Anda di halaman 1dari 33

KOD KURSUS : CUG 2011

BRIGED BOMBA DAN PENYELAMAT 1

(BUKU LOG BOMBA)

NAMA : BANUPRIYA MUNUSAMY

SEM : 3

NO MATRIK : D20101038146

NAMA JURUPELATIH :
SINOPSIS KURSUS INI
Kursus ini merupakan kursus asas pertama berkaitan pengurusan dan latihan
kadet kebombaan. Melalui kursus ini para pelajar akan diterapkan dengan asas pendidikan
awal bakal Guru Kadet Bomba yang bersesuaian mengikut sukatan pembelajaran dan
pengajaran kokurikulum Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia tentang sejarah, tujuan dan
kepeningannya dalam pembangunan negara. Di samping itu, ia dapat meningkatkan disiplin
dan setiakawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawap kepada harta
kebakaran dan langkah-langkah pencegahan dapat dipupuk dan dihayati serta mengamalkan
ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup walaupun setelah menamatkan
pengajian di universiti.

Objektif Kursus
Objektif kursus ini adalah untuk menyedikan bakal guru graduan UPSI untuk menjalankan
tugas sebagai Guru Kadet Bomba di sekolah dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan pengetahuan berkaitan Kebombaan Peringkat Lanjutan (k2)
2. Mempamerkan kemahiran berkaitan Kebombaan Peringkat Lanjutan (k2)
3. Menghayati kesungguhan mempelajari ilmu berkaitan Kebombaan Peringkat
Lanjutan (A5)
4. Menghasilkan pelan pengajaran Kadet Bomba Tingkatan 4 dan 5 (Integrasi K5, P6,
A5)
5. Memperolehi Sijil Kebombaan Lanjutan
BENDERA DAN LOGO RASMI

JABATAN BOMBA DAN

PENYELAMAT MALAYSIA
BENDERA RASMI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA

 Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan


logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .
 
 Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi dikalangan
anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan
penyelamatan untuk bangsa dan negara.
 
 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba
dan penyelamat negeri-negeri.
 
 Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti
( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan
bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
 
 Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman
kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan
operasi kecemasan.

 
LOGO JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

 Bahagian atas logo JBPM, terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang
membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke
dalam budaya kerja jabatan. 
 
 Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel
jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional. 
 
 Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran
melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara. 
 
 Ikatan tali 'clove' melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja
penyelamatan. 
 
 Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala
warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang
berkualiti ( a golden service) kepada komuniti.
IKRAR DAN LAGU

RASMI JABATAN

BOMBA DAN

PENYELAMAT

MALAYSIA
IKRAR BOMBA

Bahawa Kami,
 
Pegawai-Pegawai Bomba Dan Penyelamat,
 
Menyedari Tanggungjawab,
 
Kepada Negara, Bangsa Dan Agama,
 
Berpegang Teguh Kepada,
 
Teras Perkhidmatan Cemerlang,
 
Berikrar Akan Bekerja Dengan Ikhlas,
 
Penuh Tanggungjawab Dan Beramanah,
 
Tidak Akan Menggunakan Kedudukan,
 
Jawatan Untuk Kepentingan Diri,
 
Berkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan
 
Kemesraan Demi Meningkatkan Disiplin,
 
Produktiviti Dan Kualiti
 
Perkhidmatan Awam.
LAGU BOMBA

SIAP SEDIA SETIAP MASA

Kami anggota bomba


Di seluruh negara
Bersiap dan sedia
Di setiap masa

Mengawal Kebakaran
Di kota dan di desa
Menyelamat nyawa
Dan juga harta benda

Rukun negara kami junjung bersama


Penuh setia dengan semangat waja
Dari Perlis hinggalah ke Sabah
Mendukung etika bekerja

Kepada rakyat semua


Marilah bekerjasama
Untuk menghindarkan
Segala malapetaka

Demi kesejahteraan
Kita Bersama
Barulah kita hidup
Aman damai selamanya

 
LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN

BOMBA
LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN BOMBA

 
Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun
1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri
Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama
15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah
Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan
Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895.
Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri
dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran atau
Lembaga Luar Bandar.
 
Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua,
pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.
 
 
Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,
Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada
kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran
Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar
mengikut negeri masing-masing. Untuk
menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan
dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan
Tempatan. 
 
 
 
 
 
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai
sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan
penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri
Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini
meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia
dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba
Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977.
 
Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.
 
Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan
Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana
pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah
mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.
 
Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara
Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000
dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.
VISI DAN MISI JABATAN BOMBA

DAN PENYELAMAT MALAYSIA


VISI DAN MISI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA

MISI JABATAN
Untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamat secara
professional dan unggul untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam
sekitar serta memberikan perkhidmatan perikemanusiaan di semua keadaan
bencana.

 
MOTO JABATAN
“CEPAT DAN MESRA”
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988, AKTA 341
 SEK 5 – TUGAS-TUGAS JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA
 MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH YANG SAH MEMADAM,
MENENTANG, MENCEGAH DAN MENGAWAL KEBAKARAN
 MELINDUNGI NYAWA DAN HARTA SEKIRANYA BERLAKU
KEBAKARAN
 MENENTUKAN ADANYA JALAN KELUAR KEBAKARAN,
PENYELENGARAAN DAN MENGAWAL SELIAANNYA YANG
SEMPURNA
 MENENTUKAN ADANYA JALAN KELUAR YANG CUKUP DARI SEMUA
PREMIS DITETAPKAN SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN

STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN


BOMBA

KETUA PENGARAH

TIMBALAN KETUA PENGARAH

PENTADBIRAN DAN OPERASI LATIHAN

PENCEGAH KEBAKARAN PENYELIDIKAN


PERANCANGAN DAN
PEMBANGUNAN

NEGERI-NEGERI
PIAGAM PELANGGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

 Komitemn kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaan yang


profesional dan berkesan.
 Kami berjanji sentiasa bersedia memberi khidmat kemanusiaan.
 Kami berjanji untuk mempastikan dan menentukan aspek-aspek keselamatan dan
pencegahan kebakaran di bangunan-bangunan sentiasa mematuhi peraturan dan
undang-undang.
 Kami berjanji sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dan
pecegahan kebakaran kepada orang ramai dengan efektif.

ETIKA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT


 Berkhidmat untuk Negara kerana Allah
 Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat
 Taat dan setia; cekal dan sabar
 Bekerja dengan dedikasi. Cekap dan berdisiplin
 Siap sedia setiap masa
 Seerat serasa sehati sejiwa

UNIT-UNIT DALAM JBPM

UNIT OPERASI UNIT UDARA

UNIT SUMBER UNIT HAZMAT

UNIT EMRS UNIT KD


Faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan Pengurusan Keselamatan Kebakaran
adalah nilai tanggungjawap dan sokongan setiap individu dalam organisasi untuk
menjayakannya. Perlindungan kebakaran, tahap sikap kesedaran yang tinggi dan kesedaran
implikasi bencana adalah elemen-elemen yang bergabung untuk menjurus ‘BUDAYA
KESELAMATAN KEBAKARAB’ dari aspek mencegah kebakaran.

PENGURUSAN BANGUNAN

TUJUAN MENGADAKAN LATIHAN

A. Supaya penghuni boleh bertindak dengan tenang dan tertur.


B. Supaya jalan keluar dan tangga keselamatan. (means of escape)
C. Supaya tindakan pengfungsian bangunan dilaksanakan dengan cepat dan
teratur.
D. Petugas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan
mengikut prosedur.
E. Menguji keupayaan bertindak serta kekesanan alat-alat kebombaan.

LATIHAN

A. Latihan berulangkali membantu keberkesanan semasa latihan.


B. Pengubahan keadaan situasi bagi mengelakkan kebosanan.
C. Pekerja baru perlu diberi penerangan.
D. Kewaspadaan semasa latihan.

KEKERAPAN MENGADAKAN LATIHAN

A. Ditentukan mengikut risiko bahaya kebakaran.


B. Mengikut arahan pentadbiran.
PERSEDIAAN MENGADAKAN LATIHAN 1

Mengwujudkan jawatankuasa bertindak dari setiap tingkat atau bahagian blok.

A. Seorang ketua incident


B. Seorang penolong ketua incident
C. Pegawai-pegawai incident/fire warden
D. Pasukan pemadam
E. Juruteknik pusat kawalan

PERANAN JAWATANKUASA

PERANAN KETUA INSIDENT


A. Peranan Pencegahan (sepanjang masa)
- Mengawasi atau menentukan sistem pencegahan baik, laluan jalan keluar dan
tangga bebas dari halangan, pengawasan bahan-bahan berisiko dari bahaya
kebakaran, melatih penghuni cara-cara bertindak menyelamat diri.

B. Peranan Bertindak (latihan pengfungsian)


- Mengadakn perbincangan atau mesyuarat, mengetuai operasi kecemasan atau
latihan, bersedia di bilik kawalan, terima laporan dari Pengawai incident dan
menghubungi Bomba.

ARAHAN MASA LATIHAN

A. Arahan-arahan hendaklah terang dan jelas


B. Arahan hendaklah ringkas dan padat serta bahasa yang mudah difahami
C. Penerangan susunatur tugas ‘ROUTINE’ yang jelas membelehkan tindakan
serta-merta.
PERSEDIAAN MENGADAKAN LATIHAN 2

A. Menyediakan Floor Plan dan rancangan bertindak


B. Tentukan tempat berkumpul (Assembly area)
C. Tentukan jalan atau laluan keluar, pintu keluar dan tangga keselamatan tidak
dihalang
D. Tentukan sistem kebombaan berfungsi dan boleh digunakan
E. Arahan kepada petugas dan penghuni bangunan
F. Pihak bomba diberitahu sebagai pemerhati.

PERANAN JAWATANKUASA 1

Peranan PEGAWAI INSIDENT dan FIRE WARDEN

A. Jika kebakaran berlaku di tingkat dan bahagian masing-masing:

-Padamkan api jika kecil, jika besar bunyikan loceng kecemasan, arah

penghuni keluar segera dan periksa kehadiran penghuni ditempat

berkumpul serta lapur kepada Ketua.

B. Jika kebakaran berlakudi tingkat atau bahagian lain dan dengan isyarat :

arahan penghuni bersedia, tunggu arahan selanjutnya, buat pengfungsian,

periksa kehadiran penghuni dan lapur pada Ketua Insident.

PERANAN JAWATANKUASA 2

Peranan pasukan penyelamat atau pemadam


A. Jalankan ketja-kerja menyelamatkan nyawa dan pemadaman di peringkat awal
B. Serahkan tugas kepada pihak bomba apabila bomba sampai.
C. Tinggalkan tempat kebakaran apabila api tidak dapat dikawal.
PERANAN JAWATANKUASA 3

peranan juruteknik pusat kawalan

A. Siap sedia di Bilik Kawalan


B. Beri bantuan yang diperlukan oleh Ketua Insident atau Pegawai Bomba.
C. Mengawal selia sistem penggerak kebakaran, alat komunikasi, bekalan air,
perjalanan lift dan sebagainya.

TATACARA MENJALANKAN LATIHAN PENGFUNGSIAN

1. Bunyikan Loceng Kecemasan ditingkat atau bahagian yang dicadangkan.


2. Buat pengumuman di tingkat atau bahagian yang dikehendaki penghuninya
keluar.
3. Pegawai Insident mengambil nama kehadiran penghuni di tempat berkumpul dan
lapor pada Ketua Insident.
4. Pasukan Pemadam atau Penyelamat jalankan tugas
5. Ketua Insident laporkan kepada Ketua Operasi Bomba
6. Melibatkan semua penghuni, kurang upaya diutamakan.
7. Pegawai Pemerhati Bomba akan mencatatkan factor kepantasan masa, pergerakan
penghuni, tindakan pasukan penyelamat dan pemadam menjalankan tugas.

PROSEDUR PENGUNGSIAN BANGUNAN

Sekiranya terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi atau diarahkan untuk


melakukan pengungsian bangunan, anda mestilah serta-merta meninggalkan tempat
kerja atau di mana saja anda berada untuk keluar dari bangunan. Berikut adalah
prosedur pengungsian bangunan:

i) Hentikan kerja.

ii) Berhentikan semua mesin.

iii) Tutup injap gas dan peralatan elektrik.

iv) Tutup semua pintu.

v) Keluar melalui laluan yang selamat dan terdekat.

vi) Jangan gunakan lif.


vii) Jangan berlari.

viii) Jangan tolak-menolak antara satu sama lain.

ix) Jangan sengaja buat bising.

x) Jangan cemas.

xi) Jangan masuk semula ke dalam bangunan.

xii) Bekerjasama dan ikut arahan Pegawai Insiden.

xiii) Berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.


PERALATAN BOMBA

Jabatan Bomba dan Penyelamat mempunyai pelbagai jenis jentera kebombaan yang
digunakan dalam menjalankan operasi. Ini termasuk pencegahan dan penyelamatan di udara,
darat dan juga air. Peralatan perlindungan anggota bomba juga diperlukan dalam
menjalankan operasi untuk memstikan keselamatan anggota bomba terjamin dan dapat
memberikan perkhidmatan kecemasan yang berkualiti.
KENDERAAN BOMBA

1. Kegunaan untuk operasi pemadaman kebakaran


2. Kegunaan operasi khidmat khas
3. Kegunaan untuk latihan
4. Kapasiti air tangki 800 gelen.
5. Dilengkapai dengan peralatan menyelamat (rescue tools)
Bot bomba

1. Kegunaan untuk operasi


2. Kegunaan operasi banjir
3. Kegunaan untuk latihan
4. Kegunaan untuk menyelamat dan membawa mangsa banjir ke tempat
selamat
5. Pengangkutan anggota

Helicopter bomba

1. Kegunaan untuk operasi pemadaman kebakaran di hutan


2. Kegunaan menyelamat
3. Kegunaan untuk latihan
4. Kapasiti penumpang 30 orang
5. Dilengkapi dengan peralatan menyelamat. (rescue tools)
PERALATAN ASAS
PEMADAM KEBAKARAN
P

R
HOSE MONITOR
A
\
L
HOSE FITTING BREECHING
A
\
T
ADAPTOR RADIAL BRANCH
N

BRANCH STAND PIPE


A

S
NOZZLE COLLECTING HEAD
A

S
SUCTION HOSE FITTING

PENGENDALIAN HOSE

1. Cara membawa
2. Cara membentang
3. Cara memegang nozel
4. Cara memasang coupling

PENJAGAAN HOSE
1. Jangan diheret
2. Jangan dipijak
3. Jangan ditoreh dengan benda tajam
4. Jangan dibiar kena haba kepanasan yang terik
5. Perlu dibersih selepas digunakan
6. Jangan dihempas dengan benda yang berat
STAND PAIP
1. Digunakan untuk mengambil air dari pili bomba jenis tanah dipasang kepada
salur keluar pili bomba
2. Terbahagi kepada 3 jenis bahagian utama:
a. Kepala(head) – terdapat satu atau dua salur yang dipasang dengan female
coupling dan disambung kepada bahagian batang sama ada dengan
coupling sementara atau Bolted Joint
b. Badan(shaft) – mempunyai satu coupling semerta atau bolted joint
disambungkan kepada bahagian kepala

CABANG (BREECHING)

1. Berfungsi sebagai Cabang Pembahagi @ Cabang Pengumpul semasa


penghantaran aliran hos. Terdapat 2 jenis cabang:
a. Cabang pembahagi (dividing Breeching) – binaan terdiri dari satu male
coupling dan dua female coupling
b. Cabang Pengumpul (collecting Breeching) – binaan terdiri daripada satu
female coupling dan dua male coupling

SIFAT-SIFAT HOSE

1. Fleksibel – mudah dikendalikan seperti digulung atau dibawa


2. Daya tahan – mempunyai daya tahan yang tinggi
3. Perubahan panjang dan diameter – harus tidak mengalami perubahan pada ukuran
panjang dan diameter bila dikenakan tekanan maksima yang tetapkan.
4. Berat – HOSE hendaklah seberapa ringan yang boleh tanpa menjejaskan daya
tahan ketika digunakan di dalam kebakaran, latihan dan penyimpanan dalam
kereta BOMBA
5. Ujian tekanan dan penerimaan hose – hose hendaklah boleh menampung naik
turun tekanan dan kejutan, tekanan(shock) pada tekanan melebihi 10 bar

HOSE BOMBA
1. Digunakan untuk tujuan pemadaman kebakaran hose diperlukan untuk
menyalurkan air dari sumber air static atau pili bomba di tempat kebakaran.

Terbahagi kepada 2 kategori :


 Hos hantaran (delivery hose)
 Hose saksen (suction hose)
COUPLING

1. Terbahagi kepada 3 jenis:


- Surelock Coupling atau Bayonet – coupling jenis ini dipasang pada bot bomba
dan radial branch
- Hermaphrodite Coupling – coupling jenis ini digunakan pada penyambungan hos
kempis dan salur bantu mula
- MacDonald Coupling – coupling jenis ini digunakan pada penyambungan salur
bantu mula (hose reel)

BRANCH
1. Kegunaan dipasang di penghabisan aliran air bagi meninggikan (melajukan)
pengaliran air bagi mendapatkan pancutan air yang baik ke tempat kebakaran.
Branch terbahagi kepada 3 jenis:
- Mengeluarkan air secara jet dan tidak boleh dikawal
- Boleh ditukar kepada pancutan jet ke spray dan sebaliknya boleh
dikawal. Biasanya dipanggil hand control branch.
- Branch yang digunkan bagi first aid hose reel (ada jet dan spray)

NOZZEL

1. Berfungsi bagi menukarkan tenaga tekanan mudah alir ke tenaga halatuju untuk
menghasilkan pancutan jet atau semburan. Ianya terbahagi pada 2 jenis:
 Nozzle Piawai (Standard Branch)
 Nozzle salur bantu mula (Hose Reel Nozzle)

PENYESUAIAN (ADAPTOR)

 Kegunaannya untuk menyambung hos atau suction coupling yang berlainan


jenisnya dan besarnya atau bersamaan jenis dan besar tetapi sama jenis
coupling. Adaptor terbahagi kepada:
o Delecery Hose Adaptor
o Hydrent Adaptor
o Hose Reel Adaptor
o Suction Hose Adaptor

HOSE REEL
1. Kegunaan untuk operasi pemadaman kebakaran
2. Bertindak sebagai saluran bantu mula bagi memadam kebakaran yang kecil.
3. Kegunaan untuk latihan.

PAM JENTERA

1. Kegunaan untuk operasi pemadamab kebakaran


2. Bertindak sebagai nadi utama sebagai peralatan yang penting bagi memberikan
aliran dan tekanan air bagi operai memadamkan kebakaran.
3. Kegunaan untuk latihan.

PAM ANGKUT
1. Kegunaan untuk operasi pemadaman kebakaran
2. Bertindak sebagai mesin menyedut air bagi tujuan pemadaman dan bekalan
kepada jentera.
3. Kegunaan untuk latihan
4. Boleh dibawa ke lokasi bekalan air terbuka
5. Digunakan jika jentera tidak sampai ketempat kebakaran.

POWER RESCUE
1. Kegunaan untuk operasi kemalangan jalan raya
2. Bertindak sebagai punca tenaga kepada peralatan rescue tool
3. Boleh dibawa kemana berlakunya operasi kemalangan jalan raya.

RESCUE HYDROLIK CUTTER


1. Kegunaan untuk operasi kemalangan jalan raya
2. Bertindak sebagai alat pemotong bahagian kenderaan yang terlibat kemalangan
3. Boleh dibawa kemana berlakunya operasi kemalangan jalan raya
4. Peralatan digunakan bagi mengeluarkan mangsa tersepit.

HOSE PENDEK
1. Kegunaan untuk menyambung bekalan air dari pili bomba ke pam jentera.

BA (BREATHING APPARATUS)
1. Kegunaan untuk operasi kebakaran
2. Kegunaan operasi tumpahan bahan toksid
3. Kegunaan operasi yang melibatkan asap
HURAIAN KAWAD
KAKI

Terdapat TUJUH bahagian dalam kawad kaki BOMBA. Iaitu:

BAHAGIAN 1

 Rehatkan diri
 Senang diri dari rehatkan diri
 Sedia dari senang diri
 Senang diri dari sedia
 Rehatkan diri dari senang diri
 Ke kanan pusing dalam masa berhenti dalam bilangan
 Ke kiri pusing dalam masa berhenti dalam bilangan
 Pusing ke separuh kanan dalam masa
 Berhenti dengan bilangan
 Pusing ke separuh kiri dalam masa berhenti dengan bilanga
 Pusing ke belakang dalam masa berhenti
 Ke kanan lurus dengan bilangan
BAHAGIAN 2

 Satu langkah ke sebelah kanan dengan bilangan


 Satu langkah ke sebelah kiri dengan bilangan
 Langkah kehadapan dengan bilangan
 Dua langkah ke hadapan dengan bilanagan
 Tiga langkah ke hadapan dengan bilangan
 Langkah ke belakang dengan bilangan
 Dua langkah ke belakang dengan bilangan
 Tiga langkah ke belakang dengan bilangan
 Buka barisan
 Tutup barisan
 Keluar barisan dengan bilangan
 Langkah berjalan dengan bilanagan
 Berhenti dari cepat jalan dengan
 Belok ke kanan cepat jalan
 Belok ke kiri semasa cepat jalan
 Pusing ke kanan semasa cepat jalan dengan bilangan
 Pusing ke kiri semasa cepat jalan
 Dengan bilangan
 Pusing ke belakang semasa cepat jalan dengan bilangan
 Hentak kaki semasa cepat jalan dengan bilangan
 Berhenti dari hentak kaki cepat dengan bilangan
 Maju dari hentak kaki cepat dengan bilangan

BAHAGIAN 3

 Langkah perlahan dengan bilangan


 Berhenti dari perlahan jalan dengan bilangan
 Belok ke kanan semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Pusing ke kanan semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Pusing ke kiri semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Ke belakang pusing semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Hentak semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Berhenti dari hentak kaki perlahan dengan bilangan
 Maju semasa hentak kaki perlahan dengan bilangan
 Buka barisan semasa perlahan jalan
 Tutup barisan semasa perlahan jalan

BAHAGIAN 4
 Tukar langkah semasa cepat jalan dengan bilangan
 Tukar langkah semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Tukar langkah dari cepat kepada perlahan jalan dengan bilangan
 Tukar langkah dari perlahan jalan kepada cepat jalan dengan bilangan
 Tukar langkah dari cepat jalan kepada cepat belari dengan bilangan
 Tukar langkah dari cepat belari kepada cepat jalan dengan bilangan
 Berhenti dari cepat berlari dengan bilangan dengan bilangan

BAHAGIAN 5

 Hormat ke hadapan dalam masa berhenti


 Hormat ke hadapan dalam masa cepat jalan dengan bilangan
 Hormat ke kanan semasa cepat jalan dengan bilangan
 Hormat ke kiri semasa cepat jalan dengan bilangan
 Hormat selaku terima sijil dengan bilangan
 Pandang kanan semasa cepat jalan dengan bilangan
 Pandang hadapan semasa cepat jalan dengan bilangan
 Pandang kanan semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Pandang hadapan semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Pandang kiri semasa perlahan jalan dengan bilangan
 Pandang hadapan semasa perlahan jalan dengan bilangan

BAHAGIAN 6

 Jadikan dua barisan daripada tiga barisan semas berhenti dengan bilangan
 Jadikan tiga barisan daripada dua barisan semasa berhenti dengan bilangan
 Dari tiga barisan jadikan satu barisan semasa berjalan
 Daripada satu barisan jadikan tiga barisan semasa berjalan

BAHAGIAN 7

 Tukar haluan ke kanan dalam masa berhenti


 Tukar haluan ke kanan semasa cepat jalan
 Tukar haluan ke kanan semasa perlahan jalan
 Tukar haluan ke kiri dalam masa berhenti
 Tukar haluan ke kiri semasa cepat jalan
 Tukar haluan ke kiri semasa perlahan jalan
 Jadikan skuad disebelah kanan dalam masa berhenti
 Jadikan skuad disebelah kanan semasa cepata jalan
 Jadikan skuad disebelah kanan semasa perlahan jalan
 Jadikan skuad disebelah kiri semasa cepat jalan
 Jadikan skuad disebelah kiri semasa perlahan jalan

Anda mungkin juga menyukai