Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21

Terdapat 4 ciri pembelajaran abad ke-21, iaitu:

Pengajaran Berpusatkan Pelajar.

Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan dalam abad ke-21 dimana
gur masih boleh mengajar tetapi guru bukan lagi sumber utama ilmu pengetahuan dalam
kelas.

Tiada lagi istilah mendengar guru bercakap dan menyerap maklumat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung (PdP).

Untuk menyumbang kepada masyaratkat, pelajar perlu mampu mendapatkan maklumat


baru.

Pelajar mampu menggabungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada dan
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.

Pelajar tidak mengharapkan guru memberi jawapan.

Guru ditugaskan sebagai fasilitator.

Pelajar mengumpul maklumat dengan sendiri dibawah panduan guru.

Pelajar tidak menerima maklumat secara pasif.

Pelbagai kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar digalakkan untuk digunakan.

Pelajar mempunyai motivasi dan tangungjawab yang tinggi.

Pelajar terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti amali.

Pembelajaran adalah tentang penemuan bukan menghafal fakta.

Pembelajaran Secara Kolaboratif.

Belajar untuk bekerja secara kolaboratif.

Masyarakat hari ini bekerja secara kolaboratif di serata dunia.

Pelajar digalakkan bekerja bersama untuk mendapatkan maklumat.

Kolaboratif perlu dinamik. Pelajar perlu belajar bagaimana untuk mengenalpasti pelbagai
kekuatan dan bakat setiap orang yang berbeza yang boleh diketengahkan sesuatu
tugasan dan menukarkan peranan berdasarkan sifat-sifat ini.

Sekolah-sekolah juga patut vekerja secara kolaboratif dengan institusi pendidikan lain
untuk berkongsi maklumat serta mempelajari pelbagai amalan dan kaedah yang telah
dibangunkan.

Pembelajaran Secara Kontekstual.

Pelajar dianjurkan untuk belajar dalam pelbagai cara dan guru masih memberi bimbingan
dalam PdP.

Guru memahamkan pelajar bagaimana kemahiran yang sedang dibina boleh diaplikasi
dalam kehidupan mereka.

Pelajar akan lebih bermotivasi jika mereka mempelajari sesuatu yang dinilainya boleh
dilihat.

Guru perlu mengambil pendekatan yang menyeluruh dan mengajar mereka kemahirankemahiran yang berguna dalam pelbagai situasi.

Matlamat proses pembelajaran akan terbantut jika tiada sebarang impak dalam kehidupan
pelajar.

Integrasi dengan Masyarakat.

Guru perlu memberikan contoh kepada pelajar untuk menjadi warga yang
bertanggungjawab.

Untuk itu, sekolah akn menyediakan program untuk komuniti sekolah.

Menggalakkan para pelajar untuk menyertai jawatan kuasa kerja atau mengambil
bahagian dalam projek-projek sekolah.

Menoloh komuniti di sekeliling pelajar dengan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong.

Kemudahan teknologi menyebabkan komuniti tidak lagi sekadar di sekkitar kawasan


sekolah bahkan mserantero dunia.

Guru perlu membantu para pelaja memainkan peranan dalam komuniti global dan
mencari jalan untuk memberi kesan tidak sekadar kawasan kejiranan sahaja.

Tidak bermaksud pelajar tidak lagi perlu mempelajari lagi nilai-nilai membantu warga di
sekeliling mereka dan memelihara persekitaran terdekat mereka.

Pelajar turut perlu belajar bagaimana mereka boleh membantu dan memelihara dunia
yang jauh daripada mereka tetapi semakin mendekat setiap masa.

SUMBER: PPD KLUANG.

Anda mungkin juga menyukai