Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PROGRAM SARJANA PERUBATAN
(SISTEM TERBUKA)

BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIKEMASKINIKAN SEHINGGA DISEMBER 2012

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

PENDAHULUAN

2.

ELAUN DAN KEMUDAHAN HLP

3.

GAJI DAN EMOLUMEN

4.

PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAINLAIN ELAUN

5.

KELAYAKAN CUTI

6.

PERJANJIAN

7.

TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM


PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN
DENGAN JAYA

8.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN

9.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SETELAH TAMAT PENGAJIAN

10.

TATATERTIB

11.

HAK KERAJAAN

12.

PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN

SYARATSYARAT TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI


PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERBUKA
______________________________________________________________________

1.

PENDAHULUAN
1.1

2.

Kelulusan HLP ini adalah meliputi perkara-perkara berikut :


(i)

Pegawai diluluskan HLP dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.


Sebarang penangguhan atau pelanjutan pengajian hendaklah
dimohon dan mendapat kelulusan daripada BPL, KKM terlebih
dahulu; dan

(ii)

Pegawai hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana tempat


pengajian yang telah ditetapkan. Pegawai diluluskan untuk
mengikuti kursus di IPTA seperti yang dinyatakan sahaja.
Sebarang pertukaran hendaklah dimohon dan mendapat kelulusan
daripada BPL, KKM terlebih dahulu. Pertimbangan adalah tertakluk
kepada kes-kes yang kritikal sahaja.

ELAUN DAN KEMUDAHAN HLP


2.1

Segala urusan pembayaran elaun, yuran pengajian dan tuntutan adalah di


bawah tanggungjawab BPL, KKM. Semasa menjalani kursus, pegawai
adalah layak menerima bayaran elaun dan kemudahan seperti yang
tersebut di Lampiran A berkembar. Bayaran-bayaran yang disenaraikan
seperti di Lampiran B adalah tidak ditanggung oleh Kerajaan.

PERINGATAN
2.2

Sebarang tuntutan hendaklah menggunakan borang tuntutan yang


disediakan dan dikemukakan kepada BPL, KKM selewat-lewatnya
sebelum atau pada 10 hari bulan berikutnya setelah perbelanjaan
dibuat oleh pegawai. Sebarang tuntutan yang diterima oleh BPL,
KKM selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.
3

2.3

3.

GAJI DAN EMOLUMEN


3.1

4.

Pegawai adalah layak menerima semua kemudahan gaji dan elaun


seperti yang diterima sekarang. Pembayaran adalah di bawah Pusat
Tanggungjawab (PTJ) di mana jawatan pegawai diisi.

PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAINLAIN ELAUN


4.1

5.

Segala pembayaran hanya akan dibuat melalui bank RHB sahaja.


Pegawai diminta untuk mengemukakan salinan muka depan buku
akaun bank yang jelas mencatatkan nombor akaun bagi tujuan
bayaran. Pegawai juga diminta untuk memastikan akaun sentiasa
aktif.

Jika pegawai menerima apa-apa elaun, gaji atau lain-lain bayaran


daripada mana-mana pihak selain Kerajaan semasa mengikuti kursus
atau dalam penempatan di IPTA, jumlah yang diterima itu akan ditolak
daripada bayaran gaji/elaun yang dibayar oleh Kerajaan kepada pegawai.
Pegawai diminta untuk memaklumkan mengenai bayaran/elaun yang
diterima kepada BPL, KKM supaya potongan boleh dibuat dengan
sewajarnya. Sekiranya diketahui terdapat pegawai yang menerima
bayaran/elaun yang dimaksudkan di atas tetapi tidak memaklumkan
kepada BPL, KKM, tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil dan HLP
ini akan ditarik balik.

KELAYAKAN CUTI
5.1

Pegawai adalah layak menikmati semua kemudahan cuti berdasarkan


Perintah Am Bab C.

5.2

Kelayakan cuti adalah mengikut Cuti Akademik IPTA iaitu tempoh


ketidakhadiran pegawai adalah tidak melebihi 28 hari setahun atau 14 hari
bagi setiap enam (6) bulan atau satu sesi akademik / semester.

5.3

Semasa dalam tempoh penangguhan pengajian, kelayakan cuti pegawai


adalah mengikut kemudahan cuti di bawah Perintah Am Bab C.
4

5.4

6.

PERJANJIAN
6.1

7.

8.

Semasa penempatan di hospital KKM, Ketua Jabatan boleh


menimbangkan dan meluluskan permohonan Cuti Tanpa Rekod untuk
menghadiri kursus-kursus intensif dan peperiksaan di universiti tidak
melebihi 30 hari setahun dengan syarat permohonan pegawai hendaklah
disertakan dengan perakuan pihak universiti.

Pegawai dikehendaki menandatangani surat Perjanjian sebelum


mengikuti kursus. Sekiranya pegawai tidak menyempurnakan dan
menandatangani perjanjian ini dalam tempoh yang ditetapkan, maka HLP
ini akan ditarik balik. Pegawai akan terikat dengan ikatan kontrak selama
lima (5) tahun untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selepas
tamat pengajian atau membayar ganti rugi sebanyak RM100,000.00
sekiranya gagal berkhidmat dalam tempoh tersebut.

TINDAKAN
PENALTI
KEPADA
PEMEGANG
BIASISWA
DALAM
PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYA
7.1

Berkuatkuasa kepada semua pegawai yang memulakan pengajian mulai


1 Januari 2012, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan
Dasar Pelaksanaan Tindakan Mengenakan Penalti Kepada Pemegang
Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian
Dengan Jaya.

7.2

Jenis-jenis tindakan penalti yang dikenakan kepada pemegang biasiswa


dalam perkhidmatan yang gagal menamatkan pengajian dengan jaya
adalah seperti di Lampiran C.

7.3

Kutipan balik gantirugi akan dibuat sebaik sahaja pegawai ditamatkan


penajaan kerana gagal menamatkan pengajian dengan jaya.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN


8.1

Pegawai adalah bertanggungjawab untuk :

(i)

memaklumkan dari semasa ke semasa kepada BPL dan PTJ


Pembayaran Gaji sekiranya terdapat sebarang pertukaran dalam
perkara-perkara seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan
maklumat akaun bank samada melalui panggilan telefon/ surat /
emel;

(ii)

mengemukakan plan of study kepada BPL, KKM dalam tempoh


tiga (3) bulan selepas pengajian bermula dengan menyatakan
tarikh dan tempoh bagi aktiviti-aktiviti serta peperiksaanpeperiksaan yang akan diikuti sepanjang tempoh pengajian;

(iii)

menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus yang diikuti dan


pegawai tidak dibenarkan melakukan pekerjaan luar (LOKUM)
mengikut Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil. 5 Thn 2006
dan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 2 Thn
2010;

(iv)

menduduki semua peperiksaan yang dijadualkan;

(v)

mengemukakan satu (1) salinan keputusan peperiksaan / laporan


kemajuan kursus bagi setiap semester dalam tempoh satu (1)
bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan kepada BPL,
KKM;

(vi)

semasa penempatan pegawai di hospital lain bagi menjalani rotasi


(rotation) kepakaran bagi tempoh kurang 12 bulan, pegawai adalah
dianggap menjalani penempatan sementara dan masih
mengekalkan jawatan di hospital semasa. Pegawai perlu
memaklumkan kepada BPL, KKM mengenai perkara ini sekurangkurangnya dua (2) bulan sebelum penempatan sementara dibuat
dengan mengemukakan surat universiti;

(vii)

semasa penempatan pegawai di hospital KKM, pegawai


dikehendaki menggunakan borang Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) sedia ada di KKM. Semasa penempatan pegawai
di universiti, pegawai dikehendaki mengemukakan dengan lengkap
LNPT dengan menggunakan Borang PSD (Performance) 6/93
kepada PTJ masing-masing di mana jawatan diisi. Laporan ini
penting untuk pergerakan gaji dan kenaikan pangkat. Pegawai
dikehendaki menyimpan satu (1) salinan laporan untuk rekod;
6

(viii)

Sekiranya pegawai gagal mengikut tempoh pengajian asal dan


memerlukan penangguhan atau pelanjutan tempoh pengajian,
maka pegawai perlu memohon kepada Bahagian Pengurusan
Latihan (BPL), KKM dengan mengemukakan selewatlewatnya
tiga (3) bulan sebelum semester penangguhan atau pelanjutan
perkara-perkara berikut :
a)
b)
c)
d)

surat permohonan pegawai berserta sebab-sebab yang


munasabah;
surat kelulusan IPTA dan pengesahan daripada penyelia
kursus;
keputusan peperiksaan / laporan kemajuan kursus; dan
plan of study dari mula hingga tamat kursus.

Pegawai yang menangguh pengajian akan ditempatkan di hospital


KKM sepanjang tempoh penangguhan tersebut;
(ix)

Pegawai yang ingin memohon penangguhan pengajian kerana Cuti


Tanpa Gaji (CTG) atau Cuti Separuh Gaji (CSG) hendaklah
mendapatkan kelulusan penangguhan pengajian daripada BPL
terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kelulusan
CTG dan dokumen-dokumen seperti di LAMPIRAN E kepada
Ketua Jabatan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh
permohonan cuti;

(x)

Pegawai tidak dibenarkan tidak hadir bertugas / cuti terlebih


dahulu TANPA kelulusan Ketua Jabatan bagi tujuan seperti di
para (viii) di atas. Pegawai yang didapati tidak hadir bertugas / cuti
TANPA kelulusan Ketua Jabatan boleh dikenakan tindakan
tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar
tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama;
dan

(xi)

Bagi pegawai yang memutuskan untuk meletakkan jawatan


semasa dalam tempoh pengajian hendaklah menyampaikan notis
pemberitahuan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam syaratsyarat perkhidmatan masing-masing kepada PTJ yang membayar
gaji dan satu (1) salinan dikemukakan kepada BPL, KKM.
7

9.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SETELAH TAMAT PENGAJIAN


9.1

Pegawai dikehendaki melapor diri dengan serta-merta di BPL, KKM


setelah tamat tempoh kursus, ditamatkan pengajian oleh IPTA atau
menarik diri daripada program untuk penempatan semula.

9.2

Pegawai yang tamat pengajian atau ditamatkan pengajian oleh IPTA perlu
mengemukakan :
i)
ii)

9.3

surat pengesahan daripada IPTA; dan


keputusan peperiksaan akhir.

Pegawai yang menarik diri daripada program perlu mengemukakan :


i)
ii)

surat permohonan dengan sebab-sebab yang munasabah; dan


surat kelulusan universiti.

9.4

Pegawai dikehendaki melengkapkan Laporan Penilaian Kursus


menggunakan Borang KKM LDP 1/2008 dan mengemukakannya ke
BPL, KKM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai lapor diri di
BPL, KKM selepas tamat kursus.

9.5

Penilaian dan faedah yang diperolehi oleh pegawai daripada kursus yang
diikuti akan diminta daripada Ketua Jabatan secara bertulis setelah
pegawai kembali bertugas, jika perlu.

10. TATATERTIB
10.1

Semasa tempoh HLP ini, pegawai mestilah sentiasa mengutamakan


tanggungjawab profesion dan berkelakuan selaras dan seimbang dengan
tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam terhadap Kerajaan
Malaysia. Jika didapati pegawai terlibat dengan sesuatu kegiatan dan
mengeluarkan kenyataan atau penerbitan yang tidak bertanggungjawab,
termasuk melanggar syarat-syarat HLP ini, maka tawaran ini akan ditarik
balik dan tindakan tatatertib akan dikenakan selaras dengan peruntukan di
bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.

11. HAK KERAJAAN


11.1

Sekiranya pegawai ingkar dan tidak mematuhi mana-mana syarat HLP ini,
Kerajaan berhak menarik balik HLP ini. Walau apapun peruntukan yang
dinyatakan dalam syarat-syarat ini, Kerajaan berhak meminda syaratsyarat HLP ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis dan pegawai
adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan juga berhak
menarik balik HLP ini tanpa memberikan sebarang sebab.

12. PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN


12.1

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dirujuk di :


Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26, Persiaran Perdana
Presint 3, 62675 PUTRAJAYA
(i)

Cik Balkis bt. Basiron


balkis_basiron@moh.gov.my

03-88850686

(ii)

Encik Shahrizal bin Md. Saad


shahrizal@moh.gov.my

03-88850695

(iii)

Encik Mohd Khairul Efendi bin Razali


k.e@moh.gov.my

03-88850695

03-88850746

No. faksimili

12.2

Bagi pertanyaan mengenai urusan kewangan boleh dirujuk di :


Unit Kewangan dan Pembangunan
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26, Persiaran Perdana
Presint 3, 62675 PUTRAJAYA
9

(i)

Cik Suhaida bt Mohd Dahlan


suhaida_dahlan@moh.gov.my

(ii)

(iii)

(iv)

12.3

03-88850629

Bagi calon USM & UIA


Encik Mohd Hamidi bin Hamzah
mohd_hamidi@moh.gov.my

03-88850642

Bagi calon UM & UMS


Encik Ahmad Fazdli bin Abdul Hamid
ahmad_fazdli@moh.gov.my

03-88850723

Bagi calon UKM, UPM & UiTM


Puan Norazian bt Said
norazian@moh.gov.my

03-88850641

No. faksimili

03-88850748

Bagi pertanyaan mengenai urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji


boleh dirujuk di :
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(i)

Encik Kamarudin bin Abdullah


kamarudin.a@moh.gov.my

03-88833454

(ii)

Puan Azah binti Subari


azah.subari@moh.gov.my

03-88832979

(iii)

Puan Che Dah binti Yahaya


chedah@moh.gov.my

03-88832985

(iv)

Puan Ruzana binti Ramuddin


ruzana@moh.gov.my

03-88832984

10

(v)

Cik Nurulaini binti Abd Rahman


nurulaini_abdrahman@moh.gov.my

03-88833024

(vi)

Puan Norhanim binti Md Napiah


nhanimn@moh.gov.my

03-88832999

No. faksimili

03-88886221

11

LAMPIRAN A

KADAR ELAUN DAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)


BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERBUKA
BIL.

YURAN / ELAUN

KADAR

1.

ELAUN BUKU
Dibayar secara outright grant satu (1) kali
setahun tertakluk kepada tempoh maksima
empat (4) tahun.

RM 750.00 setahun

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian, bayaran peperiksaan dan
lain-lain bayaran yang dikenakan oleh IPTA
akan dibayar oleh Kerajaan. Bayaran-bayaran
seperti yang disenaraikan di Lampiran B
adalah tidak ditanggung oleh Kerajaan.

Dibayar oleh Kerajaan terus


kepada pihak IPTA. Pegawai
tidak perlu mendahulukan
bayaran.

2.

3.

TUNTUTAN YURAN DAN ELAUN-ELAUN


SEMASA MENGHADIRI KURSUS INTENSIF
Layak dituntut sebanyak dua (2) kali setahun
bagi setiap tahun pengajian tertakluk kepada
tempoh maksima empat (4) tahun. Tuntutan
hendaklah disertakan dengan :
a) surat panggilan kursus; dan
b) resit asal pembayaran.

4.

ELAUN BANTUAN PENYEDIAAN TESIS


Dibayar
hanya
setelah
pegawai
mengemukakan kepada BPL, KKM semasa /
selepas lapor diri tamat pengajian :
a) borang permohonan elaun tesis seperti yang
12

Kadar
tuntutan
adalah
berdasarkan
kepada
Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 3 Tahun 2005. Pegawai
perlu mendahulukan bayaran
yuran kepada pihak penganjur
dan
membuat
tuntutan
bayaran balik kepada BPL,
KKM.

RM 1,500.00 sekali sepanjang


tempoh kursus

disertakan;
b) satu salinan hard copy tesis atau disertasi
dalam bentuk hard cover yang telah
disahkan oleh penyelia kursus; dan
c) satu salinan soft copy dalam bentuk CD.

5.

ELAUN PERPINDAHAN RUMAH


- Pegawai hanya layak menuntut sekali sahaja
walaupun dikehendaki berpindah lebih
daripada sekali sepanjang tempoh pengajian
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4
Tahun 1995.
- Bagi pegawai dari Sabah dan Sarawak atau
sebaliknya, perpindahan yang melibatkan
penggunaan perkhidmatan kargo hendaklah
berurusan dengan BPL, KKM terlebih dahulu
sebelum memilih mana-mana syarikat bagi
urusan pengangkutan barang.

13

LAMPIRAN B

BAYARAN YANG TIDAK DITANGGUNG OLEH KERAJAAN DI BAWAH


KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI
PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERBUKA

1.

Insurans Kesihatan

2.

Yuran Kesihatan

3.

Perlindungan Insurans / Insurans Takaful

4.

Yuran Pergigian

5.

Segala bentuk / jenis cagaran

6.

Wang Hemat Diri

7.

Segala bayaran Nota Kursus / Nota Calon

8.

Jurnal / Majalah / Buku Panduan

9.

Bahan Makmal

10. Yuran Peralatan


11. Orientasi
12. Sebarang kursus dan lain-lain urusan ke luar negara

14

LAMPIRAN C

JENIS-JENIS TINDAKAN PENALTI YANG DIKENAKAN KEPADA PEMEGANG


BIASISWA DALAM PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN
DENGAN JAYA

BIL.

PERKARA

PENALTI YANG DIKENAKAN

1.

Masalah disiplin

i)

2.

Menarik diri

i)

Bayaran gantirugi sepenuhnya atas kadar


yang ditetapkan di dalam perjanjian;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan;
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan
sepanjang
tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan; dan
iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang
bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh
perkhidmatan.

Bayaran gantirugi sepenuhnya atas kadar


yang ditetapkan di dalam perjanjian;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan;
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan
sepanjang
tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan; dan
iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang
bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh
perkhidmatan kecuali sebab tarik diri
adalah di atas kepentingan perkhidmatan
(yang dapat dibuktikan oleh Ketua Jabatan
/ Perkhidmatan).

15

3.

4.

Tidak mencapai markah lulus / i) Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%


syarat siswazah yang
daripada kadar yang ditetapkan di dalam
ditetapkan oleh universiti / kolej
perjanjian;
/ institusi
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan; dan
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan
sepanjang
tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan.

Tamat tempoh penajaan

i)

Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%


daripada kadar yang ditetapkan di dalam
perjanjian sekiranya gagal mengemukakan
bukti tamat dengan jaya dalam tempoh
perjanjian atau apa-apa tempoh lanjutan
setelah tamat tempoh tajaan seperti
dinyatakan di dalam surat tawaran;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan;
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan
sepanjang
tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan; dan
iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang
bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh
perkhidmatan.

PENGECUALIAN KEPADA TUNTUTAN GANTIRUGI


5.

Masalah kesihatan
(Jenis-jenis penyakit kronik
adalah seperti di Lampiran D)

i) Tiada tuntutan gantirugi dikenakan;


ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan; dan
iii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalam
perkhidmatan
sepanjang
tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan.

16

LAMPIRAN D
JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK
a.

Kanser;

b.

Serangan jantung;

c.

Pulmonary Hypertension;

d.

Penyakit buah pinggang yang kronik;

e.

Penyakit hati (liver) yang kronik;

f.

Fullminant Viral Hepatitis;

g.

Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;

h.

Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;

i.

Melepuh dan melecur kerana kebakaran;

j.

Pemindahan organ utama;

k.

Penyakit Parkinson;

l.

Penyakit HIV dan AIDS;

m.

Pemindahan kaki dan / atau tangan;

n.

Skizofrenia;

o.

Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan atau
kursus yang disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan dan / atau Pakar
Perubatan yang diperakukan oleh penaja sebagai tidak sihat untuk meneruskan
pengajian; dan

p.

Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat untuk
meneruskan pengajian oleh Pakar Perubatan Kerajaan adan / atau Pakar
Perubatan yang diperakukan oleh penaja.
17

LAMPIRAN E

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN CUTI


BIL.

JENIS CUTI

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.

Cuti Tanpa
(CTG)
Persendirian

Gaji i) Surat Permohonan CTG; dan


ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti
Belajar daripada BPL.

2.

Cuti Tanpa Gaji i)


(CTG)
Menyusu
Anak / Menjaga ii)
Anak
iii)
iv)

Surat Permohonan CTG Menyusu Anak / Menjaga


Anak;
Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar
daripada BPL;
Borang Permohonan Cuti Bersalin (Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 14/2010); dan
Surat Akuan Bersalin dari hospital (Sekiranya Hospital
Swasta tidak dapat mengeluarkan Surat Perakuan
Bersalin, sila kemukakan Sijil Cuti Sakit dan Sijil
Kelahiran Anak).

3.

Cuti Tanpa Gaji


(CTG) Mengikut
Pasangan

i) Surat Permohonan CTG Mengikut Pasangan;


ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar
daripada BPL;
iii) Surat tawaran pengajian / penempatan suami / isteri ;
dan
iv) Salinan Visa dan Passport pegawai dan pasangan.

4.

Cuti Separuh Gaji


(CSG)

i)
ii)

5.

Cuti Bersalin

Mengemukakan surat akuan bersalin daripada Hospital


bagi tujuan Kutipan Balik Bayaran Insentif Perkhidmatan
Kritikal (BIPK) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.17
Tahun 2007.

Surat Permohonan CSG;


Surat laporan pesakit yang memerlukan penjagaan
waris daripada Pegawai Perubatan ; dan
iii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar
daripada BPL.

18

KETUA PERKHIDMATAN KEBANGSAAN KKM MENGIKUT DISIPLIN


Y.Bhg. Datuk Dr. Jeyaindran a/l Tan Sri Dr. Sinnadurai
(Ketua Perkhidmatan Perubatan Dalaman)
Pakar Perunding Kanan Perubatan & Ketua Jabatan Perubatan
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Y.Bhg. Dato Dr. Mohamed Ali bin Abdul Khader
(Ketua Perkhidmatan Perubatan Nuklear)
Ketua Jabatan Perubatan Nuklear
Hospital Pulau Pinang
Jalan Residensi, 10990 PULAU PINANG
Y.Bhg. Dato Dr. Zakaria bin Zahari
(Ketua Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Bedah Kanak-Kanak
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Y.Bhg. Dato Dr. Premchandran a/l P.S. Menon
(Ketua Perkhidmatan Ortopedik)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Ortopedik
Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan
Jalan Tanah Putih
25100 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR
Y.Bhg. Dato Mr. Abd Majid bin Md Nasir
(Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Otorinolaringologi
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Y.Bhg. Dato Dr. Hussein Imam bin Muhammed Ismail
(Ketua Perkhidmatan Pediatrik)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pediatrik
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Y.Bhg. Dato' Dr. Abdul Jamil bin Abdullah
(Ketua Perkhidmatan Surgeri Am)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pembedahan
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN
19

Y. Bhg. Datin Dr. Zaharah binti Musa


(Ketua Perkhidmatan Radiologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Radiologi
Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN
Y. Bhg. Datin Dr. Sivasakthi a/p Velayuthapillai
(Ketua Perkhidmatan Anestesiologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Dr. Gerard Lim Chin Chye
(Ketua Perkhidmatan Onkologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Mr. Johari Siregar bin Adenan
(Ketua Perkhidmatan Neurosurgeri)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Bedah Neuro
Hospital Sultanah Aminah
80100 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM
Dr. Roshida binti Hassan
(Ketua Perkhidmatan Perubatan Transfusi)
Pengarah
Pusat Darah Negara
Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
Mdm (Dr.) Normala binti Basiron
(Ketua Perkhidmatan Bedah Plastik)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pembedahan Plastik
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Dr. Mariam George Mathew
(Ketua Perkhidmatan Perubatan Sukan)
Pakar Perubatan Sukan
Hospital Queen Elizabeth
Karung Berkunci No 2029
88586 Kota Kinabalu, SABAH
20

Dr. Ismuni bin Bohari


(wakil Ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam)
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Kompleks E
PUTRAJAYA
Dr. Baizury binti Bashah
(Ketua Perkhidmatan Perubatan Keluarga)
Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
Aras 1, Blok A, Hospital Alor Setar
Lebuhraya Darulaman
05100 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN
Dr. Sabariah Faizah binti Jamaluddin
(Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan
Hospital Sungai Buloh
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh, SELANGOR DARUL EHSAN
Dr. Ravichandran a/l Jeganathan
(Ketua Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Sultanah Aminah
80100 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM
Dr. Elias bin Hussin
(Ketua Perkhidmatan Oftalmologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Oftalmologi
Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN
Dr. Shahnaz binti Murad
(Ketua Perkhidmatan Patologi)
Pengarah
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR

21

Dr. Mohd. Shah bin Mahmood


(Ketua Perkhidmatan Forensik)
Pakar Perunding Kanan & Pengarah Institut Perubatan Forensik
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Dr. Yusniza binti Mohd. Yusof
(Ketua Perkhidmatan Perubatan Pemulihan)
Pakar Perubatan Rehabilitasi
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Dr. Toh Chin Lee
(Ketua Perkhidmatan Psikiatri)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Psikiatri
Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN

22

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Dekan
Fakulti Perubatan
Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian
KELANTAN DARUL NAIM

Pengarah
Institusi Perubatan & Pergigian Termaju
No. 29, Lorong Bertam Indah 4/9
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG

Dekan
Fakulti Perubatan
Universiti Malaya
50603 KUALA LUMPUR

Dekan
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 KUALA LUMPUR

Dekan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Malaysia Sarawak
Lot 77, Seksyen 22
Kuching Town Land Adruce
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching, SARAWAK

Dekan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
SELANGOR DARUL EHSAN
23

Dekan
Kulliyyah Perubatan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
P.O. Box 141
25710 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR

Dekan
Fakulti Perubatan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kampus UiTM Selayang
Jalan Prima Selayang 7
68100 Batu Caves
SELANGOR DARUL EHSAN

24

Anda mungkin juga menyukai