Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru
dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan
mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
SUMBER RUJUKAN
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.