Anda di halaman 1dari 11

Tuesday, June 23, 2009

APAKAH ITU PENGAKAP ?


Pengakap adalah satu pergerakan belia bertaraf antarabangsa untuk melatih
golongan belia dan muda-mudi agar menjadi warganegara yang berguna.
Latihannya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang
Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah di perturunkan oleh pengasasnya
Lord Baden Powell of Gilwell.

Pengakapan merupakan suatu aktiviti fizikal dan mental serta keinginan untuk
mempelajari sesuatu. Ia merupakan suatu sikap yang ada pada golongan belia
dan muda-mudi.. Mereka mempunyai keinginan untuk meneroka, mengkaji dan
memajukan diri mereka. Pengakapan menyediakan program yang penuh dengan
aktiviti sedemikian rupa untuk menampung keinginan dan kehendak mereka
yang tidak terhad itu.

Pengakapan merupakan suatu pengembaraan. Ia memberikan pengalaman baru


kepada muda-mudi, bagaimana untuk mengatasi cabaran dan dugaan serta
bagaimana hendak menggunakan peralatan dengan selamat. Kehidupan ini
memerlukan keberanian, ketabahan dan kekuatan tetapi kita masih lagi ragu-
ragu dengan kebolehan belia kita dalam menangani permasalahan menyahut
cabaran dan meneroka. Oleh kerana terlalu di kongkong maka ini membantutkan
pembangunan minda belia kita.

Pengakapan merupakan suatu pembelajaran. Ini adalah kerana kita belajar


dengan lebih efektif apabila mempelajari sesuatu untuk diri mereka sendiri,
dalam perbincangan dan dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Pengakapan merupakan suatu program. Program aktiviti Pengakapan


mempunyai cirri-ciri seperti berikut:

- Situasi sebenar kehidupan belia di dalam masyarakat tempatan.


- Membantu belia untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
- Hasil daripada minat belia itu sendiri.
- Ia mempunyai kelonggaran di mana apabila situasi baru timbul idea-idea
tersebut boleh disalurkan secara terus menerus.
- Ia adalah seimbang dan tidak menekan kepada mana-mana bidang tetapi
membekalkan perkembangan serta pengalaman semua belia dalam apa juga
peringkat umur.
- Ia adalah tersusun, progresif dan membuat belia dapat merasakan serta
mengecapi sesuatu dari masa ke semasa.
- Ia adalah kreatif kerana ia memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk
menunjukkan kepimpinan, inisiatif, berdikari, berusaha menghasilkan sesuatu
yang asli dan membuahkan fikiran serta melhirkan perasaan.
Pengakap merupakan belia. Ini adalah kerana belia melihat dunia ini dengan
penuh imaginasi, perasaan ingin tahu dan kemusykilan. Mereka meneroka
cabaran sepenuh hati. Setiap hari membawa harapan keseronokkan, kesedihan
dan pengalaman baru yang memberi erti yang mendalam kepada mereka.
Pengkapan memberi mereka satu dunia baru di mana mereka mempunyai ruang,
tempat untuk mereka bermain, boleh bergaul dengan rakan-rakan di mana
mereka juga mempunyai peluang untuk berekreasi dan bebas daripada
kongkongan kehidupan keluarga seharian.

Pengakapan merupakan suatu kumpulan. Mencari pengalaman dan mempelajari


sesuatu yang dilakukan di dalam kumpulan kecil, di mana belia dapat:

- Peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.


- T tgggg
- Peluang untuk belajar daripada rakan sebaya.
- Peluang untuk menyesuaikan dan memperkembangkan diri untuk memenuhi
kehendak individu.
- Peluang untuk menyertai dan mengecapi sesuatu kejayaan.
- Peluang bagi ahli-ahli untuk hidup bersama-sama dan menyumbangkan
sesuatu kepada kumpulan.

Pengakap merupakan kepimpinan. Dimana belia diberi peluang untuk


memperkembangkan kemahiran memimpin dengan memainkan peranan sebagai
pemimpin dalam satu kawasan atau kumpulan yang kecil.

Pengakapan merupakan suatu keseronokkan. Ini adalah kerana keseronokakkan


merupakan salah satu daripada program Pengakapan itu sendiri yang
menggunakan kaedah Pengakap. Baden Powell sendiri pernah berkata bahawa
“Jika Pengakap itu tidak ada keseronakkan maka ia akan kehilangan daya tarikan
dan kejayaan”.
Posted by Jamil M.S. at 5:51 AM 1 comments Links to this post
Thursday, May 21, 2009

Posted by Jamil M.S. at 6:27 AM 0 comments Links to this post


THE SCOUT LAWS
Posted by Jamil M.S. at 6:23 AM 0 comments Links to this post
Saturday, May 16, 2009
PERSETIAAN PENGAKAP
Semenjak penerbitan buku “Scouting for Boys” pada tahun 1908, ahli Pengakap
di seluruh dunia telah melafaz dan menerima Persetiaan Pengakap ataupun ikrar
bagi memastikan mereka mencapai matlamat serta falsafah pergerakan
Pengakap ini. Panduan bagi mencapai Persetiaan Pengakap ini digariskan atau
diperjelaskan melalui penerimaan dan pengamalan Undang-undang Pengakap.

* Untuk sesebuah Pergerakan Pengakap Negara/Kebangsaan (NSO) diterima


sebagai gabungan dalam Pertubuhan Pengakap Sedunia (World Organisation of
the Scouts Movement/WOSM), adalah ditetapkan bahawa setiap NSO harus
meletakkan ketiga-tiga unsur berikut ke dalam Persetiaan Pengakap mereka;

1) Kepercayaan kepada Tuhan


2) Ketaatan dan kesetiaan kepada Pemerintah
3) Menolong orang pada setiap masa

Di Malaysia, Persetiaan Pengakap dilafazkan seperti berikut :

Bahawa dengan sesungguhnya


Saya berjanji dan bersetia
Yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya
Akan

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara

Menolong orang pada setiap masa

Menurut Undang-undang Pengakap

Berikut merupakan Persetiaan Pengakap Sedunia yang dijadikan panduan untuk


mewujudkan Persetiaan Pengakap yang sesuai bagi setiap negara bersesuaian
dengan bahasa dan keadaan setempat;
On my honour I promise that I will do my best—
To do my duty to God and the King (or to God and my Country)
To help other people at all times
To obey the Scout Law.

MASA MELAFAZKAN PERSETIAAN PENGAKAP

Persetiaan Pengakap antara lain dilafazkan pada masa-masa berikut :

1. Sewaktu seseorang dilantik sebagai ahli Pengakap.


2. Semasa istiadat mengibarkan bendera dalam sesuatu perjumpaan kumpulan
ataupun
kursus Pengakap.
3. Semasa seseorang Pemimpin atau Pesuruhjaya menerima Tauliah Perlantikan.
4. Semasa seseorang Pemimpin menerima Anugerah atau Tauliah Manikayu.
5. Di awal sesebuah Majlis khas yang dianjurkan oleh Pengakap.
6. Perlantikan Pengakap Kanak-kanak/Muda/Remaja
7. Pertabalan Bakal Pengakap Kelana
8. Pertabalan Pengakap Kelana
9. Pertabalan Pengakap Kelana Kanan
10. Sebelum memulakan mesyuarat Pengakap.
11. Bila-bila masa atau istiadat atau majlis yang diperkirakan perlu oleh
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Posted by Jamil M.S. at 4:41 PM 0 comments Links to this post
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Undang-undang Pengakap yang asal disusun dalam ayat yang jelas dan mudah
difahami untuk menetapkan peraturan yang menjadi asas dalam melahirkan
warganegara yang baik. Undang-undang Pengakap telah menjadi batu asas
dalam Kepengakapan dan memberi garis panduan tentang bagaimana kita
seharusnya menjalani kehidupan seharian kita. Berpengakap bukanlah terhad
hanya apabila kita berpakaian seragam sahaja, tetapi ianya merupakan gaya
hidup yang sentiasa relevan dan berkesinambungan dengan keadaan semasa.

Semasa mengarang buku “Scouting for Boys”, Baden-Powell (B-P) telah


mendapat inspirasi daripada hasil karya Ernest Thompson Seton yang telah
mengasaskan Undang-undang “Woodcraft Indians” pada tahun 1902 (yang
kemudian menjadi rujukan utama dalam perkembangan Pengakap di seluruh
Amerika Utara.

B-P juga mengambil inspirasi untuk menulis Undang-undang Pengakap daripada


kod ‘Bushido’ Pahlawan Samurai Jepun, Undang-undang puak Red Indian
Amerika, kod kesatriaan Pahlawan Eropah (Knights) dan juga nilai-nilai pegangan
dan amalan pahlawan Puak Zulu yang pernah ditentangnya di Afrika.

Di Malaysia, Undang-undang Pengakap digariskan dalam 10 perkara seperti


berikut;

1. DIPERCAYAI ( Trustworthy )

Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan


dirinya.
2. TAAT ( Loyal )
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-
orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
3. BERGUNA ( Useful )
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.
4. BERSAUDARA ( Friend to all )
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. BERBUDI ( Courteous )
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. KASIHKAN BINATANG ( Kind to animals )
Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. MENURUT PERINTAH ( Obedient )
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa
soalan.
8. TABAH HATI ( Cheerful )
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.
9. BERJIMAT ( Thrifty )
Pengakap itu jimat dan cermat
10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN DAN PERBUATAN ( Reverent )
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Undang-undang Pengakap yang asal telah dimuatkan bersama apabila buku


“Scouting for Boys” diterbitkan pada tahun 1908.

1. A SCOUT'S HONOUR IS TO BE TRUSTED. If a scout says "On my honour it is


so," that means it is so, just as if he had taken a most solemn oath. Similarly, if a
scout officer says to a scout, "I trust you on your honour to do this," the Scout is
bound to carry out the order to the very best of his ability, and to let nothing
interfere with his doing so. If a scout were to break his honour by telling a lie, or
by not carrying out an order exactly when trusted on his honour to do so, he
would cease to be a scout, and must hand over his scout badge and never be
allowed to wear it again.
2. A SCOUT IS LOYAL to the King, and to his officers, and to his country, and to
his employers. He must stick to them through thick and thin against anyone who
is their enemy, or who even talks badly of them.

3. A SCOUT'S DUTY IS TO BE USEFUL AND TO HELP OTHERS. And he is to do


his duty before anything else, even though he gives up his own pleasure, or
comfort, or safety to do it. When in difficulty to know which of two things to do,
he must ask himself, "Which is my duty?" that is, "Which is best for other
people?"---and do that one. He must Be Prepared at any time to save life, or to
help injured persons. And he must do a good turn to somebody every day.
4. A SCOUT IS A FRIEND TO ALL, AND A BROTHER TO EVERY OTHER SCOUT,
NO MATTER TO WHAT SOCIAL CLASS THE OTHER BELONGS. If a scout meets
another scout, even though a stranger to him, he must speak to him, and help
him in any way that he can, either to carry out the duty he is then doing, or by
giving him food, or, as far as possible, anything that he may be in want of. A
scout must never be a SNOB. A snob is one who looks down upon another
because he is poorer, or who is poor and resents another because he is rich. A
scout accepts the other man as he finds him, and makes the best of him --
"Kim," the boy scout, was called by the Indians "Little friend of all the world,"
and that is the name which every scout should earn for himself.
5. A SCOUT IS COURTEOUS: That is, he is polite to all--but especially to women
and children and old people and invalids, cripples, etc. And he must not take any
reward for being helpful or courteous.
6. A SCOUT IS A FRIEND TO ANIMALS. He should save them as far as possible
from pain, and should not kill any animal unnecessarily, even if it is only a fly---
for it is one of God's creatures.
7. A SCOUT OBEYS ORDERS of his patrol-leader, or scout master without
question. Even if he gets an order he does not like, he must do as soldiers and
sailors do, he must carry it out all the same because it is his duty; and after he
has done it he can come and state any reasons against it: but he must carry out
the order at once. That is discipline.
8. A SCOUT SMILES AND WHISTLES under all circumstances. When he gets an
order he should obey it cheerily and readily, not in a slow, hang-dog sort of way.
Scouts never grouse at hardships, nor whine at each other, nor swear when put
out. When you just miss a train, or some one treads on your favourite corn---not
that a scout ought to have such things as corns--- or under any annoying
circumstances, you should force yourself to smile at once, and then whistle a
tune, and you will be all right. A scout goes about with a smile on and whistling.
It cheers him and cheers other people, especially in time of danger, for he keeps
it up then all the same. The punishment for swearing or bad language is for each
offence a mug of cold water to be poured down the offender's sleeve by the
other scouts.
9. A SCOUT IS THRIFTY, that is, he saves every penny he can, and puts it in the
bank, so that he may have money to keep himself when out of work, and thus
not make himself a burden to others; or that he may have money to give away
to others when they need it.

Undang-undang di atas adalah termaktud untuk Pengakap di seluruh dunia,


(walaupun di peringkat awalnya hanya tertumpu pada Pengakap di United
Kingdom). Apabila negara-negara lain di dunia sudah mula menubuhkan
Pengakap, setiap negara meminda undang-undang ini mengikut kesesuaian
setempat. Dari masa ke semasa, Baden-Powell sendiri telah meminda undang-
undang ini beberapa kali, dan antara pindaan terpenting adalah pada tahun 1911
apabila beliau telah menambah Undang-undang kesepuluh seperti berikut ;
“A SCOUT IS CLEAN IN THOUGHT, WORD AND DEED. Decent Scouts look down
upon silly youths who talk dirt, and they do not let themselves give way to
temptation, either to talk it or to do anything dirty. A Scout is pure, and clean-
minded, and manly.”
Posted by Jamil M.S. at 4:31 PM 0 comments Links to this post
KAWAD TONGKAT II
Posted by Jamil M.S. at 4:12 PM 0 comments Links to this post
Friday, May 15, 2009
KAWAD TONGKAT
Posted by Jamil M.S. at 1:12 AM 0 comments Links to this post

Anda mungkin juga menyukai