Anda di halaman 1dari 6

Tujuan pendidikan

Murid menjadi elemen utama dalam pembelajaran. Semua aktiviti pnp dirancang ikut minat, keperluan dan kebolehan murid. Pendidikan di sekolah ialah sebahagian daripada kehidupan murid (John Dewey). Fungsi sekolah
Tempat peroleh ilmu pengetahuan Tempat untuk belajar hidup bermasyarakat.

Matlamat pendidikan
Melahirkan golongan pelajar yang berupaya mengakomodasi sebarang perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Seseorang yang berpendidikan berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul.

Kurikulum pendidikan
Pembinaan kurikulum berkisarkan pengalaman, peribadi dan sosial pelajar. Kaedah induktif dititikberatkan. Contohnya subjek sains sosial. Kurikulum dirancang bersifat aplikasi beberapa kemahiran dan disiplin ilmu bidang yang lain. Pelajar diberi kebebasan untuk memilih matapelajaran yang ingin dipelajari dan diminati.

Kemahiran penyelesaian masalah, perbincangan, inkuiri saintifik dan lain-lain

Guru mencadangkan sumber pembelajaran dari pelbagai sumber yang tidak terhad pada buku teks sahaja. Meliputi semua subjek seperti sains, matematik, agama, moral, pendidikan jasmani dan lain-lain.

Peranan guru
Bukan sebagai pendeta yang memberi ilmu sahaja. Sebagai pemudah cara atau fasilitator. Sebagai pembimbing pelajar belajar dan memandu dalam menjayakan aktiviti projek dan penyelesaian masalah. Sebagai pengurus pengajaran untuk mewujudkan suasana pnp yang kondusif. Spt pelajar boleh memerhati, meneroka, menilai, mengumpul maklumat supaya merangsang pemikiran pelajar di dalam kelas.

Kesimpulan
Progresivisme bersesuaian dengan realiti masa kini. Falsafah pendidikan progresivisme bertujuan untuk melahirkan manusia yang berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan. Pelajar melibatkan diri secara aktif didalam kelas serta pendidikan sebegini dapat melahirkan pelajar yang berdikari.

Anda mungkin juga menyukai