Anda di halaman 1dari 31

Nota MPU-3133 / MPU-31E3 Falsafah dan Isu Semasa

(TAR UC)

BAB 7
IDEOLOGI DAN ISU SEMASA
7.1 Cabaran Ideologi Relativisme Pascamoden
7.2 Fenomena dan Manifestasi Relativisme Pascamoden
7.3 Implikasi Relativisme Pascamoden dalam Kehidupan
7.4 Jawapan Agama dan Tradisi Terhadap Relativisme Pascamoden

2 modernisme -

menyukong
3 pascamodenisme mementang
agama
-
Hasil Pembelajaran:
● Menjelaskan cabaran ideologi relativisme pascamoden
sebagai reaksi dari kegagalan Modeniti. (Kesan ideologi
relativisme pascamoden)
● Menjelaskan perkembangan fenomena dan manifestasi
relativisme pascamoden.
● Menganalisis jawapan agama dan tradisi terhadap
cabaran ideologi relativisme pascamoden dalam
kehidupan semasa.
PENDAHULUAN
● Ideologi:
- idea: konsep, gagasan, pengertian dasar, cita-cita
- logi atau logos: ilmu atau pengetahuan.
- Secara harfiah, ideologi ialah pengetahuan tentang gagasan, idea atau
ajaran tentang pengertian dasar.
- Secara lebih mendalam ideologi bermaksud “salah satu item yang
membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk
sesebuah masyarakat meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan
perkara yang bersangkutan dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”
(Ensiklopedia Britannica)
● Ideologi atau aliran pascamodenisme dikaitkan dengan aspek moden, modeniti
atau modenisme.
● Modenisme dan pascamodenisme kemudiannya melahirkan ideologi
relativisme pascamoden yang mempengaruhi masyarakat dunia pada era
globalisasi kini.
● Kesan proses ini menuntut solusi agama dan tradisi keilmuan.
SEJARAH PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODEN DAN PASCAMODEN
● Bermula daripada konflik di antara golongan cendekiawan dengan golongan teologi Kristian
pada era Renaissance.
● Lahir falsafah moden berasaskan fahaman humanisme (manusia boleh berdiri sendiri dan
tidak memerlukan Tuhan)
● Berlaku proses sekularisasi: pemisahan ilmu dan agama secara total.
● Pendapat ahli falsafah moden:
○ Francis Bacon (1561-1626): “sains menggantikan agama untuk kesejahteraan”
○ Rene Descartes (1596-1650): “kebenaran hanya boleh dicapai melalui sumber akal
yang rasional dan pengalaman manusia”
● Aliran moden membawa kepada kemunculan pascamoden dan akhirnya dikenali sebagai
relativisme pascamoden.

Moden —> Relativisme Pascamoden


MODENISME
● Moden: baharu dan maju berasaskan fahaman liberal dan sekular (MAIS, 2015: 4).
● Modeniti: modo (perkataan latin) bermaksud terkini atau sekarang. Pencapaian sains dan
teknologi merupakan kemuncak kepada kemajuan. (MAIS, 2015: 4)
● Era pemodenan: kehidupan manusia yang dicirikan kemajuan sains dan teknologi. Berbeza
dengan zaman pertengahan yang mengutamakan agama. Menurut Max Weber dan Thomas Kuhn:
“sains ialah alat dan matlamat” (Porteous, D., 2019: 2)
● Aliran modenisme: muncul hujung abad ke-19 - awal abad ke-20 dengan kemunculan gerakan
pencerahan (Enlightenment).
● Tokoh: Immanuel Kant, John Locke, David Hume yang mengagungkan pencapaian sains serta
kaedah saintifik dan bagi mereka kemajuan hanya dicapai menggunakan akal, bukan agama.
● Ciri-ciri modenisme:
- Epistemologi berteraskan kebenaran mutlak (absolute truth) yang bersumberkan logik atau
hujah rasional sahaja serta bersifat objektiviti berasaskan data empirikal atau kajian saintifik.
- Ilmu berpandukan akal dianggap tunggal dan mutlak.
- Sesuatu perkara ditentukan oleh ilmu manusia semata-mata tanpa merujuk ilmu agama.
- Falsafah dan aliran metafizik agama dianggap tidak relevan.
- Peranan agama terbatas dan hanya muncul dalam kepercayaan peribadi, bukan negara/sistem.
- Barat menjadi model kemajuan dan rujukan banyak negara.
- Menyebarkan pengaruh kebendaan dan budaya Barat.
PASCAMODENISME
● Istilah pascamoden diperkenalkan oleh Jean Francois Lyotard
pada era 1970an.
● Faktor kemunculan:
- pascamoden menentang aliran modenisme dan tidak
bersetuju dengan konsep logocentrisme modenisme iaitu
kebenaran mutlak hanya berasaskan akal, kaedah saintifik
dan bersifat objektiviti.
- kesan buruk modenisme dan revolusi perindustrian yang telah
meretakkan hubungan antara manusia, kezaliman,
kekerasan, merendahkan martabat, menindas nilai
kemanusiaan, menyebabkan kuat mendominasi yang
lemah.
● Membawa kepada kemunculan relativisme pascamoden.
RELATIVISME PASCAMODEN
● Muncul sekitar pertengahan sehingga penghujung abad ke-20 apabila pascamoden mula mengutamakan
aspek kebenaran bersifat relatif.
● Tokoh: Derrida, Focult, Layotard, Strausse
● Sehubungan dengan penolakan pascamoden terhadap modenisme, relativisme pascamoden juga menolak
modenisme kerana:
- Modenisme gagal memenuhi matlamat menjadikan kehidupan manusia lebih baik serta gagal
menghapuskan unsur kekerasan (Setiawan, J. & Sudrajat, A., 2018: 27).
- Bukti kegagalan: penjajahan Barat dan kesan negatifnya terhadap manusia (Akter, S., 2018: 217).
● Sebenarnya ideologi ini telah membuat penstrukturan semula terhadap modenisme. Ada beberapa idea yang
ditolak, ada yang dikekalkan dan ada yang diberi tafsiran semula. (Porteous, D., 2019: 7).
● Ciri-ciri relativisme pascamoden:
- Subjektiviti - Tiada kebenaran mutlak atau realiti objektif
- Dekonstruktif - mencabar teori moden mahupun ajaran agama yang telah mampan
- Relativisme / kenisbian sosial - kebenaran bersifat relatif berasaskan nilai, konteks, budaya tertentu
- Pluralisme - kepelbagaian perlu dirai dan ditoleransikan
- Anarkisme - ketidaktertiban terhadap nilai dan kebenaran. Tiada peraturan yang seragam.
- Ketidakstabilan - ketiadaan makna khusus dalam kehidupan
- Pemikiran tidak ditunjangi agama, adat dan prinsip moral
- Kesaksamaan perwakilan - tiada dominasi ke atas pihak yang lain
- Campuran pelbagai nilai, budaya dan keyakinan
- Media massa baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan perilaku manusia
- Budaya konsumerisme
7.1 CABARAN IDEOLOGI RELATIVISME
PASCAMODEN
CABARAN RELATIVISME PASCAMODEN
● Aliran ini menentang semua bentuk keyakinan berasaskan kebenaran mutlak atau realiti
objektif atau rasionaliti sama ada berasaskan wahyu (kata-kata tuhan bersumberkan kitab suci)
mahupun akal rasional. (Porteous, D., 2019: 13)
● Kebenaran universal tidak wujud. Tiada siapa berhak mendakwa apa yang baginya benar
sebagai satu kebenaran.
● Tidak mempercayai naratif utama (grand narratives) (Akter, S., 2018: 218).
● Sebarang bentuk kod etika universal adalah tidak masuk akal.
● Kebenaran/realiti adalah bersifat relatif dan bercirikan skeptisisme (keraguan)
● Kebenaran/realiti dibuat oleh manusia mengikut keperluan, minat, prasangka dan budaya,
bukannya diberi kepada manusia.
● Kesannya:
- Ilmu pengetahuan kehilangan naratif utama serta hujah rasionalitinya
- Kebenaran hilang kewibawaan.
- Keraguan terhadap sains dan agama
- Agama tidak dijadikan rujukan
- Penstrukturan asas pemikiran dan falsafah dalam pelbagai aspek (seni bina, ilmu dan
rasionaliti, perubatan, sastera dan media, gender dan ras)
- Pemikiran lebih kepada kebendaan melampau dan berunsur hedonistik (mementingkan
keseronokan) (MAIS, 2015: 7 & Porteous, D., 2019: 1)
KRITIKAN TERHADAP RELATIVISME PASCAMODEN
● Fahaman relativisme pascamoden yang mengatakan bahawa tidak wujud satu
kebenaran yang mutlak adalah sesuatu kenyataan yang menafikan
kebenarannya sendiri.
● Jika kita mengatakan bahawa “tidak ada kebenaran yang mutlak”, maka
adakah pandangan ini juga merupakan suatu pandangan yang mana ia
bukan kebenaran yang mutlak? Jadi kenyataan itu sebenarnya telah
menafikan dirinya sendiri.
● Apabila kita katakan bahawa kenyataannya adalah “tidak ada kebenaran
yang mutlak” tetapi adakah kenyataan yang sebegitu juga boleh dianggap
sebagai “tidak benar secara mutlak”?
“To say there is no absolute truth means that you are saying that even your
statement about there is being no absolute truth is not true because it is subjected
to that same belief.”
● Jadi, fahaman ini sebenarnya secara logik juga tidak mempunyai asas logik
yang kuat.
7.2 FENOMENA DAN MANIFESTASI
RELATIVISME PASCAMODEN
FENOMENA RELATIVISME PASCAMODEN
● Pegangan utama relativisme pascamoden adalah tiada kebenaran yang mutlak.
● Maka, konsep relativisme (kenisbian) di sini bermaksud kebenaran/realiti tidak
berdasarkan kepada satu perspektif/pandangan semata-mata.
● Kebenaran terdiri daripada pelbagai unsur yang boleh digunakan sebagai perspektif/
pandangan. Maka semua pandangan boleh diterima.
● Cth: Menurut Thomas Kuhn, sains mengandungi aspek bukan rasional. Misalnya pertukaran
teori di dalam sains bukan bersandarkan faktor rasional atau logik semata-mata, tetapi juga
dipengaruhi faktor psikologi dan sosiologi. Maka dalam sains kita boleh menerima teori A
sebagai benar dan di sudut yang lain kita boleh melihat teori B juga benar.
● Menurut Lyotard, sesuatu ketidakstabilan dihurai dengan mengenepikan kebenaran,
rasionaliti dan objektiviti.
● Kesimpulannya, fenomena relativisme pascamoden mengutamakan kebenaran yang
subjektif, kebolehubahan nilai, bersikap skeptisisme, anti-rasionalisme dan hanya
mementingkan pengalaman individu yang relatif. (Akter, S., 2018: 219).
● Kesannya menyebabkan penafian terhadap realiti yang membawa kepada kehilangan
makna sebenar sesuatu serta menafikan kebenaran mutlak seperti konsep ketuhanan.
(MAIS, 2015: 27).
MANIFESTASI RELATIVISME PASCAMODEN
● Disebabkan oleh pegangan tiada kebenaran mutlak, bagi pascamoden, sesuatu
perkara tidak boleh diterima begitu sahaja. Ia perlu dikaji dan dibuktikan terlebih
dahulu bagi mengelakkan masalah seperti melindungi pihak-pihak tertentu sahaja.
● Lyotard berpendapat relativisme pascamoden bukanlah penentu kepada sesuatu
perkara, ia menambah kepekaan terhadap pandangan yang berbeza dan
memperkuat kemampuan untuk bertoleransi (Setiawan, J. & Sudrajat, A., 2018: 31)
● TETAPI, apa yang dirisaukan dalam konsep toleransi di sini ialah relativisme
pascamoden menjadi alat dominasi Barat secara tidak langsung yang kemudiannya
membentuk fenomena penjajahan era baru atau hegemoni (penguasaan) kapitalistik
Barat.
● Proses globalisasi hari ini sebenarnya adalah simbolik hegemoni Barat dan
merupakan kesan proses modenisasi yang kini disambung oleh pascamodenisme.
● Para pemikir pascamoden menganggap gagasan modenisasi harus mengalami proses
penstrukturan supaya penguasaan Barat (“white supremacy”) boleh berlaku secara
menyeluruh sama ada dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.
● Ini bermaksud walaupun pandangan modenisme dan relativisme pascamoden berbeza,
tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu penguasaan/dominasi Barat.
7.3 IMPLIKASI RELATIVISME
PASCAMODEN DALAM KEHIDUPAN
IMPLIKASI RELATIVISME PASCAMODEN
1. Kepercayaan dan amalan beragama
- Penafian terhadap subjek dan realiti menyebabkan kehilangan makna sesuatu
- Membawa kepada isu penafian terhadap kebenaran mutlak.
- Ini menyebabkan sukar untuk mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak’ bagi sesuatu perkara
kerana tidak wujud panduan atau peraturan (Porteous, D : 2019: 14).
- Hal ini kerana elemen relatif lebih diutamakan dan tidak bergantung kepada
rasional dan wahyu.
- Persoalan falsafah dan aliran metafizik (berkaitan agama) dianggap tidak relevan.
- Peranan agama menjadi semakin terbatas dan ia muncul dalam kepercayaan
peribadi tetapi bukannya negara atau sistem.
- Ancaman liberalisme Barat terhadap agama.

2. Krisis nilai dan etika dalam kehidupan


- Amalan etika lebih bersifat mekanistik, duniawi dan cenderung berubah-ubah
mengikut faktor ruang dan waktu.
- Tiada asas kemutlakan dalam amalan etika dan nilai.
- Pembentukan nilai etika berasaskan pemikiran hedonisme.
3. Kemunculan gerakan hak asasi dalam memperjuangkan kelompok
minoriti dan devian
- Isu yang berlaku seperti gerakan feminisme dan isu Lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) mengubah struktur kekeluargaan dan
memberi kesan serius terhadap pembinaan generasi pada masa
hadapan.
4. Kerapuhan sistem kekeluargaan
- Meruntuhkan sistem hierarki (susunan) masyarakat Asia yang
meletakkan keluarga sebagai unit utama binaan masyarakat dan
negara.
- Menampilkan kecenderungan seksual dan heteroseksual yang tinggi
dan bebas daripada ikatan salah benar dan halal haram (MAIS, 2015: 8).
- Contoh: kehidupan tanpa nikah yang memberi implikasi dalam konteks
tanggungjawab dan hak dalam institusi kekeluargaan.
5. Sistem ekonomi konsumerisme
- Berkembang dan mewujudkan kapitalisme.
- Hanya mementingkan keuntungan dengan menggunakan imej, simbol serta prestij
- Tidak dapat memberi kegembiraan atau kesejahteraan sebenar kepada pengguna.
- produk yang dihasilkan dan dibeli oleh pengguna hanyalah satu gambaran palsu bagi
menunjukkan kegembiraan.
- Pengguna tidak mempunyai pilihan dan mereka perlu membeli pelbagai produk
dengan harapan dapat memenuhi keinginan untuk mencari kebahagian (Todd, D., 2012: 48).
6. Perubahan struktur sosial dan masyarakat
- Kehidupan masyarakat lebih individualistik
- Lahir kecenderungan anarki (tidak tertib) dalam tuntutan sosial dan pemikiran.
- Barat kehilangan arah. Daripada matlamat menjadikan manusia memiliki kualiti
manusiawi, tetapi lahir manusia yang haiwani dan rakus dengan strategi globalisasi
bagi mempertahan kehebatan sebagai bangsa bertamadun dari sudut kepentingan
mereka sahaja.
7. Penghasilan produk hiburan yang tidak mementingkan makna dan tujuan
- Boleh dilihat dalam bentuk lirik, muzik mahupun filem fiksyen dan imaginasi.
- Bercanggah dengan etika ketimuran dan hanya mementingkan keuntungan.
7.4 JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI
TERHADAP RELATIVISME PASCAMODEN
● Professor Ernest Garner di dalam bukunya Postmodernism, Reason and Religion,
mengatakan terdapat tiga aliran pemikiran utama masyarakat kontemporari:
1. Aliran Modenisme
2. Aliran Pascamoden/ Relativisme Pascamoden
3. Aliran keagamaan
● Aliran agama dan tradisi berpendapat bahawa relativisme pascamoden mempunyai
kelemahan seperti:
- Konsep kemajuannya tidak berpandukan agama kerana agama mempunyai
peraturan yang perlu diikuti dan tidak bercirikan anarki (ketidaktertiban)
- Keliru aspek bahasa, moral, logik, pengetahuan dan sebab.
- Manusia terperangkap dalam solipsisme (self-centred), kepentingan diri dan
keterasingan. Manusia hanya berada dalam satu ruang yang mereka ingini.
- Kecelaruan binaan epistemologi, ontologi dan aksiologi dalam memahami
makna kebenaran dan kebahagiaan.
- keliru dalam memahami tujuan kejadian manusia dan gagal membangunkan
manusia secara harmoni, seimbang dan bersepadu.
- hanya mampu menyelesaikan masalah fizikal tetapi mengabaikan unsur
spiritual. Akhirnya gagal mencipta kesejahteraan.
KESAN RELATIVISME PASCAMODEN TERHADAP FAHAMAN KEAGAMAAN
● Relativisme merupakan satu cabaran kepada fahaman keagamaan,
kerana kepercayaan tidak boleh diubah ataupun dicabar.
● Agama mempunyai kepercayaan yang diterima sebagai kebenaran
mutlak serta tidak boleh diragui, contohnya kepercayaan kepada Tuhan.
● Seorang relativis mungkin menerima fahaman Tuhan itu wujud, tetapi pada
masa yang sama juga menerima fahaman yang mengatakan Tuhan itu tidak
wujud.
● Masalah logik muncul di sini, kerana di dalam logik agama, kenyataan
ketiadaan Tuhan tidak boleh diterima.
● Ini menunjukkan relativisme membawa kepada percanggahan masalah
logik yang serius!
● Fahaman ini menafikan kewujudan hakikat/realiti/kebenaran yang mutlak
serta membawa keraguan terhadap agama.
● Justeru, dari sudut keagamaan, relativisme ditolak kerana sesuatu
kepercayaan itu bersifat mutlak dan tidak boleh diragui kebenarannya.
JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI ILMU TERHADAP RELATIVISME PASCAMODEN
● Dalam era pascamodenisme, kemajuan amat diutamakan, tetapi ketidakstabilan dan pelbagai krisis berlaku
berpunca daripada pengabaian aspek spiritual. Ini kerana pascamodenisme menolak peranan agama
untuk mencapai matlamat yang diingini (Hayness, J., 1997: 725).
● Hakikatnya, kemajuan tidak boleh hanya bergantung kepada hujah/rasional manusia semata-mata
kerana ia tidak mampu memahami sesuatu perkara secara menyeluruh. Wahyu (revelation) diperlukan
dalam menangani kelemahan ini.
● Hujah dan rasional menekankan ‘apa’ yang boleh dan tidak boleh. Tetapi wahyu yang menjadi
pegangan agama dikaitkan dengan ‘kenapa’ dilakukan (Akter, S., 2018: 222).
● Justeru agama memainkan peranan penting dalam mengatasi krisis. Antara kelebihan agama ialah:
- tidak ketinggalan zaman dan berkepentingan dalam pembangunan tamadun. Cth: Islam, Buddha,
Hindu, Kristian dikaitkan dengan kemunculan dan perkembangan tamadun atau peradaban
sebelum kemunculan modenisme dan pascamodenisme (Hayness, J., 1997: 717).
- Konsep keseimbangan - memenuhi keperluan spiritual, material, perpaduan dan kesejahteraan
- tidak menghalang hujah dan rasional berdasarkan kaedah saintifik, asalkan melindungi ilmu wahyu.
- berperanan menentukan tujuan kehidupan.
● Dalam tamadun Islam, agama tidak menentang kemajuan sains dan teknologi kerana ia adalah alat.
Nilai guna sains dan teknologi adalah matlamatnya. Jika sains dan teknologi membantu dalam
pembentukan rohani dan jasmani, maka ia sesuatu yang berguna kepada kehidupan manusia.
● Walau bagaimanapun, dalam mencapai sesuatu matlamat, agama perlu bebas daripada
pengaruh-pengaruh tertentu seperti politik atau kumpulan tertentu kerana agama bukan untuk
melindungi kepentingan pihak tertentu tetapi semua manusia.
PENYELESAIAN
● Jalan penyelesaian bagi mendepani cabaran relativisme pascamoden ialah
mengembalikan semula manusia kepada institusi agama dan tradisi keilmuan.
● Manusia memerlukan kerangka berfikir yang berasaskan epistemolgi, ontologi
dan aksiologi agama, sama ada dalam aspek keilmuan atau amalan.
● Kebenaran harus berpandukan kepada sumber wahyu (ilmu keagamaan) dan
bukan hanya tertumpu kepada rasionaliti, logik dan empirikal sebagai
mekanisme penyelesaian isu yang melibatkan peradaban manusia.
● Kesilapan dan kekeliruan dalam pascamodenisme perlu didedahkan berdasarkan
pandangan agama.
● Dalam konteks Malaysia, pembinaan identiti negara bangsa perlu kekal
berteraskan pegangan dan budaya atau tradisi amalan bagi setiap kaum di
Malaysia. Hal ini kerana pascamodenisme cuba untuk mempengaruhi masyarakat
bukan-Barat untuk mengagungkan ‘Barat’.
● Keutuhan identiti perlu bermula diperingkat kepimpinan tertinggi sehingga ke
akar umbi dan melibatkan setiap sistem sosial, ekonomi dan politik.
(Ismail, M., 2020: 84)
CONTOH: KAJIAN KES 1
Campur tangan kuasa-kuasa Barat di Asia boleh dilihat berlaku secara sukarela dan
paksa. Campur tangan yang berlaku secara sukarela boleh dilihat melalui Siam
(Thailand) yang menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1855, dan
begitu juga Annam (sebahagian daripada Vietnam) menandatangani perjanjian dengan
Perancis pada tahun 1862.
Hal ini berbeza dengan China dan Jepun kerana ia berlaku secara paksa. Kedua-dua
wilayah ini hanya membenarkan penglibatan kuasa Barat selepas mereka kalah dalam
peperangan atau serangan yang telah dilakukan oleh kuasa Barat.
Campur tangan kuasa-kuasa Barat secara tidak langsung menandakan bahawa
wilayah-wilayah Asia ini dijajah dan dikuasai dari semua aspek seperti politik, ekonomi
dan sosial. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hilang hak untuk menentukan
perkembangan dan proses pembangunan wilayah mereka. Selain itu, penduduk
tempatan menjadi hamba di wilayah sendiri.
agama v pascumodenisme X
modenisme v
Pandangan modenisme dan pascamodenisme dalam kajian kes 1:
● Modenisme: Apa yang telah dilakukan oleh Barat (masyarakat
sendiri/negara sendiri) kepada bukan-Barat (bukan-masyarakat/
bukan-negara sendiri) adalah sesuatu yang wajar untuk
memastikan perkembangan Barat.

● Pascamodenisme: Apa yang dilakukan oleh Barat kepada


bukan-Barat semasa zaman penjajahan tersebut adalah tidak
wajar kerana berlakunya penindasan atau tindakan yang hanya
menguntungkan satu pihak sahaja, tetapi satu pihak lagi
mengalami kerugian.
CONTOH: KAJIAN KES 2
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perdagangan
bebas adalah perdagangan antarabangsa yang tidak
dikenakan sebarang sekatan seperti kuota import
daripada sesebuah negara. tak ada cukai

Dalam perdagangan bebas, produk yang dijual kepada


pembeli adalah lebih murah.
Jika negara-negara membangun terlibat dalam
perdagangan bebas dengan negara-negara maju, ini
membolehkan masyarakat sesebuah negara membeli
sesuatu produk import dengan harga yang lebih murah.
agama X modernisme w
pascar
win-win situation
Pandangan modenisme dan pascamodenisme dalam kajian kes 2:
● Pascamodenisme: perdagangan bebas adalah sesuatu yang positif
kerana wujud persaingan yang adil kepada pihak-pihak yang terlibat
sebagai contoh “kuota import”.

● Modenisme: Jika pascamodenisme mengkritik “penjajahan” yang


disokong oleh modenisme sebagai salah satu bentuk ketidakadilan
atau penindasan, di sini modenisme juga boleh mengkritik
pascamodenisme sebagai tidak adil, menyokong penindasan dan ingin
memastikan kelangsungan Barat bukan sahaja sebagai kuasa dalam
ekonomi, tetapi juga politik dan sosial melalui “perdagangan bebas”.
Perdagangan bebas dikira sebagai satu bentuk penjajahan yang
berlaku secara tidak langsung.
Berdasarkan kepada kajian kes 1 dan 2, boleh disimpulkan
bahawa falsafah modenisme dan pascamodenisme
mempunyai perbezaan dan persamaan: tetap
● Perbezaan: Pandangan modenisme bersifat objektif
manakala pascamodenisme bersifat subjektif.
win-win situation of Likutkes tertentu

● Persamaan: matlamat kedua-duanya adalah sama,


iaitu memastikan kelangsungan Barat sebagai bangsa
yang berkuasa dan dominan.
CONTOH: KAJIAN KES 3

modenisme
-tak cantil

pasca
2 '+49"]

agama

Pada pandangan anda, adakah lukisan di atas boleh


dikatakan sebagai satu lukisan yang menarik, cantik dan
sempurna?
Pandangan modenisme dan pascamodenisme dalam kajian kes 3:
● Modenisme: Lukisan tersebut tidak menarik, tidak cantik dan tidak sempurna. Hal ini
kerana jika dilihat atau difikir secara logik, lukisan tersebut tidak memenuhi standard atau
kriteria lukisan yang menarik, cantik dan sempurna. Lukisan tersebut adalah satu lukisan
yang dilukis oleh mereka yang tidak tahu melukis.

● Pascamodenisme: Jawapan adalah berdasarkan kepada perspektif atau pandangan


individu kerana kesan daripada anarki sosial (setiap individu berpegang dengan keinginan
dan kehendak sendiri) yang menyebabkan tiada sesuatu standard yang khusus dalam
penilaian. Antara kemungkinan pandangan:
- Pascamodenisme A: Lukisan tersebut menarik, cantik dan sempurna
- Pascamodenisme B: Lukisan tersebut tidak menarik, tidak cantik dan tidak sempurna

Berdasarkan kepada kajian kes 3, pascamodenisme telah menyebabkan kesukaran dalam


menentukan sesuatu perkara kerana bagi mereka tiada kebenaran mutlak. Kebenaran mutlak
tidak dapat dihasilkan kerana tidak ada satu standard yang khusus yang boleh dijadikan
sebagai panduan.
KESIMPULAN
● Aliran pemikiran pascamoden atau relativisme pascamoden muncul
kesan daripada penentangan golongan intelektual Barat terhadap
kekuasaan gereja dan kelangsungan fahaman sekular moden.
● Aliran relativisme pascamoden sebenarnya bertentangan dengan
aliran pemikiran moden dari aspek epistemologi dan aksiologi.
● Dalam era globalisasi dan revolusi 4.0, aliran relativisme
pascamoden telah mengancam kesejahteraan peradaban
manusia.
● Hanya agama dan tradisi ilmu yang benar mampu menangani
cabaran ini.
RUJUKAN
● Akter, S. (2018). “Postmodernism And Its Reflection On Understanding Islam.” Journal of the Punjab
University Historical Society 31 (2), 217-255.
● Hayness, J. (1997). “Religion, Secularisation And Politics: A Postmodern Conspectus.” Third World Quarterly
18 (4), 709 – 728.
● Ismail, M. (2020). “Ideologi Relativisme Pascamoden.” Dalam Md Nawi, N.H. (ed). Modul falsafah dan isu
semasa (ms. 77 – 85). Kelantan: Universiti Malaysia Kelantan
● Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2015) Pasca modenisme dan kelangsungan Islam. Shah Alam: MAIS
● Porteous, D. (2019). A Christian view of postmodernism and it’s roots. Diperolehi pada Oktober 27, 2021.
https://www.semanticscholar.org/paper/A-Christian-View-of-Postmodernism-and-its-Roots-Porteous-Christian/
8a733c756990a960233a742bf41a9918b7bebac1
● Setiawan, J. & Sudrajat, A. (2018). “Pemikiran Postmodernisme Dan Pandangan Terhadap Ilmu
Pengetahuan.” Jurnal Filsafat 28 (1): 25-46. doi: 10.22146/jf.33296
● Todd, D. (2012) You Are What You Buy: Postmodern Consumerism and the Construction of Self. Diperolehi
pada Disember 21, 2021.
https://www.semanticscholar.org/paper/You-Are-What-You-Buy%3A-Postmodern-Consumerism-and-of-Todd/
c9ac6a89d4397cd04ae9af5819b1e0593d77d8c2

Anda mungkin juga menyukai