1. Erti Tayammum ialah menyapukan debu tanah yang suci ke muka dan ke dua-dua belah
tangan sehingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.
2. Hukum Tayammum adalah wajib ketika ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air.
3. Rukun Tayammum :
i . Niat.
ii. Memindahkan debu ke tangan dengan menepukkan tapak tangan ke tanah yang
berdebu.
iii. Menyapu debu tanah ke muka dengan sekali tepukan.
iv. Menyapu kedua-dua belah tangan dengan tepukan yang lain.
v. Tertib.
8. Syarat Tayammum
1. Masuk waktu solat.
2. Mencari air terlebih dahulu.
3. Debu yang suci, tidak berlumpur dan tidak bercampur kapur.
4. Uzur atau air hanya cukup untuk keperluan makanan dan minum sahaja.
A Tandakan ( / ) pada keterangan yang betul.
( ) Niat.
( ) Menyapu kedua belah tangan hingga ke siku.
( ) Memindahkan debu ke anggota tayammum.
( ) Menyapu debu tanah ke muka.
( ) Tertib.