Anda di halaman 1dari 5

TUJUAN / KEBAIKAN SMARTBOARD

PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

 Whiteboard interaktif menyatukan pelbagai gaya pembelajaran ke dalam satu


pengalaman.
 Pelajar boleh belajar dengan melihat, mendengar, dan berinteraksi dengan
papan smartboard melalui sentuhan.
 Melengkapkan guru dengan cara baru dan inovatif untuk mengajar.
 Membantu murid untuk mengingat apa yang mereka belajar bagi tempoh
masa yang lama.

MENGHASILKAN MURID YANG INTERAKTIF


 Whiteboard interaktif membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan
pembelajaran.
 Mereka menjadi sebahagian daripada pelajaran dan bahkan boleh mengajar
satu sama lain.
 Pemahaman mereka tentang subjek ini dilihat melalui menyentuh, melukis,
atau menulis di papan whiteboard.
 Permainan pendidikan boleh dimainkan untuk semua murid di bilik darjah.
Mereka juga memberikan maklum balas serta-merta, ini membantu guru
dengan mudah untuk menilai kemajuan pelajar.

MUDAH DIGUNAKAN

 Whiteboard interaktif adalah bersih dan memerlukan penyelenggaraan yang


sangat rendah.
 Tiada kapur , penanda atau peralatan tulisan lain yang diperlukan.
 Data diubah suai menggunakan pen khusus untuk menyoroti, melukis dan
menulis. Oleh itu, tidak ada gangguan dan mudah untuk murid
menggunakannya.
FLEKSIBILITI DALAM KELAS

 Pelbagai jenis media boleh dipaparkan di Whiteboard interaktif. 


 Sama ada foto, graf, peta, ilustrasi, atau video-guru mempunyai banyak
pilihan.
 Guru boleh membuat pelajaran kreatif untuk memberi inspirasi kepada murid
yang ada dalam kelas.

E-LEARNING / E-PEMBELAJARAN

 E-learning adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses
pembelajaran pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu
murid menggunakan medium internet, intranet dengan komputer.
 E-learning juga memudahkan guru memuat naik nota-nota, latihan, dan
urusan berkaitan pdp mereka. Ini dapat menjimatkan masa guru kerana
mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat
dan mudah.
 Sekiranya guru tidak dapat hadir ke sekolah, guru boleh mengajar dari tempat
lain yang mempunyai capaian internet manakala murid dapat belajar didalam
kelas secara online. Dengan ini pembelajaran murid tidak akan terganggu.
 Pelajar juga boleh meneroka ilmu yang kemungkinan tidak disediakan di
dalam buku teks. Ia adalah merentas sempadan dan menjangkau sumber dari
pihak luar negara. Oleh itu, pemikiran pelajar tidak konvensional malahan
persepsi mereka juga terbuka, lebih positif, tidak ketinggalan dan maju ke
hadapan.

SAMBUNGAN KE INTERNET

 Whiteboard interaktif disambungkan ke internet akan dapat menyalurkan


dengan pelbagai sumber dan maklumat dalam talian.
 Guru mempunyai akses kepada sumber-sumber yang boleh membantu
sebagai bahan pembelajaran seperti  video, artikel, imej, alat pembelajaran,
dan banyak lagi.
 Pelajar juga mempunyai sumber yang banyak untuk meneroka serta
membuat penyelidikan dan pembelajaran bagi menambahkan lagi
pengetahuan mereka

TEKNOLOGI INTEGRASI

 Teknologi Whiteboard interaktif membolehkan integrasi pelbagai teknologi lain


untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.
 Apa-apa peranti yang boleh guru ingin gunakan seperti komputer, mikroskop,
kamera, dan kamera video boleh dilampirkan pada papan untuk
meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran.
 Guru tidak perlu membawa pelbagai peralatan untuk tugasan pengajaran
pada setiap masa.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT MURID

 Murid didedahkan dengan pelbagai teknologi terkini. Dengan ini murid dapat
melengkapkan diri dengan arus pemodenan teknologi.
 Murid didedahkan dengan penggunaan ICT. Kemahiran ini akan
melengkapkan mereka untuk meneroka dengan lebih mendalam bagi
meningkatkan pengetahuan.
 Memudahkan murid untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru.
Kemahiran ICT dapat membantu menghasilkan tugasan dengan mudah dan
kemas.
 Menyediakan murid dengan alam yang mencabar apabila melangkah ke
sekolah menegah.
MEMENUHI KEHENDAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

 Murid dapat meneroka dengan sendiri dengan bimbingan guru untuk


menambahkan pengetahuan.
 Boleh menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat
tambahan.
 Dapat menjimatkan masa murid untuk membuat tugasan, oleh itu masa yang
terluang boleh digunakan untuk membuat aktiviti lain.
 Meningkatkan kemahiran inkuiri penemuan dalam kalangan murid.

SMARTBOARD DILENGKAPI DENGAN VISUALIZER


 Guru boleh paparkan hasil kerja murid dan boleh dijadikan contoh kepada
murid-murid yang lain.
 Guru juga boleh menunjukkan benda-benda yang kecil menjadi besar agar
murid membuat kajian dengan lebih mendalam dan mudah memahami.
 Murid boleh membuat persembahan mereka dengan mudah.
 Guru boleh memaparkan bahan pengajaran untuk dilihat oleh semua murid
dengan jelas.
 Dapat menggurangkan serta menjimatkan penggunaan kertas; ini kerana
guru tidak perlu mencetak atau fotocopy untuk setiap murid. Dengan ini guru
dapat mengurangkan kos cetak serta dapat menyumbang kepada dasar
kerajaan iaitu penggunaan kertas yang minimum.

PELAKSANAAN YANG BERKESAN

 Pelajar lebih menumpukan perhatian di dalam kelas.


 Pemahaman bertambah baik.
 Skor ujian meningkat.
 Kenaikan celik huruf meningkat dengan pendedahan pelbagai sumber.
 Pelajar belajar dengan lebih baik dan mudah ingat

MENGURANGKAN BEBAN MURID


 Murid tidak perlu membawa kesemua buku teks yang diberikan.
 E-buku teks dapat digunakan oleh guru untuk membuat pengajaran dan
pembelajaran.
 Kesemua buku teks digital akan dimuat naik dan akan dipaparkan pada
desktop. Ini memudahkan guru dan murid untuk menggunakan buku teks
digital pada bila-bila masa.
 Buku teks digital ini tidak semestinya memerlukan sambungan internet oleh
itu guru dan murid dapat menggunakanya dengan mudah walaupun capaian
internet disekolah berkenaan lemah.

MENINGKATKAN PENGALAMAN BELAJAR MURID

 Smartboard yang mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi memberi


pengalaman dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid yang
belajar di kelas biasa.
 Gaya pembelajaran di kelas yang ada smartboard dengan kelas biasa adalah
amat berbeza; murid yang belajar di kelas smartbord lebih aktif dan
berpengetahuan tinggi tentang ICT.
 Murid dengan sendiri boleh melayari internet untuk mencari maklumat sambil
mendengar alunan muzik memberi pengalaman yang cukup berbeza.

MURID DAPAT MEMBERI FOKUS KEPADA PEPERIKSAAN

 Soalan-soalan tahun lepas boleh dimuat turun terus dari internet untuk
diberikan kepada murid.
 Nota-nota yang penting boleh dimuat naik untuk paparan murid.
 Boleh menunjukkan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR
dengan lebih berkesan.
 Murid juga boleh belajar e-tuisyen atas talian yang dibuat secara percuma.
 Guru boleh memaparkan video yang menaikkan motivasi murid untuk
menjawab soalan peperiksaan dengan lebih tenang.
 Murid boleh menonton video atau mendengar audio untuk menggurangkan
stress peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai