Anda di halaman 1dari 14

ESB 4012

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KERTAS PENERANGAN
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA,
PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL KPM

KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKASI

SEMESTER DIPLOMA SEMESTER 4

NO. DAN TAJUK MODUL 1.0 ASAS KOMUNIKASI


1. Memahami dan mengenalpasti konsep komunikasi
KEBOLEHAN / ABILITIES

At the end of the module, students will be able to:


1.1 memahami definisi komunikasi
1.2 mengenalpasti jenis jenis dan ciri ciri komunikasi
1.3 memahami proses sesuatu komunikasi
1.4 memahami langkah-langkah meningkatkan
OBJEKTIF MODUL / keberkesanan dalam komunikasi.
1.5 mengenalpasti halangan dalam komunikasi
MODUL OBJECTIVE
1.6 memahami kesan komunikasi

NO. KOD / CODE NO. / ESB 4012 Page : 1 of : 14


NOSS

1
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1.0 ASAS KOMUNIKASI

1.1 DEFINISI KOMUNIKASI

1. Mengikut Robbins dan Coulter ( 2014 ), komunikasi merupakan satu


proses pemindahan dan pemahaman maksud. Hal ini bermakna mesej
yang disampaikan harus dapat diterjemahkan oleh penerima.
2. Guffrey dan Loewy ( 2015 ) pula mendefinisikan komunikasi sebagai satu
proses pemindahan maklumat dan maksud daripada individu atau
kumpulan kepada pihak lain.
3. Secara umumnya, komunikasi bermaksud satu proses pemindahan
maklumat dan pemahaman kepada pihak lain..
4. Kemahiran komunikasi merujuk kepada kemampuan untuk
menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan cekap dan berkesan.
5. Pengurus perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam
bentuk lisan dan bukan lisan agar memudahkan perkongsian maklumat
dengan semua pihak sama ada dalam organisasi atau di luar organisasi.

1.2 JENIS-JENIS KOMUNIKASI


Terdapat dua jenis komunikasi yang boleh digunakan oleh manusia untuk
berkomunikasi, untuk berkomunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
A) Komunikasi Lisan
1. Komunikasi lisan merupakan komunikasi melalui tutur kata atau
percakapan. Komunikasi ini berbentuk sehala atau dua hala dan sesuai
digunakan dalam situasi formal atau tidak formal.

2. Komunikasi lisan dipengaruhi oleh nada, kecepatan , dan kejelasan


percakapan. Contoh komunikasi ini termasuk bersemuka, telefon,
perbincangan, mesyuarat, ucapan, pembentangan dan sebagainya.

3. Kebaikan komunikasi lisan:

a) Mesej boleh dihantar dengan cepat


b) Mesej lebih senang difahami
c) Mesej boleh diubahsuaikan mengikut keperluan penerima
d) Maklum balas dapat diterima dengan serta –merta.
e) Menjimatkan masa, wang dan usaha
f) Kejujuran percakapan dapat dikenal pasti melalui pembacaan air muka
dan bahasa badan penghantar.
g) Sesuai digunakan untuk menyelesaikan konflik interpersonal dan
masalah organisasi.

4. Keburukan komunikasi lisan

a) Mesej boleh dipengaruhi oleh kebisingan di persekitaran.

2
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

b) Mesej mungkin senang dilupakan dengan cepat.


c) Mesej tidak bersifat berkekalan dan tidak boleh direkod dengan tepat.
d) Maksud sebenar mesej tidak dapat difahami kerana tidak dapat ditafsir
dengan segera.
e) Mesej mungkih boleh disalah tafsir sekiranya maksud sebenar gagal
difahami dengan sepenuhnya.
f) Tidak sesuai digunakan oleh penghantar yang tidak mempunyai
kemahiran berkomunikasi secara lisan.

5. Jenis Komunikasi lisan

a) Perbincangan

i) Perbincangan merupakan komunikasi melibatkan pengaliran mesej dua


hala antara ahli kumpulan.

ii) Perbincangan boleh wujud dalam situasi formal atau tidak formal

iii) Perbincangan formal dikenali sebagai mesyuarat yang biasanya berlaku


dalam organisasi

iv) Perbincangan tidak formal pula merujuk kepada perbualan biasa antara
ahli kumpulan tentang sesuatu topik yang kurang penting dan mungkin tidak
memerlukan sebarang jalan penyelesaian atau keputusan.

b) Mesyuarat

i)Mesyuarat merupakan komunikasi melibatkan pengaliran mesej dua hala


antara ahli kumpulan dalam suatu situasi yang formal.

ii) Dalam mesyuarat, setiap ahli kumpulan membincangkan sesuatu isu


penting, berkongsi pendapat, mencari jalan penyelesaian, dan membuat
keputusan tentang sesuatu isu yang dibincangkan.

iii) Peranan mesyuarat dalam organisasi :


• Membentuk satu kumpulan yang dinamik yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang, pendidikan, ilmu pengetahuan dan pengalaman.
• Memberikan peluang kepada ahli kumpulan untuk berinteraksi antara
satu sama lain dan berperanan dalam membuat keputusan
• Memastikan ahli kumpulan sentiasa prihatin dan memahami semua
perkara yang dibincangkan demi menggelakkan sebarang kekeliruan.
• Mencetuskan idea bernas daripada ahli kumpulan demi menghasilkan
satu keputusan yang terbaik.
• Memperoleh kerjasama dan sokongan daripada ahli kumpulan yang telah
dibuat
Iv ) Langkah-langkah mengadakan mesyuarat

• Sebelum mengadakan mesyuarat


-Pelbagai persediaan awal perlu dilakukan sebelum mesyuarat bermula.
3
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

-Antaranya termasuk menyemak minit mesyuarat yang lalu, agenda dan


perkara penting yang akan dibincangkan.
• Semasa mengadakan mesyuarat
-Setiap ahli kumpulan perlu mengambil bahagian secara aktif dalam
perbincangan.
-Sebarang dominasi perbincangan harus dielakkan dalam mesyuarat.

• Selepas mengadakan mesyuarat


-Minit mesyuarat harus disediakan dengan secepat yang mungkin selepas
mesyuarat itu selesai
-Tindakan susulan yang sewaajarnya akan diambil sekiranya perlu.
c) Ucapan

i)Ucapan merupakan komunikasi melibatkan pengaliran mesej sehala


daripada pengucap kepada audiens dalam suatu situasi yang formal.

ii )Tujuan ucapan dalam komunikasi


• Menyampaikan maklumat tertentu kepada audiens
• Mengubah atau mempengaruhi sikap atau pandangan audiens terhadap
sesuatu isu
• Menghibur atau mencetuskan kegembiraan dalam majlis tertentu.

iii)Ucapan boleh wujud dalam bentuk syarahan, pidato, taklimat, ceramah


dan sebagainya.

d) Pembentangan

i)Pembentangan merupakan komunikasi melibatkan pengaliran mesej sehala


daripada pembentang kepada audiens dalam suatu situasi yang formal.

ii)Komunikasi ini akan menjadi dua hala apabila sesi soal jawab diadakan
selepas pembentang menghabiskan pembentangannya.

iii)Pembentangan biasanya bercorak akademik hasil daripada penyelidikan


atau kajian yang dibuat.

iv)Tujuan pembentangan dalam komunikasi


• Menerangkan secara terperinci tentang sesuatu penyelidikan yang telah
dilaksanakan
• Mendedahkan masalah yang telah dikenal pasti dalam penyelidikan.
• Mengemukakan cadangan atau pendekatan penyelesaian untuk
mengatasi masalah tersebut
• Menyatakan keputusan atau hasil penyelidikan yang telah diperoleh.

B) Komunikasi Bukan Lisan

4
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1. Komunikasi bukan lisan merupakan komunikasi selain melalui tutur kata


atau percakapan. Hal ini bermakna penghantaran dan penerimaan mesej tidak
melibatkan pertuturan kata, tetapi melalui visual , bertulis dan bahasa badan.

2. Jenis komunikasi bukan lisan

a) Komunikasi visual
i)Komunikasi visual merupakan komunikasi melalui penggunaan cartaa dan
graf , gambar dan foto, serta carta aliran dan gambar rajah teknikal lain.
ii) Komunikasi ini digunakan apabila kesan impak diperlukan untuk
menyampaikan sesuatu mesej kepada audiens.
iii) Kebaikan komunikasi visual;

• Mesej boleh dihantar dengan cepat


• Mesej lebih senang difahami
• Sesuai untuk audiens yang buta huruf
• Menarik perhatian dan perhatian audiens
iv)Keburukan komunikasi visual;

• Mesej tidak dapat disampaikan sekiranya gagal mendapat


perhatian daripada audiens
• Kos penyediaan peralatan komunikasi ini adalah tinggi
• Komunikasi interpersonal tidak berlaku.

b) Komunikasi bertulis
i) Komunikasi bertulis merupakan komunikasi melalui simbol bertulis atau
perkataan. Komunikasi ini biasanya berbentuk sehala dan digunakan dalam
situasi formal.
ii) Komunikasi bertulis dipengaruhi oleh penggunaan tatabahasa dan
perbendaharaan kata yang sesuai , gaya penulisan, ketepatan, dan kejelasan
bahasa yang digunakan. Dalam komunikasi bertulis, mesej boleh dihantar
melalui memorandum, surat-menyurat, laporan, buletin, e-mel dan
sebagainya.
iii)Kebaikan komunikasi bertulis ;

• Mesej boleh dihantar kepada bilangan penerima yang tidak terhad


• Mesej boleh disemak dan diedit banyak kali sebelum dihantar
• Mesej bersifat berkekalan dan boleh disimpan untuk rujukan pada masa
depan.
• Mesej boleh digunakan sebagai bukti keraana boleh direkod
• Mesej boleh dihantar kepada penerima tanpa kehadiran penghantar.
• Mesej boleh difahami oleh penerima dengan sepenuhnya kerana

5
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

mempunyai masa yang lama untuk membuat penafsiran


• Mesej masih kekal dalam bentuk asalnyaaa walaupun telah bertukar
tangan banyak kali.
• Sesuai digunakan oleh penghnatar yang tidak mempunyai kemahiran
berkomunikasi secara lisan.
iv)Keburukan komunikasi bertulis

• Mesej mengambil masa yang lebih lama untuk disediakan.


• Maklum balas tidak boleh diterima dengan serta-merta
• Mesej yang dihantar mungkin tidak mendapat perhatian daripada
penerima
• Penerima mungkin menerima mesej pada waktu yang tidak sesuai
• Mesej yang dihantar mungkin gagal menerangkan mkasud sebenar yang
ingin disampaikan bagi mengatasi kemusykilan penerima
• Penghantar tidak boleh menentukan penerimanya menyebabkan
sesetengah penerima mungkin gagal menerima mesej itu.
• Tidak sesuai untuk penerima ynag buta huruf
• Tidak sesuai digunakan oleh penghantar yang tidak mempunyai
kemahiran bertulis.

Perbezaan antara Komunikasi Lisan dengan Komunikaasi Bukan Lisan ( bertulis)

Bil Komunikasi Lisan Komunikasi Bukan Lisan ( bertulis )

1 Melalui tutur kata atau percakapan Melalui simbol bertulis atau


perkataan

2 Mesej lebih senang diterima Mesej lebih susah diterima

Berlaku3 dalam bersemuka atau dalam situasi Biasanya berlaku dalam situasi tidak
langsung. langsung

4 Maklum balas diperlukan dengan serta merta Maklum balas tidak diperlukan
dengan serta-merta

Mesej 5tidak bersifat berkekalan dan tidak boleh Mesej bersifat berkekalan dan boleh
disimpan disimpan

Mesej 6tidak boleh digunakan sebagai bukti atau Mesej boleh digunakan sebagai bukti
rujukan kerana tidak boleh direkod atau rujukan kerana boleh direkod

7 Saiz audiens secara relatif adalah kurang Saiz audiens secara relatif adalah
besar dan bertaburan di merata-rata
tempat.

8 Kos pengaliran mesej lebih murah Kos pengaliran mesej lebih mahal

Sesuai9 untuk audiens yang buta huruf dan Tidak sesuai untuk audiens yang
6
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

pengetahuan minimum tidak diperlukan buta huruf dan pengetahuan


minimum diperlukan

1.3 CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi yang berkesan mempunyai empat ciri iaitu kefahaman,


keseronokan, menjaga kepercayaan sasaran dan adanya tindakan yang
menyusuli.
1.3.1 Ciri Kefahaman

Cara-cara seseorang berkomunikasi dengan berkesan ialah apabila


orang yang mendengarnya memahami kata- katanya sebagaimana
yang dimaksudkan. Jika pendengar memahami lain apa yang dimaksudkan,
maka boleh disimpulkan bahawa komunikasi itu tidak berkesan kerana
gagalnya maklumat disampaikan. Contohnya apabila seseorang berkata
Kita hendaklah menjadi isan yang syumul". Apakah makna " syumul "?
Kepada si A, di mana beliau sebagai seorang yang mengerjakan kelima-
lima rukun Islam, dia mungkin yakin bahawa dia sudah syumul, tetapi si
B itu belum syumul. Dalam konteks ini, ayat itu tidak mencipta komunikasi
yang berkesan disebabkan ayat tersebut difahami dengan cara-cara
yang berlaianan oleh pihak-pihak yang mendengarnya
1.3.2 Ciri Keseronokan

Ada kalanya seseorang individu itu berkomunikasi bukan disebabkan


dia mempunyai mesej yang khusus yang hendak disampaikan kepada
sasarannya sebaliknya dia cuma hendak mencari keseronokan daripada
kehadiran orang lain bersama-samanya. Sesetengah ucapan di khalayak
ramai adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok seperti
ucapan selepas jamuan makan ataupun ucapan penghargaan.
Kebanyakan perbualan harian adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa
keseronokan. Misalnya di kantin pejabat, di majlis ulang tahun dan di
kenduri-kendara.
1.3.3 Menjaga Kepercayaan Sasaran

Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang berkualiti di


mana perkara yang sangat penting di dalam komunikasi ialah
kepercayaan sasaran kepada pemimpin untuk menjaga kepercayaan
adalah dengan cara bercakap apa yang benar sahaja. Dalam konteks
ini, setiap percakapan yang dituturkan mampu menarik kepercayaan orang
lain. Jika sesekali orang mengetahui bahawa percakapannya hanya dusta,
maka tiada lagi kepercayaan yang diberikan kepadanya
1.3.4 Wujudnya Tindakan Susulan
Ada kalanya seseorang berkomunikasi adalah disebabkan dia mahu
supaya ada tindakan dilakukan. Sebagai contoh, seorang jurujual
berkomunikasi dengan pelanggannya disebabkan dia mahu orang itu
membeli barang yang dijual olehnya. Orang mungkin betul-betul

7
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

memahami maksud penutur dan mereka mungkin seronok dengan


kehadirannya dan apakah yang dikatakannya. Hubungan mereka
mungkin bertambah mesra tetapi jika orang-orang itu tidak melakukan apa
yang diharapkan, maka komunikasi mereka belum boleh dikatakan
berkesan. Contoh lain adalah apabila seseorang pemimpin berdakwah
kepada sekumpulan penagih dadah di pusat pemulihan disebabkan dia
mahu penagih-penagih itu berhenti menggunakan dadah. Apabila para
penagih itu keluar daripada pusat pemulihan dan meneruskan perbuatan
menggunakan dadah maka komunikasi si pemimpin itu tidak
berkesan.

8
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1.4 PROSES KOMUNIKASI


Komunikasi adalah satu aktiviti yang memberi kesan kepada manusia. Proses
komunikasi antara dua orang melibatkan perhubungan di antara sumber, mesej,
penerima dan maklumbalas. Keempat-empat aspek ini merupakan aspek utama
berlakunya proses komunikasi. Sumber atau penghantar adalah sesuatu yang
berupaya untuk berkomunikasi seperti manusia. Mesej pula ialah simbol yang
mempunyai makna untuk meneruskan komunikasi. Penerima pula adalah
sesuatu yang berupaya untuk mentafsir makna yang terkandung di dalam mesej
seperti seorang pendengar. Sementara maklumbalas merupakan komponen
yang menjadikan proses komunikasi satu putaran. Apabila ada maklumbalas,
barulah proses komunikasi itu lengkap. Maklumbalas adalah proses
menonjolkan kesan daripada penerimaan rangsangan atau mesej. Maklumbalas
yang paling mudah adalah pembentukan makna.

Justeru itu, proses komunikasi satu siri kejadian yang dinamik dan berterusan.
Sukar bagi komunikator untuk memisahkan tahaptahap yang ada di dalam
proses komunikasi. Seorang yang sedang mendengar percakapan, sambil itu
dia juga sedang melahirkan makna
di dalam dirinya. Maka aktiviti komunikasi adalah satu aktiviti yang berterusan
sepertimana yang digambarkan seperti rajah berikut : Komunikasi bukan
merupakan satu perkara yang mudah. Ia melalui satu proses yang rumit dan
memerlukan satu pemerhatian yang serius. Komponen-komponen utama dalam
proses komunikasiadalah seperti berikut :

1.4.1 Penghantar dan penerima ( Sender and Receiver ) Komunikasi akan


berlaku apabila seseorang itu ingin menyalurkan sesuatu idea atau mesej
kapada orang lain. Orang yang pertama ini dinamakan "pengantar"
Penghantaran mesej sahaja tidak dikira berkomunikasi sekiranya ianya tidak
ada orang atau kumpulan yang menerimanya. "Penerima" dalam konteks
komunikasi ini adalah destinasi untuk mesej tadi.

1.4.2 Enkod ( Encode ) Oleh kerana manusia tidak boleh membaca minda
seseorang, mesej yang ingin disampaikan haruslah
diterjemahkan ke dalam kod-kod yang sesuai. Kod ini mencerminkan 'imej-
mental' seseorang itu. Proses menterjemahkan idea ini kepada kod dinamakan
'enkod'.

1.4.3 Mesej ( Message ) Ini adalah perasaan, tindakan, emosi, data atau
pandangan tentang sesuatu. Ianya boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk
termasuklah perkataan, bahasa badan, air muka, nada suara dan sebagainya.

1.4.4 Saluran ( Channel ) Ia merupakan cara atau teknik mesej tadi


disampaikankepada si penerima. Ini termasuklah TV, radio, akhbar, majalah,
memo, surat, laporan, pita rakaman, iklan billboard dan suara kita. Ringkasnya,
penggunaan "suara" untuk menyampaikan dan "mata" (sight)" untuk melihat
adalah dua cara yang berkesan. Tetapi ada kalanya tangan kita yang diletakkan
di atas bahu seseorang untuk menunjukkan simpati kita terhadapkematian
ibunya adalah lebih bermakna dari perkataan

9
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1.4.5 Dekod ( Decode ) Proses memahami atau membuat interpretasi mesej


yang baru di terima. Sekiranya mesej tadi disalahtafsirkan, maka berlakulah
satu kegagalan dalam komunikasi kaIanya adalah bergantung kepada tahap
kemampuan penerima menterjemah kembali kod kepada idea yang sebenar.
Ianya adalah bergantung kepada tahap kemampuan penerima menterjemah
kembali kod kepada idea yang sebenar.

1.4.6 Timbal balas ( Feedback ) Ia merupakan response kembali penerima


tentang mesej yang disampaikan oleh pengantar. Timbalbalas ini tidak
semestinya berbentuk lisan, tetapi mungkin juga dalam bentuk bahasa badan.

1.4.7 Kontek ( Context ) Tempat atau suasana berlangsungnya komunikasi


tersebut amatlah penting. Ianya haruslah bersesuaian dengan tujuan majlis
tersebut seperti di hotel atau di pejabat. Tempat komunikasi ini termasuklah
kedudukan kerusimeja, waktu perjumpaan, saiz bilik dan suhu bilik. Keduanya
ialah iklim psikologi yang di bentuk dalam bilik tersebut. Seseorang individu
boleh terlibat atau tidak disebabkan oleh

1.4.8 Gangguan ( Noise ) Ini merupakan segala jenis rintangan yang


menghalang proses penyampaian mesej. Ianya mungkin datang dari luar atau
dari dalam.
- dari luar (External) : Termasuklah kebisingan, kanak-kanak menangis, orang
keluar masuk bilik dan lain-lain. - Dari dalam (Internal) : Perasaan atau
pemikiran kita menjelajah ke perancangan kita pada keesokan harinya dan lain-
lain

10
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
1.5 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMUNIKASI
Berikut adalah beberapa cadangan untuk menjadi penyampai yang berkesan :

1.5.1 Bersedia

Hendaklah jelas matlamat yang ingin di capai dari komunikasi anda dan jelas cara yang
terbaik untuk menyampaikan mesej.

1.5.2 Pastikan Penerima Telah Bersedia

Pastikan penerima anda telah bersedia secara fizikal atau psikologi untuk menerima
mesej anda.

1.5.3 Bersemuka ( eye-contact )

Bersemuka merupakan perhubungan mata yang menjadikan mesej yang disampaikan


lebih jelas.

1.5.4 Gunakan Perkataan Atau Bahasa Yang Difahami Bersama Dan Spesifik

Elakkan perkataan yang double-meaning, susah difahami dan pastikan jelas 'apa, bila,
berapa, di mana, siapa, bagaimana?

1.5.5 Menunjukkan Apa Yang Dimaksudkan

Berikan contoh dan teladan bagi apa yang diperkatakan.

1.5.6 Ulangi Atau Tekankan Perkara Atau Noktah Yang Penting

Untuk lebih mudah diingati oleh penerima, penyampai mestilah mengulangi perkara
yang penting.

1.5.7 Gunakan Saluran Komunikasi Yang Betul

Elakkan saluran atau pengantaraan yang terlalu banyak dan utamakan secara terus (
direct ) daripada in-direct.

1.5.8 Elakkan Atau Kurangkan Sebarang Gangguan

Elakkan sebarang kebisingan, suasana persekitaran, emosi tidak tenteram dan lain-lain.

1.5.9 Beri Peluang Untuk Penerima Bertanya Atau Meminta Penjelasan

Beri peluang untuk penerima bertanya atau meminta penjelasan terutama bagi sesuatu
mesej atau perkara yang baru jika penerima belum pernah menerima mesej yang
sama.

11
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
1.5.10 Buat Susulan Selepas Menyampaikan Mesej

Uji atau periksa sama ada mesej anda telah diterima dengan baik dan bertanya soalan
atau meminta diulangi / ditunjukkan apa yang difahami

Oleh kerana manusia dilahirkan sebagai makhluk komunikasi (communicative being),


maka sudah tentu manusia bertanggungjawab untuk menyempurnakan peranan
berkomunikasi. Malah kejayaan manusia itu bergantung kepada kegiatan komunikasi
mereka.

Konsep-konsep asas berhubung dengan manusia komunikasi ini perlu difahami dengan
baik untuk mengenali diri kita sebagai komunikator. Setelah memahami konsep-konsep
asas berkenaan, ia boleh digunakan sebagai kerangka rujukan dalam usaha menjadi
seorang komunikator yang baik bukan sekadar mengetahui prinsip dan konsep yang
berhubung dengan komunikasi, tetapi mereka tahu bagaimana untuk mengamalkan
prinsip dan konsep yang berkaitan mengikut konteks yang relevan.

Antara panduan umum untuk mengenali dan menjadi komunikator yang baik dan
mampu untuk menarik minat pendengar adalah dengan memahami rahsia diri sebagai
makhluk komunikasi. Untuk mengenali diri sebagai seorang komunikator, seseorang
perlu menjawab persoalan-persoalan dasar seperti apa itu komunikasi, siapa atau
denagan siapa kita berkomunikasi, apakah makna yang ada dalam fikiran kita, apakah
makna yang ada pada fenomena yang wujud, apa itu interaksi simbolik, bagaimana
terbentuknya sistem maklumat diri, apa yang menjadi kerangka rujukan, apakah
pandangan

1.6 HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

Sekiranya komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan, maka suasana yang
baik tidak akan wujud di dalam sesebuah organisasi atau kumpulan masyarakat. Ini
disebabkan tidak terdapat perhubungan di antara masyarakat, sama ada di antara
pihak atasan dengan pihak bawahan, di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan
yang lain atau di antara kakitangan yang sama tempat kerja dan seterusnya akan
menimbulkan syak wasangka tentang sesuatu yang dianggap penting dan perlu
dimaklumkan oleh pihak tertentu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi penghantaran dan penerimaan maklumat itu
termasuklah personaliti, motif, pelajaran dan pengetahuan, sikap, emosi, kemahiran
konsepsi, kebolehan bertutur dan perasaan atau sikap menyembunyikan pihak
penghantar dan penerima. Selain itu, masa, bunyian, tugas, perhubungan
perseorangan, norma kelompok dan struktur organisasi juga memberikan kesan kepada
keberkesanan komunikasi dan cara mengendalikannya.
Faktor-faktor di atas mustahil dapat diselesaikan dengan mudah kerana ia bersangkut
paut dengan sosio-emosi dan sebab-sebab yang tersemat di dalam organisasi.
12
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Contohnya, sekiranya terdapat perasaan tidak yakin atau tidak percaya dan ketakutan
atau prasangka di dalam organisasi, maka ia akan menghindarkan komunikasi. Di
dalam hal demikian, masalahnya bukan untuk memperbaiki komunikasi lisan di antara
pihak yang terlibat, tetapi yang penting ialah untuk menghapuskan perasaan yang tidak
menyenangkan itu. Suasana organisasi haruslah diperbaiki untuk mewujudkan
perasaan hormatmenghormati di kalangan manusia dan percaya-mempercayai di
kalangan kakitangan tanpa mengira tempat mereka berada. Organisasi hendaklah
dibangunkan berdasarkan nilai-nilai manusia dan konsep kecekapan. Komunikasi
merupakan satu aktiviti yang melibatkan banyak masa dan pengurusan yang baik itu
bergantung kepada komunikasi yang baik.

1.7 KESAN KOMUNIKASI

Seperti yang kita sedia maklum komunikasi adalah satu alat perhubungan. Dengannya
kita dapat mengenali antara satu sama lain, dapat menyelesaikan masalah dan dapat
menghubungkan antara seorang individu dengan individu yang lain. Setiap orang
mempunyai cara komunikasi yang tersendiri seperti ada orang yang suka bercakap
dengan melihat muka lawannya, ada orang suka bercakap dalam kumpulan, menerusi
telefon, dan sebagainya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa komunikasi
tercapai apabila perkara yang hendak dicakapkan dapat disampaikan dengan berkesan
dan dapat difahami oleh penerima. Di sini jelas menunjukkan cara untuk berkomunikasi
adalah berbeza bagi setiap individu.

Namun begitu komunikasi dikatakan dapat memberi kesan yang baik apabila faktor-
faktor seperti di bawah berlaku:-
1.7 .1 Persefahaman Atau Lebih Memahami Apabila sesuatu komunikasi dapat
dijalankan dengan sempurna dan berkesan, maka persefahaman akan terbit dari
kedua- dua belah pihak iaitu penghantar (sender) dan penerima (receiver). Lebih tepat
lagi kalau kita umpamakan sebagai satu kepuasan atau perasaan lega selepas kita
berkomunikasi. Ini kerana jika seseorang berkomunikasi, perasaan untuk memahami
dan menyelesaikan masalah wujud dalam diri dan apabila sesutu masalah itu dapat
diselesaikan ia merupakan satu kepuasan. Kadang- kadang juga berlaku situasi di
mana penghantar (sender) dengan tidak sengaja menyampaikan mesej tapi dapat
difahami oleh orang yang mendengar (receiver). Ini menunjukkan kadang- kadang
komunikasi juga boleh berlaku dalam keadaan yang tidak kita sedari.
1.7 .2 Puas Hati
Di samping itu juga, perasaan puas hati akan timbul kesan daripada kita berkomunikasi.
Sebagai contoh kita pernah melihat orang yang bermasalah cuba untuk menyelesaikan
masalahnya dengan cara mencari seseorang yang boleh dipercayai seperti seorang
kaunselor, ahli keluarga, teman rapat dan sesiapa sahaja yang boleh dipercayai untuk

13
ESB 4012
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
meluahkan masalah yang dihadapi dan seterusnya memberi cadangan atau cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Situasi ini juga dikatakan sebagai komunikasi apabila
ia melibatkan penghantar (sender) dan penerima (receiver). Kebanyakan setiap orang
yang bermasalah akan mengatakan perasaan lega atau puas hati apabila dapat
menceritakan atau meluahkan masalahnya ia sekaligus dapat mengelakkan seseorang
daripada tekanan perasaan atau stress dan sebagainya.
1.7 .3 Pengaruh Tingkah Laku Pengaruh tingkah laku atau dalam bahasa inggerisnya
disebut sebagai " attitude influence" merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian
kita. Ini kerana komunikasi juga dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang
contohnya dengan cara percakapan seseorang kita boleh menilai tingkah laku beliau.
Contoh yang boleh di bawa di sini ialah seseorang yang suka melawan cakap ibubapa
apabila di nasihati dengan baik dan berhemah maka sedikit demi sedikit sikap atau
tingkah laku tersebut dapat diubah kepada yang lebih baik. Di sini jelas menunjukkan
bahawa teknik atau cara komunikasi yang baik amat penting bagi melahirkan tingkah
laku atau sikap yang baik.
1.7 .4 Memperbaiki Atau Baik Pulih Hubungan Persoalannya di sini ialah : Apakah
seorang yang mempunyai sifat- sifat komunikasi yang buruk boleh dibaiki atau diubah?
Masalah utama manusia yang mempunyai sifat- sifat komunikasi yang buruk adalah
berhubung dengan budaya diri. Seseorang yang telah matang dan dewasa tetapi
memiliki budaya komunikasi yang pincang sudah tentu mempunyai keperibadian yang
sebati dengan amalannya. Kemantapan keperibadiannya itulah yang mungkin
menghalang sebarang perubahan kepada dirinya. Bermacam istilah dilemparkan
kepada orang seperti ini seperti mempunyai fikiran yang beku, sempit dan sebagainya.
Tetapi orang seperti ini masih boleh berubah. Cuma memakan masa mungkin sebulan,
setahun dan sebagainya.
Sebagai amalan yang baik, seseorang itu perlu banyak melibatkan diri dalam kegiatan
komunikasi intraperibadi khususnya menilai maklumat – maklumat yang ada pada
dirinya kemudian dia mestilah meletakkan nilai atau harga yang tinggi kepada nilai- nilai
yang berasaskan kepada kebenaran tidak kira ianya berada di luar atau di dalam fikiran
orang lain. Ini adalah kerana yang kekal dan yang akan berkuasa adalah yang hak atau
yang benar.
KESIMPULAN
Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa komunikasi berperanan menjalinkan
hubungan. Meskipun pertalian darah adalah ikatan biologikal, namun komunikasi
mampu menjalinkan dan mendefinisikan bentuk hubungan antara dua orang manusia.
Oleh itu, manusia yang tidak berkomunikasi tidak ada hubungan dengan sesiapa dan
apa cara sekalipun.
Dengan adanya komunikasi yang berkesan di kalangan komunikator, maka sesuatu
maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh pendengar.
Daripada kenyataan yang diutarakan juga dapatlah kita simpulkan bahawa komunikasi
yang efektif dan efisien amatlah penting bagi melahirkan individu atau masyarakat yang
berilmu , berketrampilan dan berkeyakinan.

14

Anda mungkin juga menyukai