Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PROGRAM DIALOG BERSAMA PENGARAH JPNS

‫الر ِحي ِْم‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ِ‫بِ ْس ِم هللا‬
‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِقيْنَ َوال‬, َ‫ب العَالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ِّ ‫ا َ ْل َح ْمدُ هللِ َر‬
‫ص َحا ِب ِه أ َ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ ‫آ ِل ِه َوأ‬
Ya Allah Ya Karim ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana telah mengizinkan kami untuk
berkumpul di majlis makan malam bersempena program dialog bersama pengarah jabatan
pelajaran negeri sabah pada malam ini. Sesungguhnya pada malam ini Kami berkumpul untuk
bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan
sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini.

Ya Allah , Ya Rahman,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang , sekolah yang disegani dan
dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia bahkan di
akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan
keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul antara pihak jabatan pendidikan
negeri sabah,pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan berkatilah ilmu yamg
kau kurniakan . Hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

‫ َوالَ ت َ ْج َع ِل‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اجعَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬.
‫ اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا‬. ‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬ َ ‫اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬
‫ان َوالَ ت َ ْجعَ ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ ِللَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك‬ ِ ِ‫سبَقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ َ َ‫َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن‬
ً ‫سنَة‬ َ ‫ َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح‬.‫ار‬ ِ َّ‫اب الن‬ َ َ‫ َوقِنَا َعذ‬،‫ار ْك لَنَا فِي َما َرزَ ْقتَنَا‬ ِ َ‫ف َر ِح ْي ٌم الَّل ُه َّم ب‬ ٌ ‫َر ُء ْو‬
‫سلَّ َم‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬ َ ‫اب النَّار ِ َو‬ َ َ‫سنَة ًَوقِنَا َعذ‬ َ ‫األخ َرةِ َح‬ ِ ‫َوفِي‬
. َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ ِ ِّ ‫ َو ْال َح ْمد ِ ََُّلِلِ َر‬،

Anda mungkin juga menyukai