Anda di halaman 1dari 3

TEKS PERASMIAN MENTOR MANTEE

Anak desa  ke  Kuala Kedah,

Airnya bersih memukat bilis , 

Bahasa disusun begitu indah,

Terima kasih pengerusi majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang dihormati, Cik Ku Norazrihan binti Ku Mohd Yusoff, GPK


Kurikulum dan Tadbir, Guru-guru dan murid-murid yang disayangi
sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan


izinNya dapat kita bersama-sama dipetang yang berbahagia ini bagi
Program Peningkatan Mentor Mentee Tahap 1 2019. 

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada AJK yang terlibat dalam
menjayakan program ini.

Murid-murid sekalian, 

Saya dimaklumkan, program ini melibatkan semua guru dan 64 orang


murid dari Tahun 1 hingga 3. Diharapkan melalui program ini, dapat
membantu anak-anak SK Taman Nirwana ke arah kecemerlangan dan
peningkatan diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor
khususnya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Nasihat bonda kepada mentee yang terlibat, gunakan masa bersama-


sama mantor anda nanti dengan sebaik mungkin.

Rasanya, cukup setakat itu sahaja ucapan saya pada hari ini.
Semoga kita semua bersua di masa akan datang. Dengan ini
saya merasmikan Program Peningkatan Mentor Mentee Tahap 1
2019. Saya akhiri ucapan pada petang ini dengan Wabillahi
Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi
Wabarokatuh.
TEKS PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN

Bismillahirrahmanirrahim,........
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam
Sejahtera. Terima kasih, pengerusi majlis……..

Yang dihormati Pn. Natasha Binti Che Razenan ( GPK HEM ), Pn


Halimatun Saadiah Bt Hj Johari ( PK KO-KU), guru-guru SK Taman
Nirwana dan murid-murid yang saya kasihi sekalian…..

31 Ogos Tarikh Keramat,


Bersama kita Menyambut Merdeka,
Bersatu Berazam Penuh Semangat,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari


Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep
keharmonian Keluarga Malaysia.

Murid-murid sekalian,

Pada pandangan kamu, apakah maksud Keluarga Malaysia Teguh


Bersama? Di sini, cikgu akan terangkan sedikit akan maksud tema
Hari Kebangsaan 2022 ini.

Keluarga Malaysia, merujuk kepada masyarakat hidup aman damai &


bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Teguh, bermaksud kukuh, kuat dan erat. Bersama, membawa maksud
bersama-sama, beserta atau bergandingan.

Oleh itu, saya amat berharap, agar guru-guru, murid-murid dan


semua warga SK Taman Nirwana menerapkan konsep Keluarga
Malaysia Teguh Bersama samada di sekolah atau dengan masyarakat
sekeliling kerana kita rakyat Malaysia yang merdeka. Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.

Murid-murid sekalian,

Generasi muda seperti kamu pasti menganggap merdeka itu adalah


bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan
sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Selari dengan
peredaran masa, erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah
membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi
pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu
agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda
berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama
pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Oleh itu, sambutlah Hari Kemerdekaan dengan lebih bersemangat,


dengan jiwa yang penuh semangat patriotisme! Demikian, dengan
lafaz bismillahirahmanirrahim……Saya merasmikan Sambutan Bulan
Kebangsaan peringkat Sk Taman Nirwana bagi tahun 2022. Selamat
Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65! ‘Keluarga Malaysia Teguh
Bersama’.

Anda mungkin juga menyukai