Anda di halaman 1dari 2

Terlebih dahulu marilah sama2 kita merafakan setinggi2 ksyukuran kehadrat Ilahi keran dengan limpah

kurnianya, kita dpt sama2 pd pagi ini bagi menjayakan majlis sambutan hari raya aidilfitri dan sambutan hari guru
peringkat sk merotai besar 2023. saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada seluruh warga SK Merotai Besar, serta para hadirin yang hadir pada majlis ini. Saya berasa
sungguh gembira kerana pada pg ini kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan
Sambutan Hari Guru dengan penuh rasa muhibah dalam suasana mesra dan terbuka.

Sebenarnya Tan Sri, guru besar yang sepatutnya berucap di pentas ini tetapi guru besar ada urusan rasmi
menghadirkan diri berkursus untuk menunaikan fardu haji..guru besar kirim salam dengan tan sri. Saya mewakili
seluruh warga sk merotai besar ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran Tan sri Liew Yun Fah ke
SK Merotai Besar sebagai jemputan rasmi serta merakamkan ucapan terima kasig atas kesudian Tan Sri
meluangkan masa untuk hadir bersama2 dalam majlis yang kami adakan.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana
pelaksana majlis sambutan hari raya aidilfitri dan sambutan hari guru peringkat sekolah yang diketuai oleh cikgu
rotta dan cikgu suzana.Namun sambutan pada tahun ini digabungkan dengan sambutan hari guru utk
menjimatkan masa,wang ringgit dan tenaga guru/akp/staff sokongan serta faktor cuaca panas yng melanda
negara .

Hadirin yang saya hormati sekalian.

Sambutan Hari Raya dan hari guru yang diadakan pada hari ini merupakan program tahunan warga sk. Merotai
besar yang mana objektif yang paling penting ialah

1. Mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturahim dikalangan warga sekolah, ibubapa dan para
pelajar.

2. Mewujudkan sikap sukuk aum, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan
terancang.
3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai suku kaum/bangsa di sk merotai besar.
4. melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama
dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai.

Untuk pengetahuan Tan Sri tema sambutan hari guru pada tahun ini Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
yng akn disambut diseluruh negara pada 16 mei setiap tahun. Byk program telah diadakan sebelum acara
kemuncaknya pada hari ini. Semoga pertemuan hari ini akan menjadi pemangkin kepada suatu hubungan yang
lebih baik dalam usaha memartabatkan Pendidikan dalam bilik darjah dan luar bilik darjah untuk kemenjadian
murid-murid sk merotai besar. Akhir kata sebenarnya tan sri saya banyak hajat mahu cakap supaya tan sri dapat
membantu kami guru2 di sk merotai besar dalam membaik pulih padang sekolah, sistem pendawaian dan
membina gelanggang serbaguna yang bersimen untuk kegunaan murid2 sk merotai besar.

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini terimalah 2 rangkap pantun
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungai disusur sehari-hari


Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai