Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI KEWARGANEGARAAN DAN SIVIK

 Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), kalimah sivik membawa maksud ilmu
tatarakyat, hak, perasaan tanggungjawab terhadap seseorang atau masyarakatnya.
 sivik merujuk kepada ilmu yang membicarakan mengenai kehidupan rakyat atau
tatarakyat, kebudayaan dan cara hidup, adat resam masyarakat dan sebagainya.
 Mengikut kamus Advanced English Dictionary, sivik di dalam bahasa inggeris
bermaksud civic. Menurut kamus tersebut, perkataan civic membawa maksud
pertalian diantara penduduk dengan sesuatu ketamadunan atau pembandaran.
 Nama lain bagi civic ialah tatarakyat.

 Manakala definisi kewarganegaraan menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010)


pula ialah perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara.
 sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Begitu
juga dengan sejarah iaitu mengetahui masa silam.
 Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam
menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama.
 Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang pelajar harus
mengetahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dan produktif.
 Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan pelajar membuat
keputusanmenyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi
sumbangan terhadappembangunan masyarakat dan negara.
 Setiap individu mempunyai peranan dalam memartabatkan Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan.

PENERAPAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK MELALUI MATA


PELAJARAN SEJARAH

 Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh


negara pada tahun 2014.
 Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa
penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada
murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.
 tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan,
patriotisme dan perlembagaan negara.
 ''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti
‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan
rombongan ke Parlimen.''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah
difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas
menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia
Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini." (Utusan 24.10.2010)
 konsep elemen kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan melalui mata pelajaran
sejarah iaitu menghuraikan tentang perkembangan diri ke arah kecemerlangan yang
meliputi aspek identiti dan wawasan diri, sifat-sifat peribadi mulia, kebolehan
membuat keputusan, pemilihan kerjaya sepanjang hayat.
 dapat mencapai kecemerlangan diri dalam pendidikan, iaitu dengan mengamalkan
budaya ilmu untuk kemajuan diri.
 dapat berinteraksi dengan orang lain secara hormat dan sopan dan berkongsi
dengan rakan-rakan tentang ciri-ciri perwatakan terpuji.
 Menghasilkan garisan hidup tentang kejayaan dan cabaran diri juga merupakan cara
untuk perkembangan dirike arah pencapaian kendiri.
 mata pelajaran sejarah turut mempunyai kesan yang mendalam dalam membentuk
minda dan pemikiran masyarakat untuk mencapai elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik.
 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dapat melahirkan anggota masyarakat yang
bersatu padu dan patriotik akan lebih memahami dari segi tradisi, keagamaan,
kebudayaan serta etnik-etnik masyarakat Malaysia mempunyai kepelbagaian.
 memupuk nilai hidup tolong-menolong semasa mengatasi cabaran dan dugaan yang
berlaku dan mengambil tindakan yang wajar.
 menjalinkan rangkaian kemasyarakatan yang erat dan memainkan tanggungjawab
sebagai rakyat Malaysia
 mewujudkan masyarakat yang demokrasi, persamaan taraf tanpa mengira agama,
bangsa dan budaya di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersifat
patriotisme.
PERANAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK MELALUI MATA
PELAJARAN SEJARAH DALAM MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG
BERSATU PADU DAN BERSEMANGAT PATRIOTIK

 pentinglah penerapan eleman kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata


pelajaran sejarah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan
bersemangat patriotik.
 membentuk warganegara yang berketerampilan dan bermaklumat antaranya ialah
melalui perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian
masa depan, kesetiaan, tanggungjawab warganegara dan keterikatan emosi.

PERKONGSIAN SEJARAH

 Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia


pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah
masyarakat awam berpendapat sejarah itu hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak
perlu diungkit lagi.
 Menurut mereka, adalah salah sekiranya masyarakat awam tidak mempunyai
kefahaman mengenai disiplin ilmu sejarah ini, dan menganggap belajar sejarah itu
bukannya kewajipan dan tidak mempelajarinya merupakan satu kesalahan.
 sejarah itu suatu proses yang bersambungan.
 sesuatu peristiwa yang kita hadapi pada hari ini merupakan sebahagian daripada
peristiwa semalam dan kemungkinan besar pula akan menunjang menjadi
sebahagian daripada peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.
 Menurut Omardin dan Yunus (1996), pengajaran sejarah adalah untuk membantu
pelajar agar mereka memahami keadaan masa sekarang ini berasaskan keadaan
masa lalu.
 setiap warganegara itu harus mengetahui dan memahaminya ialah sejarah
pembentukan negara.
 Melalui sejarah pembentukan negara, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan
negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang
boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara.
 pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan
Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.
 Perkongsian sejarah membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang
mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan
rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang.
 mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara dan menghayati
peristiwa kemerdekaan negara.

PERKONGSIAN NILAI

 Menurut Abdul Rahim (1999), melalui pendidikan sejarah, nilai-nilai seperti


kemoralan, sosial, kemanusiaan, patriotisme, kepahlawanan, setia negara dan
kewarganegaraan boleh disuburkan dan membentuk warganegara Malaysia yang
prihatin dengan sejarah bangsa dan negara mereka.
 penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kurikulum sejarah juga
dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara.
 apabila kita mempelajari sejarah tanah air dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga
terhadap negara dan bangsa.
 Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri,
bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah
negara kita
 Kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kurikulum Sejarah juga melahirkan perasaan
kekitaanan dalam diri kita.
 membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara
dengan membentuk sikap sepunya dan kebersamaan.
 Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk
menerima golongan imigran Cina dan India.
 Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia
sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu
mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki
pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi
bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk
membangun dan mengukuhkan negara (Abdul Rahman, 2005).
 Amalan hormat-menghormati kepelbagaian kaum, budaya dan agama amatlah dipuji
dan boleh menjadi contoh kepada negara berbilang bangsa yang lain.
 dengan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dapat
mengeratkan lagi rakyat Malaysia dibawah satu bahasa.
 memberikan gambaran mengenai hala tuju ataupun peranan setiap individu dalam
membina keyakinan dan tanggungjawab mencorak negara pada masa depan.
 menambahkan satu bentuk penilaian ataupun pengajaran bagi dirinya pada masa
hadapan.
 pemupukan terhadap perpaduan sosial antaranya menghormati masyarakat pelbagai
kaum dan ini lebih kepada penerapan bagi generasi sekarang dan seterusnya
digunapakai sebagai rujukan oleh generasi akan datang.
 Perpaduan sosial ini dikatakan menjadi salah satu daripada sebab mengapa
peristiwa itu tidak dapat dilupakan kerana terdapat pelbagai peristiwa lalu yang
berlaku berhubung kait dengan konsep perpaduan.

nilai kesetiaan. Kita semua sedia maklum bahawa kesetiaan bermaksud jujur, setia
dan berpegang teguh kepada sesuatu. Kewarganegaraan dan nilai sivik yang dimasukkan di
dalam kurikulum sejarah sememangnya sangat menekankan nilai kesetiaan. Salah satu
prinsip Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada raja dan negara. Ini bermakna sebagai rakyat
Malaysia kita mesti setia kepada raja dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub
dalam perlembagaan. Kesetiaan kepada raja ialah lambang perpaduan seluruh rakyat.
Kesetiaan kepada negara akan berdiri teguh di jiwa rakyat dengan berdiri teguhnya nilai jati
diri. Rakyat yang mempunyai jati diri yang teguh akan setia mempertahankan negara ini dan
tidak akan melakukan sesuatu yang akan menggugat keharmonian kehidupan dan
kestabilan ekonomi serta politik. Secara tidak langsung rakyat itu akan menghormati
pemimpin negara serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara. (Abdul Rahim,
1999).

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang


serius mengenai soal taat setia dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada negara. Sesuatu
bangsa akan menjadi mulia dan dianggap berdaulat sekiranya merdeka. Justeru itulah
kemerdekaan negara ini perlu diisi dengan pelbagai pembangunan supaya Malaysia
menjadi negara yang berdaulat dan bermartabat. Sebagai anak merdeka, kita perlu sentiasa
sedar bahawa ini ialah negara kita, dan kitalah yang akan menentukan apa yang terbaik
untuk kita. Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum
di negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban apa-
apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah asal usul
masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk akal. Kegagalan
mengenal sejarah yang berkaitan dengan negara sendiri akan melunturkan kecintaan
kepada tanah air.

Bagi memastikan tanggungjawab warganegara ini ditanam di hati rakyat negara ini,
rakyat perlu mempelajari sejarah negara, perjuangan dan susah payah membangunkannya.
Ini juga secara tidak langsung telah diterapkan dalam kewarganegaraan dan nilai sivik.
Bangsa yang tidak mengenali sejarah hanya hidup untuk mencari makan atau bersikap
materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa oleh British ke negara ini sebagai buruh
paksa suatu masa dahulu. Setiap daripada kita harus mengetahui dan memahami
tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati. Sentiasa menerima perbezaan
kaum, budaya dan agama yang terdapat di negara ini. Negara sedang menuju ke arah
negara maju pada tahun 2020. Untuk mencapai tahap negara maju, tanggungjawab
warganegara adalah sangat mustahak ditekankan kerana negara yang maju dan
bertamadun akan dianggap tidak lengkap dan sempurna jika kemajuan material tidak dapat
diseimbangkan dengan keutuhan akal budi dan semangat cintakan negara. (Omarudin dan
Yunus, 1996)

Sekiranya kita berpeluang, kita juga boleh menghadiri kursus atau seminar
kenegaraan seperti Kursus Bina Negara yang dianjurkan oleh Jabatan Biro Tatanegara. Kita
mesti mengenali tanah air, bangsa dan kerajaan Malaysia terlebih dahulu sebelum dapat
mewujudkan semangat patriotisme dalam diri kita. Menerusi semangat patriotisme, bangsa
akan menjadi kuat, berani serta memiliki kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam
membentuk ketahanan warisan dan identiti negara. Oleh itu, untuk menjadikan kita seorang
warganegara yang bertanggungjawab kita mesti mengenali tanah air, bangsa dan Kerajaan
Malaysia terlebih dahulu sebelum dapat melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri kita.
Apabila kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah dan kedaulatan negara,
barulah rasa tanggungjawab itu akan muncul secara semulajadi dalam diri kita seterusnya
bersama-sama membangun negara.

Menurut Abdul Rahim (1999), pendidikan sejarah yang dinamis dan progresif dapat
membina satu perspektif wawasan pembangunan yang luas dan merangkumi wawasan
kenegaraan, politik, sosial, ekonomi dan diri sendiri. Maksudnya ialah keterikatan emosi
kepada negara iaitu dengan mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan
berusaha mempertahankannya. Orang cerdik pandai selalu berkata, sejarah adalah guru
terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau
sempadan. Dengan menghargai sejarah asal usul negara, warisan negara, identiti negara
serta menghayati prinsip rukun negara seseorang itu dapat menyemai perasaan cinta akan
tahan air. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina
masa depan. Akibat tidak memahami sejarah, ada sesetengah pihak menafikan banyak
perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan Perlembagaan
Persekutuan itu satu sejarah besar negara ini. Malah kerana tidak menghayati sejarah juga
membuatkan sesetengah pihak menganggap sesuatu isu yang melibatkan kaum terkeluar
daripada kerangka sejarahnya. Mereka tidak melihat sejarah sebagai asas untuk memberi
dan menerima dalam sesuatu perkara. Maka asas perpaduan di negara berbilang kaum
seperti Malaysia adalah memahami, menghayati dan memanfaatkan sejarah.

Perasaan cinta terhadap negara juga mampu menyuburkan perpaduan dalam


masyarakat pelbagai kaum pada zaman ini. Keterikatan emosi kepada negara telah
membangkitkan semangat kebersamaan di kalangan setiap warganegara. Sikap toleransi
dan hormat menghormati antara satu sama lain dalam sebuah negara majmuk dapat
dipupuk melalui pendedahan pengetahuan tentang sejarah perkembangan negara.
Pendedahan tentang pengetahuan sejarah melalui mata pelajaran sejarah di sekolah atau
melalui media massa dapat menyedarkan generasi kini dan masa hadapan tentang
bagaimana pahit dan getirnya generasi terdahulu menuntut kemerdekaan. Rakyat Malaysia
seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian
yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa
berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata
perpatah “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. ”

Anda mungkin juga menyukai