Anda di halaman 1dari 20

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBQE 3103 : TARANNUM AL-QURAN

NAMA NO. MATRIKULASI

: :

JINANG BINTI SETAN 650605125530001 650605125530 0138784316 jinang@yahoo.com ESAMUDDIN BIN ESA esamuddinesa@oum.edumy JANUARI 2014 SABAH LEARNING CENTER

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MAIL TUTOR E-MAIL SEMESTER : : : : :

PUSAT PEMBELAJARAN :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|0

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

PENDAHULUAN

1.

Pengenalan Ilmu Tarannum

1.1 1.2 1.3 1.4

Takrif Tarannum Dari sudut Bahasa Takrif Tarannum Dari sudut Istilah Tuntutan Bertarannum Hukum Tarannum Al-Quran

3 4 5 6

2.

Sejarah Tarannum Al-Quran

2.1 2.1

Asal-usul Tarannum Al-Quran Perkembangan Tarannum Al-Quran Sehingga Hari Ini 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 Tarannum Pada Zaman Rasulullah ( s.a.w) Tarannum Pada Zaman Tabiin ( r.a.) Tarannum Di Nusantara Falsafah & Peranan Tarannum Dalam Bacaan Al-Quran 2.1.5 2.1.6 2.1.7 Susunan Tarannum Yang Popular di Malaysia Ciri-ciri Persembahan Tarannum Yang Baik Bahagian-bahagian Seni Tarannum Al-Quran 14 14 15

7 7

8 9 12 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|1

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

PENUTUP

17

BIBILIOGRAFI

18

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda. Dalam kesempatan ini saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Tarannum Al-Quran (HBQE3103) ini dapat saya siapkan sepenuhnya.

Tugasan ini mengkehendaki pelajar menerangkan konsep-konsep asas berkaitan tarannum, menghuraikan sejarah perkembangan tarannum bermula daripada asalusul Tarannum sehingga perkembangan Tarannum Al-Quran yang ada pada hari ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada En. Esamuddin Bin Esa selaku pensyarah dan penyelia tugasan ini di atas tunjuk ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.

Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya dan diharapkan akan menjadi salah satu sumber rujukan pelajar lain. Sekali lagi saya

memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tugasan ini dapat memantapkan lagi pengetahuan sedia ada tentang ilmu Tarannum Al-Quran yang sememangnya menjadi galakan daripada Rasulullah s.a.w terhadap umatnya supaya melagukan bacaan al-Quran secara terang, jelas dan tepat sebagaimana ia diturunkan. Semoga Allah (s.w.t) memberkati usaha murni ini dalam memartabatkan ilmu al-Quran al-Karim yang menjadi panduan hidup selamanya. Disediakan oleh : 13 Mac 2014
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|2

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

JINANG SETAN @ HUSSIN

(Fakulti Pendidikan & Bahasa)

1. PENGENALAN Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. Al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu Tajwid, Tarannum, Qiraat Sabie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang. Melagukan bacaan al-Quran adalah suatu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendebgar kepada keagungan Allah swt (Nik Jaafar, 1998). Kesenian dalam pembacaan al-Quran mesti dilaksanakan dengan suara yang baik, bertajwid dan bertarannum untuk mencapai martabat bacaan tartil. Nik Jaafar (1998), Norakyairee & adnan (2008), kurikulum tilawah al-Quran merangkumi tahsin as-Shout, Tajwid, Tarannum & Tartil. 1.1 Takrif Tarannum Dari Sudut Bahasa Tarannum ( ) dari sudut bahasa, berasal dari perkataan tarannama ( )yang beerti menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu (Ibn Manzur, Muhammad Bin Mukram al-Afriqiy al-Misri,1405H). Perkataan ini juga digunakan sama ada untuk haiwan sebagai contoh, seekor merpati yang menyanyi dan jamadat (bendabenda bukan hidup dan berjisim seperti sebuah gambus/gitar yang menyanyi). Sila lihat Ibn al-Athir, Majd al-Din al-Mubarak ibn Muhammad, (1963), al-Nihayah fi gharib alhadith wa al-athar, al-Qahirah:Maktabah Islamiyyah, Jil 2 : Hal 271). Dengan itu, setiap perkara yang menghasilkan bunyi atau suara yang menarik untuk didengar adalah dipanggil nyanyian iaitu lagu (Ibn Manzur, 1405). Terdapat beberapa perkataan lain yang memberi makna yang sama dengan Tarannum ialah :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|3

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

i. Al-Tarji () ii. Al-Taghanni () iii. Al-Tatrib () iv. Al-Talhin () v. Al-Tanghim ()

Perkataan tarannum disandarkan kepada lagu Al-Quran adalah berdasarkan kepada hadith berikut :

""
Maksudnya: Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara seperti mana Allah menumpukan perhatian kepada seorang nabi yang memperelokkan lagu (tarannum) Al-Qurannya. Disamping itu, Rasulullah (s.a.w) adalah menggunakan Tarannum bi al-Quran ( ) sebagai istilah khusus kepada bidang pengajian ilmu Tarannum. Ini adalah disebabkan oleh perkataan tarannum adalah umum dan boleh digunakan kepada perkara lain juga. Justeru, Tarannum bi al-Quran sepatutnya dijadikan suatu istilah khusus kepada bidang ilmu Tarannum.

1.2

Takrif Tarannum Dari Sudut Istilah

Tarannum bi al-Quran ialah suatu ilmu atau kaedah yang membicarakan tentang kepelbagaian bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu bertujuan untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan Al-Quran (Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail, 1998). Tarannum bi al-Quran mestilah tidak terpisah dari ciri-ciri berikut : i. ii. iii. Nada iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak iaitu gerakan untuk menghidupkan bunyi suara Irama iaitu alunan atau bentuk bunyi.

Sesuatu bunyi yang tidak mengandungi ketiga-tiga ciri tersebut tidaklah dikatakan sebagai tarannum bi al-Quran. Dengan itu, Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|4

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Irama adalah alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga antara istilah yang diguna pakai oleh Rasulullah (s.a.w) sebagaimana sabda baginda (s.a.w) :

)"( "
Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabi-Nya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran.

Norakyairee & Adnan (2008) pula mentakrifkan Tarannum sebagai suatu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam proses membacakan ayat al-Quran. Manakala Wan Hilmi (2010) menegaskan bahawa ilmu Tarannum bermaksud satu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara bagaimana melagukanal-Quran daripada aspek hukum tajwid, tarannum, asal-usulnya dan istilah-istilah yang digunakan.

1.3

Tuntutan Bertarannum

Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan Tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Rasulullah (s.a.w) telah bersabda :

" "
Maksudnya : Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu. (Hadith Riwayat Abu Daud)

Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan Tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya, bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Sebagaimana yang diterangkan oleh baginda )s.a.w( dalam sabdanya :

" "

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|5

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Maksudnya : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).

1.4

Hukum Tarannum Al-Quran Hukum tarannum Al-Quran adalah harus bahkan sunat sekiranya bertujuan

memperelokkan tilawah Al-Quran serta menurut hukum-hakam tajwid yang tepat. Ini adalah berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Pendalilan terhadap Tarannum Al-Quran antaranya firman Allah (s.w.t) dalam surah al-Muzammil, ayat 7 :

Maksudnya : Dan bacalah Al-Quran dengan cara tartil.

Selain itu, Ibn Manzur menyatakan bahawa al-tartil bermaksud sebaik-baik bacaan, jelas dan terang, serta perlahan-lahan. Ibn Abbas mentafsirkan bacaan yang jelas, terang makhrajnya serta perlahan-lahan. Di dalam buku berjudul Syarh Tayyibah al-Nasyr fi alQiraat al-Asyr (1418H) yang ditulis oleh Ibn al-Jazari, Syihab al-Din Abi Bakr Bin Ahmad Bin Muhammad, turut diterangkan tentang pendapat Sayyidina Ali tentang pengertian al-tartil seperti berikut :

""
Maksudnya: Memperelokkan sebutan huruf dan mengetahui tempat-tempat waqaf dan ibtida

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|6

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Ini bermakna bahawa al-tartil ialah bacaan yang penuh berhati-hati, sempurna tajwid dan makhraj dengan alunan bacaan yang menarik tanpa kegopohan. Ghuluw atau melampau di dalam tarannum sehingga merosakkan tajwid, menyembunyikan makhraj, memendekkan madd dan seumpamanya adalah disepakati pengharamannya. masih tidak melampaui batas iaitu tidak merosakkan merosakkan lafaz Al-Quran seperti menambah dan mengurangkan baris, memajangkan qasr, memendekkan mad, menyembunyi baris yang menyebabkan kecelaruan makna, maka ia adalah harus. Sekiranya ia merosakkan atau mencacatkan salah satu hukum hakam tajwid, para ulama bersepakat tentang pengharamannya (Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf, 1992).

2.

Sejarah Tarannum Al-Quran

Sejarah Tarannum Al-Quran akan membawa kita mengenal latar belakang Tarannum dengan lebih jelas lagi bermula dengan asal-usul Tarannum Al-Quran sehinggalah perkembangan Tarannum Al-Quran yang ada pada hari ini. Berikut adalah penjelasan tentang asal-usul Trannum dan diikuti dengan perkembangan Tarannum AlQuran secara terperinci.

2.1

Asal-usul Tarannum Al-Quran

Mengikut sejarah, Tarannum atau muzik adalah sebahagian daripada budaya sesebuah masyarakat setempat da nasal-usulnya adalah bermula daripada beberapa unsur seperti bunyian daripada geseran kayu, bunyian air yang mengalir, bunyian daripada tiupan angin, bunyian dan kicauan burung. Ahli-ahli muzik dan penyair menjadikan unsur-unsur tersebut sebagai ilham mereka dalam mencipta kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat. Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah menyatakan bahawa bertarannum itu adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Arab silam. Berdasarkan catatan sejarah, masyarakat Arab semenjak awal zaman Jahiliyyah lagi mula terkenal dengan kepakaran dalam bidang syair sehingga dibina sebuah tempat yang dikenali sebagai Souq al-`Ukkaz untuk dijadikan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|7

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

medan mendeklamasikan syair-syair seterusnyasyair-syair yang indah dipamerkan atau digantung bagi menjadi kebanggaan pemiliknya.

Namun begitu, setelah kedatangan Islam dan penurunan al-Quran, umat Islam ketika itu diajak supaya membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan lunak bagi menggantikan budaya mendeklamasikan syair-syair tersebut. Islam yang merupakan agama yang benar ini

mengajak masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk mengisi keperluan rohani dan memperdengarkan di telinga-telinga mereka tentang isi kandungan al-Quran al-Mukjiz. Hadis-hadis Sahih seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya alJami al-Sahih kebanyakannya menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara bertarannum atau berlagu. Ini dibuktikan oleh hadis berikut:

Maksudnya : Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari).

Menurut jumhur ulama, hadis di atas menunjukkan bahawa al-Quran boleh dibaca secara bertarannum selama mana tidak menyalahi hukum-hukum tajwid. Namun, hukumny amenjadi haram jika terkeluar dari had dan hak ayat suci al-Quran seperti menambahkan dan mengurangkan huruf. Pendapat ini tidak berbeza dengan pendapat oleh Imam alMawardi yang menaqalkan kalam daripada pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya. Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya Siraj al-Qari, pemodenan alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|8

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

pengaruh Yunani yang kemudiannya dipopularkan oleh pakar muzik tempatan iaitu Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim. Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa sejarah Tarannum al-Quran ini sebenarnya telah bermula semenjak turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu pertama di Gua Hira kira-kira seawal tahun 610 Masihi sebagaimana yang telah dinyatakan dalam beberapa Hadis Sahih.

2.1

Perkembangan Tarannum Al-Quran Sehingga Hari Ini

Berikut adalah penjelasan tentang perkembangan Tarannum Al-Quran bermula zaman Rasulullah (s.a.w.), diikuti dengan Tarannum pada zaman Tabiin (r.a.) dan pascanya, diikuti dengan Tarannum di Nusantara. Seterusnya Falsafah Tarannum, peranan Tarannum, susunan Tarannum yang popular di Malaysia, ciri-ciri persembahan Tarannum yang baik serta bahagian-bahagian Tarannum turut diperjelas sebagai pengetahuan para pembaca tentang perkembangan Tarannum dari sudut kandungannya.

2.1.1 Tarannum Pada Zaman Rasulullah ( s.a.w)

Rasulullah (s.a.w) merupakan pesuruh dan kekasih Allah (s.w.t) yang bertanggungjawab menyampaikan risalah-Nya, menerangkan segala isi tersurat dan

tersirat yang terkandung dalam Kitab al-Quran al-Karim dan seterusnya menyebarkan syiar-Nya. Baginda (s.a.w) sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran secara tarji (suara yang sedap secara tartil). Imam Abu Daud dalam Sunannya ada menyebut tentang bacaan tarji seperti berikut:

Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|9

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi kandungannya).

Berdasarkan hadis di atas, Imam Nawawi membuat penegasannya bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) membaca al-Quran lalu mengulangi bacaannya. Mnakala Jumhur Ulama sepakat mengatakan bahawa kalimah mempunyai makna tertentu iaitu

galakan membaca al-Quran dengan suara yang sedap dan secara tartil. Selain itu, terdapat riwayat yang menceritakan Rasulullah (s.a.w) ketika membaca Surah al-Tur dalam solat Maghrib lalu Muhammad ibn Jubayr Ibn Mat`am telah

mendengarnya, kemudian beliau menyifatkan bahawa tiada seorang pun yang lebih lunak suara bacaannya selain Rasulullah (s.a.w). Rasulullah (s.a.w) amat menyukai amalan membaca al-Quran dan turut dikongsikan bersama para sahabatnya sebagaimana termaktub dalam banyak Hadis Nabawi di mana Baginda (s.a.w) sangat gemar mendengar bacaan al-

Quran di kalangan para sahabatnya bahkan memujinya. Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, di mana Rasulullah (s.a.w) pernah mendengar dan memuji Abdullah Ibn Mas`ud yang membaca al-Quran ketika solat :

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ingin membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd (iaitu gelaran kepada Abdullah ibn Masud).

Imam Bukhari turut meriwayatkan bahawa Abdullah Ibn Mas'ud (r.a) pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah suatu ketika meminta dibacakan al-Quran kepada Baginda (s.a.w.) sepertimana Baginda bersabda :
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 10

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Bacalah al-Qur'an untukku. Lantas Ibn Mas`ud bersuara : Wahai Rasulullah (s.a.w), apakah aku yang harus membacanya, sedangkan al-Qur'an itu diturunkan kepadamu? Baginda menjawab : Aku lebih suka mendengarkannya daripada orang lain. Maka dibacakan Surah al-Nisa' kepada Baginda (s.a.w). Tatkala sampai pada ayat ke-41 (seperti berikut), maka Ibn Mas`ud melihat air mata Baginda (s.a.w) mengalir.

Maksudnya : Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap

umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).

Selain itu,berikut adalah hadis yang menceritakan tentang rasa takjub Rasulullah (s.a.w) lalu memuji kelunakan suara sahabatnya seperti bacaan Abu Musa al-Ash`ari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim :

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari jenis mizmar keluarga Nabi Daud (a.s).
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 11

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Sayyidatina Aishah (r.a) telah meriwayatkan bahawa beliaubersama Rasulullah (s.a.w) mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh salah seorang sahabat Baginda (s.a.w) iaitu Salim, hamba kepada Abu Huzayfah (r.a.). Sebaik sahaja selesai bacaan tersebut, Baginda (s.a.w) kelihatan gembira dan bersyukur sambil berdoa dengan pujian ke hadrat Ilahi kerana menjadikan di kalangan umatnya yang baik dalam bacaan alQuran. Hasil tunjuk ajar bacaan al-Quran yang terbaik oleh Rasulullah (s.a.w), maka lahirlah para Qurra di kalangan para sahabat (r.a) yang mempunyai kepakaran dalam pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya :

Dari Abdullah Ibn `Amr (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda:

Maksudnya: Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az ibn Jabal dan Ubay Ibn Ka`ab (r.a.).

Rasulullah (s.a.w) telah mengarahkan supaya para sahabat (r.a) mempelajari alQuran daripada empat orang tersebut kerana mereka mempunyai bacaan yang bagus dan tepat. Mereka telah bertalaqqi al-Quran secara mushafahah dengan Rasulullah (s.a.w.). Menurut Ibn Masud (r.a), beliau berkata : Demi Allah sesungguhnya aku telah mengambil al-Quran dari mulut Rasulullah (s.a.w) lebih dari 70 surah. Demi Allah sahabat Rasulullah (s.a.w) amat mengetahui bahawa aku paling mengetahui di kalangan mereka berhubung kitab Allah tetapi aku bukan terbaik di antara mereka. Beliau juga berkata:
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 12

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Kami mempelajari al-Quran daripada Nabi (s.a.w) sepuluh ayat dan kami tidak akan mempelajari sepuluh ayat yang lain sehinggalah kami mempelajari apa yang diturunkan Allah (s.w.t) dalam sepuluh ayat tersebut secara amalan. Seterusnya beliau berkata : Demi yang tiada tuhan selain-Nya, jika aku mengetahui terdapat seorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang kitab Allah s.w.t yang dapat sampai kepadanya maka nescaya aku akan pergi kepadanya. Dengan itu, jelas kepada kita bahawa para sahabat (r.a) mempelajari al-Quran sepuluh ayat dan dalam masa yang sama mereka menguasainya dari sudut ilmu, amalan, bacaan, hukum-hakam dan kefahaman. Setelah itu, mereka menyampaikan dan mewariskan apa yang mereka pelajari kepada generasi-generasi seterusnya.

2.1.2 Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan Pascanya Ketika zaman para Tabi`in (r.a) perkembangan Tarannum semakin rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan. Dalam masa yang sama wujud pengaruh-pengaruh luaran menjadi faktor-faktor yang memberi impak kepada keutuhan bidang Tarannum sama ada kesannya dari sudut positif mahupun sebaliknya.

Selain itu, keunikan dan ketulenan ilmu Tarannum tersebut memerlukan kepada pengawalan dan perkembangan secara positif. Pengawalan dan perkembangan tarannum al-Quran pada zaman ini dipelopori oleh beberapa Tabiin yang masyhur antaranya Sa`id Bin al-Musayb Di Kota Madinah, Abdullah bin al-Saib Di Kota Makkah, Amar bin Abdullah Di Kota Basrah, Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah dan Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham. Setelah itu, ilmu Tarannum mula diwarisi dan dikembangkan secara meluas oleh generasi seterusnya seperti pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam Muhammad Idris alShafi`i diikuti oleh Imam-imam Qurra dan Qiraat sehinggalah pada zaman kita hari ini.

2.1.3 Tarannum di Nusantara Pada awal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh Masihi, Nusantara atau Kepulauan Melayu telah menerima kedatangan agam Islam. Biarpun banyak perselisihan pendapat tentang fakta sebenar kedatangan Islam di Kepulauan Melayu di kalangan ahli sejarawan, namun perkara utama yang perlu kita ketahui adalah kedatangan Islam telah membentuk kebudayaan dan ketamadunan masyarakat di Nusantara. Islam telah
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 13

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

menjadikan al-Quran sebagai sumber dan panduan utama dalam pelbagai aspek kehidupan, Dengan itu, masyarakat Muslim ketika itu amat mementingkan ketuanan, kesucian alQuran, penjagaan sepenuhnya dari sudut mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengajarkannya. Usaha penjagaan al-Quran ini merupakan penyumbang kepada pengajian Tarannum al-Quran yang berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islami. Agama Islam di Kepulauan Melayu bermula kurun ke-20 Masihi sehingga kini semakin meluas tanpa perlu bergantung kepada mubaligh atau pendakwah Islam dari negara India, China dan Arab. Dengan berkembangnya Islam di Kepulauan Melayu, telah memberi impak terhadap keperihatinan masyarakat Melayu dalam menghayati al-Quran khususnya melalui aspek Tarannum. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan masyarakat Nusantara dalam musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan program tahunan dunia Islam dalam mempromosikan ketulenan dan kesucian al-Quran al-Karim.

Di Malaysia, musabaqah tilawah al-Quran telah dilaksanakan bermula pada tahun 1960. Ini adalah salah satu usaha murni dan menjadi kaedah menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dan menjadikan budaya suka membaca alQuran dalam kehidupan seharian. Pertandingan ini turut memperkenalkan kurikulum

bacaan al-Quran yang lebih tersusun iaitu terdiri daripada bidang Tahsin al-Quran, Tajwid, Tarannum dan Fasohah.

2.1.4 Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan Al-Quran Ahmad Sunawari Long berdasarkan kajian beliau seperti yang terkandung dalam bukunya Sejarah Falsafah, falsafah terdiri daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu philein dan sophos yang bermaksud menyintai dan hikmah. Plato turut mendefinisikan falsafahasebagai kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Bagi al-Kindi pula, seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk mencapainya. Dengan itu, falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu bidang. Falsafah bagi Tarannum adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syara bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Justeru, bertarannum tetapi
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 14

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

tidak memahami falsafahnya adalah suatu amalan yang sia-sia atau dengan kata lain menjadi penyelewengan terhadap nilai ilmu tersebut. Seterusnya selain daripada falsafah Tarannum, peranan Trannum juga perlu diketahui dan disedari oleh setiap Qari dan Qariah. Peranan Tarannum adalah seperti berikut untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar, untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama, untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan, untuk mendapat rahmat daripada Allah (s.w.t) dan juga untuk mewarnai seni bacaan al-Quran.

2.1.5

Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia Di Malaysia, Qari dan Qariah masa kini telah menyusun lagu bacaan al-Quran dan

mempopularkannya sebagaimana susunan berikut : i. 50% Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum : Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah ii. 30% Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum : Bayyati Nahawand - Rast - Sikah dan Jiharkah iii. 15 % Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum :

Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah iv. 5% Qari dan Qariah di Malaysia mengamalkan susunan Tarannum : Bayyati - Iraqi - Hijaz - Sikah dan Rast

2.1.6

Ciri-ciri Persembahan Tarannum yang Baik di Malaysia Sistem persembahan Tarannum di Malaysia adalah terdiri daripada beberapa ciri

sahaja dan tidak melengkapi ciri-ciri sebenar persembahan Tarannum yang baik. Ciri-ciri persembahan Tarannum di Malaysia hanya terdiri daripada kompenen berikut : i. ii. iii. Mengandungi beberapa jenis Tarannum yang berlainan tanpa berulang-ulang Mengandungi beberapa tabaqah suara yang disusun mengikut tekniknya. Tarannum pembukaan serta Tarannum penutupan hendaklah dari jenis yang sama (Keutamaan/Bayyati). Berikut adalah ciri-ciri sebenar persembahan Tarannum yang baik : i. Susunan harakatnya rapid an sitematik.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 15

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

ii. iii. iv. v. vi.

Susunan Tarannumnya rapid an sesuai. Penyesuaian Tarannum dengan ayat. Penyesuaian Tarannum dengan hukum Tajwid. Penyesuaian suara dengan Tarannum. Pengendalian suara dan Tarannum mengikut lahjah Arab.

SEMAK KENDIRI 3.1 PEMBAHAGIAN SENI TARANNUM ALQURAN

Terdapat dua bahagian utama seni Tarannum dalam ilmu Tarannum ini iaitu Tarannum Arab Hijazi dan Tarannum Arab Misri. Tarannum Lahjah Arab Hijazi bermaksud irama dan alunannya yang dipengaruhi oleh suasana padang pasir, berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak tinggi. Irama dan rentaknya juga agak lebih lincah di samping nada suaranya yang meninggikan kehangatan. Ia juga berperanan sebagai satu kaedah alunan irama bacaan alQuran yang popular sebelum tahun 1940-an. Para Qari Hijazi lazimnya mengalunkan bacaan al-Quran berdasarkan asas-asas tarannumnya yang tersendiri.

Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi adalah seperti berikut :

Rajah 1 : Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 16

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Selain itu, lagu tambahan seperti Ruma, `Ushshaq, Rast, Unsad, Sun`ani, Yaman, Hijaz, Hirab dan lain-lain lagi turut termasuk di dalam Tarannum Lahjah Arab Hijazi. Walaubagaimanapun lagu-lagu tersebut sudah tidak dipopularkan lagi oleh kebanyakan para Qari dan Qariah melainkan negeri-negeri tertentu sahaja yang masih

mempopularkannya sebagai irama bacaan al-Quran dan senikata berzanji.

Tarannum Lahjah Arab Misri pula bermaksud irama dan alunannya yang dipengaruhi oleh suasana lembah Sungai Nil yang subur menghijau dengan suhu iklimnya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya juga agak lebih lembut di samping nada suaranya yang sederhana. Ia mula popular Selepas tahun 1940-an sebagai kaedah alunan irama bacaan al-Quran mendahului lahjah Arab Hijazi. Al-Shaykh Taha al-Fashni dari Mesir menyatakan pendapat beliau bahawa kelazimannya para Qari warga Mesir mengalunkan bacaan al-Quran yang tidak menyimpang daripada asas-asas Tarannum (Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast). Selain itu, wujud lagu lain seperti lagu Tafarra`, Husayni, Kurdi, Soba, `Ajam, Nahawand, Nawa Asar (`Ushshaq), Sikah dan Jaharkah. Kesemua 12 lagu tersebut menjadi kaedah alunan lagu bacaan al-Quran para Qari dari Mesir sebagai alunan lagu bacaan al-Quran. Manakala selebihnya, hanya digunakan ketika melagukan Qasidah dan lagu-lagu muzik sahaja.

RUMUSAN Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa Tarannum adalah ilmu yang diilhamkan melalui beberapa unsur seperti bunyi kicauan burung, geseran kayu, tiupan angin dan bunyi air mengalir. Tarannum sejak zaman Jahiliyyah lagi sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Arab. Setelah kedatangan Islam budaya tersebut kian pudar kerana diganti dengan amalan membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian masyarakat Arab silam dengan bacaan yang lebih baik dan lunak. Selain itu, Rasulullah (s.a.w) telah mengajarkan gaya bacaan al-Quran yang betul dan indah. Hasilnya, telah lahir para Qurra yang terdiri daripada kalangan para sahabat (r.a.). Mereka memiliki kemahiran dan kepakaran dalam pembacaan al-Quran. Ini terbukti ketika zaman para Tabi`in (r.a) di mana semakin pesatnya perkembangan pelbagai bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan. Manakala perkembangan Tarannum
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 17

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

di Nusantara khususnya di Malaysia, semakin menggalakkan lebih-lebih lagi pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran telah dilaksanakan bermula pada tahun 1960M. Ini adalah salah satu perjuangan kea rah menarik minat umat Islam dalam

memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Seterusnya, Falsafah Tarannum adalah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syarak bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar ke arah menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Seterusnya, ilmu Tarannum

terbahagi kepada dua bahagian skop asas iaitu Tarannum Arab Hijazi dan Tarannum Arab Misri.

RUJUKAN Abd al-Fattah al-Khalidi, (1994). Mafatih li Al-Taamul Maa al-Quran, Dimashq : Dar al-Qalam. Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf, (1992). Al-Tibyan fi Adab Hamalah alQuran, Beirut: Dar Ibn Hazm. Ibn Al-Athir, Majd Al-Din Al-Mubarak Ibn Muhammad, (1963), al-Nihayah fi Gharib Al-Hadith Wal Athar, Al-Qahirah : Maktabah Islamiyyah. Ibn al-Jazari, Syihab al-Din Abi Bakr Bin Ahmad Bin Muhammad, (1418H). Syarh Tayyibah al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 18

Kursus : TARANNUM AL-QURAN (hbqe 3103)

Ibn Manzur, Muhammad Bin Mukram Al-Afriqiy Al-Misri, (1405h). Lisan Al-Arab, Beirut : Dar Sadir. Muhd. Ali bin Abu Bakar, (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur : Darul Fikr. Muhammad Rajab Farjani, (1976). Kaifa Nataaddadu Maa Al-Mushaf, Qahirah: Dar alItisam. Manna Khalil al-Qattan, (1973). Studi Ilmu-ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir AS.), Jakarta: Litera AntarNusa. Mahdi Muhammad al-Hirazi, (2001). Bughyah Al-Murid Min Ahkam Al-Tajwid, Beirut : Dar al-Basyair al-Islamiyyah. Muhammad Abdul Azim al-Zalqani, (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran, Beirut: Al Maktabah al-Asriyyah. Manna Khalil Qatan, (1998). Mabahis fi Ulum Al-Quran, Beirut : Muassassah al-Risalah. Muhammad Khazar Al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi Ulum Al-Kitab Al-Aziz, Kuala Lumpur : University Malaya.

Nik Jaafar Bin Nik Ismail, (1998). Qawaid Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikr.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 19

Anda mungkin juga menyukai