Anda di halaman 1dari 40

Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pengajian Politeknik


Aras 3 5, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Tel.: 03-8891 9000


No. Faks.: 03-8891 9300
Laman Sesawang: http://politeknik.gov.my

Jabatan Pengajian Politeknik


Cetakan Pertama 2013

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam penerbitan ini tidak


dibenarkan ditiru, diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh
diperguna lagi, atau dipindah dalam mana-mana cara, baik dengan cara
elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau
sebaliknya, tanpa izin bertulis daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia.

GARIS PANDUAN SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH

Diterbitkan oleh:
Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH 1
2.1 SYARAT LATIHAN 2
2.2 TEMPOH LATIHAN 3
3.0 TATACARA PERMOHONAN 3
3.1 TANGGUNGJAWAB PEMOHON 3
3.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4
3.3 TANGGUNGJAWAB PENGARAH 5
3.4 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN DAN 6
PENDIDIKAN LANJUTAN
4.0 ETIKA PEGAWAI YANG MENJALANI LATIHAN 6
4.1 DISIPLIN 7
4.2 WAKTU BEKERJA 7
4.3 CUTI 7
4.4 PAKAIAN 7
4.5 PENEMPATAN LATIHAN 8
4.6 KERAHSIAAN 8
4.7 LAPORAN TUGASAN 9
4.8 LAPORAN AKHIR 9
4.9 TUNTUTAN ELAUN 10
4.10 KEHADIRAN MENJALANI LATIHAN 10
4.11 PENANGGUHAN / PEMBATALAN 11
5.0 TANGGUNGJAWAB INDUSTRI 11
6.0 TANGGUNGJAWAB PENYELARAS SANGKUTAN 12
INDUSTRI PENSYARAH
7.0 PENSIJILAN 12
8.0 PERTANYAAN 13
9.0 LAMPIRAN 14
1 Contoh Borang Semakan Dokumen Peserta SIP 15
2 Contoh Borang Permohonan 16
3 Contoh Surat Setuju Terima Industri 18
4 Contoh Jadual Waktu Mengajar 22
5 Contoh Salinan Green Card 23
6 Contoh Senarai Tugas Hakiki 24
7 Format Pelan Tindakan 27
8 Proses Kerja Program SIP 28
9 Format Laporan Tugasan 30
10 Format Laporan Akhir 32
10.0 GLOSSARI 35
GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI
PENSYARAH POLITEKNIK

1.0 PENGENALAN

Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) adalah merupakan satu


bentuk inisiatif pembangunan untuk Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi (PPPT) yang bertujuan memberi peluang latihan dan
pengalaman bagi memenuhi agenda Pelan Transformasi Politeknik
khususnya berkaitan pelaksanaan program baharu, pencapaian
petunjuk prestasi utama (KPI) dan pemerkasaan politeknik premier.

2.0 OBJEKTIF SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH

a) Memenuhi sasaran pelan transformasi modal insan ke arah


pembangunan profesional efektif.
b) Mendedahkan pegawai kepada persekitaran kerja sebenar
dan amalan terbaik di industri.
c) Melaksanakan perkongsian pintar antara politeknik dan
industri.
d) Menghubungkaitkan silibus pembelajaran dan amalan terkini
di industri.
e) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

1
f) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para
pelajar dan pengajar lain setelah tamat latihan.

2.1 SYARAT LATIHAN

2.1.1 Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3)


tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan atau
seperti yang diarah oleh pengarah.

2.1.2 Mematuhi syarat genap tempoh tamat tiga (3) tahun


mengikut Latihan Sangkutan Industri sebelumnya atau
diarah oleh pengarah bagi memenuhi keperluan standard
program.

2.1.3 Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.

2.1.4 Latihan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan


tugasan harian.

2.1.5 Tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghadapi


penyakit kritikal yang boleh menjejaskan keupayaan
PPPT yang akan menjalani SIP.

2.1.6 Telah mendapat kelulusan dari Pengarah masing-


masing.

2
2.2 TEMPOH LATIHAN

Tempoh SIP adalah ditetapkan selama satu (1) hingga tiga (3)
bulan.

3.0 TATACARA PERMOHONAN

3.1 TANGGUNGJAWAB PEMOHON

3.1.1 Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan seperti


di lampiran 2 secara atas talian (http://www.blpk.gov.my)
terlebih dahulu sebelum dicetak dan dihantar kepada
Seksyen Latihan dan Pembangunan Kerjaya (SLPK)
selewat-lewatnya DUA (2) bulan sebelum tarikh latihan
bermula.

3.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan telah


disahkan hendaklah dihantar melalui Unit Latihan dan
Pendidikan Lanjutan (ULPL) politeknik berserta dokumen-
dokumen berikut:

3.1.2.1 Senarai semak permohonan (lampiran 1)


3.1.2.2 Surat setuju terima dari industri (lampiran 3)
3.1.2.3 Jadual waktu mengajar semasa (lampiran 4)
3.1.2.4 Salinan Kad Hijau (Green Card) untuk pemohon
bidang teknikal (lampiran 5)

3
3.1.2.5 Senarai tugas hakiki di institusi yang telah
disahkan oleh ketua jabatan (lampiran 6)
3.1.2.6 Carta Gantt perancangan pengetahuan dan
kemahiran SIP di industri (lampiran 7)
3.1.2.7 Profil Syarikat / Industri

3.1.3 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap


dan/atau tidak diperakui oleh pengarah dan/atau
tidak melalui ULPL dan/atau tidak memenuhi syarat
kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk
tujuan pertimbangan. (rujuk carta alir dilampiran 8)

3.1.4 Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat surat


setuju terima dari industri untuk menjalani SIP.

3.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

3.2.1 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk


merancang keperluan SIP di jabatan/politeknik dan
menyokong permohonan yang memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.

3.2.2 Ketua Jabatan juga bertanggungjawab untuk


memastikan bahawa sesi pemantauan ke atas PPPT
yang menjalani SIP dilaksanakan sebelum tarikh
tamat latihan SIP. Namun yang demikian, sekiranya
Ketua Jabatan tidak dapat melaksanakan pemantauan

4
itu, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
melantik wakil bagi menjalankan pemantauan
tersebut. Jika masih tiada wakil, Ketua Jabatan perlu
memaklumkan kepada pihak SLPK melalui PLPL
institusi selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum
tarikh latihan SIP pegawai tamat.

3.2.3 Ketua Jabatan perlu memastikan laporan pemantauan


diisi secara atas talian http://www.blpk.gov.my/ selewat-
lewatnya seminggu selepas tarikh pemantuan dibuat.

3.3 TANGGUNGJAWAB PENGARAH

3.3.1 Pengarah adalah dinasihatkan supaya membuat


semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian
kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu,
adalah menjadi tanggungjawab pengarah untuk
memperakukan pemohon yang berkelayakan serta
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bergantung
kepada politeknik.

3.3.2 Hanya permohonan yang disokong dan diperakukan oleh


Pengarah sahaja yang perlu dikemukakan kepada
Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan
bersama-sama dokumen-dokumen di Para 3.1.2.

5
3.3.3 Pengarah juga bertanggungjawab memastikan
laporan SIP dipanjangkan ke SLPK dalam tempoh 2
bulan sekembali dari latihan SIP.

3.4 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN


LANJUTAN

3.4.1 Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan (PLPL)


bertanggungjawab untuk memastikan bahawa borang
permohonan yang dikemukakan melalui ulpl adalah
lengkap sebelum dipanjang kepada slpk.

3.4.2 Merancang sesi pemantauan SIP diperingkat politeknik


dan mengemukakan sesalinan jadual pemantauan ke
SLPK sebelum tarikh tamat latihan.

3.4.3 Memanjangkan laporan akhir PPPT yang lengkap ke


SLPK dalam tempoh 2 bulan selepas tamat latihan sip.

4.0 ETIKA PEGAWAI YANG MENJALANI LATIHAN

PPPT yang sedang mengikuti SIP adalah bertanggungjawab


mematuhi undang-undang, peraturan serta arahan yang ditentukan
oleh industri berkenaan dan pegawai masih terikat kepada Peraturan
Perkhidmatan Awam.

6
4.1 DISIPLIN

PPPT hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan


berkelakuan baik sepanjang latihan. PPPT mestilah berusaha
untuk menjayakan latihan mereka serta menunjukkan sikap
bekerjasama, bersopan santun dan faham memahami dengan
pekerja lain di tempat latihan. Nilai etika perkhidmatan awam
hendaklah sentiasa diamalkan.

4.2 WAKTU BEKERJA

PPPT hendaklah mematuhi masa kerja yang ditetapkan oleh


pihak industri. Kerja lebih masa adalah tertakluk kepada
keperluan industri.

4.3 CUTI

Cuti dalam tempoh SIP adalah tidak dibenarkan kecuali atas


sebab kecemasan. Kelulusan hendaklah mendapat kebenaran
daripada industri dan dipanjangkan ke SLPK untuk rekod.

4.4 PAKAIAN

PPPT hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan


oleh industri yang berkenaan.

7
4.5 PENEMPATAN LATIHAN

PPPT hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah


dipersetujui di peringkat awal sehingga tamat latihan.

PPPT adalah digalakkan untuk mencari tempat latihan yang


menawarkan elaun dan PI yang mempunyai pengiktirafan
profesional dari badan badan profesional seperti Lembaga
Jurutera Malaysia, Lembaga Jurukur Bahan Malaysia,
Lembaga Arkitek Malaysia, Malaysian Institute of Accountants
dan lain-lain.

Pegawai tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang


ditetapkan kecuali dengan kebenaran daripada SLPK.

4.6 KERAHSIAAN

PPPT hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman


yang diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan
pembelajaran tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh
menjejaskan tempat latihan yang berkenaan. Semua bahan
yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat
kebenaran daripada penyelia industri (PI).

8
4.7 LAPORAN TUGASAN

PPPT yang menjalani SIP hendaklah menyediakan Laporan


Tugasan SIP mengikut format yang telah disediakan seperti di
Lampiran 9. Laporan ini perlu disahkan oleh penyelia industri.
Laporan tugasan ini perlu diserahkan semasa pemantauan oleh
pegawai pemantau.

Tujuan Laporan Tugasan:

a) Melaporkan kerja / aktiviti / projek dengan ringkas untuk


memudahkan PPPT menyediakan laporan akhir

b) Sebagai rekod dan rujukan PPPT setelah tamat SIP.

4.8 LAPORAN AKHIR

4.8.1 PPPT yang selesai menjalani SIP hendaklah


menyediakan laporan akhir untuk melaporkan deskripsi
kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan
secara keseluruhan dan pelan pasca tindakan (post
action plan). Format laporan boleh didapati dalam
Lampiran 10.

4.8.2 Laporan Akhir hendaklah diserahkan kepada PLPL


dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir pegawai

9
menjalani SIP dalam bentuk hard copy dan softcopy
dalam bentuk cd/dvd.

4.8.3 Kenyataan Gagal menamatkan latihan Sangkutan


Industri Pensyarah bagi tempoh (tarikh mula) hingga
(tarikh tamat) akan direkodkan ke dalam buku
perkhidmatan PPPT sekiranya PPPT gagal
melengkapkan dan mengemukakan laporan akhir SIP
kepada pihak SLPK melalui ULPL setelah genap
tempoh dua (2) bulan dari tarikh tamat latihan SIP.

4.9 TUNTUTAN ELAUN

Pemberian kemudahan tuntutan elaun adalah berdasarkan


kedudukan kewangan jabatan pada tahun semasa.

4.10 KEHADIRAN MENJALANI LATIHAN

PPPT yang sedang menjalani SIP adalah dianggap sedang


berkursus dan tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan
latihan atas sebab menghadiri sebarang mesyuarat, kursus,
bengkel, seminar, pertandingan atau apa-apa jua pun aktiviti
jabatan sepanjang SIP.

10
4.11 PENANGGUHAN / PEMBATALAN

PPPT yang sedang menjalani SIP adalah tidak dibenarkan


menangguhkan atau membatalkan latihan kecuali dengan
kebenaran SLPK.

5.0 TANGGUNGJAWAB INDUSTRI

5.1 Industri bertanggungjawab menempatkan PPPT di bahagian /


unit yang bersesuaian dengan bidang kemahiran PPPT;

5.2 PI bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi


dan bersesuaian sepanjang tempoh latihan serta digalakkan
berbincang dengan PPPT bagi memastikan objektif latihan
tercapai;

5.3 PI hendaklah memastikan bahawa program SIP memenuhi


kriteria yang ditetapkan oleh pihak SLPK;

5.4 Industri hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PPPT


seperti kad perakam waktu, peralatan dan pakaian
keselamatan dan sebagainya;

5.5 PI hendaklah membantu serta membimbing PPPT dari semasa


ke semasa sepanjang latihan;

11
5.6 PI bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan
tugasan yang disediakan oleh PPPT; dan

5.7 Industri bertanggungjawab menjaga kebajikan PPPT sepanjang


tempoh latihan termasuk semasa melaksanakan tugasan luar.

6.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS


SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH

6.1 Menyelaras penempatan PPPT yang menjalani SIP;

6.2 Mengurus dan menyelaras lawatan pemantauan PPPT yang


terlibat dengan program SIP;

6.3 Menyemak dan mengesahkan Laporan SIP yang disediakan


oleh PPPT.

7.0 PERSIJILAN

Sijil akan dikeluarkan oleh SLPK setelah PPPT berjaya menamatkan


latihan SIP dengan jayanya dan melengkapkan laporan akhir.

12
8.0 PERTANYAAN

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila


hubungi Penyelaras Program Sangkutan Industri Pensyarah di
talian 03 8891 9140 / 9200 / 9356 atau melalui e-mel di alamat
latihan.jpp@moe.gov.my

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat


berikut:

Timbalan Pengarah
Seksyen Latihan dan Pembangunan Kerjaya
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik
Aras 5, Galeria PjH
Jalan P4W Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya.
Tel : 03 8891 9200
Faks : 03 8891 9304

13
LAMPIRAN

14
BORANG SEMAKAN DOKUMEN PESERTA SIP
NAMA :

NO. K/P :

TARIKH SANGKUTAN : hingga

GRED SEMASA :

INSTITUSI :

A) SURAT PERAKUAN INDUSTRI Ada Tidak

B) JADUAL WAKTU MENGAJAR Ada Tidak

C) SOKONGAN KETUA JABATAN Ada Tidak

D) SOKONGAN PENGARAH Ada Tidak

E) SENARAI TUGAS HAKIKI Ada Tidak

F) GREEN CARD (Bidang Teknikal) Ada Tidak

G) PROFIL SYARIKAT Ada Tidak

H) JADUAL PERANCANGAN LATIHAN Ada Tidak


DI INDUSTRI

I) PERNAH MENGIKUTI SIP Pernah Tidak


Tahun

ULASAN PENYELARAS SLPK LENGKAP DAN LAYAK


TIDAK LENGKAP

KOMEN :

Disemak kali pertama oleh : Disemak kali kedua oleh :

T/tgn : _________________________ T/tgn : _________________________


Nama: _________________________ Nama: _________________________
Tarikh: _________________________ Tarikh: _________________________
(PLPL INSTITUSI) (CAP RASMI) (SLPK)

15
16
17
LAMPIRAN 3

18
LAMPIRAN 3a

19
LAMPIRAN 3b

20
LAMPIRAN 3c

21
LAMPIRAN 4

22
LAMPIRAN 5

23
LAMPIRAN 6

SENARAI TUGAS HAKIKI

Nama : Muhammad bin Ali

Nama Jawatan : Pensyarah

Jabatan : Kejuruteraan Mekanikal

Gred jawatan : DH 41

Bertanggungjawab kepada : Ketua Jabatan,


Timbalan Pengarah dan Pengarah
Politeknik Ungku Omar

1. Mengajar kursus-kursus JJ101, JJ309 dan JJ312,seperti di dalam Jadual


Waktu Pensyarah yang diberi dan disahkan oleh Ketua Jabatan

2. Menjalankan tugas-tugas penyediaan sebelum pengajaran kursus iaitu:

a) Penyediaan Fail Rekod Pensyarah(FRP)


b) Penyediaan salinan sinopsis kursus berdasarkan kurikulum yang
terkini dan disahkan
c) Penyediaan Rancangan Mengajar Semester
d) Penyediaan nota pengajian kursus
e) Penyediaan soalan kuiz,Ujian,Tugasan/Projek, tutorial dan
peperiksaan.
f) Penyediaan Alat Bantuan Mengajar

24
LAMPIRAN 6

3. Menjalankan tugas-tugas penyediaan rekod selepas pengajaran kursus


iaitu:

a) Rekod Kehadiran Kursus


b) Rekod surat-menyurat berkaitan ketidakhadiran kursus
c) Rekod surat-menyurat berkaitan
d) Rekod Penilaian Berterusan
e) Rekod Penilaian Peperiksaan Akhir

4. Menjalankan tugas-tugas sampingan yang diarahkan oleh Ketua Jabatan

a) AJK Penasihat Akademik


b) AJK Latihan Industri
c) AJK Belanjawan Mengurus

5. Menjalankan tugas-tugas yang diperlukan oleh pihak pentadbiran seperti:

a) Penyediaan Laporan Harta


b) Penyediaan Laporan Prestasi

25
LAMPIRAN 6

6. Menjalankan tugas-tugas lain dari masa ke semasa sebagaimana yang


diarahkan oleh Pengarah, Timbalan Pengarah(Akademik), Timbalan
Pengarah(Sokongan Akademik), Ketua Kursus, Ketua Unit dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengesahan Ketua Jabatan

..

Nama :

Cop Jawatan :

26
LAMPIRAN 7

LECTURER INDUSTRIAL ATTACHMENT PROGRAMME , YEAR 20___


(Sangkutan Indsutri Pensyarah SIP)
ACTION PLAN FORM
This chart is designed to be a working chart to assist you in determining where you are in the report and review process, and what remains to be
done. It may help you determine what needs to be accomplished to build program quality and capacity and to prepare for a successful program
review and reports.

TASKS PRIORITY ACTION THAT BY WHEN RESOURCES VALIDATE BY,


1 = highest NEEDS TO (DATE) NEEDED DATE
5 = lowest OCCUR

PRE INDUSTRIAL ATTACHMENT PLAN


th th
Attachment to 1 Work schedule 04 April 04 July HR Director of
Industry : . Task ICT Polytechnic .
training Supervisor

POST INDUSTRIAL ATTACHMENT PLAN


Sharing Knowledge Powerpoint Mid August Dewan Kuliah 1, Poly Head of
1 Attendance list PD Department
Panel

Collaboration 1 Contact HR September Industry Director of Poly or


(Industry Poly) Meeting Industry
Paperwork
Tour Visit to industry

Fully engage 2 Training for staff October Dewan Kuliah Head of


department and Tour Visit to industry Department
involved others

Full Report Writing 1 Data July - October Log Book Director of


(Pre & Post Action Polytechnic .
Plan of LIAP/SIP)

Submit to BLPK 1 Print in hard copy November Director of BLPK


through PLPL

Prepared by : _______________________ Validate by : _______________________


27
Date : _______________________ Date : _______________________
LAMPIRAN 8
Tindakan Carta Alir Aktiviti

Mula

Pemohon 1 1. Hubungi industri dan dapatkan surat setuju


terima penempatan beserta tarikh latihan

Pemohon 2 2. Isi borang permohonan secara atas talian di


eSiS

Pemohon 3 3. Cetak borang permohonan dan lengkapkan

Pemohon 4 4. Mohon kebenaran beserta ulasan daripada


Ketua Jabatan

Ketua Tidak 5. Kebenaran beserta ulasan daripada Ketua


Tamat 5
Jabatan Jabatan
Ya
Pemohon 6 6. Mohon kelulusan beserta ulasan daripada
Pengarah

Pengarah Tidak 7. Kelulusan daripada Pengarah


Tamat 7

Lulus
Pemohon 8 8. Hantar ke Unit Latihan dan Pendidikan
Lanjutan untuk semakan

PLPL Tidak 9. Semakan PLPL


9

Lengkap
PLPL 10 10. Hantar dokumen permohonan lengkap ke
Seksyen Latihan dan Pembangunan Kerjaya

Pegawai Tidak 11. Semakan Pegawai Penyelaras Program SIP di


11
Penyelaras SLPK
Program SIP Lengkap
Jawatankuasa Tidak 12. Kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa
Tamat 12
Latihan Latihan
Lulus
Pegawai 13 13. Surat tawaran penempatan daripada SLPK
Penyelaras
Program SIP
Pemohon 14 14. Lapor diri di Industri & menjalani SIP mengikut
tempoh yang ditetapkan

(1a)

28
LAMPIRAN 8
Tindakan Carta Alir Aktiviti

KJ/KP/ 15 15. Pemantauan daripada Ketua Jabatan/Ketua


Pegawai Program Institusi pemohon atau Pegawai
SLPK daripada SLPK
KJ/KP/ 16 16. Laporan pemantauan secara atas talian
Pegawai
SLPK
Pemohon 17 17. Tamat SIP dan lapor diri di Institusi

Pemohon 18 18. Laporan lengkap dihantar ke SLPK melalui


ULPL (dalam tempoh 2 bulan selepas tamat
SIP)
Pemohon 19 19. Buat tuntutan berkaitan dikemukakan Institusi
pemohon

Pengarah 20 20. Buat tuntutan berkaitan di Institusi pemohon


BPKLK

Tamat

(1b)

Rajah 1: (1a) Proses kerja program SIP, (1b) Proses kerja program SIP (sambungan)

29
SEKSYEN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK LAMPIRAN 9
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN TUGASAN SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH

A. BUTIR - BUTIR PEGAWAI

1 . Nama :
2 . No kad pengenalan :
3 . Alamat institusi :

4 . No telefon (bimbit) :
5 . Alamat emel aktif :
6 . Tempoh latihan :

7 . Tarikh mula :

8 . Tarikh tamat :

B. BUTIR - BUTIR MAJIKAN

1 . Nama syarikat :
2 . Alamat syarikat :

3 . No telefon syarikat :
4 . No fax syarikat :
5 . Pegawai penyelia industri :
6 . No telefon penyelia industri :
7 . Alamat emel penyelia industri :

C. PENGESAHAN PENYELIA INDUSTRI

Saya dengan ini mengesahkan pegawai di atas adalah di bawah seliaan saya sepanjang tempoh an.

Tarikh :

Tandatangan pegawai Tandatangan Penyelia Industri

30
SEKSYEN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK LAMPIRAN 9
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN TUGASAN

Tarikh :
Tugasan :

MAKLUMAT TUGASAN

31
LAMPIRAN 10

PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN


INDUSTRI PENSYARAH POLITEKNIK

Laporan akhir program SIP ini bertujuan untuk berkongsi maklumat


bersama PPPT tentang pengalaman yang diperolehi sepanjang latihan di
industri. Buku Laporan lengkap program SIP dan softcopy (dalam bentuk
cd) ini perlulah dihantar ke SLPK melalui ULPL institusi dalam tempoh dua
(2) bulan setelah tamat latihan. Laporan hanya perlu dijilidkan dengan
kemas (comb binding).

MUKA HADAPAN (KULIT)

1 NAMA
2 INSTITUSI
3 BIDANG
4 NAMA SYARIKAT
5 ALAMAT SYARIKAT
6 TARIKH SANGKUTAN

1.0 PENGENALAN

Laporan pensyarah dalam bahagian ini hendaklah merangkumi;

1.1 Tujuan Program Sangkutan


1.2 Carta Organisasi tempat latihan/sangkutan
1.3 Latar belakang tempat latihan/sangkutan
1.4 Keterangan ringkas mengenai latihan/sangkutan dan kerja
yang dilakukan.

32
LAMPIRAN 10

2.0 LAPORAN

2.1 Pelan tindakan pensyarah (Post Action Plan)


Pelan tindakan ini diperkenalkan bertujuan untuk melihat
perancangan PPPT yang telah mengikuti program SIP untuk
penambahbaikan pembelajaran dan pengajaran setelah pulang ke
institusi. Melalui pelan tindakan ini juga, PPPT dapat merancang
dengan lebih awal sebarang aktiviti yang melibatkan pihak industri
dan institusi. (Rujuk jadual di bawah)

2.2 Kandungan Teknikal.

Bahagian ini termasuklah tugas yang dipertanggungjawabkan dan


dibuat sepanjang tempoh SIP. Keterangan lanjut mengenai kerja
yang dilakukan untuk sesuatu projek, alat yang digunakan,
masalah yang dihadapi serta penyelesaiannya, perkara yang telah
dipelajari dari latihan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan
teknikal.

2.3 Penyampaian dan Susunan.

Penyampaian hendaklah mengikut susunan yang tertib, kemas, tidak


berulang, penggunaan gaya bahasa yang terang dan mudah
difahami. Susunan mestilah mengikut inisiatif PPPT.

2.4 Rajah dan Lukisan.

Semua rajah/graf /jadual/foto hendaklah diberi nombor, tajuk dan


keterangan ringkas mengenainya.

33
LAMPIRAN 10

3.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

PPPT boleh membuat rumusan tentang latihan SIP serta


menyatakan cadangan/pandangan bagi tujuan penambahbaikan.

34
GLOSSARI

SIP Sangkutan Industri Pensyarah

PPPT Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

KPI Petunjuk Prestasi Utama

SLPK Seksyen Latihan dan Pembangunan Kerjaya

ULPL Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

PLPL Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan

PI Penyelia Industri

KJ Ketua Jabatan di setiap Jabatan di institusi

(contoh: Ketua Jabatan Perdagangan)

35

Anda mungkin juga menyukai