Anda di halaman 1dari 26

PENGURUSAN BILIK DARJAH DINAMIK

Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti


Pendahuluan :
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk
mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah
pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek
memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki
gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan
mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK).
Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan
dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan
hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan
objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran
serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama.
Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif
dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan
sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran
dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru
untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran
dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi
meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.
Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber,
pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran
dan pembelajaran serta penilaian.
Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi
Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang
selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan
bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan
keberrsihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid
mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah
berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9
meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka
yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan
keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk
kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik
darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan
guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya
perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan
diri dan kumpulan secara kolektif.
Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan.
Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran
yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana
pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran
dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang
kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian
daripada keimanan.
Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian
daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan dan bahan
untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar
daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat
kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan
dan kemahiran yang kurang mantap.
Iklim Dan Aplikasi Bilik Darjah
Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang
baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai
pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai
sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang
lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-
arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.
Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu
berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan
kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya
kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah,
memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana
serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai
pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta
bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan.
Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam
penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi
dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik
antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu
penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (releven)
dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan sokongan-
sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif
dan produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam
satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak
dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan
utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan
murid..
Pengurusan Murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui
pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu
murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam
pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya
sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh
guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan
membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah,
akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban
pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang,
komonikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, juga
melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer, telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru
menggunakan kemahiran berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran
yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih
mudah dan berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah
menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak
ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.
Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik
darjah. Setiap yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru seharusnnya bijak
menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang dengan menghadiahkan
senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada
sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur, kemas yang bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum
jangka masa yang ditentukan, markah yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan,
atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlaan guru bagi meningkatkan
prestasi mereka.
Guru menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang bertujuan
membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku
negative. Guru sepatutnya mengelak diri daripada menggunakan pendekatan-pendekatan yang
bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menggalak murid menghargai pertumbuhan
pengetahuanh dan kemahiran diri.
Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra di antara
sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, meyeronokkan yang menyentuh
emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran
yang berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan
sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan
kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah
pembentukan modal insan yang berkauliti.
Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan
permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid
yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu
kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan, tetapi bagaimana guru menyusun
kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah pasukan yang mantap, melalui tindakan
guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia, pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai
pendekatan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan
komitmen guru bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang ditunjukan oleh guru bagi menhasilkan
bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan, bilik darjah ku, rumah ku.
Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana
seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid
dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa
murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi
jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan
bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .
Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan punca
permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi pak turut dengan permasalahan rakan mereka itu,
murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia bertindak sedemikian, cuba
membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan aktiviti pengajaran dengan banyak
berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan
dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga
sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran, ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan
pedekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan
tetapi pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi
yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan,
berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk
membentuk perangai mereka yang kadangkala mengambil masa yang agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid, antaranya ialah
senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib murid patuhi sepanjang
masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab dan objektifnya. Membiasakan diri
datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap pencapaian murid, yang dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa
tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut, guru tidak melengah-lengah waktu untuk
memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk mengelakkan
murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran, banyak
merangsangkan minda mereka dengan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka
(sense humor), dan pujian supaya suasana senstiasa ceria, di samping memberi teguran umum yang
berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru juga menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil
kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan
hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan
pembelajaran.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah, merupakan
tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa
pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik
bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan,
peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk
tahun semasa selaras dengan perancangan staregik sekolah.
Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti
pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik
darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan,
sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan
dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan,
kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan
pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan
sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong
ke arah kecemerlangan murid.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.
Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat
tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Perkara-perkara yang melibatkan innovasi
dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti
dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian,
penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti
dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid
akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari
murid.
Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat
pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid. Diperluaskan kepada
kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip
umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap
keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan jasmani, merangsang minat dan
menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-
nakutkan dan mengungut murid, sebaliknya memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan,
tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil
kira kemampuan murid, pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai
oleh murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi
mereka.
Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk
kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik yang sedia ada atau
menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina model-model tersendiri, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan
emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian pengajaran, mengembangkan
kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan komunikasi berkesan, penggunaan
bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur
dan mengemukakan pandangan, berhujah dan berdailog,
Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan yang
lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid melahirkan
pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan, serta mendapat maklum
balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan
membina pelbagai kemahiran, yang boleh meningkatkan kecekapan, dan meluaskan skop
pembelajaran, yang bermatlamat bagi meningkatkan pengajaran guru.
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi
seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak
sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan
tentang pengajaran dan pembelajaran.
Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik,
flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk
membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang
berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan psikologi, dorongan dan sokongan,
mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri murid.Kepakaran guru diukur dari
aspek inisiatif, dedikasi, perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam
organisasi yang dapat mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi
menjayakan wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses
pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang
merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran.
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek
kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah
diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang disukai murid antaranya ialah yang
sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas
dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, tenang menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif,
berjaya menyelesaikan konflik, dan tidak mudah menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan
ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka
seperti anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan,
tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui
pengetahuan tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan perkara-
perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid,
menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid dan tidak
memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran yang
mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid.
Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikembangkan seharusnya mengikut instrumen yang telah
ditetapkan oleh bahagian-bahagian pengurusan di atas. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral adalah
satu-satunya jabatan yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan dan menyelaraskan instrumen-
instrumen berkenaan untuk digunapakai oleh organisasi di bawah kawalan. Modul pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan oleh JAPIM telah melepasi piawai yang dikehendaki oleh pengurusan
sekolah dan jemaah nazir sekolah. Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam modul
berkenaan iaitu hasil pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi, perkembangan
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.
Set induksi :
Merupakan suatu perkara atau proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran yang
bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran, set
induksi yang menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang hendak disampaikan guru,
murid memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan pengajaran tajuk yang sebenar, mendorong
pelajar untuk mengetahui isi pengajaran, dan pemusatan mental murid kepada satu konsep atau
pendekatan yang hendak dikemukakan oleh guru.
Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti tayangan sedutan
filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab,
mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang kontroversial, klip vedio tentang sesuatu
panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan
yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan
dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak
diajar, dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran
dan pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit.
Perkembangan isi pelajaran :
Perkembangan isi pelajaran berlaku secara berurutan dengan set induksi, bagi matapelajaran Pendidikan
Islam langkah-langkah perkembangan dibahagikan kepada tiga aras. Aras pertama adalah aras asas dan
semua murid kelas yang di ajar hendaklah menguasai aras ini, sekiranya gagal mereka dikehendaki
mengikuti program pemulihan melalui pendekatan yang lebih mudah seperti menyediakan soalan-
soalan yang mudah difahami serta nota ringkas dan mereka membaca dan memahami nota dengan
bimbingan guru kemudian menjawab soalan manakala murid-murid lain akan terus ke aras kedua iaitu
meneruskan perkembangan selanjutnya, setelah itu guru membuat penilaian, sekiranya ada yang gagal,
murid-murid berkenaan diberikan program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai, murid-
murid lain terus ke aras ketiga sehingga selesai dan diikuti dengan penilaian yang terakhir dipenghujung
pengajaran dan pembelajaran.
Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang lebih
kompleks, langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pengajaran
yang sesuai, secocok dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk terus menghayati ilmu yang
sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa
yang telah ditetapkan, jika tidak, pembaziran masa akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat
diselesaikan. Setiap isi pelajaran yang diperuntukkan dalam masa tersebut dapat dinyatakan, difahami,
dan sebahagian murid pula dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.
Pembinaan modal insan yang berkualiti yang menjadi agenda Negara sewajarnya dipupuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani seharusnya disemai
melalui aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang berterusan supaya ianya menjadi
amalan, penghayatan dan pembudayaan. Penyerapan dengan matapelajaran yang lain, termasuk
prinsip-prinsip Islam Hadhari, penggabungjalinan dengan tajuk-tajuk lain, serta penerapan nilai. Guru
menggunakan berbagai kaedah dan teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu di samping menjana
kemahiran berfikir, termasuk kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan
berintraksi, kemahiran menulis, kemahiran berhujah, kemahiran imiginasi dan sebagainya, bagi
membentuk kemenjadian murid.
Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berksan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan bantuan belajar
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan, bahan maklumat tambahan
dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang lebih releven dengan hasil
pembelajaran serta isi pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa
pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber
berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan
sesuai dengan keadaan semasa.
Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal melahirkan insan
yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat
dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan
keinnginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu
menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang
bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal
melahirkan modal insan yang berkualiti.
Pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran :
Pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan maklumat tentang perubahan
tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu set soalan atau tugasan murid yang meminta mereka memberi
respons atau tindakbalas. Ujian yang dijalankan yang berfokus kepada satu atau lebih unit pembelajaran
adalah sebagai pengukur keberkesanan hasil pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah diperolehi
tentang sesuatu isi pelajaran yang telah dihasilkan dalam aktiviti pembelajaran. Ujian petempatan pula
adalah bertujuan menguji pengetahuan yang sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang
berikut, dan ujian diagnostik adalah bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru menentukan kaedah
pemulihan dan pengukuhan yang akan dilakukan selepas ujian tersebut.
Pengukuran merupakan suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan tahap keberkesanan pengajaran
guru dan pembelajaran murid. Alat pengukuran yang biasa digunakan oleh seseorang guru. Tujuan
pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil pembelajaran, mengesan kemahiran,
kemajuan yang telah dicapai dalam pembelajaran yang lain serta membuat refleksi terhadap
kemampuan dan penguasaan seeorang murid. Cara pengukuran boleh dilakukan dengan kaedah yang
pelbagai bagi mendapatkan data kuantitif, bagi menunjukkan pencapaian dalam isi pelajaran yang
diukur.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau tahap sesuatu yang
diukur itu boleh diterima atau tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah iaitu mendapatkan maklumat
melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran dan membuat sesuatu
pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran. Selain daripada ujian, penilaian boleh dilakukan melalui
soal selidik, senarai semak, bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian dan tingkahlaku murid
secara menyeluruh.Kepentingan penilaian dalam bilik darjah, antaranya membantu guru merancang
strategi pengajaran setelah mengetahui punca kelemahan dan merancang program pengukuhan, dan
menentukan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat
laporan kemajuan pelajaran. Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru membuat
tindakan susulan. Membantu Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, kaunselor, Guru Bidang dan juga Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi melaksanakan berbagai
pendekatan membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.
Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil pembelajaran telah
selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian murid sama ada boleh diteruskan ke
hasil pembelajaran yang berikutnya. Sekiranya mejoriti murid gagal dalam ujian ini, guru seharusnya
melakukan pemulihan atau pengulangan dalam kaedah atau pendekatan yang lebih mudah. Jika
sebilangan kecil murid yang gagal, maka murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan melalui bimbingan
atau menyediakan tugasan tertentu dan dalam masa yang sama pengajaran dan pembelajaran murid-
murid yang berjaya diteruskan ke aras atau hasil pelajaran yang berikutnya.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakasanakan di akhir semester atau tahun seperti peperiksaan
akhir tahun, peperiksaan semester I, peperiksaan percubaan dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk
menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi penganugerahan atau sijil. Bidangnya menjadi
lebih luas yang mencakupi semua perkara yang perlu dikuasai murid bagi setiap mata pelajaran. Guru
juga menggunakan keputusan tersebut sebagai menilai semula keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Beberapa jenis ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian rujukan kriteria, ujian rujukan
norma, ujian objektif, ujian subjektif, ujian tara, ujian buatan guru, ujian bukan bertulis, ujian bertulis,
ujian kepantasan dan ujian daya.
Ujian rujukan norma ialah ujian yang bertujuan membanding pencapaian seorang murid dengan murid
yang lain. Soalan-soalan yang dikemukakan terdapat aras mudah, sederhana dan sukar. Ujian rujukan
kriteria ialah pencapaian seseorang murid diukur dan dibandingkan dengan kretiria yang telah
ditentukan contohnya untuk mendapat markah yang penuh bagi sesuatu soalan atau tugasan maka
murid berkenaan perlu memenuhi aspek-aspek yang telah ditentukan. Soalan-soalan dalam ujian ini
adalah hampir sama aras kesukarannya, guru dapat membayangkan tahap pengetahuan dan kemahiran
yang dicapai oleh murid yang berkenaan. Ujian rujukan kretiria ini lebih mengutamakan pembelajaran
bahagian-bahagian tertetu bukan keseluruhan.
Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek iaitu beberapa perkataan sahaja
atau menandakan jawapan mana yang betul, contohnya ujian aneka pilihan, salah-betul, padanan, isi
tempat kosong dan lengkapkan dan pemeriksa akan memberi markah yang sama dengan pemeriksa
yang lain. Ujian subjektif, ialah soalan yang bertujuan untuk menguji pengetahuan, kefahaman dan
kebolehan murid itu berfikir, menganalisis, membuat sentisis dan penilaian. Calon diberi kebebasan
untuk memberi jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan ini terbahagi kepada soalan yang
memerlukan jawapan yang ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang tiada had.
Ujian tara ialah ujian yang mempunyai prsedur pentadbiran dan permarkahan yang setara dengan murid
di tempat yang lain sama bagi satu daerah, negeri atau Negara. Ujian buatan guru adalah ujian yang
disediakan untuk mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bagi mata pelajaran
tersebut. Ujian bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun sama ada berbentuk objektif atau subjektif.
Ujian bukan bertulis dikatakan sebagai ujian perlakuan, yang tidak menggunakan perkataan kecuali
semasa memberi arahan. Contohnya, murid menyusun kembali keratan-keratan gambar supaya menjadi
gambar yang lengkap. Ujian bertulis iaitu ujian yang perlu dijawab menggunakan perkataan yang ditulis
di atas kertas.
Ujian kepantasan ialah ujian yang mengandungi jumlah soalan yang banyak dan perlu diselesaikan
dalam jangka masa yang terhad dan hampir sama aras kesukarannya. Ujian Daya ialah ujian yang terdiri
daripada soalan-soalan yang berbeza-beza aras kesukaran dan markahnya tertakluk kepada jumlah
soalan yang dijawab dengan betul, masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dimana mejoriti pelajar
dapat menyelesaikan semua soalan.
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu
senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk
menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Tujuan utama pembinaan JSU untuk
mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan, menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian,
menjadi garis panduan kepada penggubal soalan, menstabilkan aras kesukaran yang ditentukan oleh
pihak bertanggungjawab, dan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain.
Ciri-ciri utama JSU ialah penentuan tajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, paksi menegak adalah tajuk
atau isi pengajaran, paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan soalan, dan menetukan
kesahan setiap ujian. Prosedur pembinaan JSU iaitu bermula dengan langkah pertama iaitu memilih hasil
pembelajaran yang hendak diuji, menyenaraikan isi atau tajuk-tajuk, dan membina carta menegak dan
melintang.
Rumusan, tugasan dan refleksi :
Guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik,
bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru boleh menggerakkan
murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan juga boleh dipindah
dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main
peranan.
Tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada
pencapaian hasil pembelajaran, tugasan boleh dijelmakan dalam bentuk pemantapan isi seperti
meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan
pengukuhan seperti membuat rujukan di perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat
kajian-kajian luaran, menulis dalam bentuk karangan dan sebagainya.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau
cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran
berikut dapat dilaksakan dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan.
Penutup
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala
perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang, di antara
perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja
atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh
diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam pengurusan masa.
Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam
tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan
berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi peralatan yang
terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki
wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah
dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh
mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang
sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW
bermaksud, sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun.
(Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan
sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.




DEFINISI & ELEMEN PENGURUSAN BILIK DARJAH

DEFINISI
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan,
kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya
termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan
tempat terpenting di sekolah. Lebih penting lagi, bilik darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama
kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu mempunyai gaya kepimpinan, kemahiran
merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK).

Berikut merupakan definisi Pengurusan Bilik Darjah mengikut pandangan sarjana :

Jacob Kounin (1970) :
Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada
berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

Marland (1975) :
Suasana fizikal bilik darjah merupakan 'kawan' atau 'musuh' dalam pembelajaran.

Alberto & Troutman (1986) :
Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang,
sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang
sesuai untuk pembelajaran.

Lemlech (1988) :
Pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan
pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.

Richards (1990) :
Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa
pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guey R. Lefroncis (1999) :
Sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan
memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan
disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran.

Levin dan Nolan (2004) :
Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam
pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah itu sendiri.


Gambar : Suasana Bilik Darjah

ELEMEN
Terdapat 5 elemen Pengurusan Bilik Darjah, iaitu :
Merancang
Melalui perancangan, guru akan merujuk sukatan pelajaran bagi menentukan objektif dan hasil
pembelajaran. Maka, guru dapat menentukan pendekatan, strategi dan kaedah mengajar yang
paling sesuai berdasarkan perbezaan gaya pembelajaran murid. Selain itu, guru akan
membentuk aktiviti yang sesuai dengan pencapaian murid.

Mengelola
Dalam mengelola, guru perlu memastikan kelancaran proses pembelajaran. Justeru, guru perlu
memberi arahan yang jelas kepada murid. Sebagai contoh, arahan yang jelas penting semasa
guru memaklumkan peraturan, prosedur dan mengatur aktiviti.

Mengawal
Elemen seterusnya ialah mengawal, iaitu bermaksud guru perlu memantau, memastikan
muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan sedang melibatkan diri dalam pembelajaran.
Lebih penting lagi, dalam mengawal, guru perlu memastikan murid yang memerlukan bimbingan
mendapat perhatian yang cukup. Sebaliknya, murid yang dapat menguasai konsep pelajaran
diberi aktiviti pengayaan.

Membuat refleksi
Seorang guru yang berkaliber akan menganalisis dan menilai keberkesanan pendekatan,
strategi, kaedah mengajar dan bahan bantu belajar yang digunakan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya keberkesanan kurang sesuai atau kurang mantap, guru
mestilah bersedia membuat perubahan dan mencuba alternagtif lain.

Menjalin hubungan guru-murid
Hubungan antara guru dengan murid yang baik ialah apabila guru mengamalkan demokrasi di
dalam bilik darjahnya. Kepentingannya ialah murid berpeluang membuat keputusan dalam
pelbagai situasi. Hal ini menjadikan murid lebih rasa dihargai dan diberi perhatian yang cukup.
Selain itu, mereka turut merasakan perasaan selamat, hormat, yakin dan sayang kepada guru.


ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH
Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah.
Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti
pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah
merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau
menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau
ditentukan oleh guru.
Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan
menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar,
papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.
Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja.
Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah
persekitaran dan iklim yang sedemikian.Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim
dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya
dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan.
Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam
penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal
tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta
hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.
Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan
kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun
sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi
merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah.
Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi
fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru.
Meja guru.
Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi
gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua
murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.
Kerusi dan meja murid.
Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh
guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid.
Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan
masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan
keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.
Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan
ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru
harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu
berseorangan.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar,
tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan,
bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan
peralatan pembelajaran.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi
dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping
mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan
salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.

Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam
bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik
darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku
manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang
mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru
memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah
yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh
guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan
membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah,
akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban
pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang
efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya
yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah.
Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara
mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku
sekiranya tidak wujud komunikasi.
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang
dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah
berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah
berlaku.Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk
menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada
pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir
daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud
antara mereka.
Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah
ialah:
1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya
amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak
akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas
menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.
2. Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat
yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas
dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan
mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.
3. Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru
merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi
penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan
suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan
mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.
4. Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru,
seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid
yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi
berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat
mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.
5. Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi
yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan
berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok-
kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

Ketiga, aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Pengajaran dan
pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang
ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan
mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim
dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.
Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku
yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.
Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya
mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.
Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:
1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.
Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif
dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam
kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan
aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar
dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan- percubaan
berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif
melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas.
2. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.
Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada
setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak
bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.
Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:
1. Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik
darjah.
2. Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah
ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid.
3. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri
dalam pembelajaran secara aktif.
4. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.
Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab- kitab
tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan
para pendidik umumnya.
Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan,
dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.
3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid
murid.
Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid-
murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan
lebih bermakna kalau dikaitkandengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu
memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami.
Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
4. Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.
Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap
murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid
boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar
belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru
perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid.
Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid
yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna
seterusnya objektif dapat dicapai.
5. Melakukan perancangan dalam pengajaran.
Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah
dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan
pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang
hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang
memerlukan kepada modul.
Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang
berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan
dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama
antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada beberapa
langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini,
guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan
ianya bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh
guru
Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.Disiplin murid merupakan salah satu
aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin
dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran
pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru
yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana
kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal
persekitaran bilik darjah.Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud
hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang
bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan
sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut
peraturan- peraturan yang diterima umum.Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa
menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan
tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu
berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang
akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran
fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan
dengan masyarakat.
Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:
Guru kurang berfungsi.
Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan
sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya
amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi
tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid-
murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam
bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
Wujud kumpulan tertentu.
Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan
murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik
berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula
akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah
disiplin yang lain.
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan
modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang
baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap
yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
Halangan komunikasi.
Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid
akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi
mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan
malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang
pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.
Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Ganjaran perlakuan yang baik.
Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan
memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan
merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.
Penggunaan bahasa isyarat.
Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan.
Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala kearah
murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara
guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah
yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar
ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti
pengajaran guru.
Gunakan kaedah kaunseling.
Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk
masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling
mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.


Isu-isu Berkaitan Profesionalisme Keguruan Ke Arah Pembentukan GuruUnggul
Pada era tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuankepada
masyarakat setempat. Sumbangan guru sangatlah besar dan menjadi pemangkinkepada pembangunan
negara. Di samping itu, guru bukan sahaja memberikan ilmu kepadamasyarakat malah menjadi panduan
serta rujukan masyarakat pada zaman ini.Pada masa itu juga, guru mengajar masyarakat Melayu
berorganisasi dalam bidangsosial dan arena politik. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup, menanam
dan menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalammajalah-
majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkankesedaram tentang untung
nasib dan survival bangsanya yang ketinggalan dalam bidangekonomi dan politk, tentang kesedaran
maha pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan masa depan yang lebih cerah.Kini profesion
keguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain
seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain.Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka
masih boleh menjadi gurusandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia
ada.Kini tugas menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar.Tugasnya yang banyak
serta pelbagai memaksa para guru menumpukan perhatian, masa,tenaga, kepada pelbagai jenis
komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran dan peningkatan profesionalisme. (Esah Sulaiman,
2003)Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaituuntuk
mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yangtidak mengenal
huruf, tidak tahu memngira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi
manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001)Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat
terhadap guru dan profesionnya telah berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru,
sekarang profesion keguruanseakan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan
kerja. Adakalanya jugaseringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat.
3.1Bebanan kerja guru dan kurang insentif yang diterima.
Beban kerja guru bertambah adalah antara isu utama yang sering diperkatakan dalam profesion seorang
guru. Selain itu, cuti pada setiap Sabtu yang dinikmati sebahagian guru juga mungkin sudah menjadi
sejarah. Kini guru bertugas pada hari tersebut untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum, bermesyuarat
selain mengajar kelas ganti ataupun kelasganti bagi cuti perayaan. Hal ini belum termasuk beban
tugas yang dibawa pulang ke rumah contohnyamenyemak tugasan pelajar serta membuat persiapan
mengajar yang memerlukansesetengahnya bersengkang mata hingga larut malam. Sememangnya guru
wajar menerimakenyataan bahawa mereka yang memilih bidang ini sebagai kerjaya. Jadi mereka
perlulahmenerima beban tugas yang diberikan tanpa banyak soal.Menurut Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), HashimAdnan, menyatakan bahawa masalah beban tugas
guru adalah bertugas pada setiap Sabtusememangnya antara aduan paling banyak yang diterima
kesatuan termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kebelakangan ini. (Ridzuan Yeop, 2010, Mei).
Seperti yang kitaketahui, tugas hakiki guru adalah mengajar tetapi mereka turut dibebani tugas lain yang
tiadakaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas seperti pentadbiran
mahupun pekeranian.
3.2Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar yang begitu ramai. Tambahan pula, guru perlu melayani
setiap karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi.Dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini, guru turut berhadapan dengan masalahyang berkait secara
langsung atau tidak langsung dengan tugas hakiki sebagai pendidik. Guru perlu mengendalikan murid
bermasalah, menghadapi konflik dengan pihak pentadbiran,kritikan masyarakat, kekangan sumber dan
sebagainya. Perkara yang dihadapi guru padamasa kini bukan sahaja datang daripada pihak sekolah, bilik
darjah atau murid tetapimerangkumi harapan dan ekspektasi daripada masyarakat dan negara.
Perkembangan duniatanpa sempadan menuntut guru untuk melihat proses pengajaran dan
pembelajaran dalamkonteks yang lebih luas dan bukannya dalam konteks tradisional lagi. Guru masa
kini perlumenjalankan tugas yang diamanahkan untuk mendidik generasi muda menjadi
warganegaraseperti yang diaspirasikan oleh masyarakat dan negara.Justeru, profesion keguruan yang
semakin mencabar dalam era globalisasi inimenuntut guru untuk mempersiapkan diri secara fizikal dan
emosi untuk memastikan prosesmendidik anak bangsa berjalan lancar di samping memenuhi tuntutan
dan harapan ibu bapa,
aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsungakan membantu guru memfokus
kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.ii.Kementerian Pelajaran perlulah mengoptimumkan
pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan. Dalam konteks ini,sektor swasta
mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar
dan pedalaman.Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat olehsyarikat swasta,
tidak kira yang besar mahu pun kecil.iii.Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar secara aktif di
sesebuahsekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan
ceramah menghadapi peperiksaan terutamanya.iv.Mewujudkan persatuan pesara guru telah
dicadangkan bagimembolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itumenyalurkan idea serta
pengalaman yang ada untuk membantuKementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan,
termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.Selain pendekatan di atas,Prof
Madya.Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yangmerupakan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Nasional(PIBGN) menyatakan bahawa jawatan pembantu guru perlu diwujudkan segera
bagimembantu guru yang turut melaksanakan tugas pentadbiran.5.2Berhadapan dengan pelbagai
ragam pelajar yang begitu ramai. Tambahan pula, guru perlu melayani setiap karenah ibu bapa,
masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi.5.3Wujud profesion lain yang
lebih baik hasilnya daripada profesion pendidikan dan pembelaan pula kurang dan masih tidak
memuaskan hati guru.

5.4Tuntutan perubahan semasaGuru boleh melakukan peningkatan profesionalisme melalui latihan
dalam perkhidmatan.Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih
semulasemasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan
memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini.
6.0Penutup
Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbanganyang
diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman danmengamalkan
nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat.Perkembangan dan perubahan yang
berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap
profesion keguruan.Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburioleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan,
kewibawaan,kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping
menuntutkesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era
globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan.Skim
perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek pengambilan, latihan dan
penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmatiskim yang setara atau lebih baik
daripada skim perkhidmatan profesional yang lain.Pendekatan yang mewujudkan laluan kerjaya
profesion keguruan yang lebih menarik akanmeningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion
keguruan, menarik minat individu lainuntuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan
mengekalkan guru-guru berkualitidan sekali gus memartabatkan profesion keguruan yang mulia
ini.Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangiorang lain masih
relevan dalam era globalisasi. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru

harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entitidunia yang
berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-
hati.Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir
kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulumyang menjadi intipati
kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum. UsahaKementerian Pendidikan untuk
memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpaguru siapalah kita hari.BibliografiAbu Bakar
Nordin dan Ikhsan Othman (2003)
Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
TanjongMalim, Perak Darul Ridzuan: Quantum Books.Anon (2010) Ciri-ciri Dan Potensi Diri Guru
Berkesan Dalam Merealisasikan PendidikanCemerlang. Diperolehi pada 3 Ogos 2010
daripadahttp://www.angelfire.com.Boon Pong Ying (2005)
Amalan Relektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru
.Diperolehi pada 16 Julai 2010 daripadahttp://www.scribd. com.Drs.Ali Imron, M.Pd (1995)
Pembinaan Guru Di Indonesia.
Jakarta: PT Dunia PustakaJaya.Drs. A.Samana, M.Pd (1994)
Profesionalisme Keguruan
. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.Esah Sulaiman (2003)
Amalan Profesionalisme Perguruan
. Skudai, Johor Darul Tazim:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.Ibrahim bin Ahmad (2003)
Profesion Keguruan Pilihan Terakhir ? : Suatu Tinjauan.
Diperolehi pada 3 Ogos 2010 daripada http://www.scribd.com

Anda mungkin juga menyukai