Anda di halaman 1dari 5

ELAUN LEBIH MASA

Kerja-kerja lebih masa adalah bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu
bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang pegawai (waktu bekerja
pejabat/pusingan atau giliran), iaitu bagi maksud untuk menjalankan tugas-tugas
rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas rasmi jawatan hakikinya
atau tugas rasmi bagi jabatannya. Kerja-kerja lebih masa seperti di atas, sama
ada ia dijalankan di dalam kawasan ibu pejabat atau di luar kawasan ibu pejabat
adalah boleh dibayar bayaran lebih masa kepada pegawai yang berkelayakan,
dengan syarat ia memenuhi peraturan-peraturan yang dipakai sekarang.

Q1. Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus atau bengkel yang
diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar Bayaran lebih masa?
Jawapan: Pegawai yang menjadi peserta kursus/ bengkel/ seminar tidak layak
untuk dibayar elaun lebih masa kecuali pegawai yang menjadi urusetia
yang mengendalikan kursus/bengkel/seminar.

Q2. Pegawai yang sedang bercuti dan beliau dipanggil untuk bertugas. Adakah
pegawai berkenaan dibenarkan untuk menuntut ELM.
Jawapan: Pegawai yang sedang bercuti rehat tidak dibenarkan untuk menuntut
ELM pada hari yang beliau dipanggil untuk bertugas.

Q3. Bayaran elaun lebih masa bagi pegawai yang bertugas lebih masa pada
hari kelepasan am.
Jawapan: Pegawai yang sedang bercuti dan dipanggil untuk bertugas tidak layak
dibayar elaun lebih masa. Jika pegawai sedang bercuti itu dibatalkan
cutinya dan diarahkan untuk bekerja seperti biasa, maka pegawai itu
adalah layak dibayar bayaran lebih masa. Cuti rehat yang sedang
diambil oleh pegawai berkenaan hanya dianggap batal, jika cuti
tersebut telah dibatalkan oleh Ketua Jabatan dan pegawai itu diarah
bekerja mengikut waktu bekerja biasa yang ditetapkan.

Q4. Adakah pegawai yang menanggung kerja layak dibayar elaun lebih masa
sekiranya pegawai berkenaan menjalankan tugas lebih masa pada Hari
Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am?
Jawapan: Pegawai yang menanggung kerja layak menuntut bayaran lebih masa
bagi tugas yang dilaksanakan selepas 2 jam 15 minit daripada waktu
bekerja bagi Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
Q5. Adakah pegawai yang menanggung kerja layak dibayar elaun lebih masa
sekiranya pegawai berkenaan menjalankan tugas sebagai urusetia
kursus atau bengkel?
Jawapan: Pegawai yang ditugaskan menjadi urusetia bengkel atau kursus layak
dibayar elaun lebih masa mengikut jumlah sebenar kerja lebih masa
yang telah dijalankan tidak termasuk waktu rehat, waktu makan dan
waktu sembahyang.

Q6. Pegawai menjalani rawatan di luar stesen tanpa pengesahan


pegawai perubatan tempatan. Adakah pegawai layak membuat
tuntutan?
Jawapan: Sekiranya pegawai itu sendiri menjalani rawatan dari seorang pegawai
perubatan di tempat lain tanpa rujuk pegawai perubatan tempatan,
maka pegawai berkenaan tidak boleh membuat tuntutan.

Q7. Seorang pegawai telah bertugas pada kerja biasa dan hari kelepasan
mingguan pegawai berkenaan adalah pada keesokan harinya. Tetapi
pegawai berkenaan telah membuat tuntutan lebih masa pada kadar Hari
Cuti Am. Adakah pegawai boleh menuntut elaun lebih masa pada kadar
Hari Cuti Am atau beliau perlu menuntut atas Kadar Hari Biasa?
Jawapan: Merujuk kepada surat edaran JPA.63/31 (01) dlm.KKM-58/300/1-5 bt.1
Ogos 2008, ( Para 3.7.2 m/s.9 ) Pegawai yang bertugas secara bergilir
atau pusingan, BLM hendaklah berdasarkan kepada jadual waktu
bekerja yang telah ditetapkan. Jika hari bekerja biasa ditetapkan dari
hari Selasa hingga hari Ahad, maka kerja lebih masa yang dijalankan
pada hari Selasa hingga Ahad hendaklah dibayar atas kadar bekerja
biasa. Jika hari Isnin ditetapkan sebagai hari rehat mingguan, maka
kerja-kerja lebih masa yang dijalankan pada hari Isnin itu hendaklah
dibayar atas kadar hari rehat mingguan. Oleh itu, pegawai berkenaan
perlu membuat tuntutan elaun lebih masa pada kadar hari bekerja
biasa.
TUNTUTAN PERJALANAN
Q1. Adakah resit hotel dari agensi Search Engine perhotelan seperti
Agoda.com, Trivago.com boleh digunakan dalam tuntutan perjalanan?
Jawapan: Tuntutan bayaran sewa hotel perlu disokong dengan resit tertakluk
kepada had maksimum kelayakan pegawai. Sehubungan itu, dalam
konteks ini adalah merujuk kepada dokumen yang mengesahkan
bayaran yang telah dilaksanakan bagi tujuan penginapan tersebut.
Oleh itu, mana-mana resit sama ada dari hotel atau agensi search
engine perhotelan secara atas talian boleh digunakan sebagai
dokumen sokongan untuk tuntutan perjalanan tertakluk kepada had
maksimum kelayakan pegawai yang berkenaan.

Q2. Tuntutan tambang pegawai yang menggunakan perkhidmatan GRAB


Jawapan: Selain teksi, kereta sewa juga diistilahkan sebagai pengangkutan
awam di mana GrabCar dikategorikan sebagai kereta sewa. Kedua-
dua perkhidmatan berkenaan adalah dibenarkan oleh Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan dikategorikan sebagai e-
hailing. Oleh itu, resit sokongan perkhidmatan ini untuk tuntutan
perjalanan menggunakan pengangkutan awam adalah dibenarkan
sehingga ada pengumuman baru daripada SPAD.

Q3. Adakah pegawai layak menuntut elaun perjalanan bagi urusan


mengambil ubat di hospital atau Institut Jantung Negara?
Jawapan: Pegawai tidak layak menuntut elaun perjalanan atau apa-apa
kemudahan seperti yang diperuntukkan kepada pegawai yang
mendapat rawatan di luar stesen bagi urusan pengmbilan ubat di
hospital atau Institut Jantung Negara.

Q4. Tuntutan perjalanan bagi Konvensyen/ Konfren/ Persidangan di bawah


Tugas Rasmi atau Kursus?
Jawapan: i. Konvensyen adalah termasuk dalam kategori kursus seperti
takrifan latihan dalam para 1.1. PK7.1 seperti berikut :
“ Proses pemindahan ilmu pengetahuan bertujuan menambah
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk memenuhi
keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ia meliputi
konvensyen, kursus, bengkel/retreat, makmal (lab), seminar/taklimat,
kolokium, forum, symposium, lawatan rasmi,/korporat/sambil belajar,
klinik kaunseling dan lain-lain program yang memenuhi definisi latihan.
ii. Manakala konfren/persidangan merupakan tugas rasmi seperti
dalam rujukan 1PP WP1.4 para 2.3 (Takrifan Tugas Rasmi)
seperti berikut:
“Tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada
menghadiri kursus yang dibenarkan. Contohnya mesyuarat,
persidangan dan penceramah.

Q5. Bulan bilakah tuntutan perjalanan perlu dibuat, sekiranya satu program
diadakan pada hujung bulan dan bersambung sehingga awal bulan
berikutnya?
Jawapan: Jika perjalanan dimulakan pada atau hampir hujung bulan dan
disempurnakan pada bulan berikutnya, hitungan kilometer perjalanan
balik hendaklah dianggap sebagai perjalanan bagi bulan perjalanan
disempurnakan.

Q6. Adakah tuntutan perjalanan yang melebihi jarak yang dihadkan oleh
Ketua Jabatan perlu mendapat kelulusan?
Jawapan: Ya, perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan dan memastikan
bayaran disokong dengan dokumen yang lengkap.

Q7. Pegawai menghadiri temuduga Profesional. Beliau mendapat kebenaran


daripada Ketua Jabatan untuk menghadiri temuduga berkenaan.
Temuduga Profesional itu tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai
berkenaan. Adakah pegawai layak membuat tuntutan perjalanan?
Jawapan: Temuduga tersebut adalah tidak berkait dengan bidang tugas hakiki
pegawai berkenaan. Tiada rujukan pekeliling dan surat edaran yang
berkaitan dalam kes seperti ini. Dari segi urusan kewangan, pegawai
perlu mendapatkan Kelulusan Khas dari Jabatan Perkhidmatan Awam
sebelum tuntutan secara rasmi dibuat. Kelulusan tersebut akan
menjadi kelulusan khas dan tidak boleh diguna pakai dalam kes-kes
lain.

Q8. Bilakah tuntutan pertukaran boleh dibuat


Jawapan: Tuntutan pertukaran hendaklah dibuat dalam tempoh satu tahun dari
tarikh melaksanakan pertukaran.
UMUM
Q1. Sekiranya pemandu membuat pembaharuan lesen memandu untuk dua
tahun, adakah perlu bayar jumlah amaun mengikut resit atau mengikut
kadar tahunan.
Jawapan: PTJ perlu bayar kadar/ amaun untuk setahun sahaja dan tidak boleh
bayar jumlah amaun yang ada pada resit.

Q2. Adakah bayaran langganan surat khabar boleh dibuat melalui Panjar
Wang Runcit.
Jawapan: Panjar Wang Runcit adalah untuk membolehkan membuat
pembayaran kecil yang tidak dirancang/ tidak berkala (tidak berulang-
ulang setiap bulan). Langganan surat khabar adalah perbelanjaan
berkala dan bukan perbelanjaan segera. Oleh itu, langganan surat
khabar hendaklah dibuat melalui modul Invois Tanpa PT.

Anda mungkin juga menyukai