Anda di halaman 1dari 46

Kecelaruan Gender

Definisi
Seseorang individu itu mempunyai kecelaruan diantara perasaan gendernya sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Transeksual
Lelaki ataupun perempuan yang mempunyai keinginan untuk memakai pakaian yang bertentangan dengan jantinanya.

Contoh :
a) Pondan /Gay. b) Pengkid /Lesbian.

Firman Allah SWT:

Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (surah al-Hujarat, 13)

Menurut surah Al-Hujurat ayat ke-13 telah dijelaskan bahawa Allah telah menciptakan manusia secara berpasangan iaitu kaum lelaki dan perempuan. Jantina yang dikurniakan oleh Allah adalah satu anugerah. Jadi, anugerah itu itu perlu disyukuri oleh semua tanpa mempertikaikan fitrah kejadian manusia. Mengubah jantina bererti manusia tidak bersyukur dan mengingkari nikmat Allah.Selain itu, Allah menyamatarafkan kedudukan seluruh manusia di sisi Allah tanpa memandang kepada perbezaan jantina dan kaum sebaliknya kemuliaan manusia hanyalah diukur dari segi ketakwaan kepada Allah.

Menurut kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan sama juga haram wanita menyerupai lelaki.Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah SAW : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari).

FAKTOR-FAKTOR

PENGARUH MEDIA MASSA KURANG DIDIKAN AGAMA

PENGARUH RAKAN SEBAYA

BIOLOGI FAKTOR KECELARUAN GENDER

Sikap ibubapa

-tidak menitikberatkan soal agama


-kurang menunjukkan kasih sayang -didikan awal sejak kecil

Sikap diri sendiri

-tidak mengamalkan ilmu


agama yang dipelajari

Lambakan hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa secara meluas
Kita telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat yang bermaksud: Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka) (Surah An-Nisa, 4:89).

mendorong terus melakukan aktiviti tanpa menegur kesilapan bekerjasama dalam merahsiakan aktiviti yang melibatkan kecelaruan gender

seseorang lelaki itu mempunyai bilangan kromosom X dalam DNA yang berlebihan

BIOLOGI

segelintir anak perempuan mempunyai kromosom XXY yang bermakna terselit kromosom lelaki di dalam diri mereka

Firman Allah Taala: Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongmotongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (Al-Nisa', 119)

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Firman Allah :-

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orangorang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (7:176) Dan orang-orang yang membantah (agama) Allah sesudah agama itu diterima maka bantahan mereka itu sia-sia saja, di sisi Tuhan mereka. Mereka mendapat kemurkaan (Allah) dan bagi mereka azab yang sangat keras. (42:16)

Khunsa
Takrif Khunsa ialah:

"Orang yang mempunyai dua alat kelamin


lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil".

Definisi
Individu yang tidak diketahui jantinanya sama ada individu tersebut adalah lelaki ataupun perempuan. Individu tersebut mempunyai zakar dan faraj serentak ataupun individu tersebut tidak mempunyai kedua-duanya langsung semenjak dilahirkan.

Jenis-Jenis Khunsa
Khunsa musykil (khunsa yang diragui) . Khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

Khunsa Musykil
Individu yang tidak dapat dipastikan jantinanya kerana tiada sebarang tanda-tanda yang membolehkan seseorang itu diklasifikasikan sebagai seorang lelaki ataupun perempuan.

Khunsa Ghair Musykil


Individu yang sudah dapat dipastikan bahawa individu tersebut wajar diklasifikasikan sebagai seorang lelaki mahupun seorang perempuan melalui beberapa tanda seperti kedatangan haid dan sebagainya.

Di dalam Islam, golongan khunsa diharuskan melakukan pembedahan menukar jantina atas sebab untuk menyempurnakan jantina mereka (takmil). Pembedahan menukar jantina terbahagi kepada dua iaitu: a) Taghyir. b) Takmil.

Taghyir
Taghyir bermaksud seseorang mengubah alat kelaminnya yang sempurna dari lelaki ke perempuan dan begitu juga sebaliknya sekiranya wanita mengubah alat kelaminnya yang sempurna kepada alat kelamin lelaki. Perbuatan menukar jantina taghyir tidak dibenarkan dalam Islam.

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari

kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah" . Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

Dalam ayat ke 119 dalam surah Al-Nisa syaitan telah menegaskan bahawa dia akan berusaha menyesatkan manusia dan salah satu caranya adalah dengan mengajak manusia mengubah ciptaan Allah seperti mengubah jantina. Selain itu, di dalam ayat ke-119 dalam surah Al-Nisa juga terdapat ayat yang ditafsir oleh beberapa ahli tafsir bahawa antara perkara-perkara yang boleh diklasifikasikan sebagai mengubah ciptaan Allah yang diharamkan ialah perlakuan homoseksual, mengukir tatu, mencukur alis mata serta berpakaian dan bertingkah laku dengan lawan jantinanya seperti lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Hal ini menunjukkan bahawa Dengan ini menukar jantina yang telah dianugerahkan oleh Allah juga termasuk di dalam kategori mengubah ciptaan Allah yang diharamkan.

