Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan RIMUP SMK Datok Lokman 2024

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih kepada pengacara majlis,

Yang berusaha Pn. Zaliha bt Yusuf Penolong Kanan HEM,

Yang berusaha P Noor Anita bt Abdul Malek,Penolong Kanan Ko Kurikulum ,

Yang dihormati guru kanan bidang, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu marilah kita melafazkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama
berkumpul menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah Bersama Program
RIMUP. Sempena sambutan ini, saya bagi pihak warga SMK Datok Lokman mengalu-alukan
kehadiran semua hadirin sekalian. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Sambutan Hari Raya yang diadakan pada hari ini merupkan salah satu program tahunan warga SMK
Datok Lokman yang mana objektif yang paling pentingnya ialah:

1. Mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim dikalangan warga sekolah dan


para pelajar.
2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana Muhibbah
secara sedar dan terancang.
3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
4. Melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama dan budaya dapat hidup dan bekerja
Bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan
damai.
5. Memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran dapat
berintegrasi dengan aktif dan positif.

Dengan adanya program-program seperti ini, diharap perpaduan nasional di kalangan warga Malaysia
yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama menjadi lebih erat dan kukuh, jauh dari perasaan curiga
dan prasangka buruk antara kaum. Runtuhkanlah tembok prasangka buruk dan rongkaikan prejudis
dengan membuka seluas-luasnya pintu rumah kita serta pintu hati kita untuk rakan-rakan kita dari
pelbagai kaum dan agama di hari yang mulia ini. Jelas sekali, ini adalah tradisi Malaysia yang bitara
atau amat unik dan tidak berlaku di mana-mana negara dunia dimana rakan-rakan dari pelbagai kaum
serta agama boleh mengunjungi kita tanpa sebarang halangan mahupun kebimbangan. Program ini
merupakan medium terbaik untuk menjadi asas menyatukan perpaduan rakyat berbilang kaum
bermula di bangku sekolah.
Marilah kita bersama-sama pertahankan keharmormonian dan keunikan yang ada di Negara kita
Malaysia. Ingatlah! Rasa aman, rasa selamat, rasa tenang yang kita kecapi hari ini bukannya sesuatu
yang mudah diperolehi. Untuk menghancurkan perpaduan ini sangat mudah akan tetapi untuk
membinanya semula belum tentukita akan Berjaya.

Justeru! Saya menyeru warga SMK Datok Lokman tidak kira bangsa dan agama, marilah kita jadikan
gagasan Malaysia Madani pemangkin perpaduan kaum di Negara kita. Semua kaum tidak seharusnya
merasakan tersisih kerana negara Malaysia adalah untuk semua.

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada petang ini terimalah 2 rangkap pantun dari saya,

Buah pauh di tengah bendang,

Jadi dagangan di tengah kota,

Saudara jauh datang bertandang,

Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungai di susur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap maafkan.

Akhir sekali, sekali lagi saya mengalu-alukan dan berterima kasih di atas kehadiran guru-guru dan
murid-murid sesi petang di hari yang mulia ini. Terima kasih juga dipanjangkan kepada Jawatankuasa
Sambutan yang telah menguruskan segala persiapan Majlis Hari Raya Aidilfitri dengan jayanya.

Dengan lafaz Bismillahhirrohanirrohim, saya dengan ini merasmikan Majlis RIMUP Kebudayaan dan
sambutan hari raya aidilfitri SMK Datok Lokman tahun 2024.

Sekian wassalamualaikum wbkt. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai