Anda di halaman 1dari 2

Cadangan Penambaikan ICT dalam Pdp

1. Mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan ICT dengan lebih kerap dan
sistematik
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh disepadukan bersama-sama
tunjang yang lain dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran guru. Namun begitu,
kekangan yang dihadapi oleh guru menyebabkan mereka kurang menggunakan ICT dalam
PdP mereka. Oleh itu, antara cadangan untuk mengatasi kekangan pertamanya adalah
dengan mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan ICT dengan lebih kerap dan
sistematik. Guru-guru perlu didedahkan dengan kemahiran penggunaan komputer yang
terkini selari dengan perkembangan teknologi supaya mereka lebih berkeyakinan dalam
mengaplikasikan ICT dalam pengajaran (Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling 2005).

2. Menyediakan kemudahan ICT yang berkualiti dan mencukupi.


Selain itu, pihak atasan perlu menyediakan ruang dan peralatan yang mencukupi kepada
setiap sekolah yang ada di seluruh Malaysia. Peralatan komputer juga perlu diselenggara
dan diperiksa secara berkala bagi memastikan PdP yang menggunakan ICT dapat
dijalankan dengan baik selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Namun begitu, usaha mengatasi kekangan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang baik
dari semua pihak. Oleh itu, semua pihak termasuklah pihak Kementerian, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,pihak pentadbir, guru-guru mahupun ibu
bapa perlulah sentiasa menyokong segala pembaharuan yang akan atau telah dilaksanakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Menggalakkan penggunaan ICT dalam PdP.


Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT dapat meningkatkan minat dan
perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran
intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi
dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan
ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik lagi berkesan. Galakkan untuk penggunaan haruslah diterapkan dengan
sebaik yang mungkin bagi mendapat satu keberhasilkan yang berkualiti dalam pengajaran
dan pembelajaran (Mohd. Arif Hj. Ismail & Rosnaini Mahmud 2002).

Rujukan

Mohd. Arif Hj. Ismail & Rosnaini Mahmud. 2002. Teknik Video Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran: Penggunaan Bahan Sumber Video Secara Kreatif. Jurnal Bahagian
Teknologi Pendidikan 84-91.

Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling. 2005. Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
PembelajaranDi KalanganGuru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru,
Peranan ICTDanKekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Pendidikan 2005,Fakulti
Pendidikan UTM 15 Okt.2005.

Anda mungkin juga menyukai