Anda di halaman 1dari 1

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK

Antara kelebihan bahan bercetak ialah ia mudah didapati. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan semula surat khabar lama sebagai bahan bercetak untuk digunakan semasa
sesi PdP. Hal ini sekaligus menjimatkan perbelanjaan guru yang lazimnya menelan kos
yang tinggi dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) untuk setiap sesi PdP.
Penggunaan bahan bercetak juga tidak memerlukan guru yang sangat berpengalaman dan
berkemahiran dalam menggunakannya sepertimana bahan digital yang memerlukan guru
untuk mahir dalam aspek teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Bahan bercetak juga
mudah diakses dan mudah dibawa ke mana sahaja. Hal ini demikian bahan ini ringan dan
mudah disimpan di mana-mana seperti fail guru yang dibawa setiap hari. Bahan bercetak
juga mudah dipelihara dan mempunyai ketahanan yang tinggi. Hal ini dipengaruhi oleh
kemahiran guru dalam menjaga bahan digital dengan cara yang betul agar bahan tidak
rosak, pecah dan sebagainya.

Namun, masih terdapat kekurangan di sebalik penggunaan bahan bercetak. Antaranya ialah
bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan cara yang betul. Bahan ini akan
rosak dimakan anai-anai sekiranya tersimpan dalam bilik yang lembap suhunya yang
mendorong kepada pembiakan serangga perosak. Selain itu, maklumat yang terdapat pada
bahan bercetak juga sudah ketinggalan zaman. Hal ini demikian kerana, pada era
globalisasi dan kemajuan era digital ini, maklumat sentiasa dikemas kini dari semasa ke
semasa. Selain itu, bahan bercetak ini juga kurang menarik jika dibandingkan dengan bahan
digital yang penuh dengan unsur interaktif yang mampu menarik minat murid di dalam kelas
untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai