Anda di halaman 1dari 3

Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan

1. Implikasi Perkembanga n Falsafah Pendidikan Barat Terhadap Pembentukan Falsafah Pendidikan


Negara #ennashi

2. • Mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan selepas Tanah Melayu dijajah oleh pihak
British. • Menurut Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan
bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. • Ilmu pengetahuan adalah aset
penting dalam kehidupan bagi orang-orang barat

3. • Falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional
Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. • Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal
di Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. • Tiga aspek yang dilihat
dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik dan kaedah mengajar. • Terdapat banyak
pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat

4. Progresivisme

5. KURIKULUM  Menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana pembelajaran tersebut


memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori.  Memberi
kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari.  Kurikulum KBSM
(kini KSSM) Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah
menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup
dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal. 
Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan
memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama, sastera dan

6. PENDIDIK  Guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk membantu murid-murid
menyelesaikan masalah dalam kelas.  Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan
suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea
yang kreatif dapat dicambah.  Hal ini sudah pun dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah yang
melaksanakan KSSR di mana guru-guru bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk
merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik hibur dan elemen nilai tambah
merentas kurikulum.  Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru
dalam pelaksanaan pengajaran dan

7. KAEDAH MENGAJAR  Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid
diberi peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk
meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran.  Disebabkan kaedah induktif
digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi peluang untuk mencari keterangan bagi setiap
soalan yag dicetuskan oleh guru untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu
pembelajaran.  Terdapat beberapa kaedah mengajar yang disyorkan : - Menyelesaikan masalah
berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif - Melakukan eksperimen untuk meneroka alam
sekeliling - Pengalaman langsung dengan penglibatan murid  Ketiga-tiga kaedah ini mampu
mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk
memberi respons terhadap soalan-soalan guru.

8. Rekonstruktivisme

9. KURIKULUM % Mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung kepada
kepercayaan, masa dan tempat. % Juga berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan
nilai-nilai asas yang membentuk pegangan kepada diri. % Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat
haruslah memberi penekanan terhadap pembentukan masyarakat itu sendiri. % Kurikulum pendidikan
dalam mazhab ini mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial. % Terdapat
beberapa bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu : - Sosial (Contoh : Kajian Sosial) - Isu-
isu tempatan - Isu-isu antarabangsa % Jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum
Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk
memantapkan sahsiah dan moral pelajar.

10. PENDIDIK % Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat kreatif
dan inovatif. % Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi satu gambaran
jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu sosial, isu tempatan dan
antarabangsa. % Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh guru seiring dengan matlamat yang mahu
mengasaskan corak budaya baharu dan pembentukan semula masyarakat. % Guru sebagai bertindak
mengawal kelas dalam suasana pembelajaran yang terancang dan murid-murid berusaha mencari
maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am. % Sebagai contoh, dalam kelas
guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan menggalakkan para pelajar untuk
mencari artikel berkenaan isu semasa dan isu global di luar dan

11. KAEDAH MENGAJAR % Kaedah mengajar bagi mazhab ini ialah berpusatkan murid di mana murid-
murid diberi penekanan mengenai kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah seperti :
- Aktiviti - Sumbangsaran - Main peranan - Simulasi % Kaedah ini dapat dilihat dalam silibus kurikulum
Malaysia yang mahukan aktiviti kurikulum yang dijalankan dalam kelas bukan sahaja berpusatkan guru
malah mesti berpusatkan pelajar sekali kerana pelajar sebagai penerima ilmu tidak boleh bersifat statik
dalam mencerna ilmu malah perlu bersikap lebih terbuka untuk memperluas skop sesuatu ilmu itu.

12. Eksistentialisme

13. KURIKULUM & Lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. & Ahli-ahli eksistentialisme
bepegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif serta hanya bergantung kepadaa
individu-individu berkenaan untuk ditafsirkan. & Tidak ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana
mereka percaya bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan diri sendiri. &
Namun begitu, terdapat beberapa matapelajaran yang dianggap relevan seperti pendidikan seni,
kesusasteraan dan drama. & Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka
minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak mampu melayan
setiap kehendak pelajar yang berbeza antara satu sama lain
14. PENDIDIK & Guru merupakan individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk
menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan dan emosi dalam
pembelajaran. & Hal ini kerana, pembelajaran yang diikuti dengan minat daripada pelajar dan
memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu kepuasan belajar. & Dengan ini, para
pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan aktif, sesuai dengan kecenderungan terhadap pilihan
pembelajaran mereka.

15. KAEDAH MENGAJAR & Disebabkan tiada kurikulum khusus bagi para pelajar dalam mazhab ini,
kaedah mengajar yang digunakan ialah berpusatkan aktiviti dan pelajar . & Menurut Choong Lean Keow
(2008) , main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan
perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam.

16. THANKS FOR THE ATTENTI ON

Anda mungkin juga menyukai