Anda di halaman 1dari 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/264972511

Mengenal Personaliti Remaja 1 1 MENGENAL


PERSONALITI REMAJA

Chapter · February 2008


DOI: 10.13140/2.1.2647.2321

CITATIONS READS

0 11,306

2 authors:

Azizi Yahaya Shahrin Hashim


Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Teknologi Malaysia
136 PUBLICATIONS   550 CITATIONS    33 PUBLICATIONS   144 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Technological Immersion in Brunei View project

azizi yahaya View project

All content following this page was uploaded by Azizi Yahaya on 23 August 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Mengenal Personaliti Remaja 1

1
MENGENAL PERSONALITI REMAJA
Azizi Yahaya
Shahrin Hashim

PENGENALAN
Dari segi istilah “personaliti seperti tenaga listrik yang tidak pasti
maknanya. Perkataan personaliti berasal dari perkataan Latin yang
membawa maksud persona. Perkataan persona membawa erti
topeng muka iaitu topeng yang digunakan oleh pelakon-pelakon
teater Yunani di atas pentas. Perkataan persona berubah menjadi
gambaran sosial yang diterima oleh individu dalam kelompok
masyarakat. (Koswara,1991:10).
Personaliti mempunyai pelbagai makna seperti niat (motif),
sifat, tabiat dan perangai yang penting dalam diri seseorang (Berry,
et al, 1999:141). Konsep ini menerangkan tingkah laku individu.
Perangai lebih menunjukkan tingkah laku individu, niat dan sifat
pula berkait rapat dengan kehidupan sehariannya.
Allport (1971) dalam bukunya Personaliti mendefinisikan
personaliti seperti berikut: “Personaliti adalah suatu sistem psiko
fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal ynag dinamik akan
memberi garis panduan kepada seseorang individu bagi
menentukan cirri-ciri tingkah laku yang bersesuaian dengan
persekitaran kemanusiaan dan fizikal. Personaliti yang dinamik ini
memberi ruang kepada perubahan yang positif yang bergantung
rapat dengan keadaan fizikal seseorang.

i. Personaliti merupakan organisasi yang dinamik


ii. Organisasi yang ada dalam diri individu tidak termasuk di luar
diri individu.
iii. Organisasi mempunyai sifat dan bakat yang saling berkaitan.
2 Memahami Personaliti Remaja

iv. Organisasi akan menentukan cara tingkah laku individu itu.

Allport menggunakan sistem psiko fizik bagi menunjukkan bahawa


jiwa dan raga sentiasa berperanan antara satu sama lain. Ini kerana
tidak ada individu yang memiliki personaliti orang lain.
Azizi et.al (2006) menyebut personaliti adalah susunan
unsur akal dan jiwa yang menentukan perbezaan tingkah laku atau
tindakan individu. Konsep personaliti merupakan konsep yang
begitu luas sehingga menjadi suatu yang amat penting.
Hermann (1969) pula berpendapat menurut Monksm
Knoers, dan Haditono (1984:3) personaliti yang baik
dipertimbangkan dan tidakan adalah bersifat tidak jelas dan
memerlukan penelitian yang baik.
Menurut para psikologi pula, personaliti adalah bersifat
baik dan tersusun. Dalam bukunya The anatomy of Personality
(1954), Adams berpendapat personality dalam diri individu itu
sendiri iaitu apa yang disukai dan tidak disukai, pilihan dan
kegemaran, ketakutan dan kebencian. Ini dapat disimpulkan
persona adalah penampilan luar, wajah luar yang menggambarkan
peribadi individu itu sendiri. Antara perbezaan yang dapat dilihat
ialah :
i. Memberi penekanan bahawa perlunya memahami
perbezaan yang terdapat dalam diri individu dan sifat-sifat
yang terdapat dalam dirinya.
ii. Mengambarkan tingkah laku yang terdapat dalam diri
individu itu sendiri
iii. Melihat personaliti, sejarah, faktor dan perkembangan
individu tersebut.

Teori – Teori Pesonaliti


Clyde Kluckhohn dan Henry Murray (1954), menyatakan bahawa
dalam psikologi personaliti telah merangsang usaha
mengembangkan teori- teori personality. Setiap orang sama sahaja
telah menghadapi pengalaman diri dan menghadapi tingkahlaku
yang berbeza- beza.
Mengenal Personaliti Remaja 3

Oleh itu setiap tingkah laku diri sendiri dan orang lain amat
berbeza untuk digambarkan, tetapi teori- teori peribadi dapat
membantu menjelaskan tingkahlaku individu itu. Dalam Buku,
Theories of Personality (1981), Shultz mengatakan terdapat
sembilan teori personaliti iaitu teori psikoalanaisis,
neopsikoanalisis, interpersonal, sifat, perkembangan, humanistic,
kognitif, behaviorisme, dan bidang terbatas.
Dalam buku ini membahaskan empat teori personaliti
utama iaitu teori psikoanalisis, sifat, behaviorisme dan psikologi
kognitif.

Teori Personaliti Psikoanalisis


Freud telah membangunkan model personaliti yang saling
berhubungan dan menimbulkan ketegangan satu sama lain. Ia
menggambarkan bagaimana konflik berlaku dan mempengaruhi
tingkah laku seseorang. Terdapat tiga sistem dalam minda
manusia iaitu id, ego dan superego.
Id merupakan aspek personaliti yang asal, datang daripada
biologi seseorang, mengandungi seksual di bawah sedar dan naluri
agresif. Ia beroperasi berdasarkan prinsip keseronokan.
Matlamatnya bersifat segera. Prinsip keseronokan mempunyai
konsep bahawa manusia sentiasa berusaha untuk memaksimumkan
keseronokan dan meminimumkan kesakitan.
Untuk bersikap matang, desakan-desakan yang telah
dinyatakan di atas perlu dikawal. Ini boleh dilakukan melalui ego.
Ia beroperasi berdasarkan prinsip realiti. Ia berkembang untuk
memenuhi kehendak ia dan dalam masa yang sama, ia berfungsi
untuk memeriksa desakan id sehingga objek yang sesuai ditemui.
Ego merupakan penggerak personaliti manusia. Ego adalah seperti
sebuah medan peperangan di mana tentera id dan superego sentiasa
berperang.
Istilah superego digunakan oleh Freud untuk
menggambarkan penghayatan nilai –nilai moral dalam masyarakat.
Ia ditanamkan oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Superego adalah
pegangan moral yang menghalang kehendak id. Terdapat dua
4 Memahami Personaliti Remaja

komponen utama dalam superego iaitu suara hati dan keunggulan


ego. Suara hati didapati daripada pelaksanaan ganjaran. Apabila
seseorang melakukan kesalahan, suara hati akan membuatkan
tercetusnya rasa bersalah. Jika seseorang mentaati ibu bapa dan
berkelakuan baik, persaan bangga akan dirasai. Tugas utama
superego adalah menahan desakan id, memujuk ego supaya
memilih matlamat yang bermoral dan realistik serta berusaha
mencapai kesempurnaan.
Namun dalam psikoanalisis Carl Gustav Jung, ego
bukannya menghadapi konflik antara id dan superego, melainkan
harus didorong dengan naluri-naluri yang diperolehi dari
pengalaman yang lalu. Ia berbeza dengan Freud, Jung tidak
mendasarkan teorinya pada dorongan seks.
Bagi Erikson meskipun ia mengakui adanya id, ego dan
superego tapi ia menyatakan yang terpenting bukannya dorongan
seks dan bukan pula konflik. Manusia adalah makhluk rasional
yang berfikiran, perasaan, dan perbuatannya dikendalikan oleh ego.
Jadi ego itu aktif bukan pasif seperti teori Freud. Unsur-unsur yang
lebih banyak dipengaruhi oleh faktor sosial daripada dorongan
seksual. Dengan kata lain Erikson lebih mementingkan faktor
psikososial, sementara Freud lebih mengutamakan faktor
psikoseksual dalam menganalisis personalitinya.

Teori – Teori Sifat


Menurut Allport, personaliti adalah ‘siapakah orang itu’ walau
bagimanapun, memandangkan definisi ini terlalu ringkas, beliau
telah mengemukakan definisi yang lain. personality adalah
organisasi yang dinamik dalam sistem psikofizikal individu yang
menentukan ciri-ciri pemikiran dan tingkah laku.
Daripada definisi di atas, jelas sekali Allport melihat
personaliti sebagai suatu usaha ke arah penyatuan, proses
perubahan dan perkembangan yang berterusan dalam diri individu.
Walaupun faktor persekitaran boleh mempengaruhi personality
seseorang, persepsi individu terhadap pengaruh inilah yang
sebenarnya yang menentukan tingkahlaku individu. Perbezaan
Mengenal Personaliti Remaja 5

tingkah laku adalah disebabkan oleh kecenderungan yang


berlawanan atau trait dalam diri seseorang.
Definisi Allport juga merujuk kepada ciri-ciri individu yang
bersifat unik termasuk pemikiran dan tingkah laku. Manusia bukan
sahaja cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi bertindak
balas kepadanya. Beliau menekankan keunikan individu dan aspek
kognitif serta motivasi yang mempengaruhi tingkah laku manusia.
Personaliti dilihat sebagai gabungan biologi dan persekitaran. Ciri-
ciri yang diwarisi kemudiannya dibentuk oleh pengalaman.
Allport membahagikan jenis-jenis sifat trait kepada empat
iaitu:
i Cardinal Trait iaitu ciri-ciri yang dominant dalam diri
seseorang. Contohnya, seseorang yang terlalu ingin memiliki
kuasa akan cuba menguasai orang lain dan apa sahaja yang
membolehkannya mencapai matlamat.
ii Central Trait iaitu ciri-ciri yang kurang mengawal tingkah
laku manusia tetapi penting. Contohnya, kita mengatakan
seseorang sebagai penyayang, cerdik, jujur, baik kelakar dan
sebagainya. Ia mengawal tingkah laku manusia tetapi tidak
mengatasi trait kardinal.
iii Secondary Trait iaitu ciri-ciri agak terpinggir. Ia biasanya
kurang penting seperti seseorang suka makan murtabak atau
keropok.
iv Common Trait iaitu kategori untuk meletakkan kumpulan-
kumpulan manusia kepada dimensi tertentu. Kita boleh
mengatakan sesetengah orang lebih bersifat dominant
daripada sesetengah yang lain. Berlawanan dengan common
trait.
v Personal Disposition adalah ciri-ciri individu yang unik yang
tidak dikongsi dengan orang lain.

Sheldon mengumpulkan 650 jenis sifat personaliti yang


didapatinya dan membicangkan sifat-siafat manusia. Semua sifat
ini kemudiannya dikelompokkan lagi dalam 50 sifat dan dari hasil
korelasi diperolehi 20 sifat yang dimasukkan dalam tiga komponen
6 Memahami Personaliti Remaja

iaitu :

1 Viscerotonia.Individu yang memiliki nilai


viscerotonia ynag tinggi, memiliki sifat- sifat
antara suka maka yang sedap, mengejar
kenikmatan, tenang dan sebagainya.
2 Somatotonia. Individu dengan sifat somatotonia
yang tinggi memiliki sifat-sifat seperti suka
dan berani mengambil risiko ynag tinggi
memgnagu perasaan orang lain dan membuat
gaduh.
3 Cerebretonia. Personaliti yang mempunyai nilai
cerebretonia bersifat tertutup dan senang
menyendiri, tidak menyukai keramaian damn
takut kepada orang lain serta memiliki
kesedaran diri yang tinggi.bila mengalami
masalah ia akan sukar untuk tidur.

Teori Personaliti Behaviorisme


Menurut Skinner, penyelidikan mengenai personaliti hanya sah jika
memenuhi berbagai syarat. Contohnya ia tidak menerima
personaliti atau diri yang mengarahkan tingkah laku. Pedekatan ini
adalah suatu cara mengendalikan jiwa dan tubuh secara automatik.
Ia juga tidak akan puas dengan memberikan contoh ‘Mengapa para
perompak membunuh orang-orang yang tidak berdaya ? Adakah
mereka gila ?’
Menurut Sikinner juga individu adalah organisme yang
memperolehi tingkahlaku dari pembelajaran. Ia menghuraikan
teknik yang digunakan untuk mengawal tingkahlaku. Antara
tekniknya ialah :

i Pengekangan Fizikal
Mengawal tingakah laku melalui pengekangan fizikal.
Contohnya, segelintir dari kita menjauhi dari mentertawakan
kesalahan orang lain.
Mengenal Personaliti Remaja 7

ii Bantuan Fizikal
Dapat mengawal tingkahlaku dengan mengunakan ubat-
ubatan. Contohnya meminum ubat peragsang agar tidak
mengantuk dalam perjalanan yang jauh.
iii Mengubah Keadaan Stimulus
Suatu teknik yang mengubah keadaan stimulus yang
bertanggungjawab. Contohnya menggunakan kaca cermin
untuk berlatih menguasai tarian yang susah.
iv Memanipulasi keadaan emosional
Menyatakan bahawa kadang-kadang kita akan cuba
mengawal dan menjaga diri kita. Contohnya, menggunakan
meditasi untuk menghilangkan stress agar kita menunjukkan
tingkahlaku yang baik.
v Melakukan Respon-respon Lain
Menahan diri daripada melakukan tingkah laku yang
membawa hukuman dengan melakukan hal lain. Contohnya,
menahan diri dari menyerang orang lain dengan mengawal
dan menahan tingkahlaku kita.
vi Menguatkan Diri Secara Positif
Teknik yang dikendalikan untuk mengawal tingkah laku
dengan menghadiahkan diri atas tingkahlaku yang baik.
Contohnya, seorang pelajar berjaya dengan baik dan
memperolehi apa yang diingini.
vii Menghukum Diri Sendiri
Seseorang menghukum diri sendiri kerana gagal mencapai
tujuan hidupnya. Contohnya, pelajar gagal dalam
pelajarannya menghukum dirinya untuk lebih berusaha
dengan lebih lagi.

Teori Psikologi Kognitif


Menurut pandangan psikologi Gestalt dalam mengetahui
tingaklaku manusia hendaklah memahami gaya dan tingkah laku
dan perhubungan individu itu sendiri. Kurf Koffka membuktikan
bahawa chimpanze dapat mengambil pisang yang terletak di luar
kotak dengan menyambung dua batang pipa, walaupun chimpanze
8 Memahami Personaliti Remaja

tidak pernah mengalami pengalaman itu.


Pandangan teori personaliti manusia tidak lain
menggambarkan elemen yang saling berkaitan antara satu sama
lain. Dalam teori ini unsur psikis dan fizik tidak dapat dipisahkan.
Contohnya salah satu elemen yang penting dan bernilai patung
dewa milik Lueli disuruh bakar leh Fortune digantikan dengan
Tuhan lain sebaiman diajar atau diyakini oleh Fortune.

Proses Perkembangan Personaliti


Carl gustav jung mengatakan pertumbuhan personaliti merupakan
suatu dinamika dan proses evolusi yang terjadi sepanjang hidup
individu secar berkembang dan belajar cara baru serta bergerak
maju.
Pada dasarnya Jung tidak menerima pandangan Freud
bahawa individu relatif berhenti dengan berakhirnya masa kecil.
Jung menolak pula konsep Freud bahawa kejadian masa lalu
menentukan tingkahlaku seseorang. Tingkahlaku individu
ditentukan bukan hanya pengalaman lalu malainkan untuk tujuan
dimasa akan datang.
Personaliti dapat dikatakan merangkumi semua aspek
perkembangan, seperti perkembangan fizik, mental, sosial, motorik
dan moral. Ia juga merupakan suatu aspek yang merangkumi jiwa
dan badan. Dalam pembentukan pola personaliti terjadi proses
interaksi dalam diri individu itu sendiri dengan pengaruh luar.
Faktor berperanan dalam pembentukan personaliti
seseorang. Ia berlaku dalam memperlihatkan sifat-sifat dan
perubahan tingkah laku seseorang.menurut Hall & Lindzey,
perkembangan berlangsung mengikut tiga cara iaitu dimensi
vertical, orang berkembang dari posisi tengah pada arah ke luar.
Dimensi progresif, ia mencapai tujuan dengan cara yang lebih
langsung dan dengan lebih sedikit pergerakan yang sia-sia.
Dimensi transvers, pertumbuhan mengakibatkan koordinasi yang
lebih baik dan tingkah laku yang lebih besar. Perkenbangan yang
harmonis pada ketiga dimensi tersebut akan memperluaskan
peronaliti.
Mengenal Personaliti Remaja 9

Jenis- jenis Personaliti


Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza antara satu sama
lain. Hippocrates dan Galenus membahagikan kepada empat
golongan iaitu :
i. Melancholicus iaitu orang-orang yang banyak hempedu hitam
selalunya ia bersikap murung atau muram dan selalu merasa
curiga.
ii. Sanguinicus iaitu orang yang banyak darahnya selalunya ia
menunjukkan wajah yang berseri-seri, periang dan selalu
gembira.
iii. Flegmaticus iaitu orang yang banyak lendirnya. Jenis yang
pemalas, wajahnya pucat dan pendiriannya tidak mudah
berubah.
iv. Cholericus iaitu yang banyak hempedu kuning.jenis yang
bertubuh besar dan kuat namun mudah marah, garang dan
agresif.

Eduard Spranger pula menyatakan personaliti manusia


terbahagi kepada enam iaitu:
i. Manusia politik memiliki sifat suka menguasai orang lain.
Nilai terpentingnya ialah politik dan membicarakan
pengolakan yang terjadi dalam dan luar negeri
ii. Manusia ekonomi suka bekerja mencari untung kebendaan
material sahaja. Tujuan hidupnya adalah kebahagian melalui
harta kekayaan.
iii. Manusia sosial iaitu yang bersifat mengabdikan diri dan
berkorban untuk orang lain mereka mudah bergaul,
bekerjasama, menyelesaikan masalah dalam mengatasi segala
kesulitan.
iv. Manusia seni iaitu berjiwa nilai –nilai keindahan. Mereka suka
menyendiri dan jauh dari kebisingan dan kemewahan hidup.
v. Manusia agama iaitu lebih pentingkan mengabdikan kepada
Tuhan Yang Maha Esa. Mereka selalu ingin berbuat kebajikan
dan sentiasa melaksanakan perintah agama.
vi. Manusia teori suka berfikir dan mengabdikan diri pada ilmu.
10 Memahami Personaliti Remaja

Suka membaca, berdiskusi, menyelidik dan berpendapat ilmu


pengetahuan adalah yang paling penting.

Jung seorang ahli penyakit jiwa dari Swiss, menyatakan


bahwa perhatian manusia terbahagi kepada dua iaitu arah luar
extrovert dan dalam dirinya introvert. Crow menghuraikan lebih
terperinci sifat dari kedua golongan tersebut sperti yang terdapat
dalam jadual 1.1 di bawah ini

Jadual 1.1 Perbezaan antara Ektrovert dan Introvert

Ektrovert Introvert
Lancar dalam pertuturan Lebih lancar menulis
daripada bertutur
Dikuasai oleh data yang Dipengaruhi perasaan
objektif Subjektif
Suka bekerja dengan orang Suka bekerja sendirian
lain
Mudah lentur dan boleh Kurang kemudah lenturan
diubah suai
Tidak menghiraukan Cermat dalam barang
penyakit dan barang kepunyaan sendiri
kepunyaan sendiri
Peramah Suka bergaul
Berminat dalam permainan Suka majalah dan buku
Tidak mudah rasa malu Mudah merasa malu

Gerart Heymans membahagikan personaliti manusia


berdasarkan tujuh unsur iaitu :
i Gapasioneerden iaitu oarng yang hebat,kuat, aktif, bersikap
keras egois dan patriot yang baik dia suka menolong orang
yang lemah.
ii Cholerici iaitu orang yang garang, aktif tetapi lemah, tetapi
kuat bekerja, periang dan mereka suka kemewahan dan
sering bertindak tanpa berfikir.
Mengenal Personaliti Remaja 11

iii Sentimental iaitu orang perayu yang aktif emosional dan


sering mengikut kata hati dan suka menjauhi diri dari
kebisingan dan keramaian.
iv Nerveuzen iaitu orang penggugup tidak aktif, lemah tidak
sabar dan tidak mahu berfikir panjang dalam
menyelesaiikan masalah.
v Flegmaciti iaitu orang yang tenang, tidak aktif, tekun
bekerja, berpandangan luas, rajin dan sering memberi dan
membantu orang lain
vi Sanguinci iaitu orang keanak-anakan yang tidak aktif, ragu-
ragu bertindak, pemurung, pendiam, berpegang teguh pada
pendirian dan tidak gila kuasa.
vii Amorfem iaitu orang tak berbentuk yang tidak aktif, lemah
tidak bercampur gaul dengan orang dan mengharapkan
bantuan dari orang lain.

Sheldon memberi pendapat hendaklah kita berfikir tentang


dimensi fizik dan bukan jenis-jenisnya dan menggambarkan
personaliti manusia terdiri daripada pelbagai komponen iaitu

1 Komponen bentuk badan ( Kejasmanian )


Terdiri daripada dua jenis iaitu :
Komponen Kejasmanian primer
i Endomorphy
ii Mesomorphy
iii Ectomorphy

Komponen kejasmanian sekunder


i Dysplasia
ii Gynandromorphy
iii Texture

2 Komponen Tingkah laku ( temperamen)


Terdiri daripada tiga jenis iaitu :
i Viscerotonia
12 Memahami Personaliti Remaja

ii Cerebrotonia
iii Somatotonia

3 Komponen Psikitaris
Terdiri daripada tiga komponen iaitu :
i Affective
ii Paranoid
iii Heboid

Kesemua komponen di atas adalah merupakan tingkah laku dan ia


dibentuk dan dilihat dari sifat, pengalaman seseorang. Oleh itu ia
jelas menggambarkan situasi individu itu dalam menghadapi
kehidupan. Setiap fizikal seseorang dapat di lihat dari pebagai
aspek kehidupannya.

Pengukuran-Pengukuran Personaliti
Pengukuran dibentuk adalah bertujuan mengetahui corak
personaliti secara terperinci dengan mengetahui corak atau jenis
personaliti seseorang menjadi lebih sempurna. Ia dapat di ukur
dengan persoalan dan kajian serta instrumen yang betul. Terdapat
pelbagai cara dalam mengukur atau menyelidik personaliti di
antaranya
i Pemerhatian langsung
Salah satu alat untuk mengukur personaliti dengan
menggunakan observasi direk. Terdapat tiga metode dalam
tipe sampling, incident sampling dan metode buku harian.
ii Wawancara terbahagi kepada dua jenis iaitu stress
interview dan exhaustive interview.
iii Latihan proaktif bertujuan menggambarkan hal yang
dilakukan serta tugasan yang diberikan dengan pelbagai
cara iaitu latihan rosschach dan latihan persepsi tematik
iv Inventori personaliti adalah soalan yang mendorong
individu untuk memahami situasi dan peraaan masing-
masing terbahagi kepada tiga iaitu minnerota multiphhasic
peronaliti dan inventory, rorced – choice inventories dan
Mengenal Personaliti Remaja 13

human –wandsworth temperament.

Personaliti yang sihat


Kesihatan amat penting dalam membentuk dan membicarakan
tentang personaliti. menurut Allport personaliti dipandang yang
sihat, matang dan terlepas dari trauma-trauma ataupun konflik pada
masa kanak-kanak. Ia terbahagi kepada beberapa segi iaitu
kedewasaan jasmani, kedewasaan intelektual, kedewasaan
emosional dan kedewasaan sosial.

Tanda-tanda personaliti yang sihat iaitu kepercyaan mendalam


pada diri sendiri iaitu :
i. Tanda-tanda personaliti yang sihat iaitu kepercyaan
mendalam pada diri sendiri dan orang lain
ii. Tidak ragu-ragu, tidak malu tetapi berani.berdiri tanpa
meminta bantuan lain.
iii. Insiantif berkembang dan tidak selalu merasa dirinya
bersalah.
iv. Tidak merasa bosan tetapi mempunyai semangat kerja.
v. Bersikap jujur terhadap diri sendiri berani melihat
kekurangan diri sendiri.
vi. Mampu berdedikasi iaitu penyerahan diri
vii. Senang untuk berhubung dengan kenyataan bertukar-tukar
pendapat
viii. Generatifitas iaitu dengan menambah keturunan
ix. Integritas mmepunyai masa lampau dan sanggup
memperjuangkan masa depan, sanggup memikul
tanggungjawab dalam kepimpinan.

Tanda-Tanda Personaliti yang kurang sihat


i. Tak mampu menjalinkan persahabatan
ii. Daya konsentrasi tidak menjadi kerana terlalu banyak
kesalahan
iii. Penyangkalan terhadap nama, asal usul bangasa danmasa
14 Memahami Personaliti Remaja

lampau.
iv. Tidak mampu memperjuangkan diri
v. Sifat ingin membalas dendam terhadp orang lain

Personaliti Abnormal
Tingkah laku ini adalah sebagai normal. Kernormalan disebut
sebagi satu tingkah laku yang terpaut dengan nilai- nilai budaya
sehingga tidak mungkin dibuat suatu definisi yang sebenar.
Sebenarnya kita boleh memahami budaya lain dengan mewarnai
pandangan mereka. Cara memahami mereka secara normal dan
lebih baik. Lewis menyedari bahwa kita juga sedikit asing adalah
memahami sifat subjektif dari nilai-nilai etnik kita. Sementara
orang Scotland memandang keras kepala sebagai sifat positif.
Orang Itali pula menganggapnya sebagai sifat keras pendirian.
Orang Inggeris pula cakap ia sebagai seni atau kecantikan
Seorang yang berbeza dari norma yang berlaku antara
masayarakat Pada manusia berkemahuan lemah boleh mendorong
menjauhi dari kejahatan manakala jika sebliknya boleh mendorong
melakukan kejahatan. Tingkah laku yang baik sesuai dengan emosi
yang buruk dan tidak cukup untuk menyumbang kepada
kebahagiaan manusia.

i. Definisi Tingkahlaku Abnormal


Orang yang tingkah lakunya berbeza dari norma masyarakat mak ia
disebut abnormal. Ini adalah disebabkan setiap apa perbuatan yang
dilakukan telah menjuadi kebiasaan pad masyarakat, akan tetapi
jika sebaliknaya itu yang menyebabkan berubah dan belainan
dipanggil abnormal. Ia terbahagi kepada tujuh jenis iaitu
pelanggaran norma sosial, penyimpangan dari norma statistik,
ketidaksenangan personaliti, perbuatan maladaptif, gejala salah
laku,tekanan perasaan dan ketidakmatangan.

ii. Bentuk –bentuk Personaliti Abnormal


Perubahan bentuk-bentuk abnormal tingkahlaku selalu mengalami
perubahan dari masa ke semasa. Bentuk –bentuk tingkahlaku yang
Mengenal Personaliti Remaja 15

sering berlku pada masa kini iaitu :


1- Neurosis (konflik) iaitu ganguan saraf yang menyebabkan
pelbagai ganguan yang muncul dianatarnya gangguan kecemasan,
gangguan fobia dan gangguan pemikiran (kompulsif-obsesif).
2- Gangguan psikosis iaitu gangguan personaliti dan boleh
menyebabkan jadi gila disebabkan tekanan perasaan yang terlalu
kuat. Jika pemikiran telah dikuasai oleh emosi akan menyebabkan
sesorang itu akan menghadapi pelbagai masalah dalaman dan
luaran dirinya. Ia perlu cepat dirawat agar tidak menjadi
kemudaratan kepad individu itu dan mendatangkan masalah
kepada masyarakat.
3- Bunuh diri iaitu tingkahlaku yang amat menakutkan kepada
seseorang yang terlalu menderita emosi. Kelompok yang berisiko
tinggi ini perlu diberi rawatan agar segala perbuatannya tidak akan
dilakukan mengikut emosi. Kes bunuh ini berlaku dengan pelbagai
sebab antaranya
a) Depresi iaitu sebahagian yang berjaya membunuh diri pada
saat tekanan masalah yang kuat.
b) Krisis dalam hubungan interpersonal iaitu konflik dalam
hubungan juga menyebabkan tindakan untuk membunuh diri.
c) Kegagalan juga adalah salah satu sebab mengapa seseorang
itu nak bunuh diri
d) Konflik batin juga menjadi punca dimana ia merasa ragu- ragu
atau cemas untuk memikirkan kehidupan sama ada nak hidup
atau mati.
e) Kehilangan makna dalam hidup iaitu hidupnay tiada bermakna
lebih baik mati seseorang itu bermain dengan perasaan dan
tidak memikirkan sebab dan akibatnya.

Durkheim menyatakan harus ada sebsb lain yang menyebabkan


berlakunya bunuh diri ini iaitu faktor social kemudian dapat
dirumuskan disinitiga jenis bunuh diri iaitu
i Bunuh diri egoistis iaitu sikap seseorang yang hendak
berintegrasi dengan kelompok seperti keluarga, masyarakat,
kumpulan, kawan dan sebagainya.ia terlalu mengikut perasaan
16 Memahami Personaliti Remaja

sendiri.
ii Bunuh diri altruistis iaitu disebabkan oleh perasaan negative
dengan masayarakat dan bersangkutan dengan pengorbanan
dalam diri individu bukan kerna dipaksa contohnya tentera
atau askar yang berkorban demi agama dan bangsa.
iii Bunuh diri anomis iaitu yang bersngkutan dengan cita-
cita,tujuan dan norma kehidupannya. Berkorban demi
keluarganya aatu kerjayaannya. Contoh mencari harta untuk
keluarga tetapi dengan tekanan menyebabkan ia membunuh
diri.

Kesemua punca dan sebab menjdi realiti sehingga kini.


Oleh yang demikian perlulah menjaga kesihatan jiwa moga tidak
timbul pelbagai masalah dan boleh menyebabkan perasaan ingin
bunuh diri. Jauhilah kehidupan yang tidak ceria agar hidup
bahagia.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang kita boleh dapati dari tajuk personaliti ini ialah
kita hendaklah percaya pada diri sendiri dan sentiasa mengawal
segala tingkahlaku yang kita lakukan seharian agar tidak menjadi
tekanan perasaan dan menyebabkan banyak faktor yang
membolehkan kita melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya
seperti membunuh diri atau menjadi gila. Sebagai orang yang sihat
dan waras kita perlu sentiasa memperbanyakkan amalan dan
aktiviti yang berfaedah agar segala yang kita lakukan boleh
menjadi badan kita sihat. Seseorang yang sentiasa bermain
dengan emosi dan perasaan lebih cepat menghadapi tekanan dan
penyaki hati dalam dirinya.
Oleh itu kita perlu menjaga dan menyayangi anugerah yang
diberi bukan hidup hanya sia-sia dan banyak dengan masalah.
Masalah akan selesai jika kita pandai menangani dengan baik
bukan melakukan perbuatan yang menyebabkan perkara yang tidak
sepatutnya berlaku. Mudah-mudahan kita sentiasa beringat dan
Mengenal Personaliti Remaja 17

peka terhadap apa yang kita lakukan sehari-harian. Hidup di dunia


hanya sementara maka kita perlu manfaatkan hidup ini dengan
perkara yang berfaedah bukan dengan perbuatan yang tidak
berguna. Semoga kita menjadi individu yang sihat dan baik.

RUJUKAN

Arieff Salleh dan Wardah (2003). Membentuk Jati Diri Remaja.


Kuala Lumpur: PTS Professional.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Abd Rahim Hamdan
( 2007 ). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan .
Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Gooh Mo Lee, Shahrin Hashim,
faridah Suboh (2012a) Correlation between identify
contributor towards job performance among graduates from
Polytechnic Shah Alam, Malaysia Archives Des Sciences
Journal ISSN: 1661-464X,
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, ShahrinHashim, Yusof Boon,
Gooh Mo Lee (2012b) Dominants Factors on Parenting
Styles and Its Role towards Adolescents’ Academic
AchievementArchives Des Sciences Journal ISSN: 1661-
464X
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Shahrin Hashim, Gooh Mo Lee
(2012c) The Relationship of Big Five Personalities towards
Intrinsic Motivation in Secondary School Students
Archives Des Sciences Journal ISSN: 1661-464X
Azizi Hj. Yahaya (1998) Satu Penilaian Terhadap Keberkesanan
Program Pemulihan Akhlak Di Rembau N.Sembilan
Azizi Yahaya dan Jamaludin Ramli (2008). Kesihatan Mentall.
Penerbit UTM Skudai:
Azizi Yahaya dan Jamaludin Ramli (2008). Kesihatan Mentall.
Penerbit UTM Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey:
18 Memahami Personaliti Remaja

Prentice Hall.
Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston:
McGraw-Hill.
Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany
Adolescence: An Introduction. Boston:

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai