Anda di halaman 1dari 10

Lagu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kami anggota bomba


Diseluruh negara
Bersiap dan bersedia
Disetiap masa

Mengawal Kebakaran
Di kota dan di desa
Menyelamatkan nyawa
Dan juga harta benda

Rukun Negara kami junjung bersama


Penuh setia dengan semangat waja
Dari Perlis hinggalah ke Sabah
Mendukung etika bekerja

Kepada rakyat semua


Marilah bekerjasama
Untuk menghindarkan
Segala mala petaka

Demi kesejahteraan
Kita bersama
Barulah kita hidup
Aman damai selamanya.
Lagu Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kadet Bomba bersatu


Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni


Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan


Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )
Visi dan Misi

VISI

Untuk mencapai misi ini kami komited untuk memberikan perkhidmatan


kebombaan dan penyelamatan secara profesional dan unggul untuk melindungi
nyawa, harta benda dan alam sekitar serta memberikan perkhidmatan
perikemanusiaan di semua keadaan bencana.

MISI

Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia.

Sejarah Kadet Bomba


Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab
tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut
telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di
hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri
Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14
Mei 1984.

Motto Pasukan Kadet Bomba ialah Berkhidmat Untuk Menyelamat yang mana
ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan
kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika
menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang
mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal,
persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama
penubuhan persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap
isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba


pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi
kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi
kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya
kebakaran dan kecuaian manusia.

Objektif Bomba

Untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran,


menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek
keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan
yang cekap dan berkesan.

Objektif Kualiti Bomba

Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cermelang melalui


inovasi dan kualiti MS ISO 9000.

Etika Bomba
Berkhidmat untuk negara kerana Allah

Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat

Taat dan setia, cekal dan sabar

Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin

Siap sedia setiap masa

Seerat serasa sehati sejiwa

Ikrar Bomba
Bahawa kami, pegawai-pegawa Bomba dan Penyelamat:

Menyedari tanggungjawab pada Negara, Bangsa dan Agama.

Berpegang teguh kepada Teras Perkhidmatan Cemerlang.

Bekerja dengan ikhlas, penuh tanggungjawabdan beramanah.

Tidak akan menggunakan kedudukan jawatan untuk kepentingan diri.

Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan

Demi,

Meninggikan disiplin, produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam.

Logo Bomba
Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan
sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai
murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Malaysia.

Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan
yang memberikan perkhidmatan secara profesional.

Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba


1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning


melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada
pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama
pemadaman kebakaran.

Bendera Bomba
Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada dua bahagian,
tiga segi warna merah dengan logo Jabatan, jalur kuning, dan jalur biru dalam satu
tiga segi yang lain-lain.

Warna merah melambangkan semangat berani yang tinggi di kalangan anggota


bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk
bangsa dan negara.

15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah Jabatan Bomba dan
Penyelamat negeri-negeri.

Jalur warna kuning bermaksud Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti


kepada pelanggan dan stake holders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan
mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Jalur warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama
pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa
menjalankan operasi kecemasan.

Fungsi Bomba
Fungsi-fungsi utama jabatan adalah mengikut peruntukan di dalam Akta
Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia

Menyediakan langkah dan tatacara bagi:


- Memadam / menentang / mencegah kebakaran; Melindungi mengawal kebakaran;
- Melindungi nyawa dan harta benda.

Melaksanakan tatacara penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.

Menggubal tatacara perlaksanaan khidmat kemanusiaan.

Menyediakan garis panduan dan tatacara pengurusan balai-balai bomba.

Memberi input dan data-data kepada Ibu Pejabat dalam hal penggubalan dasar dan
operasi melawan kebakaran.

Mengawalselia penubuhan, pentadbiran dan disiplin Pasukan Bomba Bantuan dan


Bomba Sukarela.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subsekyen (1)melaksanakan


apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang
atau sebaliknya yang diadakanoleh menteri untuk dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai