Anda di halaman 1dari 4

ANAK WAWASAN

Desir ombak masih kedengaran. Tiupan angin pagi terasa sejuk menusuk-nusuk ke serata
tulang tubuh. Kenderaan seperti semut-semut yang beratur di sepanjang jalan menurunkan
murid murid Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Pengawal keselamatan yang memegang
sepanduk ‘BERHENTI’ sibuk memastikan murid murid melintas jalan dengan selamat dan
mengawal kesesakan lalu lintas.

Dalam kawasan sekolah, kelihatan murid-murid dengan pelbagai aksi. Ada yang bermain
kejar-kejar,ada yang duduk berbual-bual sementara pengawas sibuk bergerak ke kelas-kelas
yang berada bawah jagaan mereka

“Kringgg…’ bunyi jeritan loceng sekolah memecah suasana damai. Murid-murid beratur di
depan kelas.kemudian mereka menadah tangan mengaminkan doa yang kedengaran dari
corong pembesar supaya usaha murni menimba ilmu diberkati oleh Allah.

Fazli selaku Ketua Tahun Enam Amanah mengarahkan semua murid di kelas tersebut untuk
bangun. Semua murid pun berdiri dan suasana kelas kembali senyap seketika. Hanya
kedengaran bunyi kipas berputar ditemani kicauan burung di pokok jambu madu yang terletak
di tepi pagar sekolah.

Kemudian, Fazli bersuara memberi salam kepada guru yang memasuki kelas mereka dituruti
oleh rakan-rakannya. Guru tersebut menjawab salam yang diberikan dan kemudian
mengarahkan murid-murid tersebut untuk duduk.

Semua murid menumpukan perhatian mereka kepada cikgu tersebut yakni Cikgu Awang.
Mereka didatangi tanda tanya tentang Cikgu Irfan. Bunyi kipas berputar menakluki susasan
senyap kelas Enam Amanah.

“Murid-murid sekalian, cikgu ada satu berita tidak baik. Cikgu Irfan telah dimasukkan ke
Hospital Sultanah Nur Zahirah semalan kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.”

Suasana kelas Enam Amanah menjadi riuh-rendah. Murid-murid tidak mempercayai berita
yang didengar. Beberapa orang murid perempuan mulai menangis.

“Cikgu, bagaimana keadaan Cikgu irfan?”. Fazli bertanya cemas.

“Cikgu Irfan masih tidak sedarkan diri lagi. Kata doktor , keadaannya tidak bahaya,” Cikgu
Awang menjawab pertanyaan Fazli. Hari itu, murid-murid Enam Amanah tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Fikiran mereka melayang memikirkan
guru kelas mereka, Cikgu Irfan yang terlantar di hospital.
Cikgu Irfan merupakan seorang guru yang baru bertukar kesekolah mereka dua tahun lepas.
Beliau bersungguh-sungguh menunaikan kewajipannya sebagai seorang pendidik anak
bangsa. Cikgu Irfan tidak pernah jemu melayan karenah dan selalu menganggap mereka
seperti anak-anaknya sendiri. Kasih sayang yang disemai oleh Cikgu Irfan terus berputik
dalam jiwa mereka menjadikan mereka seperti sebuah keluarga yang bahagia tanpa mengira
ras, agama dan status.

Cikgu Irfan tidak pernah lokek memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka. Cikgu Irfan
selalu mendidik mereka supaya sentiasa hidup harmoni, bertolak ansur dan sayang-
menyayangi antara satu sama lain. Cikgu Irfan juga telah berjaya menghakis sikap dan
mengubah tanggapan mereka supaya sentiasa percaya pada kebolehan diri sendiri dan
kepada Allah.

Mata mereka beralih pada bahagian atas papan hitam. Mereka mengamati sekeping kertas
manila yang bertampal kata-kata yang pernah diucapkan oleh Cikgu Irfan. Kata-kata tersebut
sengaja ditampal sebagai ingatan dan pembakar semangat untuk mereka mencapai
kejayaan. Sebak hati mereka memikirkan cikgu kesayangan mereka yang sedang terlantar di
hospital.

“Manusia yang berjaya dalam kehidupan ialah mereka yang percaya kepada diri dan Allah.
Kepercayaan inilah yang akan melonjakkan diri kita di hadapan. Kita akan sanggup
menghadapi segala kesusahan kerana kita ada matlamat. Untuk berjaya, sudah tentulah kena
merasai perit kesusahan dahulu. Kemudian, baru dapat merasai manis kesenangan yang
berpanjangan. Kini sudah tiba masanya, kamu sebagai generasi muda harapan negara
membuktikan kebolehan dan kecemerlangan dalam semua aspek supaya disegani oleh
masyarakat, negara dan dunia.”

Syafiq, Ketua Pengawas kelihatan termenung di tempat duduknya. Keceriaan pada wajahnya
telah hilang. Sesekali dikesatnya air matayang bertakung di kelopak mata. Syafiq terinat
pertolongan Cikgu Irfan beberapa bulan yang lepas.

“Cikgu, saya hendak berhenti sekolah,” kata Syafiq.

“Kenapa Syafiq? Beritahu cikgu apa masalah Syafiq?” Tanya Cikgu Iran sedikit terkejut
dengan keputusan Syafiq.

“Ayah saya sakit buah pinggang. Ibu sudah tua. Saya tidak sanggup melihat ayahbersusah
payah mencari rezeki untuk keluarga,” Syafiq menceritakan masalahnya.
“Tapi bukan sekarang masanya Syafiq berhenti sekolah. Peperiksaan sudah hampir.” Cikgu
Irfan cuba mengembalikan semangat Syafiq yang sudah hilang.

“Biarlah saya berkorban untuk mereka, cikgu. Inilah masanya saya membalas jasa mereka.
Saya akan menggantikam tempat ayah ke laut untuk mencari rezeki.” Titisan air jernih
mengalir membasahi pipi Syafiq.

“Syafiq, jangan bertindak terburu-buru. Cikgu akan tolong Syafiq.” Cikgu Irfan memujuk sambil
mengelap air mata Syafiq.

“Tak apalah, cikgu. Sudah nasib saya anak seorang nelayan miskin.” Syafiq bersuara lemah.

Atas ihsan dan rasa simpatinya, Cikgu Irfan telah mengeluarkan gajinya sebanyak RM300
sebulan untuk membantu keluarga dan menampung persekolahnnya. Di samping itu, Cikgu
Irfan juga telah berjaya mendapatkan biasiswa untuk Syafiq.

“Kringgg…” Loceng tamat persekolahan mengejutkan Syafiq daripada lamunannya. Murid-


murid Enam Amanah berjalan laju pulang ke rumah masing-masing. Di dalam hati mereka
hanya tersemat satu hasrat, iaitu pergi menziarahi cikgu kesayangan mereka di hospital.

Tepat pukul 3.00 petang, mereka berkumpul di depan pintu pagar sekolah. Selepas
kesemuanya tiba, mereka menaiki bas ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Angin yang meluru
masuk daripada tingkap bas tidak berupaya menyejukkan gelora perasaan dalam jiwa
mereka.

Setibanya mereka di hospital, mereka terus ke Wad EF di tingkat 4. Mereka mengelilingi katil
Cikgu Irfan. Air mata dan tangisan menjadi-jadi apabila melihat tubuh Cigu Irfan dipenuhi
dengan wayar-wayar kecil. Syafiq memegang lengan Cikgu Irfan. Cikgu Irfan hanya mampu
membuka sedikit matanya dan cuba menyatakan sesuatu kepada Syafiq.

“Apa dia, cikgu?” Syafiq mendekatkan cuping telinganya ke mulut cikgu kesayangannya.
Syafiq hanya mamp mengangguk-anggukkan kepalanya sambil air mata membasahi pipinya
tanpa henti.

“ Maaf adik-adik, cikgu adik-adikkena berehat. Tidak boleh terima pelawat sekarang. Adik-
adik dating hari lain, ya.” Jururawat yang bertugas mesra melayan mereka. Syafiq dan rakan-
rakannya berat hatu meninggalkan cikgu kesayangan mereka.demi kesihatan cikgu, mereka
akur dan berdoa semoga Cikgu Irfan akan cepat sembuh.

Petang itu, ibu bapa murid daripada pelbagai kaum dan guru-guru datang melawat Cikgu Irfan.
Cikgu Irfan yang peramah dan bersopan santung amat rapat dengan ibu bapa dan guru-guru.
Suasana kembali tenang selepas tamat waktu melawat, ditemani suara azan maghrib dari
masjid berdekatan. Hari kian gelap bertemankan bintang-bintang di langit dan hembusan
angin Laut China Selatan.

Suara azan subuh daripada corong pembesar suara masjid menyerlahkan kekuasaan dan
kebesaran Allah SWT. Biasan cahaya merah di langit semakin galak menandakan tibanya
hari baharu. Burung-burung beterbangan riang di angkasa berkicau bagai nyanyian
kedamaian. Suasana di kawasan sekolah seperti hari-hari sebelumnya, sentiasa sibuk
dengan kenderaaan-kenderaan yang menghantar murid-murid ke sekolah.

“Kawan-kawan sekalian,kelmarin kita telah melihat sendiri keadaan Cikgu Irfan. Cikgu ada
satu permintaan…” Syafiq terdiam dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

“Apa permintaan tu?” Nora bertanya, tidak sabaringin mengetahuinya.

“Cikgu minta kita semua belajar rajin-rajin. Dia minta maaf kerana tidak dapat bersama-sama
kita ketika ini. Dia berharap kita semua akan memperoleh 5A dan akan dapat belajar di
sekolah berasrama penuh nanti. Cikgu juga meminta maaf kerana tidak dapat membantu kita
menyertai Pertandingan Mencipta Laman Sesawang peringkatkebangsaan seperti yang
pernah dijanjikannya.” Syafiq meneruskan kata-katanya.

Murid-murid lain hanya tunduk mendengar permintaan cikgu mereka. Mereka cukup terharu.
Pada saat-saat cikgu kesayangn mereka sedang bertarung dengan maut, beliau masih
memikirkan masa deoan mereka.

“Kita harus bersatu dan berusaha menunaikan permintaan Cikgu Irfan!” Fazli tiba-tiba
bersuara penuh semangat.

“Betul. Kita tidak boleh menghampakn harapan cikgu.” Fadilah menyambung.

“Selama ini sudah banyak cikgu berkorban untuk kita semua. Sudah tiba masanya kita
berkorban untuk menunaikan permintaan cikgu. Inilah sahaja caranya kita membalas jasa
Cikgu Irfan.” Syafiq bersuara penuh semangat.

Murid-murid Enam Amanah kembli bersemangat. Waktu lapang yang ada digunkan sebaik-
baiknya. Segala nota yang diperoleh sama ada dalam Internet, cakera padat pendidikan,
akhbar dan buku-buku dibincangkan bersama-sama. Semua itu teah diajar oleh Cikgu Irfan
sejak dari dulu lagi.

Anda mungkin juga menyukai