Anda di halaman 1dari 20

(A)

KEPENTINGAN PENERAPAN ELEMEN


KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK DAN
KESANNYA TERHADAP PELAJAR PADA
MASA AKAN DATANG

1
1.0 PENGENALAN

Secara individu, kami dikehendaki menghasilkan satu tugasan projek untuk


kursus SJHK 3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Penghasilan tugasan ini adalah
melalui bacaan tambahan pelbagai bahan sumber mengenai kepentingan penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dan kesannya
terhadap pelajar pada masa akan datang.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah


laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi
melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
Kandungan kurikulum menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan kandungannya
pula adalah berfokuskan tentang sejarah negara yang disepadukan dengan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik.

Dalam tugasan ini, fokus dan kandungan kurikulum sejarah akan dijelaskan dengan
lebih lanjut. Begitu juga, tugasan ini memberi tumpuan mengenai sejauh manakah
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat
memainkan peranan dalam melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat
patriotik.

2
2.0 KEPENTINGAN PENERAPAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI
SIVIK DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR PADA MASA AKAN DATANG

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai


sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan
warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut diharapkan agar dapat
membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan intergrasi nasional.
Walau bagaimanapun, apakah kepentingan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik dalam mata pelajaran Sejarah dan apakah kesannya terhadap palajar pada masa akan
datang?

Terdapat tujuh aspek kewarganegaraan yang diketengahkan sebagai penanda aras


untuk menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah.
Aspek kewarganegaraan yang pertama ialah melalui perkongsian sejarah. Melalui
perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang diterapkan seperti berbangga dengan
sejarah dan asal usul negara, menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu
tradisional, mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara, menghayati
peristiwa kemerdekaan negara dan memelihara warisan negara. Elemen-elemen ini amat
penting khasnya dalam mengambil iktibar peristiwa yang telah berlaku. Abd. Rahman Abd.
Rashid (1999), mempelajari sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga
menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah
berlaku. Melalui penerapan elemen-elemen ini, mata pelajaran Sejarah akan melahirkan
warganegara yang mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara.

Seterusnya, aspek kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian nilai.


Dalam aspek ini, tiga elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan dalam
mata pelajaran Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip Rukun Negara, menghormati
kepelbagaian agama dan budaya serta berbangga dengan lambang dan simbol negara.
Menurut Nazaruddin (2000), Rukun Negara adalah satu susunan cara (prinsip) hidup
bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang
meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik
melalui mata pelajaran Sejarah, ia dapat melahirkan warganegara yang mengamalkan sikap
dan perlakuan yang berhemah. Ciri-ciri warganegara seperti ini amat penting di mana
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum
dan agama.

3
Selain itu, aspek kewarganegaraan yang digunakan ialah perasaan kekitaan. Dalam
aspek ini, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan ialah menghormati
amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, berbangga dengan hari kemerdekaan,
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan berbangga dengan
pencapaian negara. Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran Sejarah membentangkan
pelbagai peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum,
semasa dan selepas merdeka boleh membangkitkan semangat kebersamaan dalam
kalangan setiap warganegara. Sesungguhnya, melalui penerapan elemen dan nilai sivik
seperti ini, mata pelajaran Sejarah mampu membentuk warganegara yang bersatu padu dan
bersemangat patriotik.

Begitu juga, melalui aspek kewarganegaraan seterusnya, iaitu perkongsian masa


depan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti menghornati masyarakat pelbagai
kaum, memakmurkan ekonomi negara dan mengekalkan warisan negara dapat
diterapkan. Menurut Mohd Sohaimi Esa et al. (2011), negara kita tidak dapat lari daripada
menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti kepentingan etnik dari aspek sosial
yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan dan kontrak sosial. Oleh
yang demikian, penerapan elemen dan nilai sivik khasnya melalui mata pelajarah Sejarah,
masyarakat di negara ini mampu untuk bertolak ansur dan saling bekerjasama dalam
melonjakkan ekonomi negara. Begitu juga, kita mampu membina keyakinan dan
tanggungjawab warganegara Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara pada masa
depan.

Di samping itu, melalui aspek kewarganegaraan yang seterusnya iaitu kesetiaan,


elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti mematuhi perintah Tuhan, mentaati Raja
dan Negara, menghormati pemimpin negara serta mematuhi undang-undang dan peraturan
negara dapat diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Negara Malaysia merupakan
sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Menurut Nadzan Haron
dan Rozeman Abu Hassan (2010), perlembagaan bertindak sebagai garis panduan kepada
pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Oleh yang
demikian, dengan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran
Sejarah, ia dapat memupuk warganegara yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan 
dan mempunyai perasaan taat dan setia kepada negara.

4
Seterusnya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah
diterapkan melalui aspek kewarganegaraan, iaitu tanggungjawab warganegara. Dalam
aspek ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan diterapkan ialah mempertahankan identiti
negara, mempertahankan warisan negara serta menerima perbezaan kaum, budaya dan
agama. Hal ini turut dinyatakan oleh Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad (2002),
sejarah dapat membantu mengembang dan membangkitkan kesedaran terhadap tugas dan
tanggungjawab warganegara itu kepada negaranya dan mampu menanam rasa bangga
menjadi warganegara. Ini sekaligus membuktikan penerapan elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara yang mengetahui
dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.

Aspek kewarganegaraan yang terakhir seperti yang digariskan dalam Dokumen


KSSR, Sejarah ialah keterikatan emosi kepada negara. Dalam aspek kewarganegaraan ini,
antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan melalui mata
pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah asal usul negara, menghargai warisan negara
dan identiti negara, menghayati prinsip Rukun Negara, bersyukur dengan keharmonian dan
kemajuan ekonomi serta berbangga dengan pencapaian negara. Dengan penerapan
elemen dan nilai sivik ini, mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara Malaysia
yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini turut disokong oleh Sheela Abraham
(1994), di mana beliau mengatakan bahawa sudah menjadi satu tradisi bahawa sejarah
diberi tanggungjawab untuk menanam nilai-nilai seperti moral, budaya dan patriotik dalam
kalangan generasi muda.

Jelas sekali bahawa penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ini
dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh aspek kewarganegaraan yang telah digariskan
dalam Dokumen KSSR, Sejarah. Sesungguhnya, penerapan elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan
warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik di masa akan datang.

5
3.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah membincangkan mengenai apakah


kepentingan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar dalam mata
pelajaran Sejarah di sekolah rendah dan peranannya dalam melahirkan warganegara yang
bersatu padu dan bersemangat patriotik di masa akan datang.

Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Sejarah yang diperkenalkan dan
diajar di peringkat sekolah rendah (Tahap 2) berfokuskan untuk menyemai ilmu
pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat
patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa
kini. Manakala, organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga
elemen utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk
minat murid terhadap Sejarah.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai


sivik akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Elemen dan nilai sivik tersebut
diharapkan agar dapat melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.
Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan secara sistematik melalui aspek
kewarganegaraan yang telah digariskan. Antara aspek kewarganegaraan yang
diketengahkan ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian
masa depan, kesetiaan, kewarganegaraan serta keterikatan emosi kepada negara.

Sesungguhnya, melalui penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam


mata pelajaran Sejarah, kita mampu melahirkan warganegara yang bersatu padu dan
bersemangat patriotik. Hal ini amat penting untuk diterapkan dari peringkat awal lagi,
khususnya di sekolah rendah bagi mengukuhkan lagi nilai yang ada dalam diri seorang
warganegara. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6
(B)

PERANAN PENGURUSAN KURIKULUM


SEJARAH SEKOLAH RENDAH DALAM
MENGHASILKAN CIRI-CIRI GURU SEJARAH
YANG BERKESAN

7
1.0 PENGENALAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita


murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi
cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sejarah KSSR memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor
serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan
pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan
nilai murni, semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Semua elemen ini
diharap dapat diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian.

Kurikulum Sejarah ini menyatupadukan pengetahuan, kemahiran, elemen


kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai
asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut
dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi
nasional.

Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik


murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat
Malaysia. Ia disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal
negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Ia merupakan kesinambungan ke
peringkat sekolah menengah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik.

8
2.0 PERANAN PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH DALAM
MENGHASILKAN CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG BERKESAN

Pengurusan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah merupakan aspek


yang penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
(Ismail bin Said, 2014). Pengurusannya adalah berasaskan perancangan, penyelarasan,
pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata
pelajaran. Bagi mempertingkatkan lagi pengurusan panitia dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran, panitia mata pelajaran Sejarah hendaklah ditubuhkan di sekolah. Panitia
mata pelajaran Sejarah merupakan satu badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru
yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sesebuah sekolah (Ismail bin Said, 2014). Badan
ini diketuai oleh seorang guru kanan yang beropsyen Sejarah yang dikenali di sekolah
sebagai Ketua Panitia. Ketua Panitia ini seterusnya secara automatik menjadi Ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

Tujuan panitia mata pelajaran ini diwujudkan adalah untuk memperbaiki dan
meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah di
sekolah tersebut. Selain itu, badan ini juga ditubuhkan untuk menggerakkan kecenderungan
murid serta meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah. Di samping itu,
badan ini juga membantu dalam mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran
Sejarah dengan persatuan Sejarah serta mempertingkatkan tahap profesionalisme ahli
panitia Sejarah dalam penguasaan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Sejarah. Badan ini juga mampu menyemai nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah
supaya dapat melahirkan murid yang peka, mengahyati sejarah tanah air dan dunia serta
berfikiran kritis, analitis dan bersemangat patriotisme (Ismail bin Said, 2014).

Panitia Sejarah bukan sahaja bertugas dalam hal-hal pengajaran di bilik darjah,
malah tugas panitia juga termasuklah dalam bidang pengurusan dokumen-dokumen panitia
dan mesyuarat panitia. Peranan panitia di sekolah pula termasuklah memperoleh Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Terkini, menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahunan Sejarah dan memastikan murid mendapat buku teks Sejarah. Selain itu, panitia
Sejarah juga berperanan dalam merancang menambah bahan bantu mengajar, menyelaras
soalan-soalan ujian dan peperiksaan, dan merancang aktiviti yang boleh meningkatkan
profesionalisme panitia. Di samping itu, panitia juga berperanan untuk menyediakan
Laporan Tahunan Panitia, mendapatkan maklumat ikhtisas, dan merancang dan
mengaturkan pelbagai aktiviti seperti sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan (Ismail bin
Said, 2014). Pengurusan kurikulum sejarah yang bagus dapat melahirkan guru yang
berkesan.

9
Matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk menampung keperluan tenaga
kerja dan mencapai perpaduan negara melaui perkembangan individu yang bersepadu dan
mneyeluruh dari segi jasmani,emosi, intelek, dan rohani selaras dengan apa yang
terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Sebagai menyempurnakan matlamat
ini para guru diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini sebagai pendidik bukan sahaja
dari segi penyebaran ilmu malahan dalam membentuk sahsiah anak didiknya. Selain itu,
melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat mewujudkan bangsa yang
bertamadun.

Apabila FPK dihayati guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat besar. Guru perlu mencurah ilmu sama ada pelajarnya tidak
menunjukkan minat atau sebaliknya. Selain itu, peranan guru juga haruslah peka dalam isu-
isu semasa dan menyesuaikan diri dengan bijak bagi menangani masalah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) terutama sekali dalam pembentukan disiplin pelajar. Untuk menjadi
seorang guru yang profesinal, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting
dalam diri iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah,1996). Menjadi
seorang guru kita bukan sahaja mempunyai kemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu
tetapi sikap, tingkah laku dan disiplin diri haruslah dibentuk kea rah profesionalisme. Guru
merupakan model bagi seseorang murid itu, menurut Albert Badura (1977) dalam teori
sosialnya proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model
merupakan tindakan belajar.

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari zaman selepas merdeka bagi
meningkatkan mutu pendidikan Negara begitu juga bagi memartabatkan profesion
pendidikan guru dengan menjadikan guru sebagai salah satu kerjaya yang professional.
Menurut Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1997) telah mencadangkan diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi
pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang telah memiliki sijil perguruan hendaklah
mematuhinya.

Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru
merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa
hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam
menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid
yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat

10
cintakan negara. Antara ciri-ciri guru sejarah yang berkesan yang dapat dihasilkan melalui
kurikulum sejarah ialah seperti:

2.1 Profesional

Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia,


guru-guru perlu bersikap profesional. Melalui pengurusan kurikulum sejarah yang berkesan,
guru profesional dalam dilahirkan. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang
cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha
untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia
untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk
meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang.

Dalam proses menguruskan kurikulum sejarah di sekolah guru dapat meningktkan


tahap profesionalismenya. Bagi meningkatkan tahap pengurusan kurikulum sejarah di
sekolah, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan
tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi


sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran
ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan
pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya
meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi
memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan
professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam
Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah.

11
2.2 Kreatif dan Inovatif

Kreatif ialah mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan


sesuatu idea baru dan asli (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Inovatif pula berasal dari
perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat
transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah
yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid-murid
untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar.

Pengurusan kurikulum sejarah dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam
merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi menarik minat murid dalam
mata pelajaran sejarah. Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran
dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak,
melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru,
menerbitkan idea besar kepada idea-idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan
membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya imaginasi
mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka
dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat membuka minda pelajar
supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik
juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-media seperti ini perlulah
selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran
dapat dicapai.

Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau


kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah
Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah
melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat
sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Guru juga
digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi
dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

12
2.3 Integriti

Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu
anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam
pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod
etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya
menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab
dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.

Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah


mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-
isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks
pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid
melebihi kepentingannya sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai
untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur
dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap


murid. Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan
murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana
seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti
mengubah murid menjadi yang terbaik.

13
3.0 PENUTUP

Kurikulum sekolah dianggap sebagai arah pandu dan propaganda kerajaan sebagai
kekuatan sosial dan ekonomi. Usaha penggubal kurikulum sekolah bagi member
penekanan usaha pemupukan patriotism jelas kelihatan dalam kajian ini. Patriotisme
patut diperluaskan pemahamannya mencakupi saying dunia khususnya dalam era
globalisasi ini. Cabaran global menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga
yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir ICT, mampu bersaing pada peringkat
tempatan dan global bahkan memiliki jati diri yang utuh dan daya saing yang tinggi.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menuntut guru untuk


mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pengajaran mereka. Usaha pemupukan patriotism
dalam kalangan pelajar memerlukan kerjasama semua pihak, kerajaan, penggubal
dasar, guru sebagai pelaksana, panitia, pentadbir sekolah serta pelajar sendiri. Ini bagi
merealisasikan hasrat KPM yang ingin melahirkan warganegara yang berciri-ciri global,
patriotik dan cintakan negara serta menyanjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

Penggubalan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah memberi penekanan kepada


nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan
dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan yang luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya
menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Semoga matlamat
penggubalan kurikulum ini akan dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan
dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dalam hidup.

Akta Pendidikan 1961 di Malaysia telah menetapkan polisi-polisi pendidikan yang


digunakan hampir 3 dekad lamanya sebelum dipinda pada tahun 1996 dan buat pertama
kalinya menetapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebelumnya dikenali sebagai
Falsafah Pendidikan Negara.

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

14
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghasilkan


warganegara yang berpengetahuan dan berkebolehan. Seterusnya mempunyai nilai moral
yang tinggi dan boleh mencapai kejayaan kepada diri sendiri dan masyarakat. Bagi
mencapai aspirasi ini karajaan telah berusahan bersungguh-sungguh agar perlaksaannya
berjalan dengan lancar.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru adalah berfungsi untuk membina guru-guru
yang mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meninginkan insan yang
seimbang dan harmoni. Kedua-dua falsafah ini bertanggungjawab terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia. Sebagai seorang guru menjadi satu tanggungjawab agar
merealisasikan pendidikan negara agar dapat menghadapi wawasan 2020.

Menerusi Falsafah pendidikan yang ia sebenarnya diambil kira melalui pelbagai


aspek untuk menghasilkan masyarakat yang maju, bertamadun, berdaya saing dan tahan
dengan ujian tidak kiralah ujian dari segi emosi dan jasmani. Kita tidak mahu kelak dimasa
hadapan negara melahirkan masyarakat yang tidak mempunyai akhlak yang baik biarpun
memperolehi kejayaan tetapi sekiranya tidak memiliki akhlak yang baik maka sesuatu
tamadun itu akan hancur seperi mana yang berlaku pada zaman kegelapan di Tanah Arab
ketika dahulu. Kejayaan dan juga akhlak kedua-duanya adalah sama penting bagi
melahirkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu, bersepadu dari segi amalan dan
dihormati oleh semua orang sekalipun masyarakat dunia.

15
REFLEKSI

16
SJHK 3063 merupakan mata pelajaran baru yang digubal khas sejajar dengan
transformasi pendidikan yang memperkenalkan mata pelajaran sejaran di sekolah
rendah. Oleh yang demikian tugasan ini adalah sangat mencabar kerana kekurangan
bahan rujukan. Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana dengan bimbingan
pensyarah kami, Encik Ramlan bin Mala dan Encik Hamzah Lasa, serta kolaborasi
dengan rakan sekelas maka tugasan ini dapat disempurnakan tepat pada waktu yang
telah ditetapkan.

Kerja kursus ini ternyata telah memberikan banyak manfaat yang berguna yang
dapat saya gunakan pada suatu masa kelak. Input – input yang sebelum ini kurang saya
fahami kini saya telah dapat memahaminya dengan lebih yakin. Semasa menjalankan
tugasan ini, kami membuat perbincangan secara berkumpulan. Pada permulaan
mengumpul maklumat tentang tugasa ini, saya agak keliru kerana ruang lingkupnya
yang sangat luas tetapi setelah membuat penyelidikan dan mencari bahan-bahan dari
internet dan juga buku-buku serta jurnal-jurnal ilmiah barulah saya dapat merungkaikan
tugasan ini dengan mudah.

Setelah menyiapkankan tugasan ini, saya dapat memahami betapa pentingnya


menyemain nilai-nilai murni dan menanam jati diri di dalam diri setiap murid yang
merupakan modal insan pemangkinan kemajuan dan kedaulatan negara. Tanggunjawab
dan peranan guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi juga lebih kepada bersifat
virtual iaitu secara tidak langsung menunjuk contoh dan memahamkan murid apa yang
tersirat dan tersurat tentang asal usul peradaban sejarah bangsa Malaysia. Ini adalah
sangat menarik dan memberi impak yang besar kepada saya kerana telah dapat
menambah pengetahuan tentang aspek ini yang sebelum ini saya tidak pernah terpikir
untuk mengetahuinya secara terperinci.

Selain itu, saya juga menjadi lebih peka dan arif tentang ciri-ciri seorang guru
yang professional dan effektif. Sebelum ini, saya telah mengetahui tenang perkara ini
tetapi tidak terlalu mengambil berat kerana tidak mengetahui dengan terperinci bahawa
sekiranya seorang guru gagal menyemai nilai jati diri dalam diri muridnya maka ia kan
member impak yang besar kepada keruntuhan moral masyarakat dan seterusnya
member impak kepada peradaban bangsa. Hal tersebut di anggap remeh kerana tidak
pernah terlintas bahawa ia sebenarnya sangat penting kerana ia adalah permulaan
kepada gapaian kecemerlangan seseorang individu. Tanpa jati diri yang utuh maka
runtuhlah juga sebuah peradaban bangsa di mana murid yang kita didik inilah bakal
peneraju kecemerlangan dan kemakmuran negara kita.

17
Rujukan

_____________(2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abd Rahim Abd Rashid. (1997). Model dan pendekatan pengajaran Sejarah KBSM. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Rahman Embong. (2000). NegaraBangsa : Proses dan Perbahasan. Bangi :Penerbit
UKM.

Albert Badura. (1977). Social Learning Theory. Eagle Wood Cliff, New Jersey : Prentice Hall.

Awang Had Salleh. (1983). Pendidikan dan Nasionalisme: Penentuan Konsep dan
Pencerobohan Strategi. Konvenkesyen Pendidikan ke 8 : Tanjung Malim.

Ismail bin Said. (2014). Kurikulum Sejarah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Amalan-amalan Ke Arah Perpaduan Kaum di


Enam Buah Sekolah Kes. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan : Kuala
Lumpur.

Khoo Kay Kim. (1992). Perkembangan Pendidikan Sejarah di Malaysia, dalam Sejarah
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Johari Salleh. (2004). Pengurusan Standard Guru Efektif, Kertas Kerja
Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Tajung Malim : Universititi
Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Sohaimi Esa, Lai Yew Meng & Dayu Sansalu. (2011). Gagasan 1 Malaysia: Isu dan
Cabaran. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Nazaruddin. (2000). Budidaya dan Pengaturan Panen Sayuran Dataran Rendah. PT


Penebar Swadaya. Jakarta. 142 hal.

Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah ke Hadapan.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari. (2001). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad. (2002). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala
lumpur: Utusan Publication.

18
Robiah Salleh. (1996). “Pendidikan Bermutu, Masyarakat Sejahtera.” Suara Pendidik:
Persatuan Pendidikan Malaysia. 13-14 (3&4). Selangor: Amiza Publishing Sdn. Bhd.

Sheela Abraham. (1994). “Factor that influence the Turnover and retention of Minnesota’s
Technical College Teachers.” Journal of Vocational Education Research. 26 (1). pp.
56-76.

19
LAMPIRAN

20

Anda mungkin juga menyukai