Anda di halaman 1dari 36

BAB II

PENGENALAN KAEDAH FIQH

2.1 DEFINISI KAEDAH DAN FIQH

2.1.1 Pengertian Bahasa

Perkataan kaedah berasal daripada perkataan arab iaitu kaedah (‫ )قاعدة‬atau kata

jamaknya qawācid. Pengertian dari sudut bahasa ia membawa kepada beberapa makna,
antaranya:

a. Raghīb al-Asfahānī (t.th) menjelaskan sebagaimana di dalam kitabnya al-


mufradāt fī gharīb al-Qur’ān bermaksud: Asas dan ia merupakan asas sesuatu
daripada asalnya. al-Harīry (1998) menyatakan hal ini sama ada berbentuk hissi

atau dapat di lihat oleh pancaindera seperti asas rumah (‫البيت‬ ‫)قواعد‬ atau

berbentuk maknawi yang tidak dapat di lihat oleh pancaindera seperti asas

agama (‫الدين‬ ‫( )قواعد‬Ibn Manẓūr 2012). Perkara ini adalah berdasarkan dalil
daripada al-Qur’ān, antaranya ialah: Firman Allah SWT:

‫س ِمي ُع‬
َّ ‫نت ٱل‬ ِ ‫َوإِ ْذ يَ ْرفَ ُع إِب َٰ َْر ِهي ُم ْٱلقَ َوا ِعدَ ِمنَ ْٱلبَ ْي‬
َ َ ‫ت َوإِ ْس َٰ َم ِعي ُل َربَّنَا تَقَب َّْل ِمنَّا ٓ ۖ إِنَّ َك أ‬
‫ْٱلعَ ِلي ُم‬

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika nabi Ibrāhīm bersama-sama nabi Ismācīl


meninggikan asas-asas (tapak) Baitullah kacbah itu (al-Qur’ān,
al-Baqarah 2:127).
Ini dikuatkan Nabi :

‫ هذه القواعد التي‬: ‫ فقال إبن الزبير‬،‫إن البيت لما هدم أخرجت منه حجارة عظام‬
‫رفعها إبراهيم عليه السالم‬

Maksudnya :

Sesungguhnya sesuatu rumah bila dirobohkan akan keluar daripadanya batu-


batu yang besar dan kuat, maka berkata Ibn Zubair: ini adalah kaedah-
kaedah asas binaan yang digunakan oleh nabi Ibrāhīm AS (al-Qurṭubī 1934).

b. Ia dikenali sebagai kaedah perempuan tua (Ibn Manẓūr 2012), bermaksud


wanita-wanita yang telah terputus haidnya dan tidak lagi melahirkan anak.
Sebagaimana firman Allah SWT :

َٰ
َ َ‫ع َل ْي ِه َّن ُجنَا ٌح أَن ي‬
‫ض ْعنَ ثِيَا َب ُه َّن َغي َْر‬ َ ِ‫َو ْٱلقَ َٰ َو ِعد ُ ِمنَ ٱلن‬
َ ‫سا ٓ ِء ٱلَّتِى ََل َي ْر ُجونَ نِ َكا ًحا فَلَي‬
َ ‫ْس‬
‫ع ِلي ٌم‬
َ ‫س ِمي ٌع‬ َّ ‫َوأَن َي ْست َ ْع ِف ْفنَ َخي ٌْر لَّ ُه َّن ۖ َو‬
َ ُ‫ٱَّلل‬ ۖ ‫ُمتَ َب ِر َٰ َجتۖ ِب ِزينَة‬

Maksudnya:

Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haidh, yang tidak
mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka
menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan
perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga
kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah)
lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui (al-Qur’ān, al-Nūr, 24:60).

Kesimpulan daripada definisi yang diberikan, kaedah dari segi bahasa


bermaksud asal atau asas terhadap segala sesuatu sama ada dari segi hissi
mahupun maknawi. Adanya segala pentakrifan ini dapat diketahui bahawa
kaedah fiqh juga adalah merupakan suatu yang asal dan asas yang terbina
diatasnya furuk dan juz’iyyāt yang pelbagai.

2.1.2 Pengertian Istilah


Kaedah juga mempunyai maksud dari sudut istilahnya dan ia membawa kepada
beberapa pengertian, antaranya :

a. Muhammad al-Rukī (1994) menukilkan pengertian kaedah yang di berikan oleh


al-Jurjānī(2004) membawa maksud masalah-masalah yang bersifat umum dan
dipraktikkan ke atas semua pecahan-pecahannya.
b. Menurut penjelasan yang diberikan oleh ulamak ‘Uṣūl al-Fiqh, kaedah
bermaksud hukum kullī (umum) yang dipraktikkan di atas semua hukum juz’iyy
dengan terperinci untuk mengetahui hukum daripadanya. Sebagai contoh: al-
Amr atau suruhan (‫ )األمر‬membawa maksud kepada suruhan yang wajib
dilakukan pada asasnya (Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 2000).
c. Ilmuwan undang-undang pula mengistilahkan perkataan kaedah sebagai prinsip
atau dikenali dengan perkataan dasar (al-Zarqā’ 1998). Ia memberi makna
bahawa kaedah adalah suatu prinsip atau satu dasar terhadap undang-undang.

Rumusannya, kaedah dari sudut istilah membawa maksud setiap sesuatu perkara
furuk dan juz’iyyat itu dikembalikan kepada asal sesuatu punca dan garis panduan asas
yang merangkumi keseluruhan majoriti cabang-cabang ini.

2.2 DEFINISI FIQH

Fiqh dari segi bahasa bermaksud kefahaman. Fiqh adalah sesuatu pemahaman yang
mendalam berkaitan dengan tujuan sesuatu, ucapan dan perkataan. Ia juga adalah
sesuatu ilmu yang memberi kefahaman terhadap sesuatu dengan jelas, tepat dan
menyeluruh. Pengertian berkaitan ini terdapat di dalam al-Qur’ān hadith nabi SAW,
antaranya : Firman Allah SWT:

‫ط َك لَ َر َج ْم َٰنَ َك‬
ُ ‫ض ِعيفًا ۖ َولَ ْو ََل َر ْه‬
َ ‫يرا ِم َّما تَقُو ُل َوإِنَّا لَن ََر َٰى َك فِينَا‬
ً ِ‫ْب َما نَ ْفقَهُ َكث‬ ُ ‫شعَي‬ُ َ‫قَالُوا َٰي‬
‫ع َل ْينَا ِب َع ِزيز‬
َ ‫نت‬َ َ ‫ۖ َو َما ٓ أ‬
Maksudnya :

Mereka berkata: Wahai Syucaib! Kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang
engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah
dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah
kami melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang
yang dipandang mulia dalam kalangan kami!(al-Qur’ān, Hūd, 11:91).

Menurut Jamāl al-dīn al-Asnawī, fiqh adalah: “Ilmu mengenai hukum-hukum


syarak yang bersifat perbuatan (praktikal) yang diperoleh dari dalil-dalilnya yang
terperinci. Mengetahui akan dalil-dalil fiqh yang menyeluruh dan bagaimana cara untuk
mengambil kepentingan daripadanya terhadap orang yang akan menerima manfaat
tersebut. Tambahan pula ia menyatakan lagi bahawa pengetahuan itu tidak mungkin
hanya sekadar penyelidikan ilmu kecuali selepas memahami ilmu tersebut ( al-Asnawī
t.th).

Fiqh dari sudut istilah membawa maksud suatu kefahaman yang mendalam
dengan hukum-hukum syarak yang diambil daripada dalil-dalil yang lengkap dan
terperinci. Secara kesimpulannya fiqh ini dapat di maksudkan dengan kefahaman
terhadap sesuatu perkara yang mendalam berkaitan hukum-hukum syarak yang Allah
perintahkan terhadap setiap mukallaf yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci
dan lengkap.

Firman Allah SWT:

َ ‫َو َما َكانَ ْٱل ُمؤْ ِمنُونَ ِل َين ِف ُروا َكآفَّةً ۖ فَلَ ْو ََل نَفَ َر ِمن ُك ِل ِف ْرقَة ِم ْن ُه ْم‬
‫طا ٓ ِئفَةٌ ِل َيتَفَقَّ ُهوا ِفى‬
َ‫ِين َو ِليُنذ ُِروا َق ْو َم ُه ْم ِإذَا َر َجعُ ٓواۖ ِإلَ ْي ِه ْم لَ َعلَّ ُه ْم َي ْحذَ ُرون‬
ِ ‫ٱلد‬
Maksudnya :

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di
antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara
mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat
mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali
kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan
larangan Allah) (al-Qur’ān, al-Taubah, 9:122).
2.3 DEFINISI KAEDAH FIQH

Pengertian kaedah fiqh dari sudut bahasa menurut Abd Latif Muda dan
Rosmawati Ali @ Mat Zin (2000) adalah lafaz atau perkataan fiqhiyyah yang berasal
daripada perkataan al-fiqh yang membawa maksud al-fahmu iaitu kefahaman. Definisi
al-Qawācid al-Fiqhiyyah itu sendiri adalah dasar-dasar yang berkaitan dengan
permasalahan hukum.

Maka para fuqaha telah menerima pengertian kaedah fiqh dari sudut istilah
adalah kaedah yang pelbagai. Ia juga di definisikan sebagai hukum menyeluruh (kullī)
yang di aplikasikan ke atas semua perkara-perkara juz’iyyāt, adapun dari segi jalan yang
qatcī atau ẓannī (al-Hamawī 1958 ), dan takrif-takrif yang lain adalah :

a. Dasar-dasar utama fiqh bersifat kulliyyah (menyeluruh), dalam bentuk teks


perlembagaan ringkas, mengandungi hukum-hakam perundangan umum
dalam sesuatu isu yang termasuk dalam skop perbincangan (al-Zarqā’ 1993).
b. Menurut al-Taftazānī “Bahawasanya qawācid fiqhiyyah adalah suatu hukum
yang bersifat menyeluruh yang dapat diaplikasikan kepada seluruh
bahagiannya agar dapat di kenal pasti hukum-hukum juz’iyy (bahagian)
tersebut darinya”. Definisi yang dikemukakan oleh al-Taftazāny ini sama
dengan definisi yang dikemukakan oleh ulamak lainnya, seperti al-Jurjānī,
dan al-Kafawī al-Hanafī.
c. Hukum syarak dalam permaslahan aghlabiyyah(majoriti) yang digunakan
untuk mengetahui hukum-hakam dibawahnya (al-Nadwī 2009)
d. Selain itu, al-Nadwī (2009) juga turut mentakrifkan takrifan kaedah fiqh
yang dibawanya dan diberikan oleh al-Maqarrī al-Malikī, ia menyatakan
bahawa setiap hukum kulli itu lebih khas jika dibandingkan dengan asal
(‘uṣūl) dan lain-lain makna yang bersesuaian dengan logik akal yang umum,
daripada akad dan garis panduan fiqh yang khusus.

Sebagaimana huraian diatas, begitu juga yang digunakan oleh Imam Tajudīn al-
Sūbkī:
‫األمر الكلي الذي ينطبق عليه جزئيات كثيرة تفهم أحكامها منه‬

Maksudnya:

"Suatu perkara kulli yang bersesuaian dengan juz’iyyāt yang banyak dari
padanya diketahui hukum-hukum juz’iyyāt itu (Muhammad Ṣadqī bin Ahmad
al-Būrnū 2000) ."

Lantaran itu, ilmu yang berkaitan kaedah fiqh ini merupakan sesuatu perkara
yang amat penting dalam ilmu Islam. Hal ini kerana ilmu kaedah berada pada tahap dan
kedudukan yang amat tinggi serta yang terpenting dalam fiqh Islam serta pengkaji ilmu
fiqh. Selain itu, dengan ilmu kaedah fiqh ini seseorang yang mengkaji ilmu
berkaitannya akan mengetahui sesuatu yang istimewa sekali gus dapat membantunya
untuk mengetahui hukum-hukum terperinci berkaitan dengan syariat serta fiqh di dalam
Islam (Abd Latif Muda & Rosmawati Ali 2000).

Rumusannya, qawācid fiqhiyyah sesuatu yang penting. Juga di kenali sebagai


satu kata dasar yang amat penting bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang
bersifat secara menyeluruh (kulli). Berdasarkan kepada bentuk teks-teks perundangan
yang ringkas serta merangkumi hukum-hukum yang di syaricatkan secara umum
mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam lingkungannya.

2.4 PERBEZAAN ANTARA QAWĀcID AL-FIQH DAN QAWĀcID ‘UṢŪL


AL-FIQH

Sebagaimana yang difahami, qawācid fiqh dan qawācid ‘uṣūl keduanya mempunyai
perbezaan antara satu dan yang lain. Sesetengah daripada ulamak menyatakan bahawa
orang pertama yang dan memisahkan antara qawācid fiqh dan qawaid ‘uṣūl adalah
Imam Syihāb al-Dīn al-Qarāfī.

Al-Qarāfī (2001) berkata di dalam muqaddimahnya di dalam al-Furuq:

“ Sesungguhnya syariat Muhammad itu mengandungi usul dan furuk. Usul itu
mengandungi dua bahagian. Pertama adalah ‘uṣūl al-fiqh, di dalamnya
mempunyai perbahasan berkaitan kaedah-kaedah hukum yang muncul dan
lafaz-lafaz yang timbul seperti al-amr menunjukkan wajib dan al-nahy
menunjukkan kepada larangan (tahrim). Ia juga mengandungi lafaz-lafaz yang
berkaitan dengan lafaz khas dan lafaz umum serta lafaz-lafaz yang berkaitan
dengan nasakh dan tarjīh. Itu berkenaan dengan yang pertama. Seterusnya
qawācid fiqhiyyah. Padanya mempunyai banyak hukum-hukum yang furuk yang
tidak dapat dibilang bilangannya. Kaedah ini dibahaskan di dalam ‘uṣūl al-fiqh
dan sekiranya disebut sekalipun hanyalah secara ringkas sahaja”.

Secara ringkasnya, dapat difahami apa yang diberikan oleh al-Qarāfī dalam
memberitahu berkaitan usul fiqh dan kaedah fiqh adalah dua perkara yang berbeza. Ini
kerana ilmu usul fiqh membicarakan berkaitan lafaz-lafaz berbeza dengan kaedah fiqh.
Qawācid fiqh pula mempunyai dua takrifan yang dapat diberikan. kaedah hanyalah
tertumpu kepada pengeluaran sesuatu hukum, kaedah fiqh pula membahaskan hukum-
hukum yang berkaitan dengan masalah farciyyah (furuk)

Namun begitu, masih ada perbezaan yang dapat dijelaskan dan dinyatakan hal
yang berkaitan walaupun pada kasarnya apabila dilihat mempunyai persamaan yang
agak rapat, antaranya adalah seperti berikut:

i. Ibn Taimiyah berpendapat bahawasanya usul fiqh ialah ilmu yang


berkaitan dengan dalil-dalil umum. Manakala qawācid fiqh pula adalah
ilmu yang menjelaskan hukum-hukum yang umum (Ibn Taimiyah
2004).
ii. Al-Suyūṭī pula menyatakan di dalam kitabnya al-Wajīz bahawa
pemerhatian dalam qācidah fiqh adalah khas kepada makna. Sementara
itu kaedah usul pula adalah menjuruskan perhatian kepada lafaz sama
ada ia sesuai atau sebaliknya dengan hukum yang furuk yang hendak di
tetapkan.
iii. Kaedah usul ialah kaedah kulliyah yang digunakan atau dipraktikkan
terhadap keseluruhan atau semua masalah juz’iyyah atau masalah yang
terperinci dan di khususkan kepada bidang-bidangnya. Manakala kaedah
fiqh pula ialah hukum yang berbentuk kulli. Perlaksanaannya ialah
terhadap masalah-masalah juz’iyy atau berkaitan dengan perbuatan
mukallaf.
iv. Qawācid ‘uṣūl al-fiqh merupakan kaedah-kaedah yang menjelaskan
berkaitan dengan metodologi serta landasan yang perlu dilalui serta
perlu diikuti oleh ulamak serta ahli fiqh. Ahli fiqh ialah seseorang yang
mengistinbatkan hukum-hukum daripada dalil-dalilnya yang berbentuk
tafṣīlī dan terperinci. Manakala qawācid fiqhiyyah pula adalah kaedah-
kaedah umum yang wujud dalam fiqh Islam yang mana padanya
merangkumi hukum-hukum syarak yang umum.

Kaedah usul adalah sesuatu yang bersifat tetap ( thabit ) iaitu sesuatu hukum
yang tetap bagi semua bahagian dan cabangnya. Oleh sebab yang lain, cabang-
cabangnya juga sentiasa terikat antara satu sama lain terhadap kaedah yang asal
tersebut. Seperti contoh: kaedah al-amru al-mutlak yang membawa kepada wajibnya
sesuatu itu. Oleh itu, semua yang berkaitan dengan al-amru mutlak tidak mungkin
menerima hukum selain daripada hukum wajib.

Manakala pokok perbincangan (mauḍūc) kepada kaedah fiqh adalah perbuatan


seorang yang mukalaf. Penjurusannya pula adalah berkonsepkan kepada hukum seperti
al-camal bi al-niyyāt, al-yaqīn lā yuzālu bi al-syak dan al-masyaqqah tajlibu al-taysīr.

i. Kemunculan atau kewujudan qawācid fiqhiyyah ini adalah


kemunculan yang terkemudian daripada furuk. Ini kerana qawacid
fiqhiyyah adalah kaedah yang menghimpunkan pecahan-pecahan
furuk dan mempunyai kaitan antara satu sama yang lain antara
keduanya. Ini terjadi kerana dalam mencari makna-makna yang
sesuai baginya. Namun begitu, usul pula adalah sesuatu yang
mempunyai andaian terhadap pemikiran akal atau sesuatu yang
bermain di sudut pemikiran yang wujud sebelum ini dalam mencari
makna-maknanya yang sesuai baginya. Adapun usul itu adalah
sesuatu yang bermain di fikiran yang wujud sebelum furuk kerana ia
merupakan salah satu ikatan kerana orang-orang yang fakih ketika
ini bergantung kepadanya dalam persiapan dalam melakukan
istinbat. Contohnya adalah seperti : apa yang ada di dalam al-Qur’an
adalah didahulukan berbanding dengan apa yang didatangkan oleh
al-Sunnah. Ini kerana ayat al-Qur’an adalah sesuatu dalil yang kuat
dari segi zahir dan luarannya jika hendak dibezakan dengan sumber-
sumber yang aplikasikan di dalam ijtihad.
ii. Qawacid fiqhiyyah adalah merupakan sesuatu konsep atau prinsip-
prinsip umum dalam fiqh Islam padanya merangkumi segala hukum-
hukum syarak yang umum. Selari dan selaras dengan permasalahan
yang telah berlaku dan yang baru muncul di bawah skop prinsip
berkenaan. Sedangkan qawaid usul pula adalah sesuatu kaedah-
kaedah yang menerangkan metodologi atau manhaj yang mesti dan
tetap di pegang oleh setiap mereka yang faqih semasa dalam
mengeluarkan atau mengistinbatkan sesuatu hukum-hukum syarak
bertunjangkan kepada dalil-dalilnya yang terperinci atau tafsīlī itu.

Kesimpulannya, biarpun wujud sebarang perbezaan namun terdapat juga


tempat-tempat keduanya mempunyai persamaan dan menjadikan keduanya suatu yang
penting dan saling memerlukan antara satu dan yang lain. Justeru itu, ada di antara
kedua-dua ilmu tersebut saling lengkap melengkapi dan keduanya juga mempunyai
kaitan yang sangat rapat. Perbezaan yang wujud dan membezakan antara keduanya
hanyalah dari sudut ibarat sahaja, khasnya adalah dalam konteks atau skop
penyempurnaan dan bidang perbahasan yang berkaitan dengannya.

2.5 FAKTOR TERBENTUKNYA KAEDAH FIQH

Kitab al-asybāh wa al-naẓā’ir (‫والنظائر‬ ‫ )األشباه‬adalah kitab yang asal yang dikarang
dalamnya berkaitan dengan kaedah fiqh. Kitab ini adalah kitab yang khusus
membahaskan dan memperincikan perbahasan berkenaan kaedah fiqh. Sejarah kitab ini
diberi judul sedemikian adalah berdasarkan daripada sempena surat yang di tulis oleh
khalifah cUmar bin al-Khattāb kepada Abu Musa al-Asycarī yang antara lainnya
menceritakan:

‫ أعرف األمثال‬،‫ مما لم يبلغك فسي الكتاب و السنة‬،‫الفهم الفهم فيما يختلج في صدرك‬
.‫ فأأعمد إلي أحبها إلي هللا وأشبهها بالحق فيما ترى‬،‫و األشباه ثم قس األمور عندك‬

Maksudnya :
Fahamilah sebenar-benarnya segala permasalahan yang engkau hadapi yang
mana engkau tidak menemukan hukum-hukumnya di dalam al-Qur’an dan al-
Sunnah. Ketahuilah persamaan, selari dan sebanding serta menujulah
kepada arah yang lebih disukai oleh Allah dan yang lebih hampir kepada
yang benar (al-Suyūṭī 1983).

2.5.1 Peranan Mujtahid dan Ulamak

Sesungguhnya permasalahan yang timbul pada zaman Rasulullah SAW telah pun pergi
meninggalkan kehidupan manusia pada zaman sekarang dengan begitu lama. Segala
permasalahan yang timbul pada waktu itu dapat diselesaikan dengan mudah kerana
adanya Rasulullah SAW menyelesaikan masalah yang timbul. Ini kerana, setiap
masalah akan terus dirujuk kepada baginda Nabi SAW.

Namun begitu, zaman itu telah melepasi waktunya. Setelah kewafatan Nabi
SAW, maka para sahabat akan menjadi tumpuan dalam setiap permasalahan yang
timbul. Sekiranya sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan
al-Qur’an dan al-Sunnah, maka mereka akan berijtihad dengan ijtihad mereka
bersesuaian pada waktu dan zaman itu.

Oleh sebab yang demikian, para mujtahid memainkan sesuatu peranan yang
penting dalam menyelesaikan permasalahan yang melanda umat manusia hari ini.
Mereka akan menggunakan akal fikiran mereka yang cerdas di kurniakan Allah
berdasarkan ilmu daripada sumber perundangan yang jelas selaras dengan konsep dan
tuntutan syariat yang sesuai untuk dilaksanakan tanpa mengira tempat, masa dan
keadaaan pada waktu itu.

Justeru, para mujtahid berusaha dengan berijtihad untuk memahami segala dalil-
dalil yang berkaitan dan mengaplikasikannya terhadap kaedah-kaedah yang sesuai
dalam permasalahan furuk yang sentiasa muncul dari semasa ke semasa.

Bertepatan dengan firman Allah SWT :


‫وأنزلنا إليك الكتاب بالحق مصدقا لما بين يديه من الكتاب ومهيمنا عليه فاحكم بينهم‬
‫بما أنزل هللا وَل تتبع أهوائهم عما جاءك من الحق لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا‬

Maksudnya :

Dan kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) kitab (al-Qur’an)


dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci
yang telah ada di hadapannya dan memelihara serta mengawasinya. Maka
jalankanlah hukum di antara mereka (ahli kitab) itu dengan apa yang telah di
turunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak
hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dengan apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tipa-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib di ikuti oleh
masing-masing) (al-Qur’an, al-Mā’idah, 5:48).

Dalam konteks lain, para mujtahid dan ulamak berterusan mengkaji dan
mendalami semua ruang dan sumber-sumber perundangan Islam yang luas dan
berijtihad dengan menggunakannya. Mereka juga berijtihad untuk memahami nas-nas
serta dalil-dalil dalam mengkaji prinsip-prinsip syariat yang bersesuaian mengikut
keadaan, masa dan tempat.

Kesimpulannya, disebabkan permasalahan fiqh serta furuk terlalu banyak dan


meluas memerlukan kepada penetapan prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah fiqh yang
bersesuaian tertentu agar menjadi mudah mengembalikan atau mengkategorikan
masalah-masalah fiqh yang lahir. Dalam konteks tersebut, sesetengah ulamak
mengembalikan semua permasalahan furuc atau pecahannya kepada kaedah fiqh asas
yang lima dan utama. Disebabkan itu lah juga terbentuknya pelbagai kaedah kulliyah
dan juz’iyyah yang banyak.

2.5.2 Faktor Kemunculan

Setiap sesuatu perkara atau benda mestilah ada faktor kemunculannya. Begitulah juga
terhadap kaedah fiqh, ia juga mempunyai faktor-faktor kemunculannya. Antara faktor
utama kemunculan ilmu kaedah fiqh adalah sebagaimana yang di ceritakan dan
termaktub berdasarkan sejarah dan kajian para ulamak :

a) Secara umumnya kita mengetahui bahawasanya kalimah-kalimah di dalam al-


Qur’an di turunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW, di dalamnya sudah
sempurna dengan pelbagai hukum, peringatan dan nasihat serta janji Allah SWT
terhadap hambanya yang perlu melakukan dan meninggalkan sesuatu perkara.
Namun begitu terdapat dalil-dalil atau nas-nas yang boleh di tafsirkan atau di
kategorikan dengan pelbagai makna yang manusia dan masyarakat itu sendiri
masih keliru terhadap maksud sebenar kepada kalimah yang ada di dalam al-
Qur’an. Ini di sebabkan kalimah-kalimah Allah itu adalah yang paling mulia dan
tinggi susun katanya. Ada di antara nas yang berbentuk umum yang
merangkumi pelbagai masalah. Ada juga nas yang mutlaq yang melahirkan
pendapat-pendapat untuk mengikatnya atau memuqayyadkannya.
b) Sehubungan dengan itu, kemunculan kepada ilmu kaedah fiqh ini adalah di atas
faktor wujudnya dalil-dalil atau nas-nas syarak umum yang menjadi perselisihan
oleh fuqaha’. Contohnya: sekiranya ada atau wujud dalil yang bersifat zanni dan
qaṭci, adakah ia menjadi pegangan atau sebaliknya.
c) Selain daripada itu terdapat juga kaedah-kaedah umum yang berasaskan adat
kebiasaan yang muncul di dalam perkembangan hidup manusia. Beredar dari
satu generasi ke satu generasi yang lain untuk disesuaikan dengan masalah-
masalah hukum furuc. Oleh sebab itu ia memerlukan kepada sumber-sumber
akal fikiran dan amalan yang berterusan sebagai adat atau curuf untuk
mengeluarkan sesuatu hukum yang rasional, pelbagai dan flexible. Selain
daripada itu, untuk menangani segala permasalahan dan cabaran yang ada dan
akan wujud di dalam sebuah kehidupan masyarakat itu maka hukum-hukum
yang pelbagai ini di perlukan ( Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali 2000 ).

2.8 LIMA KAEDAH ASAS DALAM QAWACID FIQHIYYAH


2.8.1 Kaedah Pertama:
‫األمور بمقاصدها‬

Maksudnya :

Setiap sesuatu perkara itu mengikut tujuannya (al-Suyūṭī 1983).

Kaedah ini adalah kaedah asal yang diambil berdasarkan kepada dalil hadith
Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmidhi dan
al-Nasā’ī, daripada sayyidina cUmar al-Khaṭāb RA dan hadith ini adalah hadith sahih :

،‫إنما األعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى هللا ورسوله‬
‫ فهجرته‬،‫ ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو إمرأة ينكحها‬،‫فهجرته إلي هللا ورسوله‬
‫إلى ما هجر إليه‬

Maksudnya :

Sesungguhnya segala amalan yang dilakukan itu (menurut tujuan) dengan niat,
dan tiap-taip seseorang menurut (dikehendaki) mengikut niatnya (Sunan al-
Nasā’ī. kitab: al-Ṭahārah, bab: al-Niah fī al-wuduk).

Niat merupakan suatu rukun yang asas dalam menerima segala amalan yang dilakukan.
Maka inilah yang dikatakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an berkaitan dengan
sedekah. Maka dengan niat inilah akan diberikan ganjaran pahala dan berdasarkan
dengan qasad ( tujuan ) yang berkaitan dengan hati.

Contoh kaedah ini adalah:

i. Jika seseorang berkata kepada rakannya, “ambillah wang ini”, ia akan


menjadi hibah apabila diniatkan derma. Sekiranya tidak diniatkan, maka
ia akan menjadi hutang (al-Burnū 1996).
ii. Seseorang mengambil barang yang tercicir dengan niat untuk
memiliknya dianggap sebagai perampas yang perlu memberikan ganti
rugi jika barang tersebut rosak. Manakala sekiranya dia berniat untuk
menyimpan, mewar-warkan dan memulangkan kembali kepada tuan
asalnya, dia dianggap pemegang amanah yang tidak perlu memberikan
ganti rugi jika barang tersebut rosak (al-Burnū 1996)

Seterusnya kaedah ini terbahagi pula kepada kaedah pecahan. Antara kaedahnya adalah:

‫العبرة في العقود للمقاصد والمعاني َللأللفاظ و المباني‬

Maksudnya :

Di dalam satu kontrak, perhatian diberikan kepada suatu matlamat dan maksud,
bukanlah kepada perkataan dan bentuk (cAbdullah cAlī shacbān 2014).

Pada kaedah ini berlaku perselisihan antara mazhab berkenaan penggunaan


terhadap lafaz dan makna, adakah lafaz atau makna yang diguna pakai. Maka pendapat
daripada Hanafiyah dan Mālikiyah ialah melihat kepada hasil terhadap sesuatu akad,
tidak melihat kepada lafaz yang diguna oleh dua orang yang berakad tersebut ketika
akad. Ini bermaksud dua mazhab ini melihat kepada hasil yang berlaku daripada akad
bukan daripada lafaz dua orang yang berakad. Ini kerana maksud yang hakiki adalah
kepada makna sesuatu akad bukanlah lafaznya. Maknanya itu lahir daripada hati
seseorang. Adapun menurut Syaficiyyah dan Ḥanābilah menyatakan khilaf berlaku
terhadap kaedah ini diantara madhhab.

Pengecualian daripada kaedah tersebut

Sekiranya seseorang membeli sesuatu barang dengan tidak membayar harganya dengan
berkta: “aku membeli barang ini dengan tidak membayar harganya”. Maka dari Hanāfī
dikira jual beli batal dan tidak dikira sebagai hibah. Adapun menurut Shaficī itu tidak
dikira sebagai jual beli, sekiranya ingin mengatakan hibah terbahagi kepada dua
pendapat, iaitu berpandukan kepada lafaz dan maknanya.

2.8.2 Kaedah Kedua


‫اليقين َل يزول بالشك‬
Maksudnya:

Perkara yang meyakinkan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan (syak)


(cAbdul cAzīz Muhammad Syacbān 2005).

Kaedah ini menerangkan bahawasanya sesuatu yang ditetapkan dengan keyakinan.


Sesungguhnya diangkat dengan yakin bersamanya, ini kerana keraguan adalah suatu
yang lemah dapat dihilangkan dengan keyakinan. Al-Rāzī di dalam kamusnya
menerangkan maksud al-yakin dari segi bahasa adalah: yakin air ada di dalam bekas.
Ini bermakna memantapkan atau menetapkan (al-Rāzī 1986). Menurut al-Fayyūmī
(1987) pula, al-syak dari segi bahasa adalah perbezaan daripada yakin.

Dari sudut istilah ia membawa maksud suatu iktikad kepercayaan yang


mendalam dalam lingkungan-lingkungan dalilnya. Abū Ḥanīfah mengibaratkan kaedah
ini dengan berkata : sesungguhnya bila mengetahui sesuatu penetapan terhadap sesuatu
perkara dengan keadaan yang meyakinkan. Sepertimana sekiranya wujud unsur
keraguan di dalam suatu permasalahan tanpa diyakini akan keraguannya itu, maka
tetapkanlah dan yakinlah akan sesuatu perkara tersebut (al-Dubūsī t.th).

Kaedah juga adalah satu kaedah yang menetapkan banyak daripada hukum-
hukum fiqh. Membahaskan bahawa keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan yakin,
dan syak pula dapat dihilangkan dengan keyakinan pada sesuatu perkara. Antara dalil-
dalil yang terdapat di dalam kaedah ini adalah :

Firman Allah SWT:

َ‫ع ِلي ٌم بِ َما يَ ْفعَلُون‬ َ َّ ‫ش ْيئًا ۖ ِإ َّن‬


َ ‫َّللا‬ ِ ‫الظ َّن ََل يُ ْغ ِني ِمنَ ْال َح‬
َ ‫ق‬ َّ ‫ظنًّا ۖ ِإ َّن‬
َ ‫َو َما يَت َّبِ ُع أ َ ْكث َ ُر ُه ْم ِإ ََّل‬

Maksudnya :

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja,


(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak
menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui akan apa yang mereka lakukan (al-Qur’ān, Yūnus, 10:36).

Kemudiannya daripada Sunnah Nabawiyyah:


‫ أنه شكي إلى رسول هللا صلى هللا عليه وسلم الرجا‬: ‫حديث عباد بن تميم عن عمه‬
‫ َل ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا‬: ‫يخيل إليه أنه يجد الشيء في الصالة قال‬

Maksudnya:

seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan mengadu
kepada baginda bahawa ia berasa was-was, adakah telah keluar sesuatu pada
masa ia menunaikan solatnya, lalu baginda menjawab “ janganlah kamu keluar
daripada solat kamu sehingga kamu mendengar bunyi atau baunya” (Sahih al-
Bukhārī, Kitāb al-Wuḍū’, bab Lā Yatawaḍa’ū min al-Shakki ḥatta yastaiqin).

‫ إذا ِك أحدكم في‬: ‫ أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال‬،‫حديث أبي سعيد الخدري‬
‫ فليطرح الشك وليبن على ماستيقن‬،‫صالته فلم يدركم صلى ثالثا أم أربعا‬

Maksudnya :

Sekiranya seseorang daripada kamu merasa ragu-ragu di dalam solatnya adakah


tiga atau empat, maka buangkan syak itu dengan membangunkan atau
menaikkan dengan apa diyakini (Sahih Muslim, Kitāb al-Masājid wa
Mawāḍicihī al-Ṣolāh, bab al-Sahwī fī al-Ṣolāh).

Kesimpulannya, berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang telah dinyatakan,


janganlah kamu keluar daripada solat kamu sekiranya kamu merasa syak sehingga kamu
yakin keluar bunyinya dan baunya (al-Suyuti t.th).

Antara pecahan kaedah yang terdapat dalam kaedah ini adalah :

‫األصل بقاء ما كان على ما كان‬

Maksudnya :

Asal sesuatu kekal mengikut apa yang ada pada asalnya (Muhammad Ṣadqī bin
Ahmad bin Muhammad al-Burnū Abī al-Ḥārith al-Ghazzī 1996)

Kaedah ini menerangkan sesungguhnya sesuatu yang asal itu akan terus dan tetap
kekal sehingga wujudnya atau adanya dalil yang membezakannya. Ini kerana apa yang
di tetapkan sesuatu keadaan pada masa lalu penetapan atau penafian akan terus kekal
dengan keadaannya dan tidak akan berubah-ubah sehingga wujud dalil yang boleh
mengubahnya(Muhammad Ṣadqī bin Ahmad bin Muhammad al-Burnū Abī al-Ḥārith
al-Ghazzī 1996). Al-Suyuti(t.th) telah mengibaratkan kaedah ini dengan berkata : apa
yang telah ditetapkan pada zaman tersebut dengan sesuatu hukum, maka ia akan tetap
kekal selagi mana tiada dalil yang wujud untuk membezakan atau menanggalkan hukum
yang sedia ada. Antara contoh permasalahan yang terbit daripada kaedah ini adalah:

i. Barang siapa yang yakin bersuci, kemudian ia syak terkeluar hadas, maka di
hukumkan dia masih bersuci, atau pun seseorang yang yakin ia berhadas dan ia
syak ia bersuci maka dikira ia masih berhadas ( al-Laḥjī 1989 ).
ii. Orang yang makan dan minum pada akhir malam kemudian ia syak tentang naik
fajar (subuh) maka puasanya dikira sah sebab asalnya malam masih kekal. Jika
ia syak pada jatuhnya matahari atau tidak, maka terbatallah puasanya, ini
disebabkan kerana asal pada siang hari masih kekal.

Seterusnya adalah kaedah :

‫األصل برأة الذمة‬

Maksudnya:

Terlepas daripada tanggungjawab (al-Zarqā’ 1989).

Asal dari segi bahasa adalah di bawah sesuatu. Dhimmah pula dari segi bahasa adalah
janji aman. Dari segi istilah adalah seseorang yang atasnya menerima sesuatu perkara
kewajipan dan kepastian. Perkara ini berlaku disebabkan sesungguhnya seseorang yang
dilahirkan pada asalnya tiada dhimmah (tanggungjawab) dan keadaan itu tetap
berterusan sehingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor-faktor yang menjadikan
ia perlukan kepada sesuatu tanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

Antara permasalahan yang terbit daripada kaedah ini adalah : (Abdullah Abdul Razak
2013)

i. Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap


dakwaannya, kemudiannya orang yang kena dakwa (tertuduh) itu diperintahkan
supaya bersumpah tetapi dia hanya berdiam sahaja. Maka pada dia itu tidak
boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya, ini kerana asal padanya terlepas
tanggungjawab.
ii. Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakan barang
yang dipinjamkannya sewaktu berada di tangan orang yang meminjam
(peminjam) dan ia menuntut ganti rugi barang tersebut. Kemudian si peminjam
menafikannya, maka dibenarkan perkataan orang yang memberi pinjam
(pemilik).

Pengecualian daripada kaedah ini

Sekiranya pembeli membeli suatu barang, dan akad telah dilakukan dengan sah.
Kemudian selepas berapa ketika, pembeli mendapati pada barang tersebut mempunyai
kerosakan. Maka pembeli kembali kepada penjual untuk menukar barang tersebut.
Berdasarkan kepada pengecualian kaedah ini, penjual tidak wajib untuk menukar ganti
barang yang rosak tersebut kerana barang tersebut telah dipegang oleh pembeli dan akad
yang berlaku adalah sah (al-Zarqā’ 1989).

2.8.3 Kaedah ketiga


‫المشقة تجلب التيسير‬

Maksudnya :

Kesukaran mendatangkan kemudahan (al-Ḥarīrī 1998)

Melalui kaedah inilah terbitnya keringanan, kemudahan dan kesenangan yang

didasarkan kepada hukum-hukum Islam yang banyak. Kalimah (‫ )مشقة‬dari segi bahasa

adalah bermaksud kesusahan, kepayahan, penderitaan dan keletihan. Seperti mana


firman Allah SWT di dalam al-Qur’an:

ِ ‫َوتَ ْح ِم ُل أَثْقَالَ ُك ْم ِإلَ َٰى َبلَد لَ ْم ت َ ُكونُوا َبا ِل ِغي ِه ِإ ََّل ِبش‬
ٌ ‫ِق ْاأل َ ْنفُ ِس ۖ ِإ َّن َربَّ ُك ْم لَ َر ُء‬
‫وف َر ِحي ٌم‬

Maksudnya :
Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana
negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan
menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah
belas kasihan dan rahmat-Nya (al-Qur’an, al-Naḥl, 16:7).

Kalimah ( ‫ ) جلب‬pula bermaksud pasarannya atau kedatangan bersamanya dari sesuatu


kepada sesuatu. Kalimah ( ‫ ) التيسير‬pula memberi maksud kemudahan dan keringanan.
Dengan maksud yang lain iaitu memudahkan sesuatu urusan, ini kerana dengan
memudahkannya dalam melakukan sesuatu perkara tanpa menyusahkan dan
membebankan juga tidak memberatkan kepada tubuh badan. Sepertimana hadis nabi
SAW:

‫ فسددوا وقاربوا وأبشروا واستعينوا‬،‫إن الدين يسر ولن يشاد الدين أحد إَل غلبه‬
‫بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة‬

Maksudnya :

“Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-


lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh kerana itu
kerjakanlah dalam kadar semestinya, atau mendekati dengan kadar semestinya
dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di
waktu pagi, petang dan sebahagian malam” (al-Bukhārī kitab Iman, bab inna al-
din yusrun, ḥadith 39).

Begitulah, setiap kesusahan yang melanda pada umat Islam akan Allah berikan
kepada mereka kemudahan dan kesenangan sekiranya mereka tidak terdaya dan tidak
mampu untuk melakukan setiap suruhan yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-
Quran. Oleh yang demikian, kemudahan dan kesenangan yang diberikan hanyalah
tertakluk kepada masalah-masalah yang tertentu berdasarkan daripada dalil-dalil dari
al-Qur’an, al-Sunnah dan sebagainya, antara dalil-dalilnya adalah seperti berikut:

1. Al-Qur’an:

‫علَ َٰى َما َهدَا ُك ْم‬ َ َّ ‫َّللاُ ِب ُك ُم ْاليُس َْر َو ََل ي ُِريد ُ ِب ُك ُم ْالعُس َْر َو ِلت ُ ْك ِملُوا ْال ِعدَّة َ َو ِلت ُ َك ِب ُروا‬
َ ‫َّللا‬ َّ ُ‫ي ُِريد‬
َ‫َو َل َعلَّ ُك ْم ت َ ْش ُك ُرون‬
Maksudnya:
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu (al-Qur’an, al-Baqarah 2:185).

‫سا إِ ََّل ُو ْس َع َها‬


ً ‫َّللاُ نَ ْف‬
َّ ‫ف‬ ُ ‫ََل يُ َك ِل‬
Maksudnya:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya


(al-Qur’an, al-Baqarah, 2:286).

2. Al-Sunnah:

‫إن الدين يسر ولن يشاد الدين أحد إَل غلبه‬

Maksudnya:

Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-


lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan (Fathu al-Bari
Syarah Sahih Bukhari, kitāb Imān, bab Inna al-Din Yusrun).

‫يسروا وَل تعسروا‬

Maksudnya:

Mudahkan jangan susahkan (Syarh Ṣahīh al-Bukhārī li Ibn Baṭāl, Kitāb al-
Imān, bab Qawl al-Nabiy calaih al-Salām: Yassirū wa lā Tucassirū).

Oleh itu, sebab wujudnya faktor atau sebab berkaitan dengan keringanan dan
kemudahan di dalam konteks ibadah dan lainnya di dalam rukhsah terbahagi kepada
tujuh perkara: (Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al-Burnū Abī al-Ḥārith al-
Ghazzī 1996))

1) Safar (‫ )سفر‬bermaksud musafir atau mengembara. Iaitu keluar daripada sebuah

tempat, negeri atau negara daripada kawasannya. Islam menganjurkan rukhsah

(‫ )رخصة‬iaitu keringanan kepada mereka yang bermusafir. Islam mengharuskan

kepada mereka untuk melakukan qasar dalam solat mereka, meninggalkan


puasa, menyapu khuff iaitu dengan kadar lebih daripada sehari semalam kepada
mereka yang bermuqim dan meninggalkan solat fardu Jumaat.

2) Sakit (‫)المرض‬. Sesungguhnya Islam telah memberi panduan kepada mereka

yang berpenyakit dalam perbuatan dalam ibadah mereka dengan memberi


rukhsah. Maka Islam telah menyuruh kepada mereka yang tidak boleh
berwuduk kerana penyakit dengan bertayamum. Ini kerana dikhuatiri bahawa
penyakit itu akan semakin melarat dan akan semakin memudaratkan sehingga
boleh membawa kepada kematian. Islam juga menganjurkan kepada mereka
yang tidak mampu atau sakit untuk berdiri ketika solat supaya duduk, baring,
mengiring, kerdipan mata mahupun yang paling akhir hanya menggunakan
isyarat.

3) Paksaan (‫)اإلكراه‬. Orang yang dipaksa dan diugut dengan sesuatu tindakan yang
boleh menyebabkan dirinya dan nyawanya terancam dengan disuruh untuk
melakukan kejahatan, melafazkan perkataan kufur, maka baginya harus untuk
melakukan sedemikian kerana jika tidak dirinya dan nyawanya mungkin
terancam. Namun begitu dengan berpaksikan kepada imannya yang masih teguh
dan kukuh kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Qur’an:

‫ان َو َٰ َل ِك ْن َم ْن ش ََر َح بِ ْال ُك ْف ِر‬ ْ ‫اَّللِ ِم ْن بَ ْع ِد إِي َما ِن ِه إِ ََّل َم ْن أ ُ ْك ِرهَ َوقَ ْلبُهُ ُم‬
ِ ْ ِ‫ط َمئِ ٌّن ب‬
ِ ‫اإلي َم‬ َّ ِ‫َم ْن َكفَ َر ب‬
ٌۖ‫ظيم‬
ِ ‫ع‬ َ ‫اب‬ ٌ َ ‫عذ‬ َ ‫َّللاِ َولَ ُه ْم‬
َّ َ‫ب ِمن‬ ٌ ‫ض‬ َ ‫غ‬ َ ‫صد ًْرا فَعَلَ ْي ِه ْم‬
َ
Maksudnya:
Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat
kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap
tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang
melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah
menimpanya dan baginya azab yang besar (al-Qur’an, al-Naḥl, 16:106).

4) Terlupa (‫)النسيان‬. Setiap manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan
disebabkan terlupa. Maka dari situ Islam telah menggariskan panduan kepada
umat Islam, sekiranya mereka terlupa di dalam sesuatu perkara maka ia masih
di maafkan oleh syarac. antara contoh yang dapat diberikan adalah seperti
mereka yang makan atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa
seperti sabda Nabi SAW:

‫من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما هللا أطعمه وسقاه‬

Maksudnya:

Barangsiapa yang terlupa sedangkan ia sedang berpuasa sesungguhnya Allah


memberinya makan dan minum kepadanya (Fatḥul Bārī bi Syarḥ Sahīh al-
Bukhārī, Kitāb al-Ṣaum, bab al-Ṣaim Idhā ‘Akala Aw Shariba Nasiyā,
Ḥadith 1884).

Namun begitu, mengikut kepada pandangan Imam Mālik di dalam masalah ini, beliau
menyatakan bahawasanya mereka yang minum dan makan secara terlupa wajib
menggantikannya (Muhammad Ṣadqī bin Aḥmad bin Muhammad al-Burnū Abī al-
Ḥārith al-Ghazzī 1996).

5) Jahil atau bodoh (‫)الجهل‬. Menurut Muhammad Ṣadqī bin Aḥmad bin Muhammad
al-Burnū Abī al-Ḥārith al-Ghazzī (1996). di dalam kitabnya menerangkan
bahawa jahil atau bodoh ini terbahagi kepada empat perkara:
i. Jahil yang dikira batal kerana tidak sesuai dan sepadan serta tidak
diterima di akhirat seperti kejahilan berkaitan dengan sifat-sifat Allah
dan hukum-hukumnya (hukum akhirat), jahil yang mengikut hawa
nafsu, jahil yang zalim dan menganiaya.
ii. Jahil dalam keadaan tidak tahu sesuatu yang sahih ataupun sesuatu yang
syubhah maka diterima keuzurannya, seperti siapa yang berzina dengan
budak perempuan, anak perempuannya, atau hamba perempuan isterinya
atas sangkaan bahawa ianya halal.

6) cUmūm balwa (‫بلوى‬ ‫)عموم‬. Ini juga adalah di dalam sebab-sebab yang diberi
keringanan. Antara contohnya adalah seseorang mempunyai masalah pada
pengeluaran air kencingnya yang mana air kencingnya keluar dengan keadaan
yang selalu, oleh itu di maafkan sekiranya ia solat dalam keadaan membawa
najis seperti itu. Begitulah juga sekiranya najis burung yang mencemari
kawasan masjid atau tawaf.
7) Kekurangan (‫ )النقص‬juga adalah sebahagian daripada sebab-sebab diringankan

di dalam kaedah ini. Seperti contoh kanak-kanak dan orang gila yang tidak

dibebankan kepada mereka tanggungjawab (‫ )تكليفي‬dan di fardukan kepada

wali dalam menjaga harta-harta mereka.

Antara kaedah pecahannya adalah:

‫ وإذا إتسع األمر ضاق‬،‫إذا ضاق األمر إتسع‬

Maksudnya:

Jika sempit segala sesuatu maka diperluaskan, jika luas segala sesuatu maka di
sempitkan (al-Ḥarīrī 1998).

Sekira seseorang hamba mengalami sebarang kesulitan dan kesusahan maka


Islam akan memudahkan dengan memperluaskan pintu rukhsah. Namun begitu, ia tidak
berlaku secara terus menerus, ada pun sekiranya ketika suatu kesulitan dan kesusahan
tersebut sudah hilang, maka hukumnya akan kembali kepada yang asal. Inilah apa yang
ingin disampaikan dalam kaedah ini. Antara dalil berkenaan kaedah ini adalah:

‫ص َال ِة ِإ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ ْن َي ْف ِتنَ ُك ُم‬ ُ ‫علَ ْي ُك ْم ُجنَا ٌح أ َ ْن ت َ ْق‬


َّ ‫ص ُروا ِمنَ ال‬ َ ‫ض فَلَي‬
َ ‫ْس‬ ِ ‫ض َر ْبت ُ ْم ِفي ْاأل َ ْر‬
َ ‫َو ِإذَا‬
‫عد ًُّوا ُم ِبينًا‬َ ‫الَّذِينَ َكفَ ُروا ۖ ِإ َّن ْال َكافِ ِرينَ َكانُوا َل ُك ْم‬
Maksudnya:

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
"mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh
orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat
nyata bagi kamu (al-Qur’an, al-Nisa’, 4:101).

‫اط َمأ ْ َن ْنت ُ ْم فَأَقِي ُموا‬


ْ ‫علَ َٰى ُجنُو ِب ُك ْم ۖ فَإِذَا‬ َ َّ ‫ص َالة َ فَا ْذ ُك ُروا‬
َ ‫َّللا قِيَا ًما َوقُعُودًا َو‬ َّ ‫ض ْيت ُ ُم ال‬
َ َ‫فَإِذَا ق‬
‫علَى ْال ُمؤْ ِمنِينَ ِكتَابًا َم ْوقُوتًا‬ ْ ‫ص َالة َ َكان‬
َ ‫َت‬ َّ ‫ص َالة َ ۖ ِإ َّن ال‬
َّ ‫ال‬
Maksudnya:
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka
hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau
duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa
tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu
(dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah
satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu
waktunya ( al-Qur’an, al-Nisa’, 4:103 ).

Muhammad Ṣadqī al-Burnū Abī al-Ḥarith al-Ghazzī menjelaskan di dalam


kitabnya al-Wājīz (1996) bahawasanya dua ayat tersebut merupakan dalil bagi kaedah
idẓa ḍhāqa al-amrū īttasic yang memberikan keringanan kepada orang beriman
berdasarkan dua ayat yang berikut ketika mana mereka di dalam keadaan ketakutan.
Membolehkan mereka untuk melakukan solat qasar dan mengubah cara
perlaksanaannya. Sementara ayat 103 daripada surah al-Nisa itu menceritakan berkaitan
kaedah idẓa ittasac ḍhaqa al-amrū.

Daripada sunnah:

ْ َّ‫إنَّ َما َن َه ْيت ُ ُك ْم ِم ْن أ َ ْج ِل الدَّافَّ ِة الَّتِي دَف‬


َ َ ‫ فَ ُكلُوا َواد َِّخ ُروا َوت‬،‫ت‬
‫صدَّقُوا‬

Maksudnya:

Saya dahulu melarang kalian (menyimpannya lebih dari tiga hari) kerana Daffah (Arab
Badwi miskin yang memerlukan bekal) yang datang. Namun (sekarang) makan, simpan
dan sedekahkanlah (daging udhiyah kalian).

2.8.4 Kaedah ke Empat

‫الضرر يزال‬

Maksudnya:

Kemudaratan diangkat (al-Zarqā’ 1989).

Sesungguhnya sesuatu kemudaratan itu dapat membahayakan manusia dari pelbagai


aspek, antaranya anggota badan, nyawa dan sebagainya. Ia juga terdiri daripada jangka
masa pendek dan panjang dalam melalui keadaan bahaya tersebut. Oleh itu, Islam
datang dengan membawa segala kebaikan dan maslahah kepada penganutnya dalam
menghadapi kesukaran dan cabaran harian dalam kehidupan. Maka kaedah ini
bertepatan dengan permasalahan yang berlaku iaitu sesuatu kemudaratan itu
dihilangkan atau diangkat dengan memberi kemaslahatan kepada penganutnya. Oleh
itu, kaedah ini menerangkan atau membahaskan dengan membawa segala apa yang
terkumpul di dalam maqasid dan ketetapan dengan menahan atau menghalang segala
keburukan dan bahaya atau meringankannya (Ibn al-Nūjār 1993). Dalil-dalil yang
diguna pakai dalam kaedah ini adalah:

1. Al-Qur’an:

‫ارا ِلتَ ْعتَدُوا‬ ِ ‫َو ََل ت ُ ْم ِس ُكو ُه َّن‬


ً ‫ض َر‬
Maksudnya:

Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi
mudarat (al-Qur’an, al-Baqarah, 2:231).

ٌ ‫َّللاِ قَ ِر‬
‫يب‬ َّ ‫ت‬ َ ‫عوهُ خ َْوفًا َو‬
َ ‫ط َمعًا ۖ إِ َّن َر ْح َم‬ ُ ‫ص َال ِح َها َوا ْد‬ ِ ‫َو ََل ت ُ ْف ِسد ُوا ِفي ْاأل َ ْر‬
ْ ِ‫ض َب ْعدَ إ‬
َ‫ِمنَ ْال ُم ْح ِسنِين‬
Maksudnya:

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan


segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan
perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat
kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

2. Al-Sunnah:

)‫ (رواه الدارقطني‬.‫ َل ضرر وَل ضرار‬: ‫قول رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬

Maksudnya:
Jangan memudaratkan dan jangan kamu menjadi pemudarat (iaitu orang yang
membuat mudarat kepada orang lain)(Muhammad Ṣadqī bin Ahmad bin
Muhammad al-Burnū Abī al-Ḥarith al-Ghazzī 1996).

‫َل ضرر وَل ضرار في اإلسالم‬

Maksudnya:

Janganlah kamu memudaratkan dan jangan kamu menjadi pemudarat (iaitu


orang yang membuat mudarat kepada orang lain ) dalam Islam (Sunan Ibn
Mājah kitāb al-Aḥkām, bab man bana fī haqqihi mā yaḍurru bijārihi, ḥadīth
2340).

Antara kaedah-kaedah lain (furuk) yang terkandung di dalam kaedah utama ini adalah:

‫الضرورات تبيح المحظورات‬

Maksudnya:

Keadaan darurat dapat menghalalkan apa yang dilarang (al-Ḥarīrī 1998).

Maksud berkaitan daripada kaedah ini adalah dengan menerangkan serta membahaskan
sesuatu yang telah diharamkan oleh Islam, namun sekiranya berlaku sesuatu
kemudaratan kepada seseorang, maka terpakailah kaedah ini dalam memberi
keringanan kepada seseorang yang memerlukan. Contohnya seperti seseorang yang
berhajat dan memerlukan kepada makan yang bersangatan, namun apa yang ada
hanyalah suatu yang haram seperti bangkai, namun pada waktu itu Islam mengharuskan
seseorang memakannya dengan sebab bimbang akan nyawanya sekiranya kebuluran.
Dalil bagi kaedah ini adalah: Daripada al-Qur’an:

ُ ‫ض‬
‫ط ِر ْرت ُ ْم ِإلَ ْي ِه‬ ْ ‫ع َل ْي ُك ْم ِإ ََّل َما ا‬
َ ‫ص َل لَ ُك ْم َما َح َّر َم‬
َّ َ‫َوقَ ْد ف‬
Maksudnya:

Dan sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kalian apa yang Dia
haramkan, kecuali yang terpaksa kalian makan (al-Qur’an, al-Ancām, 6:119)
ٌ ُ ‫غف‬
‫ور َر ِحي ٌم‬ َ ‫َّللا‬ َ ‫عاد فَ َال إِثْ َم‬
َ َّ ‫علَ ْي ِه إِ َّن‬ ُ ‫ض‬
َ ‫ط َّر َغي َْر بَاغ َو ََل‬ ْ ‫فَ َم ِن ا‬
Maksudnya:

Siapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya sedangkan ia tidak


menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka ia tidak berdosa.
Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang (al-Qur’an, al-
Baqarah, 2:173).

Syeikh Muhammad bin Ṣālīh al-cUsaimīn (t.th) menyatakan ketika memberi


pandangan berkenaan dengan kaedah ini, beliau mengambil dalil yang di bawah ini
sebagai sumber kepada kaedah ini yang membenarkan kepada mereka-mereka yang di
dalam keadaan darurat boleh memakan sesuatu makanan yang pada awalnya telah di
larang dan diharamkan, firman Allah SWT:

ٌ ُ‫غف‬
‫ور َر ِحيم‬ َّ ‫غي َْر ُمت َ َجا ِنف ِ ِإلثْم فَإ ِ َّن‬
َ َ‫َّللا‬ َ ‫صة‬ ُ ‫ض‬
َ ‫ط َّر فِي َم ْخ َم‬ ْ ‫فَ َم ِن ا‬

Maksudnya:

Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang


diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah
ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani (al-Qur’ān,al-Mā’idah, 5:3).

Daripada hadis Nabi:

‫ إَل اختار أيسرهما ما لم يكن إثما‬،‫ما خير رسول هللا صلى هللا عليه وسلم بين أمرين‬

Maksudnya:

Tidaklah Rasulullah SAW apabila terdapat dua perkara, kecuali beliau memilih
yang paling mudah di antara keduanya selagi perkara itu tidak membawa pada
suatu dosa (Ṣaḥīḥ Muslim, Kitāb Fadā’il, bab Mubācadatihi Rasulullah
Sallallahu c
Alaihi Wasallam Lil Asām Wa Ikhtiyārihi Min al-Mubāh
Ashaluhu Wa Intiqāmihi Allah cInda ‘Intihak Ḥirmātihi, ḥadith 2327).
Kaedah seterusnya adalah:

‫الضرر َل يزال بالضرر‬

Maksudnya:

Mudarat tidak akan diangkat dengan kemudaratan (al-Zarqā’ 1989).

Kaedah ini adalah kaedah yang menerangkan berkenaan mudarat tidak akan dihapuskan
dengan mudarat. Oleh sebab itu kaedah ini dianggap bertentangan dengan kaedah ‫الضرر‬
‫يزال‬. Ini kerana apa sahaja suatu benda yang memudaratkan wajib diangkat atau
dihapuskan. Maka tidaklah boleh dilakukan dengan menciptakan mudarat yang sama
dengannya (Muhammad Ṣidqī bin Ahmad Muhammad al-Būrnū al-Ghazzī 1996).

Antara contoh di dalam kaedah ini adalah:

i. Tidak boleh makan seseorang yang sedang mudarat dalam mencari makanan
dengan memakan makanan orang mudarat yang lain (al-Suyūti 1983). Ini kerana
mudarat tidak boleh diangkat dengan mudarat.
ii. Tidak diharuskan kepada sesiapa yang dipaksa memotong sebahagian daripada
badan orang lain yang mudarat untuk memakannya, maka dibayar dengan
mudaratnya itu kepada mudarat yang lain. Bukanlah sekadar mudarat tidak
dapat diangkat dengan mudarat, bahkan diharamkan ke atasnya (cAbdul cAzīz
bin Muhammad cAzzām 2005).

Kaedah seterusnya yang terdapat dalam kaedah yang utama ini adalah:

‫ما أبيح للضرورة يقدر بقدرها‬

Maksudnya:

Apa yang diharuskan untuk kemudaratan adalah dengan qadar yang telah
ditetapkan (al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir li Ibn Nujaym 1999).
‫الضرورة تقدر بقدرها‬

Maksudnya:

Mudarat adalah sekadar dengan kadarnya (al-Zarqā’ 1989).

Dua kaedah ini adalah membawa maksud yang sama, Cuma dari segi lafaz sahaja yang
berbeza-beza. Oleh yang demikian, kaedah ini ingin menerangkan sesungguhnya
sesuatu yang harus adalah terbina di atas kemudaratan yang hanya sekadar secukupnya,
hanya untuk mengangkat darurat sahaja. Tidaklah harus secara rutin (kebiasaan) yang
melebihi daripada mudarat.

Maka sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan memakan daripada


bangkai kecuali di ketika darurat sahaja, maka di haruskan dengan memakan sekadar
menghilangkan mudarat pada diri yang boleh membawa kepada maut.

Kaedah seterusnya adalah:

‫درء المفاسد أولى من جلب المصالح‬

Maksudnya:

Menghindarkan keburukan adalah lebih utama daripada mendatangkan


maslahah (cAbdullāh cAlī Syacbān 2014).

Menghindarkan keburukan adalah bermaksud mengangkat atau menghilangkan,


sekiranya terdapat berlawanan antara keburukan atau kebaikan, maka menghilangkan
keburukan itu adalah kebiasaannya, kecuali sekiranya keburukan itu adalah
kebiasaannya. Antara dalil bagi kaedah ini adalah:

1. Al-Qur’ān:

‫عد ًْوا ِبغَي ِْر ِع ْلم ۖ َك َٰذَ ِل َك زَ يَّنَّا ِل ُك ِل أ ُ َّمة‬


َ ‫َّللا‬ ُ ‫َّللا فَ َي‬
َ َّ ‫سبُّوا‬ ِ ‫سبُّوا الَّذِينَ َي ْدعُونَ ِم ْن د‬
ِ َّ ‫ُون‬ ُ َ ‫َو ََل ت‬
َ‫ع َملَ ُه ْم ث ُ َّم ِإلَ َٰى َر ِب ِه ْم َم ْر ِجعُ ُه ْم َفيُن َِبئ ُ ُه ْم ِب َما َكانُوا َي ْع َملُون‬
َ
Maksudnya:

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain


Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa
pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik
pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu
Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan (al-Qur’an,
al-Ancām, 6:108).

2. Al-Sunnah:

‫ إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ماستطعتم وإذا نهيتكم‬: ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
‫عن شئ فاجتنبوه‬

Maksudnya:

Sekiranya aku menyuruh kamu akan sesuatu perkara, maka ikutilah dan
lakukanlah, sekiranya aku menegah atau menghalang kamu, maka
tinggalkanlah (Sunan Kubra, kitāb manāsik al-ḥaj, bāb wujūb al-ḥaj, ḥadith
3787).

Kaedah seterusnya adalah:

‫الضرر األشد يزال بالضرر األخف‬

Maksudnya:

Kemudaratan yang berat diangkat dengan kemudaratan yang ringan


(Muhammad Ṣadqī bin Ahmad bin Muhammad al-Burnū Abī al-Ḥarith al-
Ghazzī 1996).

Pengecualian daripada kaedah tersebut

Diharuskan kepada perejam yang melakukan tuntutan hukuman dengan memberi


mudarat kepada yang direjam. Ini kerana padanya melakukan keadilan dan
mempertahankan mudarat yang umum dan lebih besar.
2.8.5 Kaedah ke Lima

‫العادة المحكمة‬

Maksudnya:

Adat dijadikan sebagai hakim (dapat digunakan hukumnya)(al-Ḥarīrī 1998).

Adat dalam kaedah ini membawa maksud di ambil daripada perkataan kembali iaitu
berulang, dengan maksud berulang-ulang. Ia juga boleh di kategorikan sebagai sesuatu
kebiasaan yang menjadi amalan orang ramai atau sekelompok manusia (al-Zarqa’
1989). Kaedah ini adalah suatu perkara yang di ulang-ulang menurut kebiasaan
perlakuan orang ramai. Al-Jurjānī (t.th) mentakrifkan adat ialah sebagai sesuatu
perbuatan manusia atau perkataan yang terus dilakukan oleh manusia. Namun yang
penting ia dapat diterima oleh akal manusia serta dilakukan secara berulang-ulang.

c
Uruf pula dari bahasa bermaksud perkara yang dapat diterima dan disenangi
menurut perasaan manusia. cUruf adalah perkara yang tetap dalam diri manusia dari
segi akal dan diterima oleh tabiat semula jadi yang sejahtera. cUruf juga adalah perkara
yang selaras dengan perasaan dan tabiat akibat dilakukan secara berulang-ulang kali.
Antara lain juga, curuf merangkumi perkataan dan perbuatan sama dengan adat. Seperti
contoh, adat perempuan kepada haidh dan nifasnya. Adat dan curuf mempunyai
persamaan yang satu.

Namun begitu, jika kita perhatikan dari sudut kehidupan masyarakat sekarang
(moden), dapatlah diertikan curuf ini sebagai suatu kelompok atau kumpulan dasar-
dasar atau prinsip-prinsip yang telah muncul di kalangan masyarakat yang berpaksikan
daripada generasi yang dahulu untuk di aplikasikan oleh generasi yang kemudian
dengan berpegang kepada syarat suatu curf tersebut mestilah mempunyai balasan
hukum dari sudut undang-undang mahupun penguatkuasaannya. Antara dalil-dalil
berkaitan yang terdapat dalam kaedah ini adalah :

1. Al-Qur’an:

ِ ‫علَ ْي ِه َّن ِب ْال َم ْع ُر‬


‫وف‬ َ ‫َولَ ُه َّن ِمثْ ُل الَّذِي‬
Maksudnya:

Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut
cara yang macruf (al-Qur’an, al-Baqarah, 2:228).

َ‫ض َع ِن ْال َجا ِهلِين‬ ِ ‫ُخ ِذ ْال َع ْف َو َوأْ ُم ْر ِب ْالعُ ْر‬


ْ ‫ف َوأَع ِْر‬
Maksudnya:

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang macruf, serta
berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh (al-Qur’an, al-Acrāf, 7:199)

2. Hadis Nabi SAW:

Sesungguhnya telah disebutkan di dalam semua kitab al-Ashbah Wa al-Naẓāir


Ibn Nujaym (1999) sebagai suatu kaedah yang asas, sebagaimana yang
dikatakan oleh Ibn Mascūd :

‫ وما رآه المسلمون قبيحا فهو عند هللا قبيح‬،‫ما رآه المسلمون حسنا فهو عند هللا حسن‬

Maksudnya:

Apa yang dipandang oleh orang Islam itu baik, maka di sisi Allah itu juga baik.
Sekiranya apa yang dipandang oleh orang Islam itu buruk, maka di sisi Allah
juga buruk (Muwaṭa’ Imām Mālik 1993).

‫ إن‬،‫ يا رسول هللا‬: ‫عن عائشة رضي هللا عنها أن هندبنت عتبة زوج أبي سفيان قالت‬
‫ وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إَل ما أخذت منه وهو َل يعلم‬،‫أبا سفيان رجل شحيح‬
‫ خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف‬: ‫فقال‬

Maksudnya:

Daripada cA’ishah RA, sesungguhnya hindun binti cUtbah suaminya Abi Sufyān
telah berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Aba Sufyān adalah lelaki yang
kedekut, dan tidak memberikan kepada saya apa yang mencukupkan
(tanggungjawabnya) dan kepada anak-anak kecuali apa yang saya ambil
daripadanya tanpa pengetahuannya, maka Nabi berkata : ambillah apa yang
mencukupkan (tanggungjawab) kepada mu dan anak-anak kamu dengan cara
yang baik (sepatutnya) (Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, kitab al-Nafaqāt, bab idhā lam yunfiq
al-Rajul fa lil mar’ah an ta’khaẓa bighairi cilmihi ma yakfihā wa walidihā bi al-
macrūf).

Antara kaedah yang terbentuk di bawah kaedah ini adalah seperti berikut:

‫إستعمال الناس حجة يجب العمل بها‬

Maksudnya:

Manusia menggunakan hujan ini sebagai wajib beramal dengannya (cAbdūl


c
Azīz Muhammad cAzzām 2005).

Kaedah ini bermaksud adalah sebagai suatu adat bagi manusia berhujah wajib beramal
dengannya dengan kewajibannya selagi mana tidak terdapat perbezaan terhadap syarac,
ini kerana mustahil penglibatan yang mereka lakukan adalah dalam ruang lingkup yang
dusta atau bohong dan kesesatan yang banyak serta perbezaannya dalam aliran mereka
ini (cAbdūl cAzīz Muhammad cAzzām 2005).

Oleh sebab yang lain, di bawah kaedah ini menceritakan bahawasanya curuf
dan adat ini mempunyai pembahagiannya. Bahagian tersebut adalah : ( Muhammad
Ṣadqī bin Ahmad bin Muhammad al-Burnū al-Ghazzī 1996 )

1) Uruf dan adat dari segi perkataan dan perbuatan.


i. Dari sudut perkataan adalah sekumpulan manusia yang menggunakan
lafaz yang cepat difahami tanpa memerlukan kepada sesuatu bukti
(qarīnah), ini kerana maksud dari bahasa adalah menjadi tidak
faham(terbengkalai) tidak bermaksud kepada lafaz kecuali adanya bukti.
Contohnya seperti kelaziman masyarakat sacūdī dengan membayar
timbangan yang dibeli dengan mata wang riyal keran mereka
mengetahuinya secara mutlak dengan kelaziman kehidupan mereka, dan
mereka tidak membeli dengan mata wang qaṭar atau dolar misalannya.
ii. Dari sudut perbuatan pula apa yang dilakukan oleh masyarakat mengikut
kebiasaan apa yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Seperti contoh
memakan daripada makanan yang khas bagi mereka. Contoh lain seperti
masyarakat Melayu, curuf dan adat mereka adalah mas kahwin untuk
dibayar kepada pihak perempuan sebagai tanda menikahi beliau.
Maksud yang lain sebelum ini wanita tersebut haram disetubuhi, namun
selepas membayar mas kahwin dan menikahi wanita tersebut maka
hukum haram tersebut telah gugur dengan berlakunya akad.

2) cUruf dan adat mempunyai dua bahagian iaitu Am dan Khas.

i. Definisi Am adalah sebagai suatu yang umum, iaitu bukanlah suatu yang
bersifat khusus dan tidak tetap. Sepertimana semenjak daripada zaman
para sahabat sehingga kepada zaman kita sekarang, dan sebelum
daripada mujtahid-mujtahid yang telah beramal dengannya adalah
sekiranya ada perbezaan terhadap qiyās dan di sabitkan dengan hukum
yang umum. Sekiranya curuf itu adalah muktabar iaitu dalil yang khusus
terhadap sesuatu hukum, maka qiyās diputuskan. Sesungguhnya
diturunkan kepada manusia hukum-hukum yang padanya mereka
menggunakan dan beramal dengannya dan tidak dinaskan sesuatu
sekiranya berbeza pendapat. Kesimpulannya, umum tetap akan umum
sepanjang zaman, curuf umum ini berlaku di seluruh zaman semenjak
dari zaman para sahabat sehingga sekarang, dari zaman ke zaman.
Umum itu tetap pada tempatnya dan diamalkan oleh seluruh masyarakat
bahkan kesemua negara. Contohnya seperti nazar. curuf baginya adalah
sesiapa yang bernazar maka wajib baginya untuk menunaikan nazarnya.
Ini berlaku kepada seluruh umat manusia yang Muslim.
ii. Definisi Khusus adalah sesuatu yang khas terhadap sesuatu perkara, iaitu
sekiranya ia khusus bagi sesuatu tempat, maka curufnya adalah khas bagi
ahlinya. Seperti contoh sesetengah negeri Islam yang lain seperti Mesir
memasuki rumah tanpa membuka kasut kerana itu adalah adat bagi
negeri mereka, berlainan pula dengan Malaysia, kerana ia dianggap
seperti tidak beradab dan suatu penghinaan kepada tuan rumah. Inilah
yang dimaksudkan dengan perbuatan yang khas. Khas bagi sesetengah
tempat yang mereka selalu gunakan dan amalkan.

Seterusnya,

‫إنما تعتبر العادة إذا اطردت أو غلبت‬

Maksudnya:

Sesungguhnya adat itu dianggap menjauhkan atau menewaskan (al-Suyūṭī


1983).

‫العبرة للغائب الشائع َل للنادر‬

Maksudnya:

Pengajaran selalunya bersama tidak bersendirian (Muḥammad Ṣadqī bin


Aḥmad bin Muḥammad al-Burnū Abī al-Ḥarith al-Ghazzī 1996).

Dua kaedah ini adalah sebahagian daripada syarat-syarat curuf. Pertamanya adalah
kalimah (‫ )اطراد‬ialah perbuatan yang bersamanya berterusan pada semua waktu dan
keadaan. Tidak ada perbezaan melainkan dengan nas yang membezakannya. Ini
diertikan dengan adat yang menyeluruh. Contoh bahagian mahar dalam nikah.
Sesetengah negara mempercepatkannya dan melambatkan sekiranya keadaan yang
stabil di dalam sebuah negara yang mana ahlinya melaksanakan pembahagian ini pada
semua keadaan nikah. Tidak terkeluar darinya kecuali dengan nas yang
membezakannya.

Kaedah seterusnya adalah:

‫المعروف عرفا كالمشروط شرطا‬

Maksudnya:

Sesuatu yang ditetapkan oleh curuf sama seperti yang ditetapkan oleh syarak
(Muḥammad Ṣadqī bin Aḥmad bin Muḥammad al-Burnū Abī al-Ḥarith al-
Ghazzī 1996).
Kaedah ini membahaskan dengan menurut apa yang diketahui ke atasnya oleh manusia
dalam bab muamalat seharian mereka, sekiranya tidak disebut secara terang dan nyata
maka ia akan terbina daripada syarat yang selalu digunakan, dianggap dengan
meletakkan sesuatu syarat yang nyata sekiranya tidak bertentangan dengan syarac
(cAbdul cAzīz Muhammad cAzzām 2005). Maksud yang ingin dinyatakan adalah,
sekiranya sesuatu akad itu tidak disebut dengan jelas, maka ia terpakai dengan
menggunakan adat pada sesuatu tempat tersebut.

a) Seperti contoh kejadian kebakaran. Asal pada adat, sebelum memasuki


rumah seseorang perlulah meminta izin terlebih dahulu. Namun begitu,
syarac mengharuskan kepada sesiapa yang melihat kepada kejadian
kebakaran pada rumah orang lain untuk memasuki rumah tersebut
dengan niat untuk memadamkan kebakaran tanpa meminta izin terlebih
dahulu kepada tuannya.
b) Adat juga diguna pakai sebagai kayu ukur kepada mufti dalam usaha
mempraktikkan hukum mutlak. Ini kerana terdapat nas yang berbentuk
mutlak namun ada perbezaan pada adat dan kemaslahatan manusia

Seterusnya adalah kaedah :

‫َل ينكر تغير األحكام بتغير األزمان‬


Maksudnya:
Tidak diingkari mempunyai perubahan hukum ekoran perubahan masa (Ṣaḥīḥ
Muslim, Kitab al-Imān, Bab: Bayān Kawn al-Nahyu).

Kaedah ini adalah menerangkan apabila beredar dan bertukarnya masa maka ia
memerlukan kepada suatu perubahan dan kemaslahatan kepada manusia dan kepada
keperluan mereka. Lantaran itu, ulamak fiqh telah bersepakat mengatakan apa yang
dimaksudkan dengan kaedah: Tidak diingkari ada perubahan hukum disebabkan
perubahan masa, ini adalah apa yang hanya dikhususkan untuk hukum ijtihad sahaja
yang dibina atas dasar mempunyai hubung kait dengan adat dan curuf setempat.
Sekiranya sesuatu hukum berubah berdasarkan kebiasaan berubah maka adat kebiasaan
hidup mereka juga akan berubah.

Anda mungkin juga menyukai