Anda di halaman 1dari 27

MPU3052

ISU & CABARAN


HAK ASASI
MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD KAMIL BIN AMINUDDIN (2020092340003)
MOHAMMAD HAZIQ IRSYAD BIN CHE MOHD NAZAKI (2020092340012)
HUMAIRA FIKRIAH BINTI RAMLI (2020092340007)
PENGENALAN HAK ASASI MANUSIA
• Hak asasi manusia merupakan isu yang pesat berkembang pada akhir abad ke- 20 dan
awal permulaan abad ke-21 di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
• Isu ini menjadi satu topik yang cukup besar sering dibincangkan oleh pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu (PBB).

• Hak Asasi Manusia boleh dirujuk kepada;


1. Universal Declaration of Human Rights (UDHR)
2. The Cairo Declaration on Human Rights in Islam (Deklarasi Kaherah) yang dikeluarkan
oleh negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kaherah pada 5 Ogos 1990
3. Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (Deklarasi ASEAN)

• Hak asasi manusia telah menjadi tanggungjawab masyarakat dunia yang bergabung
dalam PBB semenjak Deklarasi hak Asasi Manusia Sejagat pada 10 Disember 1948
DEFINISI HAK ASASI MANUSIA
• HAM diertikan sebagai hak yang dipunyai oleh seseorang individu atas
kapasiti sebagai manusia dan meliputi pelbagai skop kehidupan seperti
hak untuk hidup, hak untuk menyuarakan pendapat, kebebasan untuk
bergerak dan juga hak untuk berfikir.

• Dari persepktif Barat, hak asasi seorang manusia adalah hak yang mutlak
bagi dirinya.

• Dari perspektif Islam, hak asasi manusia adalah tidak mutlak dan
bermatlamatkan melindungi maruah dan karamah insan yang
membezakan antara manusia dari makhluk Tuhan yang lain
Hak Hidup

Hak Hak
Berperang Kebebasan

HAK
ASASI
MANUSIA
Hak Hak
Warganegara Kehormatan

Hak
Hak Milik Persamaan
ISU DAN CABARAN HAK ASASI MANUSIA
• Pencabulan hak asasi manusia menjadi isu terpenting sehingga menjadi punca
menimbulkan pertembungan antara peradaban manusia pada alaf baru ini.
• Menurut Mohd Fauzi (2007), isu hak asasi adalah isu yang diperjuangkan oleh
manusia di seluruh dunia, khususnya apabila berlaku pencabulan terhadap hak-
hak asas yang dimiliki manusia
• Krisis hak asasi manusia yang berlaku di seluruh dunia meliputi pencabulan;
Hak Sivil Hak Politik Hak Ekonomi

Hak Sosial Hak Budaya


HAK SIVIL
Hak Sivil
• Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 merakamkan peruntukan hak-hak
sivil dalam Perkara 3 hingga 13
Hak ke atas nyawa dan keselamatan diri, hak tidak diperhambakan, hak sama rata di sisi
undang-undang, hak perbicaraan adil, hak bebas bergerak dan hak bebas beragama

• Pencabulan hak sivil menjadi bahan politik dalam pertembungan antara Asia dan
Barat.
• Negara yang sedang membangun dan mundur telah dicabul hak-hak sivil oleh
negara maju seperti negara Barat.
• Palestin menjadi bukti kepada pencabulan hak sivil.
Pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, meroboh rumah kediaman, memenjarakan
mereka yang disyaki pengganas,dan pengambilan tanah secara haram adalah isu yang telah
berlangsung setelah sekian lama
• Di Singapuran, Malaysia, Indonesia dan Pakistan, kumpulan Islam
dikenakan pelbagai sekatan melalui undang-undang.
• Beberapa kumpulan Islam juga telah disenarikan oleh Amerika
Syarikat dalam senarai pengganas sehingga menyekat kebebasan
orang Islam.
• Selain itu, hak untuk sesebuah negara menentukan dasar awam dan
dasar eknomi termasuk menentukan nilai mata wangnya sendiri telah
dikawal oleh negara-negara Barat.
Implikasi Pencabulan Hak Sivil

Pengorbanan ribuan
nyawa dan mencedarakan
Negara yang mundur jutaan yang lain selain
tidak dapat membangun Negara-negara lemah menyekat keamanan
dengan pesat dalam tidak dapat melawan menyebabkan berlakunya
semua aspek negara maju pelarian perang,
berkaitan hak sivil kemelaratan dan
kerana kekurangan kemiskinan
pendapatan,
ketentaraan dan
hubungan dengan
negara lain
HAK POLITIK
Hak Politik
• Hak politik adalah hak-hak setiap individu dalam kegiatan politik sama ada politik
kepartian, ideologi atau kewarganegaraan.
• Perkara 14 hingga 21 Pengistiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948
Hak mendapat perlindungan politik, hak kewarganegaraan, hak kebebasan beragama, hak
kebebasan pendapat, hak berhimpun secara aman, hak menganggotai persatuan, hak mengambil
bahagian dalam kerajaan

• Pencabulan utama yang berlaku kini di negara-negara Asia adalah tertumpu


kepada hak-hak politik seperti hak bersuara, hak berhimpun dan hak
berpersatuan.
• Negara Asia masih membuat sekatan terhadap hak politik kerana alasan yang
sama iaitu faktor pembangunan bagi mengelakkan usaha-usaha ekonomi
terbantut.
• Hak bersuara sama ada melalui pidato, surat khabar dan penulisan
serta media elektronik masih lagi disekat.
• Akhbar-akhbar dan media elektronik di negara-negara seperti China,
Singapura dan Malaysia dikawal oleh kerajaan sehingga suara
pembangkang tidak kedengaran.
• Kebebasan berhimpun untuk membantah sesuatu dasar secara aman
juga tidak dibenarkan.
• Beberapa negara masih menghalang kebebasan rakyatnya untuk
memilih dan dipilih secara demokrasi.
• Unsur-unsur agama, bangsa dan bahasa juga dijadikan bahan
propaganda yang boleh mencetuskan ketegangan.
Implikasi Pencabulan Hak Politik
• Keputusan rakyat tidak diiktiraf dalam demokrasi sehingga
menyebabkan peristiwa rampasan kuasa tentera di Myanmar
• Sistem diktator diamalkan di negara-negara seperti China, Korea Utara
menyebabkan penglibatan menyeluruh rakyat dalam kerajaan disekat.
• Berlaku penindasan kerana perkauman, warna kulit dan agama yang
dianuti seperti di Bosnia, Afrika Selatan dan Palestin.
• Ideologi dan agama yang bertentangan dengan aliran pemikiran Barat
telah disekat dan diberikan imej buruk.
HAK EKONOMI
Hak Ekonomi
• Hak ekonomi merujuk kepada hak setiap individu terhadap kegiatan yang bersifat
ekonomi.
• Hak ini meliputi semua keadilan dalam segala aktiviti ekonomi sama ada lokal,
domestik dan antarabangsa.
• Hak ekonomi juga telah dijamin dalam Perkara 22 hingga 24 Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat 1948
Hak keselamatan sosial, hak pekerjaan dan pemilihan pekerjaan, gaji, penubuhan kesatuan
sekerja, berehat dan bercuti

• Isu pencabulan hak ekonomi tidak lagi berkisar kepada hak pekerja tetapi terhadap
hak ekonomi global yang dilakukan oleh negara maju dan regim ekonomi
antarabangsa.
• Negara-negara maju menggunakan kekuatan ekonomi dan kewangan
mereka untuk menguasai politik antarabangsa.
• Mereka menggunakan Bank Dunia, IMF, GATT, WTO, EU dan NAFTA
untuk menindas negara-negara miskin dan membangun atas nama
bantuan dan rangkaian ekonomi antarabangsa.
• NAFTA membuka Mexico sebagai medan baru perindustrian
sedangkan pada waktu itu Asia Pasifik menjadi pusat kebangkitan
ekonomi abad ini.
• Walaupun Selatan China dapat menyaingi Mexico, usaha-usaha Barat
telah memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia, Indonesia,
Thailand dan Filipina.
Implikasi Pencabulan Hak Ekonomi
• Negara-negara Selatan menghadapi masalah hutang kepada bank-bank
dan badan kewangan antarabangsa yang dikuasai oleh negara Utara.
• Masyarakat dunia terpaksa menelan hakikat bahawa hak layanan
ekonomi sama rata, menikmati tahap kesihatan yang tinggi, mendapat
pekerjaan serta pembangunan negara adalah sangat tipis.
• Menurut Chandra Muzaffar, ketidaksamaan hak ekonomi global ini
menjadi punca utama kesengsaraan penduduk miskin di dunia.
HAK SOSIAL
Hak Sosial
• Perkara 25 dan 26 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948
Hak sosial merangkumi hak terhadap kesihatan, kebajikan diri dan keluarga, hak makanan,
pakaian, perumahan, pengawasan perubatan dan perkhidmatan sosial serta banyak lagi

• Namun begitu, hampir semua hak yang dijamin tersebut telah


dicabuli. Anatara hak sosial yang semakin terhakis kini adalah masalah
kesihatan, pendidikan, wanita, kanak-kanak, kemiskinan serta
perbalahan kaum dan agama.
• Sebagai contohnya, kumpulan Feminisme yang memperjuangkan hak
wanita menuntut untuk mendapat persamaan hak mengundi, hak
pendidikan dan hak bekerja.
• Menurut UNICEF, berjuta-juta kanak-kanak tidak mendapat zat
makanan yang mencukupi, diserang penyakit, menjadi mangsa
penghambaan, penganiyaan dan eksploitasi seks.
• Ramai kanak-kanak daripada 29 negara anggota OECD masih tinggal
dalam keluarga miskin hingga menyebabkan kesihatan dan
pertumbuhan mereka tergugat.
• Penularan penyakit berbahaya dan ketidakmampuan orang-orang
miskin mengakses kesihatan juga menjejaskan hak-hak sosial.
Implikasi Pencabulan Hak Sosial
• Kebanyakan wanita di seluruh dunia menghadapi masalah seperti ibu
tunggal, menghidap AIDS, diskriminasi gender, gangguan seksual dan
sebagainya.
• The State of the World’s Children (1993) menyatakan bahawa suasana yang
terjadi terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima sebagai peradaban kerana
berjuta-juta kanak-kanak telah meninggal dunia akbiat kekurangan zat
makanan yang seimbang.
• Remaja yang membesar dalam kemiskinan juga menghadapi masalah
pelajaran, berhenti sekolah lebih awal, penyalahgunaan dadah, terbabit
dengan jenayah, hamil terlalu awal dan pengangguran.
HAK BUDAYA
Hak Budaya
• Perkara 27 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948
Hak kebudayaan seperti melindungi hak individu untuk bergiat dalam aktiviti kebudayaan,
menikmati kesenian dan kemajuan sains

• Pencabulan hak budaya berlaku akibat penularan budaya Barat


sehingga menukar imej peradaban kita.
• Budaya hedonisme yang merangkumi aspek makanan, pakaian, cara
hidup, muzik, filem, lagu dan nyanyian telah diangkat begitu tinggi
sehingga melupakan budaya setempat yang diwarisi secara tradisi.
Makanan Lagu Pemakaian
• Kemunculan makanan • Pemuzik dan penyanyi • Pakaian Barat yang
Barat seperti KFC, Barat telah menjadi idola menjolok mata dan
McDonalds, Pepsi dan kepada muda-mudi mengutamakan keegoan
Coca Cola menjadi sehingga menjadi tiruan. pemakai semakin
semakin popular. • Mereka juga didedahkan mendapat tempat dalam
• Minuman-minuman keras dengan konsert-konsert kalangan anak muda.
seperti wine, beer dan yang menjadi pemangkin • Pakaian Barat yang
whisky juga menjadi kepada keruntuhan sosial berjenama juga dijadikan
minuman utama majlis- remaja. ukuran terhadap
majlis rasmi golongan elit karakteristik seseorang.
di negara bukan Barat • Walhal, pakaian tempatan
kini. adalah lebih secocok dan
sesuai dengan iklim dan
suasana tempatan.
Implikasi Pencabulan Hak Budaya

Hak-hak budaya yang


Amalan dan cita rasa sepatutnya dinikmati dan
tempatan yang lebih diwarisi sebagai ciri utama
Kepelbagaian budaya peradaban masyarakat
rasional dan sihat
yang menjadi identiti setempat mengalami
semakin dilupakan oleh
paling berharga keruntuhan dan akan
masyarakat sendiri
dalam peradaban musnah ditelan zaman
masyarakat setempat
mengalami kerosakan
dan dicabul oleh
dominasi budaya
Barat
RUMUSAN
Berdasarkan pencabulan-pencabulan hak asasi manusia yang telah
dibentangkan jelas menunjukkan bahawa kehidupan manusia hari ini
dipenuhi dengan cabaran kemanusiaan. Ternyata, hak asasi manusia
masih terus dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
walaupun masyarakat antarabangsa telah berusaha keras untuk
memberikan panduan tentang kerangka sebenar hak-hak tersebut.
Oleh hal yang demikian, untuk mengaplikasikan undang-undang
berkaitan hak asasi manusia, ia hendaklah merujuk kepada norma
masyarakat setempat itu sendiri kerana mereka yang akan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
• Zulkifli Haron et. al. (2011) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Skudai:
Penerbit UTM)
• Mohd Fauzi Hamat. (2007). Hak Asasi Manusia Menurut Syarak. Jurnal
Penyelidikan Islam, 49.
• Siti Zakiah Hussain. (2003). Hak Asasi Manusia dan Cabarannya.
Academia.
• UDHR. (1948). Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. United
Nations Human Rights Office of The High Commissioner.

Anda mungkin juga menyukai