Anda di halaman 1dari 2

KMP61504

Forum 1:

Berdasarkan amalan penggunaan ICTdi sekolah masing – masing, nyatakan masalah-


masalah yang dihadapi dan cadangkan langkah – langkah untuk memperbaiki
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah.

Sebagai pembangunan modal insan secara berterusan, keperluan untuk mengintegrasikan


ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada era kini kian terdesak. Pada peringkat sekolah
rendah, ICT menjadi satu keperluan untuk menarik minat murid dalam pengajaran mereka.
Namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru sekolah saya dalam
penggunaan ICT semasa menjalankan pdpc khusunya dalam matapelajaran Matematik.
Antaranya adalah:

1. Kekurangan masa
Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, kadang – kadang
seseorang guru memerlukan masa yang khusus di luar waktu sekolah bagi membuat
persediaan terhadap alat yang melihatkan penggunaan ICT yang kadang kala sedikit
rumit. Contohnya masa yang diperuntukkan bagi matapelajaran Matematik adalah
30minit untuk 1 waktu. Dengan peruntukkan masa ini guru menghadapi masalah untuk
membuat persediaan.

2. Kekurangan panduan
Kekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi ini juga menjadi
bebanan dan masalah kepada guru – guru yang kurang berkemahiran dalam
penggunaan ICT. ‘Geo Gebra’ dan ‘Sketch Pad” merupakan perisian yang digunakan
untuk melukis bentuk gambar bentuk 2D dan graf dalam matapelajaran Matematik. Guru
– guru Matematik yang kurang berkemahiran untuk menggunakan persian ini telah
menghadapi masalah untuk mengaplikasikan dalam proses pengajaran.

3. Kekurangan Bahan Sumber


Apa yang dimaksudkan dengan bahan sumber ialah kurang alat atau kelengkapan
terhadap ICT. Hal ini menimbulkan masalah kepada guru ketika menggunakan peralatan
ICT kerana alatan tidak mencukupi bagi seramai 40 orang murid dalam satu kelas
ataupun alatan tidak lengkap. Dengan ini, guru telah hilang minat terhadap
pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mengatasi masalah – masalah tersebut, sebagai guru saya mencadangkan beberapa
langkah penyelesaian untuk memperbaiki perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Matematik di sekolah. Antaranya adalah:

1. Guru yang berpengalaman memberi sokongan.


Setiap guru Matematik seharusnya mempunyai motivasi dalaman yang tinggi untuk
berikthiar agar tidak ketinggalan dalam bidang ICT. Maka, mereka perlu berinisiatif untuk
belajar teknik – teknik penggunaan ICT daripada guru – guru yang berpengalaman.
Selain itu, guru Matematik juga seharusnya memperlengkapkan diri dengan
pengetahuan ICT dari semasa ke semasa agar dapat menguasai maklumat dan
pendedahan tentang maklumat terkini.

2. Kemudahan Komputer yang mencukupi.


Disebabkan oleh bilangan murid yang terlalu ramai, pihak sekolah perlulah memainkan
peranan yang paling penting. Iaitu, menambahkan peruntukkan untuk pembelian
komputer baru bagi memastikan setiap pelajar dapat menggunakan kemudahan
komputer dalam pembelajaran.

3. Peruntukkan masa pengajaran matapelajaran Matematik harus mencukupi


Pihak sekolah perlu memperuntukkan masa yang mencukupi bagi memenuhi keperluan
pengajaran bagi mata pelajaran Matematik. Apabila adanya masa yang mencukupi, guru
–guru dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam subjek tersebut. Hal ini
dapat, membantu meningkatkan pencapaian pelajar kerana pengaruh ICT dalam
pembelajaran lebih menarik minat pelajar.

Sebagai kesimpulannya, guru – guru Matematik sewajarnya memandang penting


terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya,
guru – guru matematik tidak seharusnya mewarisi kaedah pengajaran guru –guru lama kerana
tuntutan hidup di zaman kini tidak sama dengan situasi zaman dahulu. Kepesatan Sains dan
Tenknologi memaksa para guru khususnya guru-guru matematik untuk mengaplikasikannya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru- guru matematik perlu menambah ilmu dan
memperluaskan kemahiran ICT yang ada untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai