Anda di halaman 1dari 25

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

IDEOLOGI
SEJA RAH PERKEMBANGAN IDEOLO GI MODEN DA N
PASCAM ODEN

• Sejarah perkembangan ideologi moden dan pascamoden merupakan lanjutan daripada


pertentangan antara golongan cendekiawan dengan teologi Kristian pada era Renaissance.
• Gerakan ini melahirkan falsafah moden berasaskan faham humanisme. Setelah itu berlaku
revolusi sains dalam abad ke-17 dan bermulalah proses sekularisasi yang mengakibatkan
pemisahan secara total dalam lapangan ilmu pengetahuan dan agama.
• Tokoh utama adalah Francis Bacon (1561-1626) yang mengutarakan sains untuk menggantikan
agama bagi membawa kesejahteraan kepada kehidupan manusia.
• Rene Descartes (1596-1650) yang menyatakan kebenaran hanya boleh dicapai melalui sumber
akal rasional dan pengalaman.
• Sepanjang sejarah, lahir pelbagai teori dan aliran dalam memahami makna kebenaran dan ilmu.
TOKOH PROSES SEKULARISASI

RENE DESCARTES FRANCIS BACON


Menjelaskan cabaran ideologi relativisme
pascamoden sebagai reaksi kegagalan
modeniti.

Menjelaskan perkembangan fenomena dan


manifestasi relativisme pascamoden.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan implikasi relativisme
pascamoden dalam menafikan kebenaran dan
hakikat dalam kehidupan.

Menganalisis jawapan agama dan tradisi


terhadap cabaran relativisme pascamoden
dalam kehidupan semasa.
PENGENALAN

• Topik ini akan menelusuri sejarah perkembangan konsep modenisme dan pascamodenisme
yang melahirkan ideologi pemikiran relativisme pascamoden.
• Aliran pemikiran ini telah memberi kesan yang besar kepada sistem kehidupan dan
peradaban manusia sejagat.
• Topik ini juga menyentuh beberapa ciri pemikiran relativisme pascamoden dan bagaimana
ia tersebar pada era globalisasi.
• Turut difokuskan kepada implikasi dan cabaran pemikiran relativisme dalam kehidupan
serta solusi yang ditawarkan oleh agama dan tradisi keilmuan.
• Secara etimologi, konsep modeniti berasal
daripada perkataan Latin “modo” bermaksud
terkini atau sekarang.
• Fahaman ini berkembang dalam beberapa
bentuk seperti modeniti (fizikal), modenisme
(pemikiran) dan juga modenisasi sebagai
IDEOLOGI MODEN
suatu proses.
• Tunjang utama kepada ketiga-tiga konsep
tersebut ialah logik, rasional dan objektiviti
yang berasaskan kepada data empirikal
melalui pancaindera dan pengalaman
manusia.
• Tokoh falsafah Eropah era pencerahan (enlightenment) pada abad ke-18 seperti John Locke (1632-1704),
David Hume (1711-1776) dan Immanuel Kant (1724-1804) mengagungkan pencapaian sains dan kaedah
saintifik.
• Mereka percaya bahawa manusia boleh mencapai kemajuan dengan hanya menggunakan akal dan
meninggalkan nilai yang berasaskan kepada dogma keagamaan.
• Era ini ditakrifkan sebagai permulaan abad moden yang berterusan sehingga abad ke-20, lahir ahli falsafah
seperti Betrand Russell (1872-1970) dan Karl Popper (1902-1994) yang meneruskan aliran modenisme dan
positivisme.
Fahaman modenisme mendapat
tentangan daripada golongan
pascamoden yang mempertikai
konsep kebenaran mutlak
berasaskan logocentrisme
(berpusatkan akal), kaedah saintifik
IDEOLOGI dan objektiviti.
PASCAMODEN Pemikiran moden yang
menggerakkan modenisasi dan
revolusi industri telah
menghilangkan hubungan antara
manusia, merendahkan martabatnya
dan nilai tradisi kemanusiaan.
• Golongan pascamoden mengambil sikap bertentangan dengan sebahagian besar teori pemikiran moden seperti
idea “grand theory” oleh Karl Marx (1818-1883), Max Weber (1864-1920) dan Emile Durkheim (1858-1917).
• Pengistilahan pascamoden dalam bidang falsafah diperkenalkan oleh Jean Francois Leotard (1924-1998) pada
dekad 1970-an. Ia merupakan satu gerakan idea yang ingin menggantikan aliran pemikiran moden.
• Pemikiran pascamoden menyemak semula dan memperbaharui kembali paradigma pemikiran moden.
Mengkritik idea moden yang dilihat gagal untuk memartabatkan nilai kemanusiaan.
• Pemikiran moden telah membawa kemajuan kepada peradaban manusia tetapi
ia juga menghasilkan penindasan dan kezaliman kepada martabat kemanusiaan.
• Era moden telah menyebabkan malapetaka besar kepada kehidupan manusia.
Antara kegagalan pemikiran moden ialah penggunaan kekerasan sebagai suatu
kaedah dalam penyelesaian konflik. Pihak yang kuat mendominasi yang lemah.
Pemikiran moden gagal menyelesaikan permasalahan sosial dan kemanusiaan.
• Aliran pascamoden menentang semua bentuk keyakinan asas bersandarkan
kebenaran mutlak ajaran agama sama ada berlandaskan wahyu mahupun akal
rasional.
• Ideologi pascamoden menafikan autonomi individu untuk mendakwa apa yang dibuktikan benar
sebagai satu kebenaran.
• Tidak wujud konsep kebenaran bersifat universal seperti kebenaran yang dibuktikan oleh akal.
• Kebenaran adalah relatif, tiada sesiapa berhak mendakwa apa yang benar kerana tidak wujud
rujukan objektif untuk pembuktian benar atau palsu.
• Aliran pemikiran ini telah menyerap dan mencabar prinsip asas yang dipegang manusia moden
serta keseluruhan system kehidupan manusia.
• Gerakan ini cuba menggantikan sistem pemikiran moden termasuk ajaran agama dari aspek teori
dan praktis.
• Penyebaran idea pascamodenisme bergerak pantas melalui proses globalisasi dan revolusi
industri 4.0.
CIRI PEMIKIRAN PASCAMODEN

• 1. Dekonstruktif – mencabar teori moden dan ajaran agama.


• 2. Relativisme – kebenaran bersifat relative dan berasaskan nilai, konteks dan budaya
sesuatu masyarakat.
• 3. Pluralisme – kepelbagaian perlu diraikan dan ditoleransikan.
• 4. Tiada kebenaran mutlak.
• 5. Ketiadaan makna dalam kehidupan.
• 6. Kesaksamaan perwakilan – tiada dominasi ke atas pihak yang lain.
• 7. Pemikiran tidak ditunjangi dogma agama, adat dan prinsip moral.
• 8. campuran pelbagai nilai, budaya dan keyakinan.
• 9. Media massa baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan perilaku manusia.
• 10. Budaya konsumerisme.
• Kesemua ciri ini boleh difahami secara analitikal berasaskan kepada
tiga komponen utama:
Sejarah – Budaya –
1

3
Kaedah pemikiran dan
merujuk satu produk penteorian – satu cara
kepada era budaya dan gaya pemikiran dan
baharu yang hidup baharu. penteorian baharu
lahir dari tentang kehidupan
manusia kini dan akan
zaman moden.
datang yang mencabar
teori dan pemikiran
lama.
I M P L I K A S I D A N C A B A R A N R E L AT I V I S M E PA S C A M O D E N

• Pemikiran yang berbentuk relatif dan tidak diikat dengan satu sistem pemikiran yang
kukuh (berlandaskan wahyu dan akal rasional) akan memberi kesan negatif terhadap
epistemologi dan aksiologi yang memandu manusia untuk berfikir dan bertindak.
• Pendekatan pascamodenisme tidak mempunyai tunjang jelas dan tidak selari dengan
fungsi akal dan wahyu.
I M P L I K A S I D A N C A B A R A N PA S C A M O D E N R E L AT I V I S M E

1. Kepercayaan dan
amalan beragama
Liberalisme dalam
akidah dan agama yang
menjadikan semua
agama adalah benar dan
sama.
2. Krisis nilai dan etika dalam kehidupan
Pembentukan nilai etika berasaskan kepada
pemikiran hedonisme.
3. Kemunculan gerakan hak asasi dalam memperjuangkan
kelompok minoriti dan devian.
Memperjuangkan hak asasi yang melibatkan isu gender seperti
LGBT dan Gerakan feminisme.
4. Kerapuhan sistem kekeluargaan
Mempelopori kehidupan tanpa nikah
yang sudah tentu memberikan implikasi
dalam konteks tanggungjawab dan hak
dalam institusi kekeluargaan.
5. Sistem ekonomi konsumerisme
Mementingkan keuntungan dengan menggunakan imej dan simbol serta prestij.
6. Perubahan struktur sosial dan masyarakat
Kehidupan masyarakat yang lebih bercorak
individualistik.
7. Penghasilan produk hiburan yang tidak
mementingkan makna dan tujuan.
Ini boleh diperhatikan sama ada dalam
bentuk lirik, muzik, filem fiksyen dan
imaginasi.
AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN SEBAGAI JALAN
PENYELESAIAN

• Jalan penyelesaian bagi mendepani cabaran


relativisme pascamoden ialah mengembalikan
semula manusia kepada institusi agama dan tradisi
keilmuan yang kukuh.
• Kegagalan asas tamadun Barat sama ada dalam
konteks aliran pemikiran moden atau pascamoden
ialah kecelaruan binaan epistemologi, ontologi dan
aksiologi dalam memahami makna kebenaran dan
kebahagiaan hidup. Keliru dalam memahami tujuan
kejadian manusia dan gagal membangun unsur dan
potensi kejadian manusia secara harmoni,
seimbang dan bersepadu.
• Golongan pascamodenis menolak peranan agama
dalam menentukan tujuan kehidupan.
• Asas pembinaan falsafah moden yang berteraskan kebenaran akal dan faham
positivisme hanya berupaya menyelesaikan masalah fizikal bukannya unsur
spiritual secara seimbang dan sepadu.
• Ideologi pascamoden yang berpegang kepada relativisme dan menolak ajaran
agama mencetuskan kecelaruan dan tidak mampu memberi penyelesaian.
• Menurut Uthman el-Muhammady (2004), Islam
dengan tradisi keilmuan menawarkan beberapa
langkah penyelesaian:
1. Manusia memerlukan kerangka berfikir berasaskan
epistemologi, ontologi dan aksiologi Islam dalam
aspek keilmuan dan amalan. Kebenaran
berpandukan sumber wahyu, akal rasional, kalbu
dan pancaindera yang sihat.
2. Kesilapan dan kepalsuan serta kekeliruan aliran
pemikiran pascamodenisme perlu didedahkan
berasaskan pandang alam Islam.
3. Pembinaan identiti negara bangsa kekal berteraskan
budaya Melayu dan Islam serta budaya etnik lain.
4. Keutuhan identiti negara bangsa ini bermula
daripada kepimpinan tertinggi sehingga akar umbi
dan melibatkan sistem sosial, ekonomi dan politik.
KESIMPULAN

• Aliran pemikiran pascamoden berakar umbi daripada penentangan golongan


intelek Barat terhadap kekuasaan gereja dan kelangsungan fahaman sekular
moden.
• Aliran pemikiran ini bertentangan pula dengan aliran pemikiran moden dari
aspek epistemologi dan aksiologi.
• Aliran pemikiran ini menjadi satu ancaman kepada kesejahteraan peradaban
manusia.

Anda mungkin juga menyukai