Anda di halaman 1dari 3

ISU ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosiobudaya dari aspek bahasa

ialah faktor situasi. Gaya atau cara penggunaan sesuatu yang


digunakan oleh penutur mengikut situasi tertentu. Sebagai contoh,
seorang pelajar menggunakan bahasa yang lebih sopan apabila
bercakap dengan guru atau guru besar, tetapi bahasa yang tidak formal
ketika bercakap dengan rakan-rakan. Penggunaaan bahasa yang
berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan
tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Sebagai contoh,
pelajar A akan menggunakan Bahasa tidak formal apabila berada di
pasar malam seperti : Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa
fasal banyak mahal?
Namun, penggunaan Bahasa akan berbeza apabila di sekolah. Pelajar
A akan menggunakan Bahasa formal.
Sebagai contoh: Dalam majlis sambutan hari guru, pelajar A sebagai
pengacara majlis sebut: Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan berdiri
untuk menyanyikan lagu “Negaraku”. Hal ini menunjukkan aspek Bahasa
merupakan isu ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosiobudaya.

IMPLIKASI terhadap isu ketidaksamaan akibat kepelbagaian


sosiobudaya dari aspek bahasa ialah kerajaan harus Melaksanakan
Transformasi Kurikulum Bahasa Melayu.
Kementerian Pelajaran seharusnya memberi fokus kepada penguasaan
asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan
modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan
meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis,
serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur
dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum Bahasa Melayu
sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum
Bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan
dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta
penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek
Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memperkayakan aspek
kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya
masyarakat Malaysia.
IMPLIKASI terhadap isu ketidaksamaan akibat kepelbagaian
sosiobudaya dari aspek bahasa ialah Guru-guru perlu melengkapkan diri
dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri dan memahirkan diri dalam
bidang teknologi maklumat. Guru harus memberi perhatian dalam Aspek
tatabahasa semasa proses pengajaran Bahasa dijalankan. Contohnya:
1.Penggunaan imbuhan, struktur ayat dan perbendaharaan kata yang
betul.
2. Aspek makna atau maksud perkataan, ayat dan wacana yang tepat
serta sesuai dengan situasi budaya dan sosial masyarakat. Selain itu,
pada masa pandemik ini, guru perlu meningkatkan diri dalam teknologi
maklumat dengan belajar menggunakan Frog VLE dalam pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu. Frog VLE merupakan laman web yang
berasaskan dunia pendidikan yang sebenar. Setiap tugasan atau latihan
dapat dilaksanakan dalam laman web ini di samping guru juga boleh
berkongsi maklumat dengan pelajar melaluinya. Melalui perisian ini juga,
guru boleh melaksanakan ujian dan menanda tugasan yang telah
diberikan manakala pelajar pula boleh melihat keputusan markah
mereka di laman Frog VLE ini.

ISU 1 ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosiobudaya dari aspek


layanan guru ialah Guru bersikap “double standard”/pilih kasih. Sebagai
contoh, terdapat Kajian yang dijalankan oleh Prof Dr. Hardil’s mendapati
kanak-kanak dari kelas sosial rendah hanya mempunyai 76% peluang
untuk memasuki sekolah aliran akademik sedangkan kanak-kanak dari
kelas sosial tinggi mempunyai 96% peluang untuk dipilih walaupun
mereka gred yang sama. Daripada berita yang dapat lihat dalam slide ini
dapat membuktikkan ISU ketidaksamaan akibat kepelbagaian
sosiobudaya dari aspek layanan guru ialah Sikap Pilih Kasih Guru
Terhadap Status Ekonomi Sosial Murid Di Sekolah. Pada masa
pandemik covid 19 ini, pelajar miskin yang tiada peranti elektronik dan
capaian internet asyik diabaikan oleh guru dalam pembelajaran PdPR
kerana guru menganggap pelajar-pelajar ini tidak akan berjaya dan
lemah dalam pelajaran. Oleh itu, guru-guru tidak mahu mengambil masa
lebih untuk mengambil berat terhadap pelajar-pelajar miskin. Namun,
guru hanya mengutamakan pelajar yang kaya dan bijaksana kerana
mereka mempunyai potensi untuk berjaya dan cemerlang, mempunyai
ekonomi bagus, senang dapat akses internet. Jadi guru rasa lebih
senang apabila mengajar pelajar-pelajar seperti ini. Dengan layanan yan
berbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh.
Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di
sekolah, dianggap pelajar “bermasalah”, yang akhirnya akan bertingkah
laku sebagaimana yang dijangkakan guru.

IMPLIKASI isu layanan guru terhadap bidang pendidikan ialah Pihak


Kementerian Pelajaran Malaysia harus meningkatkan perkembangan
profesional keguruan dengan Mewujudkan dasar serta program-program
berasaskan perpaduan. Sebagai contoh, falsafah pendidikan guru telah
dirangka sebagai garis panduan serta dijadikan pegangan seorang guru.
Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekan aspek budaya
sekolah. Budaya sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas
berinterkasi di antara murid dengan murid ataupun dengan guru. Guru
pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra berasa tenteram serta
melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.
Apabila guru menjadikan falsafah pendidikan guru sebagai pegangan,
pemikiran seseorang guru tidak akan mampu digugat oleh unsur-unsur
negatif dari luar termasuklah sikap pilih kasih.

IMPLIKASI isu layanan guru terhadap peranan guru dalam era norma
baharu ialah guru perlu berubah sikap dan mengelakkan amalan
diskriminasi terhadap pelajar dengan mengenali latar belakang pelajar,
taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan
dan agama pelajar. Hal ini akan membolehkan guru memberikan
layanan lebih adil kepada pelajar. Sebagai contoh, pada masa pandemik
ini, guru-guru boleh mengambil inisiatif menghantar dan mengambil
bahan pengajaran ke rumah pelajar untuk memastikan tidak ada pelajar
tercicir ketika menjalani kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di
Rumah (PdPR) serta mengambil kesempatan ini untuk memahami
bagaimana keadaan pelajar yang miskin dan berstatus rendah supaya
murid-murid yang tercicir tidak merasa tersisih. Oleh hal demikian, guru
perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial
dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid
perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan
kaum mereka.

Anda mungkin juga menyukai