurulhuda binti Mohd Jaaffar
Penceramah Sambilan (Luaran) : Muhammad Syakir bin Abdul Latif
Pensyarah Pembantu : Analiza Suria binti Mohd Yusof

7. IMPLIKASI KEWANGAN

AKAUN AMANAH KURSUS PENDEK


Yuran Peserta RM5.00 Yuran Hasil
Bilangan Peserta 14 orang X 5 sesi Yuran Bahan
Jumlah Terimaan RM350.00 Bilangan Peserta
Jumlah Terimaan
Fasal
Perbelanjaan
(Tandakan
Pada fasal
berkenaan)
Jumlah
Perbelanjaan
Baki
% Keuntungan 100%
8. JADUAL PROGRAM

Seperti Lampiran 1

9. PENUTUP

Diharap dengan adanya Program PSH Bermodul Kursus Kursus Bermodul Gunting
Rambut Lelaki Siri I-V yang akan diadakan seperti jadual yang ditetapkan dapat
diluluskan dan perancangan kursus mampu dilaksanakan dengan jayanya dan
semoga semua peserta yang terlibat dapat mempraktikkan segala kemahiran yang
diperolihi serta menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

Disediakan Oleh Disemak oleh

(NURULHUDA BINTI MOHD JAAFFAR) (NOR HAYATI BINTI ISMAIL)


Pensyarah Ketua Penyelaras PSH
Kolej Komuniti Kuala Terengganu Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Tarikh: Tarikh:

Disokong Oleh Diluluskan Oleh

(MOHD NAJIB BIN ANUA) (HJ ALI BIN MAMAT)


Timbalan Pengarah (Akademik) Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Terengganu Kolej Komuniti Kuala Trengganu
Tarikh: Tarikh:
Lampiran 1

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS


KURSUS GUNTING RAMBUT LELAKI SIRI I-V

Tarikh/Masa 9.30 pagi – 11.00 pg 11.00 pg – 12.30 ptg 1.00 ptg 2.30 ptg – 4.30 ptg
(1.5 jam) (1.5 jam) – 2.30 ptg (2 jam)

15 Jan 2022 - Gunting rambut layer 90o cut - Gunting rambut layer 90o cut - Gunting rambut layer 90o cut
(Sabtu) - Definisi gunting rambut - Penerangan alat dan bahan - Mengenalpasti bentuk muka, struktur
- Tujuan mengunting rambut - Penerangan penjagaan alat dan bahan rambut, panjang rambut

22 Jan 2022 - Gunting rambut layer 90o cut - Gunting rambut layer 90o cut - Gunting rambut layer 90o cut
(Sabtu) - Demonstrasi kaedah - Peserta menyediakan peralatan dan - Peserta mengaplikasi prosedur gunting
menggunting rambut layer 90o bahan rambut layer 90o cut
cut

5 Feb 2022 - Demonstrasi kaedah mengunting - Gunting rambut scissors over comb - Gunting rambut scissors over comb
scissors over comb - Demonstrasi kaedah mengunting - Demonstrasi kaedah mengunting
(Sabtu) - Penyediaan alat dan bahan - Penyediaan alat dan bahan Rehat - Penyediaan alat dan bahan
- Peserta mengaplikasi prosedur - Peserta mengaplikasi prosedur gunting - Peserta mengaplikasi prosedur gunting
gunting rambut rambut rambut

12 Feb 2022 - Demonstrasi kaedah mengunting Gunting rambut scissors over comb Gunting rambut scissors over comb
(Sabtu) - Penyediaan alat dan bahan - Demonstrasi kaedah mengunting - Demonstrasi kaedah mengunting
- Peserta mengaplikasi prosedur - Penyediaan alat dan bahan - Penyediaan alat dan bahan
gunting rambut - Peserta mengaplikasi prosedur gunting - Peserta mengaplikasi prosedur gunting
rambut rambut
19 Feb 2022 - Gunting rambut menggunakan - Gunting rambut menggunakan clipper - Gunting rambut menggunakan clipper
(Sabtu) clipper - Demonstrasi kaedah mengunting - Demonstrasi kaedah mengunting
- Demonstrasi kaedah mengunting - Penyediaan alat dan bahan - Penyediaan alat dan bahan
- Penyediaan alat dan bahan - Peserta mengaplikasi prosedur gunting
- Peserta mengaplikasi prosedur Peserta mengaplikasi prosedur gunting rambut
rambut
gunting rambut

Anda mungkin juga menyukai