Anda di halaman 1dari 6

Soalan Lazim Pekeliling Pentadbiran Bil.

3 Tahun 2019

1. Sekiranya pegawai mengambil kemudahan Pelepasan Masa, adakah pegawai


boleh mengambil Waktu Bekerja Fleksi (WBF)?

1.1 Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Bil. 2 Tahun 2014, Waktu Bekerja


Fleksi LHDNM, perenggan 3.10.1 menyatakan bahawa pegawai yang
menggunakan WBF tidak boleh mengambil Pelepasan Masa / Time
Off.

Konteks Pelepasan Masa seperti di atas, dijelaskan seperti contoh


berikut :

Pegawai telah diarah untuk menjalankan tugasan sebagai AJK


Logistik pada 25 Oktober 2018 bagi Program Hari Inovasi selepas
waktu bekerja iaitu dari jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam.
Pegawai dibenarkan untuk mengambil Tuntutan Pelepasan Masa
dalam tempoh 3 bulan selepas kerja lebih masa dilaksanakan.

Pada 30 Oktober 2018, pegawai berhasrat untuk mengambil


kemudahan Tuntutan Pelepasan Masa tersebut sebanyak 4 jam.

Sehubungan itu, sekiranya pegawai mengambil kemudahan Tuntutan


Pelepasan Masa tersebut, pegawai tidak dibenarkan untuk mengambil
kemudahan WBF pada hari yang sama.

1.2 Berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Bil.3 Tahun 2019 mengenai


Peraturan Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja, Pelepasan
Masa bermaksud kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu
bekerja bagi menghadiri program atau aktiviti rasmi LHDNM.
Pelepasan Masa dalam konteks ini adalah berdasarkan senarai aktiviti
/ program di perenggan 5.3, Jadual A.

1
Sehubungan itu, pegawai yang mengambil Pelepasan Masa bagi
aktiviti / program yang disenaraikan di perenggan 5.3, Jadual A adalah
dibenarkan untuk mengambil WBF pada hari yang sama dengan
syarat ia hendaklah diganti berdasarkan peraturan sedia ada.

2. Adakah jumlah jam bekerja bagi Tuntutan Pelepasan Masa boleh dikumpul?

2.1 Ya. Boleh dikumpul untuk program yang sama sahaja.

Sebagai contoh, pegawai diarah untuk melaksanakan kerja lebih masa


sebagai AJK Logistik Majlis Persaraan Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif (TKPE) pada hari Jumaat malam (2 jam) dan Sabtu (3 jam)
dengan jumlah kerja lebih masa sebanyak 5 jam.

Pegawai juga pada masa yang sama terlibat sebagai AJK Logisitik
untuk Program Bual Bicara Bersama Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)
pada hari Ahad dengan jumlah kerja lebih masa sebanyak 4 jam.

2.2 Pegawai boleh memohon Tuntutan Pelepasan Masa berdasarkan


program yang sama sahaja iaitu sebanyak 5 jam bagi Majlis Persaraan
TKPE dan 4 jam bagi Program Bual Bicara Bersama KPE. Jumlah jam
tersebut tidak boleh dikumpul menjadi 9 jam (1 hari) memandangkan
ia bukanlah dari program yang sama.

3. Bagi Persediaan untuk menduduki Peperiksaan LHDNM, adakah pegawai yang


mengulang kertas Peperiksaan LHDNM (siri yang sama) layak untuk memohon
pelepasan masa?

Tidak layak. Kemudahan adalah tertakluk kepada peperiksaan yang dihadiri


kali pertama sahaja dan tidak dibenarkan untuk penggunaan peperiksaan
ulangan.

2
4. Apakah perbezaan time off dan time bank?

4.1 Bagi sebarang urusan keluar pejabat kerana urusan peribadi, terma
yang digunakan sebelum ini adalah time bank. Walau bagaimanapun,
berdasarkan Pekeliling Pentadbiran Bil 3 Tahun 2019, terma time bank
tidak lagi diguna pakai dan diganti dengan terma time off.

4.2 Bagi pengumpulan jam kerja lebih masa dalam Modul Cuti melalui
Sistem Pengurusan Insan, terma yang digunakan adalah Cuti Gantian.
Penggunaan terma Cuti Gantian adalah terpakai bagi masa yang
diambil selama 9 jam (1 hari) atau kurang. Terma time off tidak lagi
dipakai dalam konteks Cuti Gantian.

5. Saya perlu berkursus ke Pulau Pinang bermula hari Isnin dan hari Ahad adalah
travelling day. Adakah saya boleh memohon Tuntutan Pelepasan masa untuk
traveling day tersebut memandangkan ia jatuh pada hari kelepasan mingguan?

Tuntutan Pelepasan Masa hanya dibenarkan untuk pegawai yang


melaksanakan tugasan yang diarahkan selepas waktu bekerja, cuti
mingguan atau cuti kelepasan am. Travelling day bukan merupakan tugas
yang diarahkan sebaliknya ia adalah kemudahan dari segi Pelepasan Masa
berdasarkan budi bicara Ketua Jabatan dan ia tidak boleh dituntut atau
diganti pada hari yang lain.

3
6. Saya perlu menjalani rawatan Hemodialisis akibat penyakit buah pinggang yang
dialami 3 tahun lalu. Rawatan hemodialisis akan mengambil masa lebih dari 4 jam
bagi setiap temujanji. Adakah saya boleh menggunakan kemudahan time slip
tersebut melebihi 4 jam?

6.1 Penggunaan time slip melebihi 4 jam adalah tertakluk kepada budi
bicara Ketua Jabatan dan ia hendaklah mengambil kira kes-kes yang
terpencil dan dikira kronik sahaja.

6.2 Bagi rawatan biasa, pegawai hendaklah mematuhi peraturan


pengambilan time slip berdasarkan Pekeliling yang berkuatkuasa.

7. Apabila pegawai menggunakan kemudahan time slip, adakah boleh sekiranya


pegawai tidak masuk ke pejabat terlebih dahulu / tidak kembali ke pejabat jika
pegawai mendapatkan rawatan sebelum atau sehingga tamat waktu bekerja
beliau?

Boleh, tertakluk kepada tempoh penggunaan time slip selama 4 jam sahaja.

8. WBB pegawai adalah WB1 (7.30 pagi – 4.30 petang). Pegawai tidak masuk ke
pejabat dan terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Time Slip yang diterima
pegawai adalah dari 8.30 pagi – 12.30 tengah hari. Adakah time slip tersebut boleh
diterima?

8.1 Tidak boleh. Time slip hendaklah berdasarkan waktu bekerja pegawai.
Sekiranya pegawai tidak masuk ke pejabat dan terus ke Hospital, time
slip adalah bermula dari jam 7.30 pagi dan pegawai perlu kembali ke
pejabat pada atau selewat-lewatnya 11.30 pagi.

8.2 Bagi kes pegawai seperti di atas, pegawai perlu mengambil Cuti Rehat
Separuh Hari Pagi.

4
9. Adakah Tuntutan Pelepasan masa boleh diambil oleh pegawai HGS E4 dan ke
atas?

Ya, kemudahan Tuntutan Pelepasan Masa adalah terpakai untuk semua


jawatan.

10. Sekiranya pegawai menghadiri kursus / bengkel / konvensyen yang diadakan


pada hari kelepasan mingguan atau am, adakah pegawai boleh mendapat Cuti
Gantian / Tuntutan Pelepasan Masa?

10.1 Berdasarkan Memo dari Pengarah Pentadbiran bertarikh 15 Mac 1999


berkenaan Cuti Umum / Hari Kelepasan Dalam Tempoh Berkursus,
berkursus bukan dianggap sebagai menjalankan tugas rasmi dan
dengan demikian, peserta kursus tidak layak untuk mendapat Cuti
Gantian.

10.2 Memo dari Jabatan Sumber Manusia bertarikh 21 Mei 2013 berkenaan
Kelulusan Cuti Gantian Kepada Pegawai LHDNM Yang Menghadiri
Kursus / Seminar / Bengkel Pada Cuti Umum / Cuti Mingguan
menjelaskan, Cuti Gantian boleh dipanjangkan kepada pegawai yang
tidak dapat meninggalkan tugas pada hari bekerja biasa dan perlu
menjalani kursus / seminar / bengkel pada cuti umum / cuti mingguan.
Pegawai adalah terhad kepada HGS E3 ke bawah sahaja seperti
berikut :

a) Pegawai yang terlibat dengan perkhidmatan kaunter pembayar


cukai;
b) Pemandu kenderaan;
c) Pengawal keselamatan;
d) Penghantar Notis;
e) Pegawai Khidmat Pelanggan

5
10.3 Bagi Tuntutan Pelepasan Masa, pegawai hanya boleh membuat
tuntutan atas kapasiti tugasan yang diarahkan sahaja dan bukan
dalam konteks peserta.

11. Adakah pihak Kesatuan boleh diluluskan permohonan pelepasan masa untuk
mengadakan lawatan sambil belajar / CSR ke Luar Negara?

Kelulusan adalah tertakluk kepada Pengurusan dari semasa ke semasa


dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan pegawai di pejabat.

12. Sekiranya pegawai mengambil kemudahan Pelepasan Masa, adakah pegawai


boleh mengambil Cuti Rehat Separuh Hari?

Ya. Pegawai adalah dibenarkan untuk mengambil Cuti Rehat Separuh Hari
sekiranya mengambil kemudahan Pelepasan Masa seperti di dalam Jadual
A, Pekeliling Pentadbiran Bil. 3 Tahun 2019 kecuali bagi Pelepasan Masa
Khas Perayaan (perenggan e, Jadual A).

Disediakan Oleh
Seksyen Perkhidmatan dan Dasar
Bahagian Perkhidmatan dan Ganjaran
Jabatan Pengurusan Insan
Kemaskini 16 April 2019

Anda mungkin juga menyukai