Anda di halaman 1dari 4

ETIKA PROFESIONAL

BAB 12

 Kerajaan Malaysia cuba menerapkan nilai-nilai murni kepada pegawai-pegawai


awam agar mereka dapat memberi suatu perkhidmatan yang cekap dan berkualiti
kepada masyarakat.
 Dua belas nilai asas yang menjadi tonggak perkhidmatan awam merupakan
gabungan pelbagai nilai murni yang boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama.

1. MENGHARGAI MASA
 Pepatah ada menyebut ‘masa itu emas’. Ini menggambarkan masa adalah sesuatu
yang sangat bernilai dan perlu dijaga dengan baik.
 Menghargai masa bermakna memberi nilai yang sangat tinggi kepada masa.
Setiap detik diambil kira.
 Orang yang menghargai masa akan merancang masa, menepati masa,
menyegerakan tugas, bijak mengurus masa yang diberi, menumpukan masa
kepada tugas-tugas penting dan menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN


 Tekun bererti rajin dan bersungguh-sungguh, manakala kejayaan bererti hasil
yang baik.
 Orang yang tekun akan sentiasa gigih, rajin dan berusaha, sabar menghadapi
cabaran, sanggup berkorban dan bercita-cita tinggi. Sebaliknya, orang yang tidak
tekun akan cepat mengalah, tidak berdisiplin, mudah tersinggung, tidak
bersemangat dan tidak bercita-cita tinggi.

3. KESERONOKAN BEKERJA
 Keseronokan bekerja ialah kesukaan dan kegembiraan menjalankan tugas. Orang
yang seronok bekerja menjalankan tugasnya dengan riang, gembira dan ikhlas.
Dia menganggap apa yang dibuatnya itu sebagai sesuatu yang menggembirakan,
bukan membebankan dan membosankan.
 Orang yang seronok bekerja juga menganggap tugas sebagai ibadah. Dia prihatin
terhadap kerja, menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan bersedia memberi
kerjasama.
 Dia tidak merasa berat, malas, bosan dan kecewa untuk melaksanakan tugas.
 Tidak wujud pada dirinya sifat-sifat negatif seperti sambil lewa, selalu menunggu
arahan dan tidak suka menolong orang lain.
4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN
 Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan dalam semua perkara.
 Seseorang yang sederhana dalam hidup, tidak suka memboros dan membazirkan
wang, tidak suka berlebihan dalam berpakaian, makan dan minum, berhati-hati
dalam percakapan, perbuatan, pergaulan dan sebagainya.
 Selalu berjimat cermat dalam semua hal, bermaruah dan berhemah tinggi, mesra
dalam pergaulan, berlaku adil dalam semua tindakan dan suka merendah diri.
 Tidak menonjolkan dirinya secara berlebihan, tidak sombong dan meninggi diri,
tidak membazir, tidak melampau dalam semua hal, tidak suka menyukarkan
perkara yang mudah dan tidak berkelakuan mengada-ngada.

5. KETINGGIAN PERIBADI
 Ketinggian peribadi ialah keluhuran dan keunggulan sifat diri yang merangkumi
watak, gaya, sikap, perilaku dan seumpamanya.
 Orang yang tinggi peribadi bersikap ikhlas dan jujur, amanah dalam menjalankan
tugas, berlaku adil dalam setiap tindakan, menjaga displin diri, bersikap sabar dan
teguh dalam menghadapi cabaran dan sentiasa sedia untuk berbakti.
 Tidak bersikap sombong dan meninggi diri, tidak khianat, tidak berpura-pura
dalam semua tindakan dan tidak mementingkan diri sendiri.

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI


Baik hati bermaksud pemurah, penyayang, pemaaf dan bertimbang rasa. Orang
yang baik hati suka berbudi dan merendah diri, suka bekerjasama dan menolong,
ikhlas serta bertimbang rasa dan boleh menerima teguran. Dia tidak berlaku kasar
dan biadab, tidak bersifat sombong dan bongkak, tidak mementingkan diri dan
tidak suka berdendam dan menghina.

7. PENGARUH TELADAN
 Teladan ialah perbuatan yang menjadi contoh ikutan. Ia boleh berupa tingkah
laku atau pertuturan.
 Teladan wujud dalam dua bentuk iaitu yang baik dan yang tidak baik. Orang
yang baik suka meninggalkan teladan yang baik berupa amalan-amalan positif
iaitu sentiasa menjaga disiplin diri, amanah dan bertanggungjawab, rajin dan kuat
bekerja, lebih mengutamakan kepentingan masyarakat dan sentiasa bekerjasama
untuk kebaikan.
 Pada masa yang sama dia menghindarkan dirinya daripada teladan buruk berupa
amalan-amalan negatif seperti tidak berdisiplin, hasad dengki dan buruk sangka,
sensitif dan cepat marah, suka mengelak tanggungjawab dan mementingkan diri
sendiri.
 Pengaruh teladan sangat besar. Teladan daripada orang-orang yang baik banyak
membawa manfaat, manakala teladan daripada orang-orang yang tidak baik
membawa banyak mudarat. Dalam sebuah keluarga, bapa menjadi teladan kepada
anak. Kalau dia berperangai baik, anaknya akan turut berperangai baik. Dalam
masyarakat, pemimpin menjadi teladan kepada pengikut. Kalau dia baik,
pengikut pun baik.
8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
 Tugas ialah sesuatu kerja yang perlu dilakukan. Orang yang sedar tentang
kewajipan menjalankan tugas sentiasa prihatin terhadap tanggungjawab yang
diamanahkan, tekun dan sabar menjalankannya, selalu mementingkan kualitinya,
sedar tentang akauntabiliti terhadapnya dan cekap, cermat serta cepat
melaksanakannya.
 Dia tidak menyeleweng dan bersikap sambil lewa, tidak berulang kali membuat
kesilapan, tidak suka bertangguh serta berdalih dan tidak pula suka memencilkan
diri.
 Tugas bukan sahaja penting kepada diri seseorang tetapi juga kepada masyarakat
umum. Jika tugas tidak dilaksanakan, perjalanan masyarakat menjadi tidak lancar
dan boleh mendatangkan kerugian. Oleh sebab itu, sesuatu tugas yang
diamanahkan mesti diselesaikan dengan sempurna.

9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
 Berhemat ialah berjimat cermat. Dilihat secara luas, ia membawa konotosi
ketelitian. Ini bermakna berhemat bukan sahaja khusus dalam perbelanjaan,
bahkan juga dalam pengurusan masa, pertuturan, perbuatan dan sebagainya.
 Oleh sebab berhemat selalunya membawa kesenangan dalam hidup, maka orang
yang sedar tentang kebijaksanaan berhemat akan berhati-hati dan teliti dalam
sebarang tindakan, cermat dalam perbelanjaan, mengurus harta benda dengan baik
dan pandai membezakan antara keperluan dengan kemewahan. Dia tidak akan
tergesa-gesa dan melulu dalam melakukan sesuatu, tidak suka boros serta
membazir dan tidak suka bermewah-mewah

10. KEUTAMAAN KESABARAN


 Sabar bererti tenang dan tabah menghadapi sesuatu cabaran seperti kesusahan,
penderitaan dan seumpamanya. Orang yang sabar dapat menahan emosinya,
berfikir dengan waras, tidak cepat putus asa dan tidak terburu-buru dalam
sebarang tindakan.
 Orang yang mengutamakan kesabaran akan menghadapi segala masalah dengan
tenang, menerima cabaran dengan tabah, tidak cepat berputus asa, berhemah
tinggi dan berpandangan jauh.
 Sabar bererti tenang dan tabah menghadapi sesuatu cabaran seperti kesusahan,
penderitaan dan seumpamanya. Orang yang sabar dapat menahan emosinya,
berfikir dengan waras, tidak cepat putus asa dan tidak terburu-buru dalam
sebarang tindakan.
 Orang yang mengutamakan kesabaran akan menghadapi segala masalah dengan
tenang, menerima cabaran dengan tabah, tidak cepat berputus asa, berhemah
tinggi dan berpandangan jauh.
11. PENINGKATAN BAKAT
 Bakat ialah kebolehan semula jadi yang ada pada diri seseorang. Orang yang
memberi perhatian kepada peningkatan bakat akan mengenal pasti kebolehan
yang ada pada diri, menghargai dan memupuk bakat yang ada, menggalakkan
percambahan fikiran dan berani mencuba iadea-idea baru.
 Dia tidak menyekat pemikiran baru, bahkan tidak pula merasa cukup dengan
tahap pencapaian yang sedia ada.

12. NIKMAT MENCIPTA


 Mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan bermanfaat adalah suatu
kepuasan. Orang yang mengetahui tentang nikmat mencipta sentiasa mencari
idea dan kaedah baru, bersifat dinamik, kreatif dan berani mencuba serta merasa
puas dengan idea yang dimanfaatkan.
 Tidak takut kepada pembaharuan dan tidak takut gagal apabila mencuba sesuatu
idea. Seterusnya, dia tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada dan mahukan
sesuatu yang lebih baik.

13. KESIMPULAN:

Anda mungkin juga menyukai