Anda di halaman 1dari 12

Dalam kumpulan, pelajar memilih

satu cabang falsafah pendidikan barat


yang mereka anggap paling sesuai
digunakan masa kini dan bentangkan
rasional pemilihan tersebut.

Disediakan oleh:
Hung Wern Lin
Nam Shin Nee
P1A
Cabang falsafah
pendidikan Barat yang
kami anggap paling
sesuai digunakan
masa kini

Progresivisme
Perbandingan antara falsafah
Progresivisme dengan falsafah Tradisional
• Matlamat pendidikan tradisional tidak mencukupi untuk
keadaan zaman moden.
• Berbeza daripada skolastisisme, tidak mementingkan
dunia akhirat
• Berbeza dengan perenialisme, ia tidak memuju
kegemilangan zaman silam
• Berbeza daripada esensialisme, ia tidak menghadkan
konsep essential kepada fakta dan perkara-perkara
tertentu sahaja.
Rasional pemilihan
• Dalam matlamat falsafah pendidikan tradisional, pelajar
sebagai individu tidak ada kebebasan memilih mata-
mata pelajaran yang hendak dipelajarinya.
• Mengenai kaedah pelajaran pula, “tumpuan kepada
mata pelajaran” merupakan kaedah yang digalakkan
oleh pendidikan tradisional kerana mata pelajaran lebih
dipentingkan daripada kebolehan, keperluan dan minat
pelajar.
• Kaedah “tumpuan kepada guru” popular juga kerana
guru orang yang berautoriti, pakar dan tahu semua
tentang bidang yang diajarnya.
• Matlamat pendidikan dan kurikulum progresivisme
adalah bertentangan dan berbeza dengan matlamat dan
kurikulum yang diterangkan di atas.
Kurikulum
• Falsafah pendidikan Progresivisme mementingkan atau
menumpukan perhatian kepada dunia sekarang,
masyarakat masa kini.
• Progresivisme cuba menolong manusia menyesuaikan diri
dengan persekitarannya dan membentukkan semula
persekitaran untuk memperbaiki keadaan hidup manusia.
• Progresivisme tidak percaya adanya kebenaran yang
mutlak, kerana keadaan dunia ini tidak tetap dan kehendak
serta minat manusia tidak serupa.
• Oleh yang demikian, keseluruhan bidang pengajian atau
kurikulum progresivisme ditentukan dengan merujuk kepada
keperluan dan desakan masa kini.
• Kurikulum pendidikan progresif mempunyai mata-mata
pelajaran yang tidak berhierarki, tetapi ia lebih luas dan
mungkin tidak terbatas jika berbanding dengan
kurikulum pendidikan tradisional.
• Semua mata pelajaran (akademik dan vokasional, sains
dan sastera, agama, kesenian, dan lain-lain) bernilai dan
berfaedah asalkan mata-mata pelajara itu boleh
digunakan sebagai alat untuk menemui dan memenuhi
kehendak, keperluan dan keperluan dan kepentingan
setiap pelajar dalam menyesuaikan dirinya dengan
persekitaran, dan dalam menghadapi cabaran atau
perubahan dalam kehidupannya sebagai individu serta
sebagai ahli masyarakat.
• Sekolah tidak mengajar sebarang prinsip yang tetap kepada
pelajar-pelajar, tetapi sebaliknya berperanan untuk
menyediakan pelajar-pelajar supaya menyesuaikan diri
dengan keadaan-keadaan yang berubah.
• Pengetahuan sebagai penerangan tentatif yang sesuai
dengan realiti semasa, dan pengetahuan ini tidak dianggap
sebagai benar untuk selama-lamanya.
• Kehidupan sendiri tidak menggambarkan situasi selama-
lamanya. Oleh itu, adalah menjadi tugas cerdik pandai untuk
membentuk situasi yang dapat disesuaikan dengan situasi
yang sedia ada. Oleh yang demikian, pengetahuan
merupakan penerangan yang tentatif bagi masalah semasa,
dan ia mestilah mempunyai kegunaan dan kepentingannya.
• Tegasnya, pendidikan progresif tidak membezakan aktiviti di
dalam dengan yang di luar bilik darjah.
• Untuk mencapai manusia yang sempurna dan
memperkembangkan personnel yang mengandungi
aspek fizikal, emosi, sosial dan intelektual.
• Latihan yang dijalankan dalam bilik darjah memusatkan
kepada konsep pemusatan untuk bertujuan menjadikan
individu itu sebagai satu personaliti yang tersusun.
• Elemen penting dalam proses pembelajaran ialah
konferensi, perbincangan, perancangan dan partisipatif
yang dapat membekalkan kesan kepada belajaran yang
maksimum.
• Pelajar diberi peluang mengeluarkan pendapat melalui
percakapan atau perbuatan.
• Pengalaman pratikal, pengalaman sosial, pengalaman
estetika dan pengalaman emosi mesti ditekan dan dinilai
mengikut keupayaan pelajar.
Guru
• Guru progresif tidak mengindoktrinasi dan bersifat
autoritarian. Kaedah pelajaran guru progresif menstilah
mengutamakan pelajar. Penekanan yang lebih akan
diberikan untuk membentuk pelajar yang memperolehi
kemahiran menyelesaikan masalah.
• Progresivisme mendedahkan pelajar kepada perkara-
perkara seperti pengalaman sosial, kajian sosial, projek,
masalah-masalah dan eksperimen, yang mana apabila
dipelajari melalui kaedah saintifik, akan menghasilkan
pengetahuan yang boleh digunakan daripada semua
bidang pelajaran yang dipelajari.
• Tegasnya, guru progresif tidak akan menggunakan cara-
cara memaksa seperti dendaan, hafalan dan latih tubi tetapi
akan membimbing pelajar berfikir dengan kritis,
menjalankan eksperimen, menyelidik, meneliti dan
menimbangkan sesuatu bukti; membincang dengan bebas
apa yang hendak dipelajari; serta memberi pelajar peluang
untuk mendapat pendidikan daripada pengalamannya di
dalam dan di luar bilik darjah.
• Selain daripada perkembangan mental dan intelektual,
progresivisme juga memajukan perkembangan rohani dan
emosi serta jasmani.
• Berusaha meluaskan lagi bidang pengetahuan dan
kemahiran yang hendak diajar, menitikberatkan kepentingan
gerakerja luar, serta menggalakkan guru menggunakan
kaedah-kaedah pengajaran yang bercorak tumpuan kepada
pelajar,proses pembelajaran serta memberikan tumpuan
untuk memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat.
Sekolah
• Sekolah bertugas sebagai tempat pelajar bekerja dan
hidup bermasyarakat serta bertugas atas dasar yang
praktikal dengan mengadakan pelajaran pertukangan
tangan, kemahiran, perusahaan dan juga pelajaran-
pelajaran lain yang dapat menimbulkan daya cipta di
kalangan pelajar itu sendiri.
• Sekolah berperanan menggalakkan kerjasama dan
bukan persaingan. Percintaan dan persahabatan lebih
sesuai untuk pendidikan jika dibandingkan dengan
persaingan dan kepentingan perseorangan.
• Dapat membentuk perangai dan personaliti yang baik
dalam kalangan pelajar.
• Sekolah juga berperanan untuk menggalakkan
demokrasi. Pendidikan, pertumbuhan dan demokrasi
adalah saling mengkaitkan.
• menggalakkan kerajinan pelajar, kebebasan
berbincang, perancangan bersama guru dan
pelajar serta penglibatan sepenuhnya dalam
semua aktiviti pendidikan.
• Dapat memperkembangkan personaliti manusia
yang signifikan melalui demokrasi sosial.
• Buku dianggap sebagai alat dalam proses
pembelajaran dan bukan sebagai sumber-sumber
pengetahuan yang tidak boleh dipersoalkan.

Pelajar
• Kebebasan diberi kepada pelajar untuk mengejar
apa sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya
untuk perkembangan mental, jasmani dan
rohaninya.
• Pelajar akan bermotivasi untuk belajar perkara-
perkara yang dia minat, anggap penting dan
berguna kepada dirinya.

Anda mungkin juga menyukai