Anda di halaman 1dari 6

MINGGU 8 5-9 SEPT 2019 Fokus : Penggunaan ICT ketika di dalam kelas

JURNAL MINGGUAN

1. Isu/peristiwa yang berlaku


Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling berkaitan sejak
formalisasi pendidikan, terutamanya apabila kita melihat pembelajaran sebagai hasil
pengajaran yang dikendalikan oleh pengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku dikelas merupakan suatu proses yang penting dalam memperkembangkan ilmu
dan pengalaman pelajar untuk menerokai dan memahami maklumat baru yang bakal
disampaikan oleh guru. Sememangnya sudah sekian lama para pendidik berada dalam
keadaan selesa menggunakan kaedah lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Kaedah lama ini bolehlah ditafsirkan sebagai kaedah yang mana guru dan
pelajar saling bergantung antara satu sama lain. Kaedah ini juga menyaksikan
penggunaan bahan bantu mengajar yang agak terhad seperti penggunaan kapur tulis,
papan hijau, buku teks dan sebagainya. Namun dekad terakhir abad ke-20 telah
menyaksikan perubahan yang pesat serta diluar jangkaan walaupun perkembangan ICT
dalam pendidikan telah bermula sejak akhir 1980an.Walaupun begitu, jika diperhatikan
masih begitu sedikit bilangan guru yang mahu menggunakan bahan-bahan teknologi
dalam proses pengajaran.

2. Kajian lampau berkaitan isu/peristiwa

Faktor Kekurangan Masa

Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang


penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pengajaran.Hal ini kerana kadang-
kadang seorang guru memerlukan masa yang khusus di luar sekolah bagi membuat
persediaan terhadap alat yang melibatkan ICT yang kadang kala sedikit rumit.

Faktor Kekurangan Bahan Sumber

Apa yang dimaksudkan dengan bahan sumber ialah kekurangan alat atau
kelengkapan terhadap alatan ICT.Justeru itu ianya akan menimbulkan masalah
kepada guru ketika menggunakan peralatan ICT kerana peralatan tidak cukup atau
tidak lengkap.Ini sekali gus menyebabkan guru akan hilang minat terhadap
pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor Kekurangan Panduan


Kekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi ini
juga menjadi bebanan atau masalah kepada guru-guru yang kurang berkemahiran
dalam penggunaan ICT.

Faktor Kurikulum Yang Samar

Kurikulum pada masa kini tidak mengaplikasikan secara keseluruhan subjek


atau mata pelajaran diajar menggunakan kaedah ICT.Jadi ini bakal menimbulkan
halangan kepada guru-guru yang ingin menggunakan pendekatan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana bimbang dan khuatir ianya lari atau
bercanggah dengan kurikulum.

Faktor Kekurangan Latihan Dan Bantuan Teknikal

Dalam penggunaan ICT bukan semua di dalam penggunaan berjalan


dengan senang dan lancar tanpa ada masalah yang berkaitan dengan aplikasi
ICT,disebabkan itu latihan dan bantuan teknikal tidak mendapat kedudukan yang
tinggi bagi mengurangkan segala masalah dalam ICT.Ini menyebabkan guru-guru
melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jika berlaku kerosakkan kepada sistem
komputer. Masalah yang berlaku dalam sistem komputer tersebut menyebabkan
guru tidak mengambil endah akan masalah yang dihadapi.

Faktor Guru Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Bersabit Komputer

Guru-guru yang menggunakan pengaplikasian ICT ini bukanlah semua


mempunyai kamahiran berkaitan dengan komputer,malah mereka bukanya
mengambil subjek yang khusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek
sampingan,mereka hanya menumpukan subjek khusus sahaja.Ini menyebabkan
guru-guru hanya berpengetahuan berkemahiran komputer mengenai kemahiran asas
komputer sahaja. Pengetahuan yang berkaitan dengan komputer para guru ini amat
tipis sekali,berkemungkinan mereka berasa tidak yakin didalam mengaplikasikan
penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Cadangan dan idea untuk mengatasi masalah


1. Guru yang berpengalaman memberi sokongan.
2. Penglibatan aktif guru dalam bengkel atau kursus teknologi yang disediakan.
3. Sekolah mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi.
4. Sokongan dan galakan yang sepenuhnya daripada pihak pentadbir sekolah.
4. Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan masalah
Tiada

5. Rujukan

Amran. (2013). Bilik Guru Persekitaan Kondusif (Cetakan pe.). Dewan


Bahasa Dan Pustaka.

Syahad. (2015).School Environment. Cambridge : Cambridge University Press.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing, Disemak oleh Guru Pembimbing,

____________________________ ____________________________
(EN MOHD AMIN BIN SAID) (EN JEYAPIRAKASH A/L ARASAN)
Jabatan Ilmu Pendidikan Guru Akademik
IPG Kampus Pendidikan Teknik Sekolah Kebangsaan Batang Benar
MINGGU 8 5-9 SEPT 2019 Fokus : Penggunaan ICT ketika di dalam kelas

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

1. Kesimpulan/refleksi
Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan, dapat
disimpulkan bahawa terdapat lima perkara utama yang menghalang guru-guru untuk
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkara pertama ialah, mereka lebih terpengaruh dengan metod pengajaran


guru-guru yang lebih berpengalaman. Adakalanya mereka telah mempunyai motivasi
dan perancangan untuk menerapkan kaedah pengajaran berasaskan ICT. Namun
disebabkan kritikan dan sindiran daripada guru-guru yang lama memperlekehkan
mereka, mereka berasa putus asa dan malu untuk meneruskan niat tersebut.Justeru
niat tersebut terkubur begitu sahaja.

Perkara yang kedua yang menjadi penghalang penggunaan ICT oleh guru-
guru ini ialah kekurangan penglibatan dalam kursus-kursus teknologi atau bengkel
teknologi yang diadakan.Perkara tersebut menyebabkan guru-guru tidak
memperluaskan kemahiran yang ada dan berpeluang mendapatkan ilmu teknologi
yang baru.Kadang kala mereka tidak berpeluang menghadiri bengkel dan kursus ini
disebabkan mereka tidak mempunyai masa.Mereka perlu menghabiskan silibus dan
menyiapkan bebanan kerja pengkeranian.Oleh itu peluang untuk menghadiri kursus
tersebut terlepas begitu sahaja.

Selain itu,perkara yang menjadi penghalang dalam isu ini adalah kurangnya
kemudahan komputer dan alatan ICT yang disediakan di sekolah.Hal ini kerana
pihak sekolah tidak mendapat peruntukkan yang mencukupi.Pihak sekolah juga tidak
mempunyai kewangan yang banyak untuk menambah bilangan
komputer.Kekurangan komputer dan alat ICT yang lain menyebabkan usaha ke arah
pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran tergendala.

Faktor seterusnya yang menghalang guru-guru untuk mengaplikasikan ICT


dalam pengajaran ialah kurangnya sokongan dan galakandaripada pihak
pentadbiran sekolah.Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak
sekolah.Sungguh pun perkara ini dilihat sebagai inisiatif guru sendiri,tetapi pihak
atasan sekolah harus peka terhadap perkembangan prestasi guru-gurunya demi
meningkatkan kualiti pencapaian para pelajar.Hal ini kerana penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran mampu membantu pelajar menguasai pembelajaran
mereka.
Faktor terakhir yang terlibat ialah faktor masa.Mereka menyatakan bahawa
masa pengajaran tidak mencukupi.Oleh hal yang demikian,sukar bagi mereka untuk
melakukan aktiviti membawa pelajar ke makmal komputer.Hal ini kerana
kebiasaannya para pelajar akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk
sampai ke makmal kerana mereka baru selesai menghabiskan sesi pembelajaran
subjek sebelumnya yang mana adakalanya guru subjek tersebut lewat
menghabiskan pengajarannya.

Tuntasnya,guru-guru sewajarnya memandang penting terhadap pengajaran


ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengkaji berpendapat bahawa
guru-guru tidak seharusnya mewarisi mentod pengajaran guru-guru lama kerana
tuntutan hidup di zaman ini tidak sama dengan situasi zaman dahulu.Kepesatan
sains dan teknologi memaksa para guru khususnya guru Pendidikan Islam untuk
mengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas.Hal ini seharusnya tidak dipandang
sebagai beban malah hal ini merupakan peluang kepada para guru untuk menambah
ilmu dan memperluaskan kemahiran yang ada di samping membantu mereka
menjalankan proses pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai