Anda di halaman 1dari 11

Pengaruh budaya KPOP dalam pembentukkan akhlak belia muslim di Malaysia

Tidak di nafikan lagi bahawa pergaulan bebas menjadi satu daripada pengaruh KPOP
di kalangan remaja muslim di Malaysia. Ini adalah berpunca daripada pendidikan awal yang
di lakukan oleh ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak. Setelah anak-anak itu
meningkat remaja. Maka pada saat inilah perubahan berlaku di sebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya di peringkat sekolah menengah. Anak-anak yang tidak di didik dengan asas agama
yang kukuh akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh oleh unsur-unsur tidak sihat ini
meresap kedalam sanubari mereka sedangkan mereka tidak menyedari bahawa mereka
sebenarnya telah terpengaruh oleh budaya ketimuran yang tidak sihat. K-POP merupakan
salah satu kumpulan yang terpengaruh di asia kerana mereka terkenal dengan lagu-lagu hit
ataupun lagu-lagu zaman moden yang membangkitkan aura keghairahan anak muda dalam
mencari keseronokan dan hiburan. Sehinggakan mereka mudah terjemus ke lembah
kebinasaan.

Firman Allah s.w.t:

“Janganlah kamu campakkan diri kamu kelembah kebinasaan”.(al-Qurán,al-


Baqarah,190)

Firman Allah ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sekirannya seseorang itu
memilih jalan yang tidak baik. Maka kejahatanlah yang muncul dalam dirinya. Dan sekiranya
kebaikan yang dipilihnya. Maka kebajikanlah yang muncul didalam dirinya. Kerana itulah
pergaulan bebas antara lelaki dan wanita ini memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi budaya K-POP menusuk masuk kedalam diri remaja. Remaja wanita yang
bergaul dengan remaja wanita yang meminati lagu-lagu K-POP. Maka remaja wanita itu akan
terpengaruh oleh rakannya itu. Pada awalnya remaja tersebut mungkin akan mengajak
rakannya melihat video-video lagu yang di tunjuki oleh rakannya, lama kelamaan ia akan
menjadi seronok mengetahui lagu untuk diperdegarkan. Remaja dan juga belia, mereka ini
adalah generasi yang akan menyambung matarantai perjuangan Islam pada suatu masa nanti.
Jika ini yang berlaku maka ia menjadi polemik yang besar dalam masyarakat kita sekarang.

Disamping itu, KPOP telah mempengaruhi minda belia muslim dengan pelbagai
unsur-unsur yang menyeronokkan. Daripada itu, kita dapati (Korean Pop) adalah genre muzik
yang menggabungkan tarian, eletronik, hip hop, rock, dan R&B yang berasal dari Korea
Selatan. Ianya bermula lebih dari 20 tahun yang lalu, pada 1992 apabila penyanyi
berkumpulan Seo Tae Ji memperkenalkan dan mempopularkan muzik rap dan tarian. Kdrama
(Korean Drama) bermula sejak tahun 2002, iaitu sewaktu drama Korea Winter Sonata
pertama kali ditayangkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia diikuti
dengan drama Autumn in My heart, Full House, Dae Jang Geum dan Coffee prince. Namun K
didepan adalah bukan sekadar hiburan semata-mata, ‘K’ itu sendiri merujuk kepada bentuk
promosi negara mereka di mata dunia seperti Hyundai dan Samsung (John Lie, 2012). Oleh
yang demikian mereka juga mempengaruhi minda belia muslim di Malaysia dengan
memperkenalkan alatan eletronik,seperti telefon bimbit,model kereta dan pelbagai lagi dengan
menampilkan model-model wanita daripada kumpulan KPOP yang seksi dan mengairahkan
belia muslim di malaysia.Ini adalah punca belia muslim di Malaysia terutamanya wanita yang
sedikit-sedikit meniru gaya mempakaian artis KPOP,walaupun mereka memakai tudung akan
tetapi mereka juga mendedahkan bahagian aurat mereka.Minda belia terpengaruh daripada
apa yang dilihatnya.Jika kita amati daripada pemikiran dan pengaruh KPOP itu kepada belia
muslim di Malaysia,Kita akan tertanya-tanya,Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
minda belia muslim di Malaysia?
Faktor pertama,adalah berdasarkan kepada muzik yang di bawa oleh kumpulan KPOP yang
mempengaruhi minda dan tingkah laku belia.Oleh yang demikian,disini terdapat beberapa
elemen yang dibawa oleh kumpulan KPOP antaranya iailah:

1. MV (Music Video) KPO yang sangat menarik.


Konsep video yang dipakai begitu menarik sehingga tidak asing lagi didengar oleh belia yang
banyak meminati KPOP sehingga sanggup menunggu berjam-jam hanya untuk memuat turun
data video KPOP untuk didengari oleh belia dan menyimpan video tersebut daam telefon
bimbit mereka ataupun loptop mereka.Mereka yang berbuat demikian adalah kerana mereka
begitu minat dengan KPOP.Seterusnya promosi KPOP diperluaskan tanpa mereka sedari
mereka telah menunjukkan kepada rakan baik mereka tentang video kumpulan KPOP
tersebut.

2. .Lagu-lagu KPOP yang sedap untuk didengar.


Hal inilah yang membuat pecinta KPOP semakin lama semakin meningkat. Meskipun banyak
daripada kalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum,akan tetapi fokus disini
adalah kepada belia muslim di Malaysia.Oleh itu bagi belia yang meminati lagu-lagu mereka
juga juga sanggup menghabiskan masa dik kerana menyanyikan dengan menggunakan lirik
dalam bahasa Korea tanpa terjemahannya.Namun itulah yang dilakukan oleh belia jika
mereka begitu teruja dan sangat-sangat meminatinya.

3. Kemampuan tarian artis-artis KPOP sangat luar biasa.


Oleh yang demikian jika kita melihat aspek tarian artis KPOP tersebut sangat luar biasa jika
kita bandingkan dengan tarian artis Malaysia.Belia tersebut dapat bezakan dengan kualiti
tarian yang ditarikan kumpulan KPOP sehinggakan menjadi ikutan pada saksiah dan qiadah
belia muslim.Kemampuan mereka menyanyi sambil menari disusuli dengan pakaiannya
seksi,mempengaruhi perubahan pembentukkan belia muslim di Malaysia samada lelaki
ataupun wanita.

Seterusnya faktor yang mempengaruhi budaya K-POP ini adalah berpunya daripada
kelalainya seseoarang individu itu, samada lelaki atau pun wanita. Ini kerana kelailan atau pun
asyik dengan lagu-lagu yang dinyayikan oleh kumpulan K-POP seperti girl generation,
bigbag, dan one the girl sebagai contoh. telah membuatkan ramai belia muslim di Malaysia
telah lalai daripada menepati masa. Sepatutnya masa-masa yang berbaki itu di manfaatkan
sebaik mungkin tanpa membazir. Dengan pembaziran masa dengan mendegar lagu-lagu yang
melalaikan hati akan menyebabkan manusia itu berada dalam kerugian.
Sebagaimana firman Allah:
“Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian”(al-Qurán al-Ash,30:2)

Oleh itu,mendegar lagu-lagu yang melalaikan akan menyebabkan hati manusia itu
akan menjadi keras.Jika ini dibiarkan boleh mengakibatkan keruntuhan akhlak belia muslim
di Malaysia.Lirik-lirik lagu yang dinyayikan dan gaya tarian serta intonasi nada didalam lagu
tersebut menyebabkan hati remaja menjadi seronok sehinggakan seolah-olah mereka lupa
masalah yang dihadapinya.Sedangkan didalam al-Quran Allah SWT menjelaskan bahawa
dengan zikir ataupun mengigati Allah sahajalah seseorang itu akan menjadi tenang.Budi
pekerti belia akan menjdi rosak jika ia tidak dibendung dengan sebaiknya.Jika ia menusuk di
dalam hati belia,maka amat sukar untuk dihakis akan kekaratanya yang telah mula menular
dalam akar fikiran belia.Amat sukar yaitu ilmu islam untuk ditanam kerana akarnya sudak
diserapi oleh racun K-POP.
Seterusnya,jati diri belia muslim diMalaysia akan menjadi lemah dan tidak
bermaya.Remaja di Malaysia sangat terpengaruh dengan budaya-budaya luar.Kalau
dahulunya kita kenali dengan budaya-budaya barat yang diamalkan oleh anak muda di
Malaysia seperti skin head,punk,hiphop dan pelbagai lagi.Pada hari ini kita dapat lihat lagi
satu fenomena hiburan yang berlaku dan pertambahan satu lagi budaya di Malaysia yaitu
budaya K-POP.Kalau dahulunya budaya barat meresapi tetapi sekarang ,satu lagi budaya yang
baru mula meresapi didalam diri belia hari ini yaitu budaya K-POP.Ini menyebabkan suasana
dunia hiburan menjadi meriah dan indah.Manakala dunia hiburan Islam menjadi kurang
sambutan,kerana mereka menganggap bahwa hiburan Islam sangat bersifat mengikat
manakala hiburang K-POP bersifat tidajk mengikat.padahal mereka sendiri yang tidak tahu
bahawa dengan perikatan itulah dapat menjaga jadi diri muslim yang sejati.Jati diri muslim
adalah satu jati diri yang sebenar yang mempolehkan keyakinan rohani dan jasmini dapat di
semai dengan baiknya.Jati diri muslim ini adalah satu keupayaan yang ada pada diri muslim
itu dalam menenpuh ujian yang pelbagai,yang pada ujian itu mempolehkannya merentasi dan
menempuhi halangan.Jadi diri muslim ini juga mempolehkan muslim itu membuat pilihan
samada ia baik ataupun tidak.Jika mempunyai jati diri muslim,maka seseorang itu dapat
membezakan kebaikan dan keburukkan yang dilakukan olehnya.

Selain itu,faktor penyumbang budaya K-POP dan dapat di terima dalam kalangan
remaja dan belia muslim di Malaysia iailah dengan penampilan susuk wajah yang ada pada
artis tersebut.Dengan susuk wajah yang cantik,kulit yang putih serta memakai pakaian yang
seksi menyebabkan belia muslim menjadi minat dan seronok dengan melihat wajah serta
susuk tubuh artis-artis K-POP tersebut.Ramai di kalangan artis K-POP ,mereka sebenarnya
membuat pembedahan plastik pada wajah dan susuk tubuh mereka agar kelihatan cantik dan
muda,padahal di kalangan artist-artist tersebut ramai diantara mereka yang sudah mencapai
usia 30-an.Oleh yang demikian,mereka menggunakan penampilan wajah yang cantik dalam
mempromosi lagu-lagu mereka serta mempromosikan susuk tubuh mereka dan wajah serta
gaya rambut agar dapat diikuti oleh ramai ramai yang melihatnya.

Oleh itu,apabila diundangnya artis-artis K-POP ini datang ke Malaysia untuk


menyanyikan lagu beserta tarian,maka disini kita dapati satu pembaziran yang berlaku.Kerana
jemputan mereka itu adalah terlalu mahal.Maka tiket yang dikenakan oleh penonton juga
tinggi.Bagi peminat mereka tidak rasa itu adalah satu pembaziran kerana itu adalah satu
kepuasan apabila seseorang itu melihat ataupun menontonnya secara langsung.Penganjur
tidak kerugian bagi pendapat mereka kerana mereka mendapat keuntungan yang berlipat kali
ganda. Hasil kutipan tiket itu,mereka memperolehi keuntungan yang banyak.Tetapi pada
hakikatnya tetap berlaku pembaziran.Oleh kerana itulah,Islam amat menitik beratkan soal
tidak membazir.Jika pembaziran.Maka ia adalah satu jalan syaitan dalam meruntuhkan akhlak
muslim.
Sebagai seorang muslim yang sejati kita haruslah mengelakkan diri kita daripada terjerumus
daripada pembaziran kerana Firman Allah yang berbunyi:

“Sesungguhnya pembaziran itu,adalah sahabat syaitan”.(al-Qu’ran,al-Isra’,10:27)

Jadi pada firman Allah SWT ini dapat kita fahami,bahawa dengan kita melakukan
pembaziran itu.kita telah mengikuti jejak langkah syaitan,kerana syaitan itu selalu mengajak
manusia untuk menginkari perintah Allah dan rasul.Kerugian ini adalah sangat tidak patut di
amalkan kerana ia membawa kesan yang negativ kepada belia muslim di Malaysia.

Oleh yang demikian,boyband atau girlband yang berkiblat pada boyband korea. Misalnya
seperti Smash, Dragon boys, XOIX, 7Icons, Cherry belle, Princess adalah nama-nama
kumpulan KPOP yang mempromosikan lagu-lagu mereka menerusi saluran internet seperti
Youtube,Facebook,Twiter,Installgram,dan bermacam lagi medium internet yang ada untuk
mempengaruhi minda belia muslim khusus yang di Malaysia.Perkara ini menarik minat belia
di Malaysia untuk mengetahui perkembangan kumpulan-kumpuan KPOP yang terbaru
muncul di era ini.Namun begitu kemunculan kumpulan-kumpulan KPOP ini bagaikan
cendawan yang tumbuh selepas hujan yang membuatkan ramai di kalangan belia muslim di
Malaysia menjadi ingin tahu apakah muncul pula kumpulan KPOP yang terbaru.Oleh yang
demikian,apabila kumpulan KPOP yang terbaru itu muncul,semestinya minda belia akan
ternanti-nanti kemunculan album baru yang di keluarkan oleh kumpulan KPOP tersebut.Jika
kita amati dan teliti berkenaan lagu-lagu yang di tayangkan di youtube,kita akan mendapati
dan akan terfikir,Bagaimana mereka mendapat keuntungan daripada lagu tersebut.lagu
mereka yang di tayangkan di internet itu adalah bagaiman cara mereka mempromosikan
sesebuah lagu dan cara mereka mempengaruhi minda belia muslim di Malaysia adalah dengan
menampilkan lagu-lagu yang berunsur percintaan.

Di Malaysia,pengaruh kumpulan KPOP yang menjadi kegilaan anak muda adalah


gangnam stayle,yang mempengaruhi minda belia dengan lagu yang bersifat rancak,dan
menyeronokkan serta tarian yang mantap di persembahkan oleh penyanyinya itu.Sehinggakan
menjadi ikutan kepada belia pada pada itu.Fenomena gangnam ini menular kepada belia lelaki
mahupun wanita yang menyebabkan mereka meniru gaya tarian serta muzik.Namun begitu
budaya gangnam steyle tersebut lenyap begitu sahaja sehinggalah sekarang dek kerana lagu
tersebut sudah jemu didegari oleh belia di Malaysia.

Lagu-lagu KPOP itu tidak seperti lirik lagu yang ditawarkan dari industri musik Barat
yang banyak menceritakan gaya hidup kebaratan,lirik lagu dalam musik KPOP masih
cenderung sopan dan masih berisi mengenai janji dan kesetiaan, juga hal-hal yang berbau
persahabatan.
Dari segi solekan wajah artis, mereka menampilkan wajah orang Asia yang umumnya
bermata sepek, berubah yang menampilan imej artis yang bermata besar dan menarik jika
dipandang. Di bidang gaya berpakaian pula mereka menampilkan gaya memakaian yang
unik.Hal gaya ini amat berbeza dengan gaya penampilan artis barat.Kerana gaya artis barat itu
menampilannya adalah seksi dan artis KPOP mereka mementingkan gaya pemakaian yang
dapat menarik perhatian belia-belia umumnya di Negara luar dan khususnya di
Malaysia.Namun begitu,gaya pemakaian artis KPOP tersebut adalah berbeza dengan gaya
pemakaian masyarakat Jepun.Oleh yang demikian,berbezanya gaya pemakaian yang di bawa
dari Negeri Ginseng itu amat cenderung menggunakan pakaian yang berlapis dan tebal
manakala cara pemakaian KPOP adalah berbeza dengan menampilan yang lebih berunsur
kemodenan.Namun gaya yang di amalkan di Jepun itu jauh lebih feminim dan inovatif di
dibandingkan dengan KPOP.

Muzik KPOP juga umumnya menampilkan tarian yang kreatif dan inovatif yang boleh
ddiikuti dengan mudah oleh belia di Malaysia. Sehingga tidak sedikit dari boy&band
memiliki kekhasan tarian masing-masing. Contohnya tarian dalam lagu milik Super Junior
berjudul ‘Sori-Sori,’ lagu milik f(x) berjudul ‘Nu ABO,’ dan lagu ‘Run Devil Run’ milik
SNSD. Gelombang kegilaan belia Malaysia terhadap pelakon dan penyanyi Korea semakin
memuncak sehingga mencetuskan fenomena khususnya di kalangan remaja perempuan.
Fenomena Korea bermula beberapa tahun lalu dengan pengaruh besar drama Korea, Winter
Sonata yang mengisahkan pengorbanan dan cinta sejati lakonan hebat Kang Joon-sang (Bae
Yong Joon) dan Jung Yu-jin (Choi Ji Woo).Drama itu membuatkan ramai belia pada waktu
itu khususnya wanita,kerana sanggup meninggalkan tugas lain semata-mata untuk menonton
televisyen.bukan sekadar menonton bahkan mereka menjiwai drama tersebut sehinggakan ada
yang menangis dan meratapi pristiwa yang berlaku dalam drama tersebut.Pada waktu
sekarang yang menjadi pengaruh terbesar dalam minda belia adalah muzik serta tarian dalam
KPOP itu yang menjadi kegilaan belia pada masa kini kerana muzik Korea jelas
menggambarkan keyakinan diri rakyat Korea. Senimannya dapat memprojeksikan
imej maskulin atau seksi dengan jayanya. Artis seperti Rain, Se7en,Wonder Girls, Girls
Generation, Super Junior, Beast dan ramai lagi telah berjaya menempa nama di peringkat
antarabangsa. Dan yang terbaru merupakan pengaruh Oppa Gangnam Style yang menjadi
ikutan dan trend masyarakat sekarang khususnya golongan muda. Kejayaan muzik
pop Korea (K-Pop) menduduki tangga di bawah di Amerika Syarikat membuktikan muzik
mereka diterima oleh masyarakat antarabangsa. Malah, muzik pop mereka menular ke negara
Eropah seperti Perancis pada tahun ini (2011) apabila kumpulan pop muzik mereka
seperti Super Junior dan Girls Generationmula mendapat tempat di hati penonton di Eropah.
Persembahan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat di Perancis (Nor
Hashimah Jalaluddin, dan Zaharani Ahmad, 2011).

Namun begitu,menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, mereka
mewujudkan kumpulan atau rangkaian peminat artis Korea dan K-Pop.Ruangan status mereka
di dalam Facebook misalnya dipenuhi gambar-gambar artis Korea selain video lagu-lagu
terbaru mereka yang dikongsikan menerusi Youtube.Pengaruh kepada belia muslim di
Malaysia juga,mereka menyerbu kedai-kedai muzik untuk mendapatkan album lagu yang
dinyanyikan oleh kumpulan KPOP yang mereka minati.Jika sudah habis di jual di kedai
muzik tersebut mereka akan membeli CD dan DVD itu secara atas talian menerusi promosi
yang dijalankan oleh segelintir Peniaga yang mahukan keuntungan

Di Malaysia, gelombang kegilaan remaja Malaysia terhadap pelakon dan penyanyi


Korea semakin memuncak sehingga mencetuskan fenomena khususnya dalam kalangan
remaja perempuan. Fenomena Korea bermula beberapa tahun lalu dengan pengaruh besar
drama Korea, Winter Sonata yang mengisahkan pengorbanan dan cinta sejati lakonan hebat
Kang Joon-sang (Bae Yong Joon) dan Jung Yu-jin (Choi Ji Woo). Drama itu membuatkan
ramai suri rumah dan wanita khususnya, sanggup meninggalkan tugas lain semata-mata untuk
duduk di depan televisyen untuk menontonnya. Bukan setakat menonton, malah menjiwai dan
menangis meratapi nasib watak dalam drama tersebut.
Selepas itu pula, tercetus kegilaan anak-anak muda kepada lagu-lagu pop Korea atau disebut
K-Pop. Daripada 'kewajipan' menyaksikan konsert dan membeli cakera padat (CD), cakera
video digital (DVD), baju atau cendera mata sehinggalah menghafal lirik lagu-lagu popular
mereka. Tidak cukup dengan itu, bagi yang memiliki telefon bimbit, wang belanja sekolah
habis atau sebahagian gaji bulanan digunakan untuk menambah nilai kad prabayar. Ia semata-
mata bagi membolehkan mereka memuat turun nada dering atau wallpaper dan gambar-
gambar artis Korea. Menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, mereka
mewujudkan kumpulan atau rangkaian peminat artis Korea dan K-Pop. Ruang status mereka
dalam Facebook misalnya, dipenuhi gambar-gambar artis Korea selain lagu-lagu popular K-
Pop yang dikongsikan daripada web Youtube.

Selain itu, komuniti K-Pop di Malaysia sebenarnya mengumpulkan puluhan ribu


peminat yang digerakkan terutamanya menerusi medium jaringan sosial seperti blog,
Facebook dan Twitter. Peminat fanatik itu biasanya dipecahkan mengikut kumpulan yang
digemari. Bagaimanapun, kebiasaannya peminat K-Pop di Malaysia tetap saling mengenali
kerana saling berhubungan di internet atau menghadiri aktiviti yang dianjurkan seperti
tayangan konsert atau jualan (Utusan, 2011).

Menurut perspektif islam, pengaruh hallyu k-pop sudah tentu menyempang dari aspek
tasawur islam kerana hiburan yang dihidangkan kepada para remaja khususnya remaja islam
melampaui batas hiburan berlandaskan islam. Remaja muslim ini terlampau taksub untuk
mengikuti setiap perkembangan artis-artis korea yang di minati justeru akan menjadikan
mereka lalai dalam gelombang hallyu masa kini. Dunia hiburan di Malaysia sesak dengan
hiburan yang melalaikan kerana lambakan artis-artis daripada luar yang masuk membuat
konsert khususnya artis-artis korea yang sedang giat menjalankan promosi album mereka di
samping membawa budaya mereka terus masuk ke dalam jiwa anak muda pewaris masa
depan Negara. Bila berhujah berkenaan artis-artis korea, mereka sangat popular dengan
fesyen dan lenggokan tarian ketika membuat persembahan. Cara pemakaian yang sudah
melanggar etika dengan tarian-tarian yang menggoda boleh membuatkan para remaja islam
mudah hanyut dan lalai dengan alunan lagu-lagu korea di samping artisnya yang memiliki
rupa paras yang cantik dan bergaya. Semua pengaruh yang di bawa oleh artis-artis korea telah
menjadi ikutan para remaja islam khususnya bukan sahaja dari segi fesyen berpakaian, malah
gaya hidup dan pembawakan diri mereka telah menyerupai masyarakat korea sehinggakan
sudah lupa tentang ajaran islam sebenar. Disebabkan masyarakat sekarang dihidang dan
dilambakkan dengan hiburan di sana sini, siang dan malam bukan sahaja konsert secara
langsung malah di kaca telivisyen, di radio, di dada-dada akhbar, buku serta majalah, tidak
kurang juga kemudahan akses internet yang memudahkan remaja mendapat hiburan
dari alam maya internet. Begitu hebat impak dan akibatnya terdapat kalangan umat Muslim
yang menjadi lalai terhadap kewajipan dan tanggungjawab terhadap Allah swt. Lambakan
hidangan hiburan ini telah menggalakkan budaya berseronok-seronok wujud dalam kalangan
umat islam yang mana mereka berhibur dan berseronok-seronok tanpa mengira waktu dan
taraf hubungan. Lelaki wanita bukan muhrim bergaul bebas. Kesudahannya, berlaku
keterlanjuran dan zina akibat daripada keseronokan dunia dan kurang pegangan agama. Tidak
hairanlah kalau kita sering disajikan dengan berita-berita anak luar nikah, buang bayi dan
bunuh bayi yang tidak berdosa ( Dla Amaya,2012 ).

Seperti firman Allah yang bermaksud :


“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan
yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang
bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?” (Al-An’am, 6:32).

Al-Qur‘an juga ada mengingatkan manusia bahawa orang yang mengutamakan


perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan
menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah Luqman yang bermaksud:

“Dan ada antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita dan perkara hiburan yang melalaikan; yang mengakibatkan boleh menyesatkan
(dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (Luqman, 31:4)

Yang dikatakan “lalai” itu telah diperjelaskan oleh Allah swt yang maksudnya:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk kebanyakan dari jin dan manusia, mereka
mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai
mata tidak dipergunakannya untuk melihat , dan mereka mempunyai telinga tidak
dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-‘Araaf, 7:179)
Dalam Hallyu, drama Korea dan lagu-lagu Korea yang menggunakan bahasa Korea
sepenuhnya tidak menjadi penghalang untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan
penjualan album mereka yang semakin hari semakin meningkat penjualan album
mereka. Apa yang penting jalan cerita, tema, rentak muzik dan nilai positif yang ditonjolkan
adalah jauh lebih penting. Islam adalah agama yang realistik, menyeluruh dari segi duniawi
dan ukhrawinya dan berjalan di atas dunia realiti dan alam kenyataan. Syariat Islam
memenuhi fitrah manusia yang melibatkan segala keperluan rohani dan fizikal manusia dapat
dipenuhi berdasarkan konsep mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan. Apa yang
baik itu adalah Islam dan yang buruk bukan daripada ajaran Islam. Termasuk perkara yang
dibenarkan dalam Islam ialah berhibur. Syariat Islam memenuhi keperluan fitrah manusia
yang ingin dan suka berada dalam keadaan gembira. Antara sumber bentuk hiburan ialah
nyanyian, tarian dan lakonan. Imam al-Ghazali berpendapat, dalam mendengar nyanyian, ada
yang harus dan sunat. Selain itu ada juga yang diharamkan. Mengikut riwayat, daripada
Aisyah bahawa bapanya, Abu Bakar pernah menemuinya dan ketika itu beliau bersama-sama
dua hamba perempuan pada hari Mina. Kedua-duanya menyanyi dan memukul gendang,
sedangkan Nabi Muhammad menutup wajahnya dengan pakaiannya. Perlu diambil ingatan
bahawa hukum harus itu boleh bertukar menjadi haram jika melibatkan perbuatan yang
ditegah agama. Hal inilah mengapa banyak pihak menolak segala bentuk nyanyian yang
dipersembahkan artis sekarang. Mereka bukan menolak hiburan, tetapi kerana melihat corak
hiburan sekarang banyak melibatkan unsur haram.

SENARAI RUJUKAN

Nor Hashimah Jalaluddin, and Zaharani Ahmad, (2011) Hallyu di Malaysia: kajian
sosiobudaya : Jurnal Komunikasi. Accessed on 12 October 2012
from http://journalarticle.ukm.my/3258/

Dla amaya, (27 April 2012) Mari kita tolak hiburan yang melalaikan.Accessed on 17 October
2012 from http://dlasweet89.blogspot.com
Rosalinda Md Saad, (19 Mac 2011) Demam K-POP. Accessed on 23 October 2012
fromhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2011&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2B2AYFAI4
Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0319&sec=Hiburan&pg=hi_1
.htm#ixzz3tX1t08Y2
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai