Anda di halaman 1dari 18

1

PENDAHULUAN

Pada era tahun 60 an, guru dianggap insan yang terpilih untuk membawa ilmu
dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangatlah besar dan
menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Di samping itu, guru bukan sahaja
memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan serta rujukan
masyarakat pada zaman ini. Pada masa itu juga, guru mengajar masyarakat Melayu
berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah Melayu juga
meniup, menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan yang
banyak diterbitkan dalam majalah-majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca
sehingga menimbulkan kesedaram tentang untung nasib dan survival bangsanya yang
ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politik, tentang kesedaran maha pentingnya
pendidikan tinggi sebagai satu jaminan masa depan yang lebih cerah.
Kini profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di
bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain.
Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru
sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.Kini
tugas menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar.Tugasnya
yang banyak serta pelbagai memaksa para guru menumpukan perhatian, masa,tenaga,
kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran dan peningkatan
profesionalisme. (Esah Sulaiman, 2003)
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama,
iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari
keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca
kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari,
2001). Tetapi persoalannya mengapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan
profesionnya telah berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru,
sekarang profesion keguruan seakan terpinggir dan sudah berada dalam kategori
terakhir pemilihan kerja. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika
berlaku kepincangan dalam masyarakat.
2

Hakikatnya kini, tugas guru bukan sekadar mengajar pelajar-pelajar sahaja tetapi
guru juga banyak terlibat dalam tugas-tugas pengurusan di sekolah. Perkara ini sedikit
sebanyak telah menjejaskan tumpuan utama guru iaitu mengajar dan mendidik para
pelajar di sekolah. Hal ini kerana guru lebih tertumpu kepada kerja-kerja pengurusan
sehingga mengabaikan tugas mengajar dan mendidik yang sepatutnya menjadi bisnes
utama seorang guru semasa di sekolah.
Hal ini berbalik kembali kepada individu guru tersebut. Tugas-tugas pengurusan
perlu dilaksanakan juga dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pendidikan
murid-murid di sekolah. Guru perlu lebih bijak dalam menguruskan tugas-tugas di
sekolah agar profesion keguruan ini terus dipandang mulia oleh masyarakat dan dapat
memberi manfaat yang besar kepada ummah seluruhnya.













3

BIDANG TUGAS PENGURUSAN

Dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah, guru-guru telah diberikan garis
panduan tentang bidang tugas masing-masing agar segala urusan di sekolah diurus
dengan baik dan dilihat dari semua aspek sama ada kurikulum dan kokurikulum
mahupun pengurusan sekolah itu sendiri. Perkara ini penting kerana dalam menjaga
nilai integriti sesebuah profesion, semua guru perlu memainkan peranan masing-
masing dalam menjayakan tugas sebagai guru yang bukan hanya mengajar dan
mendidik tetapi bertanggungjawab menguruskan tugas-tugas pengurusan lain di
sekolah.
1) Guru Besar

Di sekolah, guru besar berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin
pengajaran. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan
pengajaran, guru besar berperanan menjalankan tugas seperti mengatur dan
melaksanakan jadual waktu dan kalendar sekolah, menguruskan surat menyurat,
mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani, mengumpul dan menyusun data,
memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar,
mengurus perbelanjaan sekolah, memastikan kemudahan dan harta benda
sekolah digunakan sebaiknya, dan menjalin hubungan antara sekolah dan
pelbagai badan awam di luar.

2) Penolong Kanan

Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan
bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi
pengajaran guru dan pembelajaran murid serta menyediakan khidmat bantu
secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

4

3) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar
untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan
penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Jawatan
Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak
pentadbir (guru besar/pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju,
pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar,
dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya pelajar-
pelajar.

4) Penolong Kanan Kokurikulum

Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran,
mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam
aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020.

5) Guru Kanan Mata Pelajaran

Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, dan memainkan peranan
positif berkaitan dengan jenis mata pelajaran di bawah kawalannya. Guru Kanan
Mata Pelajaran bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat bantu yang
secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan
pembelajaran di dalam sistem pendidikan sekolah berjalan lancar.


5

6) Guru Perpustakaan dan Media

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) berperanan penting menyokong visi dan
misi sekolah, membangunkan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan menilai
keberkesanan Pusat Sumber Sekolah. Beliau juga perlu bekerjasama dengan
pentadbir dan guru untuk merancang pelan pembangunan Pusat Sumber
Sekolah dan menyokong pelaksanaan kurikulum. GPM perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran menyediakan maklumat dan berkebolehan
menyelesaikan masalah. Beliau perlu mengetuai program, aktiviti dan kempen
galakan membaca dan galak guna PSS. GPM juga perlu mempunyai kepakaran
dalam menggunakan pelbagai jenis sumber bercetak, bukan cetak dan digital.
Beliau perlu menyedia dan menguruskan semua dokumen dan rekod berkaitan
perolehan, pendokumentasian dan perkhidmatan perpustakaan.

7) Guru Data

Guru data bertanggungjawab kepada Penolong Kanan dan Pengetua, serta
berhubung rapat dengan pegawai data di pejabat pelajaran daerah dan jabatan
pelajaran negeri. Guru data perlu melaksanakan kemas kini maklumat guru,
termasuk pentadbiran sekolah, dari masa ke masa. Norma perjawatan guru data
ialah berasaskan sekolah, iaitu tertentu kepada sekolah yang berkenaan sahaja.
Andai kata guru data berkenaan berpindah sekolah, atau menyambung
pengajian, maka jawatan guru data yang disandang akan luput secara automatik,
melainkan menerima lantikan semula. Lazimnya, jawatan guru data
diamanahkan kepada guru yang memiliki kemahiran sistem komputer dan
jaringan.





6

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)

PENDAHULUAN
Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan
(rujukan KP (BS-DSR)8787/008/2 (10) bertarikh 18 Julai 2005), Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai
program berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan itu, melalui Waran Peruntukan
B.41 Kementerian Pelajaran Malaysia, setiap sekolah telah diperuntukkan seorang
Guru Perpustakaan dan Media Sekolah ( Penyelaras Pusat Sumber Sekolah ) sepenuh
masa.
Pelantikan ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan
dan kepimpinan pengurusan pusat sumber sekolah yang lebih cemerlang dan
berkesan. Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) merupakan satu
usaha Kementerian yang sememangnya dinanti-nantikan. Namun kebanyakan pihak
pentadbir, kurang jelas tentang bidang tugas GPM dan beranggapan masa yang
diberikan kepada GPM iaitu 6 hingga 8 waktu mengajar adalah terlalu sedikit.
Walaupun pada dasarnya sebanyak lapan belas senarai tugas yang telah disenaraikan.
Pusat Sumber Sekolah (PSS) perlu diurus dengan baik dan teratur. Ini
termasuklah penjadualan dan system pinjam meminjam peralatan, bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan yang sentiasa dikemaskinikan. Rasional
buku panduan ini perlu diterbitkan adalah kerana GPM perlu jelas dengan peranan PSS
yang mempunyai hubungan lansung dengan pelaksanaan program kurikulum dan
kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh itu, banyak tugas yang perlu GPM tumpukan
untuk memastikan PSS dapat digunakan dengan berkesan dan diuruskan dengan baik
agar penggunaan media cetak dan bukan cetak tersebut akan dapat dimanfaat oleh
semua guru dan murid di sekolah berkenaan.


7

TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

1) Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 -8 waktu seminggu

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) juga terlibat dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran murid-murid di sekolah. Mereka akan mengajar mata pelajaran
mengikut pengkhususan masing-masing. Jika guru tersebut adalah guru mata
pelajaran Sains, maka dia akan mengajar mata pelajaran tersebut dan waktu
yang diperuntukkan adalah enam hingga lapan waktu seminggu. Objektif tugas
ini adalah bagi mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan
pembelajaran biasa.

2) Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber
Sekolah bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber
Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

GPM bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dasar dan program
tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama Guru Besar, kakitangan Pusat
Sumber Sekolah, guru-guru dan pelajar sekolah. GPM bertanggungjawab
mengadakan mesyuarat-mesyuarat tertentu bersama-sama dengan
Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja serta Pengawas Pusat Sumber
Sekolah bagi membincangkan dan merangka bersama aktiviti-aktiviti dan
program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersesuaian dengan dasar yang telah
digariskan.

3) Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum
Sekolah

GPM bertanggungjawab merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat
Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Antara aktiviti yang
8

perlu dilaksanakan adalah dengan membuat bajet dan menyenaraikan cadangan
perbelanjaan. Selain itu GPM juga perlu menyediakan kertas kerja untuk
menjalankan program-program yang berada di dalam takwim Pusat Sumber
Sekolah. Ianya bertujuan agar wang peruntukan dapat diagihkan mengikut
keperluan setiap bahagian. GPM juga bertanggungjawab menggunakan
peruntukan yang diberikan mengikut arahan yang telah ditetapkan agar tidak
berlaku kekurangan peruntukan dalam menjalankan aktiviti yang dirancang.

4) Merancang pemerolehan dan pembinan koleksi yang komprehensif,
seimbang dan kemas kini.

GPM bertanggungjawab mendapatkan maklumbalas keperluan alat dan bahan
yang diperlukan oleh Pusat Sumber Sekolah. GPM juga hendaklah merancang
pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada di pusat
sumber sekolah. Ianya bertujuan menseimbangkan pemerolehan dan pembinaan
koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian. GPM juga boleh mengemaskini
pemerolehan dan pembinaan koleksi di dalam pusat sumber sekolah.

5) Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan
perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.

GPM bertanggungjawab merancang perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah dan
memaklumkan perkhidmatan yang disediakan kepada guru. Selain itu GPM juga
perlu menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dan lain-lain.
GPM juga bertanggungjawab menyediakan tempat, bilik dan jadual penggunaan
dan bahan di dalam pusat sumber sekolah. Dalam menguruskan urusan
peminjaman dan penggunaan buku, GPM perlu menyediakan rekod penggunaan
dan rekod pinjaman. Selain itu, GPM juga perlu membuat penyelenggaraan
bahan yang rosak di pusat sumber agar setiap kemudahan dapat digunakan
dengan baik oleh guru-guru dan pelajar di sekolah.Dalam memastikan bahan-
9

bahan di pusat sumber sekolah sentiasa mencukupi, GPM perlu merancang
pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.

6) Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.

Sebelum melaksanakan program NILAM, GPM perlu mengadakan mesyuarat
terlebih dahulu dengan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dan memberikan
taklimat program kepada Pengawas Pusat Sumber, guru-guru yang terlibat dan
jug murid-murid. Dalam mesyuarat yang diadakan, GPM perlu membincangkan
tentang perancangan aktiviti sepanjang tahun. GPM harus memastikan aktiviti-
aktiviti yang dirancang dijalankan dengan lancar di sekolah.

7) Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan
program latihan dalaman berhubung dengan PSS.

GPM bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras program
pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat
Sumber Sekolah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah kursus untuk para
staf pusat sumber sekolah untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran tertentu
dalam pengurusan pusat sumber dan juga aktiviti-aktiviti kepimpinan dan
pengurusan yang perlu dikuasai oleh pengawas pusat sumber sekolah.

8) Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah

Bagi memastikan pusat sumber sekolah sentiasa dikunjungi dan menjadi tempat
rujukan oleh para guru dan murid, GPM bertanggugjawab merancang dan
mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. Aktiviti yang boleh dilakukan
antaranya dengan membuat promosi menerusi guru panitia setiap mata
pelajaran di sekolah, menyediakan brosur Pusat Sumber Sekolah dan lebih
menarik juga jika Pusat Sumber Sekolah dapat mengeluarkan buletin yang
10

dikeluarkan sekali dalam sebulan dan lain-lain lagi aktiviti yang dapat menarik
guru dan murid-murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah. Aktiviti-aktiviti ini
bertujuan untuk memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan Pusat Sumber
Sekolah. Selain itu, ia juga bagi menarik minat murid untuk menggunakan PSS
dan menyertai setiap program yang dianjurkan. Ia juga membolehkan semua
guru mendapat pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang
didapati di PSS untuk meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran.

9) Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan
sumber.

GPM juga boleh bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dalam pelaksanan
P&P berasaskan sumber antaranya dengan membantu guru-guru dalam
pemerolehan bahan yang sesuai serta penghasilan bahan yang sesuai dengan
menggunakan bahan sumber di Pusat Sumber Sekolah. GPM juga boleh
menggalakkan guru-guru untuk menjalankan sesi P&P menggunakan Pusat
Sumber Sekolah dan melatih murid-murid mendapatkan malumat di dalam Pusat
Sumber Sekolah sebagai bahan rujukan mereka.

10) Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri
(PSPN), PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan
program PSS.

GPM juga boleh berhubung dan bekerjasama dengan PSPN,PKG dan
Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.
Antaranya dengan memohon khidmat bantu dan kerjasama dalam menjayakan
beberapa program Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, GPM boleh juga
mendapatkan idea dan pandangan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah. Tujuannya adalah untuk memastikan Pusat Sumebr
Sekolah sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan juga untuk menaiktaraf
Pusat Sumber Sekolah ke tahap yang lebih tinggi.
11

NILAI PROFESIONALISME GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)

1) Amanah

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) hendaklah mempunyai sikap amanah
dalam diri mereka. Sikap amanah ini menjadikan guru lebih bertanggungjawab
dan berdisiplin dalam menjalankan tugas sebagai guru perpustakaan. Dengan
sikap ini, ia dapat mendorong guru menjalankan tugas dengan lebih sempurna
dan berdedikasi. Guru perpustakaan yang amanah juga dapat menjadi contoh
dan kepercayaan kepada staf-staf pustakawan dan pengawas pusat sumber
yang bekerja bersama-sama mereka. Sifat amanah ini dapat membentuk jati diri
yang kuat dalam diri guru tersebut dan merupakan kekuatan peribadi yang harus
ada pada semua guru dan pekerja.

2) Berilmu

Tugas sebagai guru perpustakaan dan media memerlukan pengetahuan yang
luas dalam pelbagai skop ilmu dan pengurusan. Guru perpustakaan dan media
hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan sumber dan
maklumat agar pusat sumber dapat diurus dengan baik menggunakan sistem
dan teknologi yang terkini yang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru-
guru dan murid-murid. Guru perpustakaan dan media juga hendaklah
mempunyai ilmu dalam teknologi maklumat dan komunikasi kerana sistem yang
digunakan dalam Pusat Sumber Sekolah kini banyak menggunakan teknologi
maklumat terkini.




12

3) Prihatin

Guru Perpustakaan dan Media hendaklah mempunyai sikap prihatin yang tinggi
dalam diri. Ini kerana Guru Perpustakaan dan Media bertanggungjawab
menguruskan bahan-bahan dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber
sekolah. Jika terdapat kekurangan bahan atau kerosakan pada peralatan-
peralatan di dalam pusat sumber, guru perpustakaan dan media
bertanggungjawab melaporkan dan membuat penambahbaikan terhadap
kerosakan-kerosakan dan kekurangan-kekurangan tertentu.Selain itu, guru
perpustakaan yang prihatin juga akan mengambil berat kebajikan ahli-ahli
pustakawan yang lain serta staf-staf pustakawan yang bekerja bersama-sama.
Tidak sepatutnya bagi seorang guru pustakawan untuk sekadar memberi arahan
dan tugas tetapi tidak pernah memperhatikan kebajikan ahli-ahli pustakawan dan
staf yang lain.


4) Daya saing

Guru Perpustakaan dan Media juga hendaklah mempunyai semangat daya saing
yang tinggi dalam diri. Dalam menguruskan pusat sumber sekolah ke arah yang
terbaik, Guru Perpustakaan dan Media perlu bersaing dengan pusat sumber
sekolah di sekolah-sekolah yang lain dan berusaha mencari sebanyak mungkin
pembaharuan dan penambahbaikan yang boleh dibuat berdasarkan lawatan-
lawatan dan pertukaran idea dengan guru-guru di sekolah lain. Guru
Perpustakaan dan Media hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan
sentiasa optimis dalam menjadikan pusat sumber sekolah lebih berkualiti dan
bermanfaat.




13

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

1) LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan
profesionalisme keguruan. Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah
satu kaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan
pengajaran (PDP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah.
Pelaksanaan kaedah latihan seperti ini tidak mungkin dapat direalisasikan
sepenuhnya tanpa kefahaman, sokongan dan kerjasama semua pihak
khususnya pegawai di peringkat JPN dan PPD.
Latihan Dalam Perkhidmatan secara school-based adalah sebahagian daripada
proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi
memastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini. Ini
selaras dengan perubahan sistem pendidikan masa kini yang memerlukan setiap
anggota KPM sentiasa menambah ilmu pengetahuan khasnya yang berkaitan
dengan pendidikan.

2) PROGRAM MENTOR MENTEE

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam
membentuk pembangunan modal insan. Program mentor mentee adalah salah
satu daripada pengisian Program Guru Penyayang di mana semua guru adalah
seseorang yang perlu memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap
perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters). Sehubungan itu,
setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid yang
merupakan aset penting kepada sekolah.
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau
kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing,
14

menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu
(mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing,
memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain
seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan
berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada
masyarakat dan negara.


3) LAWATAN PENANDA ARAS

Lawatan penanda aras merupakan program yang banyak memberi manfaat
panduan. Banyak perkara yang boleh dipelajari semasa lawatan dijalankan dan
dapat berkongsi pengalaman serta idea-idea bernas antara satu sama lain.
Sebagai contoh apabila mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Sumber
Sekolah yang cemerlang, ia dapat memberi pendedahan kepada AJK untuk
mengenali dan mewujudkan rangkaian kerjasama dalam aspek pengurusan
Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang dan efeisyen. Lawatan ini juga dapat
memberi satu pendedahan berkaitan dengan peningkatan perkhidmatan
pengurusan PSS yang cemerlang, seterusnya dapat dijadikan panduan dalam
penzahiran pengurusan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di Pusat Sumber
Sekolah.

4) TEAM BUILDING

Team Building adalah suatu program pelatihan pengurusan di alam terbuka yang
mendasarkan pada prinsip experiental learning (belajar melalui pengalaman
langsung) yang disajikan dalam bentuk permainan, simulasi, dan dialog sebagai
media penyampaian bahan. Dalam program OMT (Outbound Management
Training) tersebut, peserta secara aktif dilibatkan dalam seluruh kegiataan yang
dilakukan. Dengan keterlibatan pada aktiviti (learning by doing) peserta akan
segera mendapat kesan kegiatan yang dilakukan sehingga dapat dimanfaatkan
15

sebagai bahan pengembangan diri masing-masing di masa akan datang.Team
Building merupakan program-program pelatihan yang intensif melalui
Experiential Learning dalam rangka pembentukan suatu kumpulan (team
buiding) serta bagaimana masing-masing anggota kumpulan tersebut dapat
mengenalpasti dan selanjutnya secara bekerjasama berusaha semaksima
mungkin bagi mencapai tujuan yang dinginkan.

























16

REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan kudratNya saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Banyak perkara yang telah saya pelajari hasil daripada tugasan
ini dan ianya sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan baru kepada saya
dan bekalan untuk mendepani realiti profesion perguruan ini di masa akan
datang.
Pertamanya, saya dapat mendalami dengan lebih terperinci mengenai
tugas-tugas pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru-guru mengikut
jawatan dan skop bidang tugas masing-masing. Saya dapat meneliti dengan
lebih terperinci setiap bidang tugas dan ianya memberi pendedahan yang
berguna kepada saya sebagai bakal guru. Melaluinya juga, saya dapat menilai
kembali tugas-tugas pengurusan yang dijalankan oleh guru-guru sepanjang saya
menjalani praktikum dan internship di sekolah dahulu. Ternyata, apa yang dapat
saya perhatikan, guru-guru di sekolah memang disibukkan dengan tugas-tugas
pengurusan masing-masing sehingga membuatkan guru-guru tidak menang
tangan dalam menguruskan pembeljaran dan disiplin murid-murid di sekolah.
Seterusnya, saya juga dapat mempelajari nilai-nilai keguruan yang positif
yang perlu dipupuk dalam diri guru-guru ke arah melahirkan guru-guru yang
berkualiti dan berakhlak mulia. Nilai-nilai ini ternyata penting dan perlu disemai
sebelum menjadi guru lagi kerana ianya merupakan satu proses kearah
pembentukan jati diri dan peribadi yang positif yang memakan masa yang lama
untuk dipupuk dan disemai dalam diri. Seharusnya seorang bakal guru berusaha
menerapkan nilai-nilai positif ini dalam diri agar nanti dapat melahirkan guru-guru
yang benar-benar berkualiti dan bermanfaat kepada ummah seluruhnya.
Melalui tugasan ini juga, saya dapat meneroka pelbagai program-program
peningkatan profesionalisme yang perlu dilalui oleh seseorang guru dalam
meningkatkan perkembangan dan tahap profesionalisme seorang guru.
Program-program tersebut ternyata sangat bermanfaat dan perlu diteruskan dari
masa ke semasa agar guru-guru yang dilahirkan mempunyai kemahiran sosial
yang tinggi dan dapat menempatkan diri dalam masyarakat sebagai rujukan dan
17

penyebar kebaikan kepada masyarakat setempat. Guru yang berkualiti bukan
sahaja perlu aktif di sekolah tetapi dikenali, dihormati dan disegani oleh
masyarakat setempat agar dapat menjadi tempat rujukan masyarakat dan
mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berguna.
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah profesion keguruan
adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang
diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu,
beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah
oleh masyarakat. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang
pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap
profesion keguruan.Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu
kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang
mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan
berjiwa pendidik layak menjadi guru.

Sekian, terima kasih.













18

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh, 1998, Latihan Perguruan untuk Sekolah Berkesan, Prosiding
Seminar Kebangsaan JPPG, Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya

Bahagian Pendidikan Guru, 2003, Memperkasa Pendidikan Guru Ke Arah Pendidikan
Berkualiti, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://www.kedah.edu.my/sahc/esei_karya/Microsoft%20Word%20%20KEPIMPINAN%
20DAN%20PENGURUSAN%20PENDIDIKAN.pdf

http://pssmkcas.wordpress.com/2013/01/10/bidang-tugas-guru-perpustakaan-media/

Anda mungkin juga menyukai