Takmil
Takmil ini diharuskan dengan sebab memberi kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan kepada golongan tersebut dan masyarakat. Mengelakkan golongan tersebut terjebak dalam krisis kecelaruan gender dan mempunyai perilaku yang bertentangan dengan jantina mereka yang sepatutnya. Mengelakkan kewujudan dan percambahan golongan homoseksual yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sosial seperti : a) Keruntuhan akhlak islamiah. b) Penyakit berbahaya seperti penyebaran virus HIV. c) Meningkatkan keyakinan diri golongan khunsa.

Perundangan
Kesalahan jenayah Syariah yang boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah. Semua negeri di Malaysia mempunyai beberapa peruntukan khusus melibatkan transeksual. Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah -Wilayah Persekutuan 1997 (AKJSWP 1997) misalnya memperuntukkan berkaitan dengan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan (pondan) [Seksyen 28], liwat [Seksyen 25] dan musahaqah (persetubuhan antara perempuan dengan perempuan) [Seksyen 26].

Malah, umat Islam di setiap negeri Malaysia terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan (sekiranya digazetkan di negeri). Dalam hal ini, pada 1983 telah diputuskan bahawa pembedahan pertukaran jantina adalah haram daripada segi syarak. Dengan ini, maka dengan sendirinya jika seseorang itu cuba untuk melakukan pertukaran jantina, perbuatan itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan kerana melanggar fatwa yang telah diwartakan. [Seksyen 12 AKJSWP 1997].

Statistik dan Contoh-contoh

Kadar statistik lelaki menjalani pembedahan jantina di Malaysia adalah 50 000 orang. Raja Azmi sebelum ini dilaporkan berkata, Dalam Botol merupakan inspirasi kisah benar yang mengisahkan derita mereka yang bertukar jantina tetapi ingin kembali kepada asal.
(Dipetik daripada filem Dalam Botol oleh Raja Azmi)

MELAKA: Pasangan 'suami isteri' yang menghadapi tuduhan bernikah sama jantina, hadir untuk perbicaraan kes mereka sambil berpegangan tangan, berpakaian warna sedondon dan dalam keadaan ceria di Mahkamah Rendah Syariah, Ayer Keroh di sini, semalam.[/b] Pasangan terbabit dikenali sebagai Mohd Sofian atau nama dalam surat beranaknya, Mazinah bt Mohamad, 40, dituduh manakala 'isteri', Zaiton Aziz, 43.[/b] Mereka didakwa mengikut Seksyen 11 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 yang jika sabit kesalahan, pernikahan pasangan itu boleh dibatalkan dan diarah berpisah.

Mohd Sofian dan Zaiton dinikahkan secara sah oleh Imam Satu Masjid Bukit Cina, Ishak Juki, mengikut prosedur ditetapkan, termasuk 'pengantin lelaki' mendapat pengesahan sidang kampung.
Mahkamah menetapkan 30 April bagi tarikh perbicaraan kes itu. Hakim Che Saufi Che Husin kemudian membenarkan permohonan peguam bela tertuduh dan memberi tiga alasan iaitu plaintif tidak wajar menjadi pendakwa ke atas kesnya, perlu melantik peguam syarie lain untuk mewakili plaintif kerana secara tidak langsung mempercepatkan prosiding mahkamah dan dapat meningkatkan keadilan perbicaraan kepada defendan

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kesal dengan sikap sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menonjolkan berita berhubung paderi warganegara Malaysia yang membuat pengakuan orientasi seks songsangnya dilapor akan berkahwin dengan pasangan kekasihnya seorang warga Afrika-Amerika tidak lama lagi. Dengan memperbesarkan kisah songsang paderi di akhbar berkenaan seolah-olah mengajak dan menggalakkan masyarakat di negara yang terdiri daripada golongan masyarakat majmuk dan anutan pelbagai agama menerima situasi tersebut,

Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.

Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.

PUNLOP TONGCHAI tersenyum puas di katil hospital selepas berjaya menjalani pembedahan tukar jantina di Poliklinik Pratunam, Bangkok. Sesiapa yang mahu menukar jantina mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri. Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.

Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Nur Zahirah Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

PENYELESAIAN

Dasar khusus bagi memutuskan dari segi jantina status mereka yang telah melakukan pertukaran jantina. Peruntukan khusus bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan pembedahan pertukaran jantina. Seperti mana dijelaskan sebelum ini, pertukaran jantina masih boleh dilakukan di negaranegara lain. Kerajaan perlu tegas bagi memastikan bahawa sebarang pertukaran nama yang menimbulkan kekeliruan jantina dihentikan Status perkahwinan golongan transeksual ini perlulah tidak diiktiraf oleh undang-undang di Malaysia. Ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya perkahwinan sejenis seperti kes nikah sejenis yang pernah berlaku di Melaka Peruntukan khusus bagi menjelaskan status sebenar transeksual. Adalah amat malang sekiranya golongan transeksual ini diberi perlindungan di Malaysia untuk menukar jantina dan mempunyai status jantina yang berlainan dengan jantina asal mereka. Ini boleh memberi kesan besar khususnya kepada masyarakat Islam kerana ia akan melibatkan soal perkahwinan, urusan perwalian, pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai