Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGARAH KMSw (HI-TEA),

HOTEL SERAPI, KUCHING

‫من ْال َّر ِح ْيم‬


ِ ‫س ِم هللاِ ْال َّر ْح‬
ْ ِ‫ب‬.

َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬


ْ ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأ‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ا ْل َعالَ ِم ْين‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ ِّ ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon
ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga
kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Esmail yang akan
bersara, menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang penjawat awam. Moga baginya selepas
persaraannya nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan
kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

 Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru
dan pensyarah. Kau limpahkanlah Rahmat dan Barokah Mu, sebagai ganjaran kepada semangat
juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai
pendidik dan pemimpin yang sentiasa berusaha menyumbangkan tenaga, idea dan kepakaran,
demi kecemerlangan organisasi, bangsa, agama dan negara. Mudah-mudahan segala jasa,
pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami semua meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

 Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang
cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

 Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

ْ‫ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمن‬،‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
.‫شقِيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫يَ ْتبَ ُعنَا‬
ِ.‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ً َوقِنَا َع َذ‬ َ ‫سنَة ً َوفِي اَأل ِخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
. َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ ِّ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر‬،‫سلَّ َم‬َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫ َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬ َ ‫ َعلَى‬ ُ‫صلَّى هللا‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai