Anda di halaman 1dari 8

GURU INSANI PEMANGKIN

GENERASI MADANI
PERINGKAT SEKOLAH

Dirasmikan oleh :

En. Zulkifli Bin Md. Daud


Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek

SMK TUN HAJI ABDUL MALEK


Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah
sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda
ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting
di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan
menghargai jasa guru-guru. Komitmen dan semangat
kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak
bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu
budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai
kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas
yang dipertanggungjawabkan.

Matlamat
Program
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan
yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan
seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di
amanahkan.
Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka
untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada
agama, bangsa, dan negara Malaysia

2
IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

3
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera Puteri Negara kita

Pada Seri Paduka


Kami tumpahkan setia
Rukunegara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi


Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai, tetap kami tunaikan

Lagu dan senikata:


HASHIM AHMAD

4
Jawatankuasa Induk

AJK
Pelaksana

5
AJK Pelaksana

6
Biar penat berdiri,
Jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk,
Jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap,
Jangan penat berharap.

Sedetik bersama cikgu, lebih


bermakna daripada seribu
tahun mencari ilmu.

SELAMAT HARI GURU,


TERIMA KASIH CIKGU!

GURU INSANI PEMANGKIN


GENERASI MADANI
Atur Cara Majlis

Penghargaan
Seluruh Jawatankuasa Sambutan Hari Guru
SMK Tun Haji Abdul Malek dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan
yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Penutup
adalah diharapkan usaha murni kita bersama ini mendapat keberkatan
daripada-Nya dan memberi kejayaan di masa akan datang kepada
agama, bangsa, dan negara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai