Anda di halaman 1dari 4

Adab Qada Hajat & Istinjak

Posted on 4 Aug i n Isl am Motivation



Masuk tandas perlu jaga adabnya
Masuk tandas untuk qada hajat dan beristinjak perlulah kena caranya. Biar kita suci & bersih,
terhindar daripada penyakit, disamping dapat memberi kemudahan untuk orang lain yang
berkongsi tandas dengan kita. Berikut merupakan antara adab qada hajat & istinjak yang
sepatutnya kita amalkan.
1.Masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca doa
Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa
masuk tandas terlebih dahulu seperti berikut:

Doa masuk tandas
2.Berhati-hati dengan apa yang dibawa masuk ke tandas
Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau
sebagainya yang dimuliakan oleh agama. Selain itu, membawa masuk ke tandas telefon bimbit
yang bernada dering ayat Al-Quran & selawat juga haruslah dielakkan kerana khuatir ia akan
berbunyi di tempat qada hajat tersebut.
3.Qada hajatlah dalam keadaan duduk (bertinggung)
Jika dilihat dari sudut hukum, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai perihal
qada hajat berdiri atau duduk (bertinggung). Ada yang mengkategorikan sebagai makruh dan
ada juga yang mengharuskan dimana ia bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu.
Hal ini berdasarkan hadith :-
Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi S.A.W.. Apabila sampai di satu
tempat pembuangan sampah, Nabi S.A.W. kencing di situ sambil berdiri.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Tetapi, hadith di atas menunjukkan tentang keharusan kencing berdiri. Tetapi bukanlah menjadi
kebiasaan Rasulullah (SAW) membuang air kecil sambil berdiri.
Saidatina Aisyah r.a. berkata; Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi S.A.W kencing
berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk. (Riwayat
Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).
Dua hadith di atas bukanlah bertentangan, tetapi isteri Baginda Aisyah r.a menerangkan perihal
kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah (SAW). Beliau tidak sentiasa bersama-sama dengan
Rasulullah dalam musafir. Tetapi hal ini jelas menunjukkan, dalam keadaan biasa, Rasulullah
(SAW) membuang air kecil dalam keadaan duduk.
4.Dilarang qada hajat di jalan yang dilalui oleh ramai orang atau tempat duduk dan berkumpul.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: Takutlah kamu kepada 2 perkara yg
membawa kepada laknat. Para sahabat bertanya: Apakah 2 perkara tersebut? Rasulullah SAW
menjawab: Orang yang membuang air besar (qada hajat) di tempat laluan orang ramai atau tempat
mereka berteduh. (HR Muslim (269) diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
5.Elakkan qada hajat dibawah pohon berbuah
Jangan qada hajat dibawah pohon berbuah bagi memelihara buah tersebut daripada tercemar
ketika luruhnya sama ada buah tersebut dimakan atau diambil manfaat dengannya. Ini supaya
perasaan seseorang tidak merasa jijik.
6.Menjaga aurat dan elakkan qada hajat di tempat terbuka
Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini ialah menyelak
atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas. Ataupun, buang air kecil di
tandas berdiri yang kebiasaannya dibina secara terbuka. Ini, boleh menyebabkan aurat kita
terdedah kepada orang lain.
Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah
keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara
keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut.
(HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
7.Jangan menghadap atau membelakangi kiblat.
Adalah dilarang ke atas orang yang qada hajat mengadap ke arah atau membelakangkan kiblat.
Cubalah semampu boleh untuk menyerong sedikit ketika qada hajat sekiranya binaan tempat
qada hajat itu terbina memang menghadap atau membelakangkan kiblat.
Seperti sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
Rasulullah (SAW) bersabda: Apabila kamu datang ke tempat qada hajat maka janganlah kamu
mengahadap ke arah kiblat dan jangan kamu membelakangkannya sama ada ketika buang air kecil atau
besar. (HR Al-Bukhari (381) dan Muslim (264), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
8.Qada hajat di air yg tenang dan bertakung
Qada hajat di tempat air yang tidak mengalir boleh menjadikan air yang bertakung itu kotor dan
mendatangkan perasaan jijik pada orang lain. Air tersebut juga sudah menjadi najis dan
menyusahkan orang sekiranya terpercik pada pakaian.
Daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW: baginda melarang kencing dalam air (bertakung) tenang.
(HR Imam Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
Larangan disini adalah dengan makna makruh tetapi Imam Nawawi telah meriwayatkan bahawa
ia memberi makna HARAM. (Wallahualam)
9.Qada hajat dalam lubang
Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri di dalam lubang tersebut
terdapat binatang yang berbisa seperti kala jengking atau ular lalu ia keluar dan menyakitkannya.
Kadang-kadang terdapat di dalamnya haiwan yang lemah, maka ia boleh menyakitkan binatang
tersebut.
Daripada Abdullah bin Sarjis bahawa: Rasulullah (SAW) melarang daripada kencing di dalam lubang
iaitu lubang pada tanah. (HR Abu Daud (29), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
10.Tidak menjawab salam ketika membuang air.
Adalah dilarang untuk kita memberi dan menjawab salam ketika sedang qada hajat. Larangan
ini termasuklah ketika menjawab salam daripada panggila telefon. Seeloknya, sudahkanlah
qada hajat dan jawab panggilan telefon diluar tempat qada hajat. Seperti sabda Rasulullah
(SAW) yang bermaksud:
Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki lalu berdekatan Rasulullah (SAW) yang sedang membuang air
kecil. Lalu dia memberi salam tetapi Baginda tidak menjawab. (HR Imam Muslim (370),
diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
11.Dilarang bercakap.
Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah
keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara
keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut.
(HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
12.Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.
Orang yang qada hajat hendaklah menggunakan tangan kirinya untuk membersihkan tempat
najis sama ada dengan air atau batu dan seumpamanya kerana itulah yang lebih layak
dilakukan. Sekiranya ia menggunakan tangan kanan maka hukumnya adalah makruh
sebagaimana makruh menyentuh zakar dengan tangan kanan.
Sekiranya ia perlu kepada memegang zakar untuk membersihkannya dengan batu dan
seumpamanya (benda-benda yang beku/pejal), maka ia hendaklah memegang batu tersebut
tanpa menggerakkannya dengan tangan kanannya dan tangan kirinya memegang zakar dan
mengerak-gerakkannya untuk membersihkan tempat yang najis tersebut.
Daripada Abi Qatada daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW telah bersaba: Apabila seseorang kamu
kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dgn tangan kanannya dan jangan ia
beristinjak menggunakan tangan kanannya. (HR Imam Bukhari (153) dan Muslim (267),
diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
13.Mengurut kemaluan setelah membuang air dan berdehem.
Selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut
ngurut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-
gerakkan kaki (seperti orang berjalan). Ini bertujuan mengeluarkan sisa air kencing yang masih
berbaki.
Tetapi janganlah terlalu banyak beristibra untuk menghindar perasaan was-was sehingga perkara ini
merumitkannya. Jika ia merasakan ada sedikit basah di kemaluan, hendaklah ia menganggap itu sisa dari
air yang kita gunakan untuk beristinjak.
14.Bersihkan tempat qada hajat
Setelah selesai qada hajat dan bersuci, bersihkan tempat tersebut daripada najis kita. Sekiranya
kita menggunakan tandas yang moden, tariklah tali pengepam tandas (flush toilet). Kemudian,
jiruslah dengan air ke kawasan sekitarnya. Selain cara ini dapat mengekalkan kebersihan
tandas, ia secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada orang lain yang berkongsi
tandas dengan kita. Manakala, sekiranya kita qada hajat di dalam lubang, kambus semula
lubang tersebut.
15.Keluar tandas dengan kaki kanan & membaca doa
Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah:

Anda mungkin juga menyukai