Anda di halaman 1dari 6

KRT3010 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

GROUP: EL- SO4

SOALAN: TUGASAN ESEI TAJUK TUGASAN: Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses p&p di bilik darjah . Sebagai seorang guru sekolah rendah jelaskan isu tersebut. 1. Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah 2. Kaitkan bagaimana ternologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1) NAMA: JUMASI BINTI SAMIT NO. MATRIK: D20102044322

TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH Peranana guru pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini memerlukan tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan program-program yang telah dirancang . Walaubagaimanapun ada kalanya guru menghadapi kekangan untuk mencapai objektif yang telah disasarkan . Antaranya adalah masalah untuk melaksanakan pengajaran di dalam kelas . Perkara ini berlaku dimana-mana sekolah, oleh itu guru haruslah bijak untuk mencari alternatif dan menjadi masalah itu sebagai cabaran yang harus diselesaikan . Kebanyakan guru-guru sering mengeluh kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan bantu mengajar terutamanya bagi guru-guru yang berada di pedalaman. Ini kerana jarak sekolah dengan pekan yang terlalu jauh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bahan .Kekurangan bahan bantu menyebabkan guru terpaksa mengajar dengan menggunakan papan tulis manakala murid pula akan menyalin dalam buku tulis. Murid tidak sepenuhnya akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan kerana murid akan merasa bosan . Murid juga akan hilang tumpuan sekiranya situasi ini berulang setiap hari. Murid akan penat kerana menulis beberapa matapelajaran dalam setiap hari manakala buku pula akan cepat habis . Keadaan ini juga turut menyebabkan kesukaran murid menguasai pelajaran . Oleh kerana bosan dan penat, murid tidak dapat menguasai p&p yang disampaikan .Malah, p&p yang dijalankan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar tidak dapat meningkatkan pemikiran murid ke arah yang kreatif dan kritis . Penggunaan bahan bantu amatlah penting agar minda dan idea murid-murid akan lebih berkembang agar dapat melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing . Justeru, perkara tersebut haruslah diselesaikan dengan sebaiknya kerana sekiranya murid tidak dapat menguasai pelajaran, mereka akan malas ke sekolah . Ini menyebabkan masalah kehadiran murid . Selain itu, kekurangan bahan bantu juga menyebabkan guru sukar untuk untuk memberikan penjelaskan kepada murid-murid . Contohnya sekiranya seseorang guru mengajar suku kata iaitu perkataan BENDI . Guru memerlukan gambar untuk menerangkan perkataan tersebut kerana

segelintir murid yang berada di pedalaman tidak pernah melihat bendi . Tanpa gambar kemungkinan mereka membayankgkan BENDI adalah benda dan bukannya sayur .Ini akan menyukarkan guru untuk memberikan penjelasan kepada murid-murid . Masalah yang sering timbul semasa pengajaran di bilik darjah adalah kurangnya tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran . Ini dapat dilihat apabila sebilangan murid akan bermain-main semasa guru mengajar di hadapan kelas .Malah murid juga kerapa keluar kelas untuk pergi ke tandas . Keadaan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran malah

menganggu tumpuan muri-murid yang lain untuk belajar . Oleh itu , guru pula terpaksa mengulang kembali pengajaran tersebut agar murid dapat memahami kerana guru mengajar untuk mencapai objektifnya . Kawalan kelas amatlah penting namun guru-guru sering menghadapi masalah untuk mengawal kelas . Ini dapat dilihat apabila jumlah murid dalam kelas terlalu ramai dan keadaan kelas yang tidak kondusif . Keadaan ini akan menyebabkan murid akan berkeliaran untuk mencari keselesaan masing-masing. Perkara ini sangat menganggu P&P . Namun begitu , perkara ini dapat diatasi sekiranya sesi pengajaran telah dirancang dengan sebaiknya oleh guru-guru di mana aktiviti yang disediakan dapat menarik minit murid untuk belajar. Dengan itu , murid tidak lagi bising dan sering keluar kelas kerana selesa dengan kawalan kelas .

2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1) Penggunaan teknologi komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasan dan penggunaan dalam kelas. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran adalah lebih terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan system dan pengurusan pendidikan yang mana ia perlu dimanafaatkan untuk mengatasi masalah pengajaran dalam bilik darjah.

Menurut

Ward

&

Peppard

(2003),ICT

merujuk

kepada

teknologi

(hardware,software,telecomunication dan networks).Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software.

Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik,teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan epembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku.

Guru harus meningkatkan pengajaran dan pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memulakan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat akan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Malah, memberi peluang kepada murid untuk belajar secara berkesan, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi . Contohnya dalam pengajaran LINUS, melalui teknologi maklumat

guru-guru berupaya untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Guru boleh mendapatkan kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, lagu dan sebagainya . Pembelajaran menggunakan power point akan menarik minat murid untuk belajar kerana penggunaan teknologi adalah sesuatu perkara baru bagi mereka. Secara tidak langsung guru akan dapat mengawal kelas dan murid akan memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Malah isu kehadiran murid akan dapat diselesaikan . Murid akan rajin datang ke sekolah kerana seronok dengan cara pengajaran yang baru. Mereka tidak sabar untuk belajar kerana dapat melihat gambargambar, nyanyian dan permainan yang menarik . Selain itu , Teknologi computer juga akan meningkatkan pencapaian akademik murid. Ini kerana ia akan menggalakkan pembelajaran aktif di kalangan murid . Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan, membina ingatan jangka panjang, pengajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar . Guru juga dapat menjimatkan masa pembelajaran malah pengajaran dapat diulang berkali-kali agar masalah kesukaran murid menguasai pelajaran dapat diatasi .

Penggunaan teknologi komputer dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CDROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian

Kesimpulannya

Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT

memerlukan anjakanperanan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat(ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bag melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana merancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan danpenyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

RUJUKAN
1. http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2013.pdf

2. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 4. Ngan Cheng Hwa. (1994). Kepentingan Literasi Komputer dalam Proses Pengajaran Masa Kini Teknokrat-Jurnal Akademik MPIK, 12.

Anda mungkin juga menyukai