Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan Puan Pengetua

SM Holy Trinity Tawau.

Selamat Sejahtera dan Salam Madani


Yang dihormati barisan penolong-penolong kanan, barisan
guru-guru dan seterusnya para pelajar sekalian

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan


setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengaara
Majlis, sempena Sambutan bersama Hari Raya Aidil Fitri dan
Hari Guru bagi tahun 2023.
Sekalung tahniah diucapkan kepada warga sekolah SM
Holy Trinity kerana berjaya menzahirkan Sambutan Hari Raya
Aidil Fitri serentak dengan sambutan hari guru pada tahun ini.
Masih belum terlambat saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada
seluruh warga sekolah SM Holy Trinity khususnya kepada guru-
guru dan pelajar-pelajar yang beragama islam kerana berjaya
menyambut hari kemenangan dan meraikannya dengan penuh
kegembiraan setelah sebulan berjaya mengharungi ujian dalam
menjalani ibadah puasa.
Dikesempatan yang singkat ini saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengingatkan kepada para pelajar tentang
peri pentingnya menjaga tradisi dan adab semasa merayakan
hari raya seperti yang disambut pada hari ini. Sikap hormat
menghormati perlulah dikekalkan agar hubungan silahturahim
dapat dijalin dengan lebih mesra. Lebih-lebih lagi sambutan hari
guru kali ini bsrbeza sedikit kerana disambut Bersama-sama
menghargai warga pendidik yang banyak berjasa dalam
pembangunan jasmani .emosi ,rohani dan intelek para pelajar.
Tema hari guru 2023 pada tahun ini “ Guru Insani
Pemangkin Generasi Madani “ jelas menggambarkan tugas
warga pendidik hari ini semakin mencabar khususnya dalam
membangunkan ketamadunan bangsa agar mampu bersaing
seiring dengan peredaran zaman.

Sebelum saya akhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya ingin
mengingatkan agar sambutan yang diadakan dapat memberi
impak positif ke atas diri pelajar itu sendiri.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai